You are on page 1of 3

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan segi falsafahnya, semua insan di dunia

mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang
pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan
cita-cita yang standing dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang
sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif
yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian
pelajar yang normal ( Lokman, 2009 ).
Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah
pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang bekeperluan khas. Perkataan
inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris inclusive yang memberikan maksud
merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif
secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik
darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam
keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendekatan pendidikan
inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk Kanak-kanak Bekeperluan Khas di
Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih
terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat si sekolah-sekolah tertentu
sahaja.
Dalam pendidikan inklusif, terdapat enam model iaitu model A,model B, Model C, Model D,
Model E dan Model F. Model A merupakan penempatan sepenuh masa murid pendidikan
khas dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Murid pendidikan khas yang diinklusifkan ini akan berada di kelas biasa
sepanjang pengajaran dan pembelajaran, walau bagaimanapun kehadiran murid ini akan
direkodkan oleh guru pendidikan khas. Model B pula ialah penempatan sepenuh masa
dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.
Model ini sama seperti Model A, tetapi yang membezakan antara kedua model ini ialah guru
pendidikan khas akan berada bersama-sama dengan murid di dalam kelas biasa untuk
belajar. Model C pula merupakan penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik
Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.Model D ialah Penempatan di sekolah khas (Base
School) dan kelas Satellite di sekolah biasa. (Octopus Model) model ini jarang dijalankan di
sekolah kerana kekangan dan kekurangan tenaga guru yang dapat berkhidmat mengikut
model ini. Model E ialah penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas manakala
Model F ialah Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

Kebaikan Pendidikan Inklusif


1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan
2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal
3. Pelajar normal mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu
4. Semua pelajar menikmati faedah-resos-resos khas
5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru
6. Penglibatan ibubapa dalam komuniti sekolah
7. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat
8. Menyediakan lebih peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan memperoleh
peluang pekerjaan

*Kelemahan Pendidikan Inklusif


1. Kurang tumpuan dan perhatian
2. Guru sukar memberi tumpuan
3. Penglabelan
4. Sikap guru biasa
5. Pengalaman pengajaran yang sempit
6. kanak-kanak khas tidak dapat menyediakan diri
7. Kurangnya komitmen-guru biasa/guru khas
8. Kurangnya Penyeliaan
9. Kurang kerjasama dari ibubapa
10. kurikulum

You might also like