You are on page 1of 14

PENGENALAN

PROGRAM
PENDIDIKAN
INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
SJHK3132
PENGENALAN
 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas (MBK) adalah
istimewa, mempunyai kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak
yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti
di semua sekolah.

 Menurut Salamanca Statement and Framework for Action on


Special Needs Education (UNESCO 1994) :

“Regular schools with an inclusive orientation are the most

effective means of combating discriminatory attitudes, creating

welcoming communities, building an inclusive society and

\ achieving education for all.......”


DEFINISI

 Pendidikan inklusif merujuk kepada pendekatan untuk

mendidik murid-murid berkeperluan khas bagi

membolehkan mereka melibatkan diri sepenuhnya

dalam semua aktiviti yang dikendalikan di dalam atau

di luar bilik darjah


 Pendidikan ini disediakan kepada mereka yang
bermasalah dalam penglihatan, pendengaran,
pembelajaran dan pintar cerdas.

 Pendidikan inklusif menggunakan pendekatan baru


yang lebih menekankan kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian dalam pengembangan kemahiran-
kemahiran berbanding dengan pendekatan lama yang
berfokus hanya kepada kecacatan dan
ketidakbolehan murid berkeperluan khas.
ASAS DAN SEJARAH PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF
 Universal Declaration of Human Rights yang di
gunapakai oleh League of Nations pada tahun 1945
memperakukan hak setiap rakyat terhadap
pendidikan yg sesuai tanpa mengira faktor jantina,
bangsa , warna dan agama.
o Apakah yang mendorong kepada deklarasi ini?
o Suatu ketika dahulu, kanak-kanak berkeperluan
khas sering dinafikan pendidikan formal
memandangkan pihak sekolah kurang peka
dengan gaya pembelajaran mereka.
 Kanak-kanak kurang upaya ini kemudiannya diletakkan dalam
kategori khas yang membolehkan mereka dididik di sekolah-sekolah
yang khusus , yakni diasingkan daripada kanak-kanak normal yang
lain.

 Ini bagi membolehkan mereka menerima pembelajaran yang boleh


memberi manfaat kepada kanak-kanak berkeperluan khas

 Hasilnya wujud dua sistem persekolahan di negara-negara yang


terlibat sehingga wujud pemikiran baru yang mencabar keadaan
tersebut.

 Sejak tahun 1800an, tuntutan dibuat oleh para ibu bapa dan
golongan profesional supaya kanak-kanak berkeperluan khas diberi
layanan yang sama agar mereka boleh bergaul dengan kanak-kanak
normal.

 Pemikiran semasa memperakui hak kanak-kanak kurang upaya dan


yang normal untuk dididik secara bersama apatah lagi pengasingan
gagal memanfaatkan mereka.
 Usaha yang dibuat untuk menghapuskan pengasingan
pendidikan telah menghasilkan peruntukan berikut :

 United Nations (UN) Conventions on The Rights of the


child (1989)
 UN Standard Rules on the Equalization of Opportunities
for person with disabilities (1993)
 Salamanca Statement and Framework for Action.

 Kesemua peruntukan ini memperakui hak kanak-kanak


berkeperluan khas dan kanak-kanak normal untuk
mendapat pendidikan bersama yakni secara integrasi.
PENDIDIKAN INKLUSIF
 Konsep pendidikan inklusif mempunyai asas dalam
bidang pendidikan khas.
 Sejak abad ke 19 lagi perjuangan ke arah pendidikan
inklusif telah dilaksanakan.
 Ini telah membawa evolusi kepada bidang pendidikan
khas di kebanyakan negara di dunia.
 Di UK, perubahan pesat telah berlaku dimana
penekanan diberikan kepada bidang inklusif
 Salamanca Agreement (UNESCO 1994b) dan Dakar
Agreement (UNESCO 2000) bertujuan mempromosi
pendidikan inklusif kepada semua sekolah yang
bertanggungjawab memberikan pendidikan kpd kanak-
kanak normal dan berkeprluan khas.
 Di Ireland yang juga melalui evolusi pendidikan yang sama
telah mengikut trenda antarabangsa pada masa itu yang
mengguna pakai konsep inklusif melalui The Education Act
1998.

 Seterusnya Education of Persons with Special Education


Needs Act (EPSEN) telah digubal dengan memberi
penekanan kepada rancangan pendidikan individu (RPI),
mendidik kanak-kanak dalam setting inklusif serta
menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti penilaian
dan sokongan pendidikan (yg dicatatkan dlm RPI)

 Satu garis panduan berkenaan inklusif (Post Primary


Guidelines for Inclusion ) memperakukan pendekatan
seluruh sekolah dalam menjalankan inklusif (whole school
approach to inclusion)
 Garis panduan ini memberi penekanan tentang
 peranan, tanggungjawab dan kolaborasi
kakitangan dan personal untuk menjayakan
pendidikan inklusif
• strategi amalan terbaik di dalam bilik darjah
untuk individu pelajar.

 Pendekatan inklusif disambut baik kerana pendekatan


ini dianggap bermakna dan merupakan langkah positif
yang diambil untuk memenuhi keperluan individu setiap
kanak-kanak.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN
INKLUSIF
 Pendidikan inklusif bermatlamat untuk :

 mendapatkan hak sama rata untuk belajar dalam


persekitaran seperti murid arus perdana tanpa
halangan atau limitasi terutamanya dalam peralatan
pembelajaran.

 untuk memastikan agar murid berkeperluan khas


mampu menyesuaikan diri dengan murid arus
perdana.
 Objektif pendidikan inklusif ini adalah :

untuk meningkatkan penerimaan dan kesedaran


orang awam tentang kepelbagaian keupayaan
murid berkeperluan khas dan membantu
membina keyakinan murid berkeperluan khas
agar potensi yang optimum dapat tercapai.
Dasar Antarabangsa dan Kebangsaan Pendidikan
Inklusif
 Penyataan Council for disabled children United
Kingdom (Julai 1994) :
 Murid-murid berkeperluan khas (MBK) mempunyai
hak untuk dilibatkan dalam aliran perdana
 Perkhidmatan dan sokongan yang sesuai perlu
diberikan bagi membantu KBK belajar dengan
berkesan dalam kelas aliran perdana.

 Penyataan Salamanca oleh UNESCO 1994 :


• Inklusif sepatutnya merupakan norma
pendidikan bagi MBK
 UN Standard Rules On The Equalization of
Opportunities For Person With Disabilities (1994)
 Semua negara perlu membentuk dasar yang jelas
tentang pendidikan inklusif yang boleh difahami di
peringkat sekolah dan komuniti.

You might also like