You are on page 1of 16

TAJUK KAJIAN

Kajian Tindakan Meningkatkan Peratus Kehadiran Murid di kalangan Murid


Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) melalui Program 'Jom Datang
Sekolah'.

Norfakhrina Binti Mohd Juri, Suhaila Binti Ahmad, Hafidzoh Binti Hosnon
SK Senggarang, Jalan Ismail, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor
g-32001489@moe-dl.edu.my , g-80001506@moe-dl.edu.my , g-22001463@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Gejala ponteng sekolah atau tidak hadir tanpa sebab kini menjadi satu trend di kalangan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK). Kebanyakan dari mereka mengambil mudah tentang kehadiran ke sekolah. Fenomena
ini memberi kesan terhadap peratusan kehadiran PPKI SK Senggarang sekali gus peratusan sekolah. Mereka
biasanya akan tidak hadir sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu atau dua minggu tanpa sebab yang
munasabah. Selain itu, ada juga murid yang tidak hadir menggunakan sebab masalah kesihatan sebagai alasan
walaupun hanya sakit ringan serta tantrum untuk ke sekolah. Oleh itu, satu intervensi perlu dilaksanakan bagi
mengurangkan peratusan ketidakhadiran di kalangan MBPK. Maka terhasillah Program Jom Datang Sekolah
sebagai salah satu inisiatif guru meningkatkan peratusan kehadiran di kalangan MBPK. Kehadiran murid ke
sekolah merupakan salah satu keberhasilan dan kemenjadian murid. Dengan memperkenalkan program JOM
DATANG SEKOLAH, sedikit sebanyak membantu meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah. Hasil
kajian menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah yang signifikan dalam kalangan murid
melalui inisiatif-inisiatif yang dijalankan. Di samping kejayaan meningkatkan peratusan murid ke sekolah, secara
tidak langsung, ia juga memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran murid di kelas yang lebih konsisten
dan lancar.

Kata Kunci: Ponteng, Peratus kehadiran, MBPK, Jom Datang Sekolah


1.0 PENGENALAN

1.1.PEMERHATIAN / ISU

Gejala ponteng atau ketidakhadiran murid ke sekolah merupakan fenomena yang kerap berlaku
di kalangan murid-murid. Ia boleh menjejaskan pelajaran murid-murid dan juga PdPc guru.
Kehadiran murid merupakan elemen yang penting dalam kemenjadian murid. Ponteng boleh
didefinisikan sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh
masa. (Stuphen et al.,2009).

Dalam melaksanakan pendidikan yang berkesan dan berkualiti, kehadiran murid ke sekolah
perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh semua pihak yang terlibat. Penetapan 95 peratus
kehadiran murid oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mampu memberi impak kepada
kemenjadian murid, sepertimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025) (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025). Dengan
kehadiran murid ke sekolah, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dapat
dilaksanakan dan objektif pembelajaran akan tercapai. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat
dikalangan murid PPKI SK Senggarang didapati bahawa murid akan tidak hadir sekurang-
kurangnya sehari dalam seminggu atau dua minggu tanpa sebab yang munasabah ini secara
langsung menjejaskan peratusan kehadiran. Oleh itu dengan adanya Program Jom Datang
Sekolah yang bertujuan untuk menarik minat MBPK PPKI SK Senggarang untuk hadir ke
sekolah.

Masalah ponteng sekolah perlu dipandang serius, oleh sebab PPKI SK Senggarang juga tidak
terlepas daripada isu ponteng sekolah. Namun isu yang paling membimbangkan ialah isu
ponteng atau tidak kehadiran murid ke sekolah tanpa sebab yang semakin membimbangkan.
Hal yang demikian pengkaji telah merancang sebuah intervensi tindakan melalui program Jom
Datang Sekolah. Program ini dirancang adalah untuk menarik minat MPBK PPKI SK
Senggarang untuk hadir ke sekolah sekali gus membantu meningkatkan peratusan kehadiran
sekolah.
2.0 FOKUS PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

2.1 TUJUAN
Program Jom Datang Sekolah dilaksanakan adalah untuk mengurangkan masalah ponteng
yang semakin meruncing. Dengan adanya program ini dapat membantu sekolah mengatasi
masalah ketidakhadiran murid tanpa sebab dan untuk meningkatkan peratusan kehadiran murid
ke sekolah.
Program Jom Datang Sekolah juga bertujuan untuk membentuk sahsiah dan disiplin
murid supaya dapat mengikuti pembelajaran dan mengelakkan keciciran. Jika isu ini dapat di
atasi, ia dapat membantu menaikkan peratusan kehadiran murid terutamanya murid kelas
Pendidikan Khas di samping pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini ialah:
1. Meningkatkan peratusan kehadiran murid bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK), SK
Senggarang.
2. Menarik minat murid MBPK untuk hadir ke sekolah melalui program Jom Datang
Sekolah.
3. Mengurangkan ketidakhadiran MBPK tanpa sebab.
4. Meningkatkan kemenjadian MBPK.
5. Meningkatkan sahsiah dan disiplin MBPK.

2.3 PERSOALAN KAJIAN

Antara sebab atau persoalan, mengapa peratusan kehadiran tidak mencapai sasaran
adalah punca utamanya ialah tidak hadir tanpa sebab. Selain itu, Ibu bapa tidak menghantar
anak ke sekolah ialah bangun lambat, masalah pengangkutan, faktor cuaca dan sebagainya
Secara tidak langsung ini juga boleh menjejaskan pembelajaran murid dan prestasi pelajaran.
Oleh yang demikian peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah dan
disiplin murid, selain bimbingan dari guru.

3.0 KAEDAH KAJIAN (METODOLOGI)

3.1 MODEL KAJIAN

Berdasarkan kepada isu yang dihadapi, pengkaji melaksanakan kajian tindakan berdasarkan
model PDCA (Plan, Do, Check, Action). Model ini adalah untuk melakukan suatu perubahan. Ini
adalah satu proses yang berterusan bagi mencapai sesuatu sasaran. Model ini diasaskan oleh
Walter Shewhart dan kemudian dikembangkan oleh Dr. W Edwards Deming (1950). PDCA
adalah empat kaedah mengikut peringkat membolehkan pengkaji menjalankan kajian tindakan
secara sistematik dan teratur. Kajian ini melibatkan urutan
langkah:
a) Plan (Rancang)
b) Do (Buat) Plan
Do (Rancang)
Action
Check(Tindakan)
(Refleksi)
(Semak)

c) Check (Semak)
d) Action (Refleksi)
Kaedah ini akan berulang sehinggalah isu selesai. Rajah 1 :
Model PDCA

3.1 INTERVENSI BERDASARKAN KAEDAH BERKESAN DAN KESAHAN

-Kenalpasti Isu peratus kehadiran


tidak mencapai sasaran. -Menjalankan intervensi seperti
-Tetapkan objektif. yang dirancang.
-Rancang intervensi.

-Refleksi -Semak hasil dapatan dari peratus


-Berjaya, isu selesai kehadiran
-Sekiranya tidak selesai, ulang -Analisa data kehadiran
intervensi -Pemerhatian keberkesanan intervensi

Rajah 2
Kajian Tindakan mengikut kaedah PDCA
Rajah 2 menunjukkan kaedah keberkesanan sesuatu intervensi bagaimana pengkaji
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Intervensi selalunya dijalankan berdasarkan
data yang telah dianalisa. Setelah analisa, isu atau masalah sebenar dapat dikenalpasti,
barulah perancangan intervensi dapat dilakukan secara berfokus. Kajian ini ialah kajian
tindakan yang mengikut proses PDCA (Plan, Do, Check, Action). Urutan kajian adalah bermula
daripada mengenalpasti isu. Setelah isu dapat dikenalpasti, kita dapat membuat perancangan
intervensi bagi menyelesaikan isu tersebut. (Plan). Dengan adanya tindakan yang kita jalankan
seperti yang dirancang, barulah kita dapat merumuskan keberkesanan intervensi yang telah
dirancang. (Do) Hasil dari tindakan yang telah dibuat, semak semula keberkesanan intervensi.
(Check). Berpandukan semakan data yang, refleksi yang diperolehi, barulah kita dapat menilai
sama ada intervensi berjaya atau sebaliknya.(Action) Sekiranya tidak berjaya, perancangan
intervensi yang baharu perlu dilakukan sehinggalah isu selesai.

4.0 PERANCANGAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan intervensi sebagai langkah untuk
mengurangkan isu ponteng di kalangan MBPK. Daripada isu di atas, didapati ramai murid yang
ponteng sekolah, purata murid yang tidak hadir tanpa sebab pasti ada sekurang-kurangnya
sekali dalam seminggu.

Oleh itu, pengkaji telah merangka satu program sebagai satu intervensi bagi membantu
menyelesaikan isu ini iaitu “Program Jom Datang Sekolah”. Sampel kajian yang diambil sebagai
kajian ialah salah satu kelas Pendidikan Khas dinamakan MBPK Kelas A terdiri daripada 9
orang MBPK. Ia akan dilaksanakan dalam jangka masa 5 bulan iaitu mulai Mac 2023 sehingga
Julai 2023.

Oleh itu perancangan perlu diatur langkah demi langkah sebagai satu proses intervensi.
Berikut adalah langkah-langkah perancangan yang perlu pengkaji laksanakan.

Langkah-langkah tersebut adalah:


1. Analisa peratus kehadiran murid sesi persekolahan tahun 2022/23.
2. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data.
3. Perbincangan intervensi bersama guru kelas dan Guru Penolong Kanan PPKI.
4. Merangka program “Jom Datang Sekolah”
5. Menjalankan program “Jom Datang Sekolah”
6. Menjalankan tinjauan keberkesanan program terhadap peningkatan kehadiran.
7. Refleksi
8. Menulis laporan amalan baik sekiranya isu selesai.
Jadual 1:
Perincian intervensi dirangka dengan 6 aktiviti
BIL LANGKAH KETERANGAN
1. Intervensi 1: Ibu bapa diberi hebahan tentang kepentingan hadir ke
Pendedahan Program sekolah melalui kaedah bersemuka dan media sosial
kepada Ibu Bapa. (Telegram dan Facebook). Dengan Ini secara tidak
langsung mendapat sokongan ibu bapa agar memberi
penekanan kepada anak-anak mereka supaya ke sekolah
2. Intervensi 2: Ganjaran ini diberikan kepada semua murid di dalam kelas
Ganjaran Yakult yang mencapai peratus kehadiran penuh (100%) sebanyak
3 kali dalam sebulan. Ini hanya berkuatkuasa untuk 2 bulan
pertama. Manakala untuk bulan seterusnya, semua murid di
dalam kelas perlu mendapat peratus kehadiran penuh 100%
sebanyak 6 kali dalam sebulan. Ini bertujuan agar murid-
murid yang rajin ke sekolah dapat memberi semangat dan
galakan serta mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk
rajin hadir ke sekolah.
3. Intervensi 3: Ganjaran ini diberikan kepada semua murid di dalam kelas
Ganjaran baucer RM3 yang mencapai peratus kehadiran penuh (100%) sebanyak
berbelanja di kantin 6 kali dalam sebulan. Ini juga berkuatkuasa selama 2 bulan
pertama semasa Program ini dijalankan. Manakala untuk
bulan berikutnya, semua murid di dalam kelas perlu
mendapat kehadiran penuh 100% sebanyak 12 kali dalam
sebulan.
4. Intervensi 4: Ganjaran ini diberikan kepada murid yang mendapat
Ganjaran Individu kehadiran penuh sepanjang 2 bulan berturut-turut. Ganjaran
ini berupa sijil dan cenderahati. Dengan penghargaan yang
diberikan, diharap akan memberi galakan kepada rakan-
rakan yang lain agar berusaha untuk mendapatkan ganjaran
tersebut juga. Hadiah dan penghargaan akan diberikan di
hadapan kelas dan juga ke dalam Telegram kelas

5. Intervensi 5: Ganjaran ini diberikan kepada murid terbaik selama 5 bulan


Ganjaran Utama iaitu sepanjang program ini dijalankan. Murid dimaklumkan
(‘Grand Prize’). awal tentang Grand Prize ini agar murid berlumba-lumba
untuk mendapatkan Grand Prize tersebut.
6. Intervensi 6: Ziarah Guru Kelas dan Guru Penolong Kanan akan menziarahi
Cakna. rumah murid-murid yang ponteng dan tidak hadir tegar.
Oleh itu, kami dapat mengenalpasti masalah yang murid-
murid hadapi.

5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Rajah 3
Intervensi 1: Pendedahan dan hebahan Program kepada Ibu Bapa

Aktiviti : Dua bulan yang pertama


Aktiviti : Dua bulan seterusnya
Rajah 3 menunjukkan proses pendedahan program Jom Datang Sekolah kepada Ibu Bapa
melalui aplikasi Telegram dan Facebook. Ini bertujuan supaya ibu bapa dapat menyampaikan
maklumat kepada anak masing-masing berkaitan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya rajin
hadir ke sekolah. Dengan ini, secara tidak langsung mendapat sokongan ibu bapa agar
memberi penekanan kepada anak-anak mereka supaya ke sekolah.

Rajah 4
Intervensi 2: Ganjaran Yakult

Rajah 4 menunjukkan ganjaran Yakult yang diberikan kepada semua murid di dalam kelas
sampel setelah mencapai peratus kehadiran penuh (100%) sebanyak 3 kali dalam sebulan. Ini
hanya berkuatkuasa untuk 2 bulan pertama. Ini bertujuan agar murid-murid yang rajin ke
sekolah dapat memberi semangat dan galakan serta mempengaruhi rakan-rakan yang lain
untuk rajin hadir ke sekolah.

Rajah 5
Intervensi 3: Ganjaran Baucer Berbelanja di kantin sebanyak RM3
Rajah 5 menunjukkan ganjaran RM3 untuk berbelanja di kantin diberikan kepada semua MBPK
yang mencapai peratus kehadiran penuh (100%) sebanyak 6 kali dalam sebulan. Ini juga
berkuatkuasa selama 2 bulan pertama semasa program ini dijalankan. Manakala untuk bulan
berikutnya, semua MBPK di dalam kelas perlu mendapat kehadiran penuh 100% sebanyak 12
kali dalam sebulan. Seramai sembilan orang MBPK dari kelas sampel telah berjaya
mendapatkan ganjaran RM3.

Rajah 6
Intervensi 4 : Ganjaran Individu Sijil dan cenderahati

Rajah 6 menunjukkan ganjaran individu. Ganjaran ini diberikan kepada murid yang mendapat
kehadiran penuh sepanjang 2 bulan berturut-turut. Ganjaran ini berupa sijil dan cenderahati.
Sijil dan cenderahati di sampaikan oleh guru besar sekolah semasa perhimpunan mengikut
kelas masing-masing. Seramai 2 orang MBPK kelas sampel telah mendapat ganjaran tersebut
kerana kehadiran penuh pada bulan Mei dan Jun. Dengan penghargaan yang diberikan, dapat
memberi galakan kepada murid-murid dan rakan-rakan yang lain agar berusaha untuk
mendapatkan ganjaran tersebut.
Rajah 7
Ganjaran kelas: Sijil penghargaan untuk Kelas

Rajah 7 menunjukkan sijil penghargaan yang diperolehi oleh sampel kelas MBPK selama 3
bulan. Sampel kelas MBPK yang dikaji telah mendapat enam kali sijil peghargaan kehadiran
penuh murid di dalam kelas pada bulan Mei dan mendapat empat kali sijil penghargaan
kehadiran penuh murid di dalam kelas pada bulan Jun serta tiga kali mendapat sijil
penghargaan kehadiran penuh murid di dalam kelas pada bulan Julai.

Rajah 8
Intervensi 5: Ganjaran Utama (Grand prize)
Rajah 8 menunjukkan Ganjaran Utama (‘Grand Prize’). Ganjaran ini diberikan kepada murid
terbaik selama 5 bulan iaitu sepanjang program ini dijalankan. Murid dimaklumkan awal tentang
Grand Prize ini agar murid bersaing bersama-sama rakan sekelas untuk mendapatkan Grand
Prize tersebut. Seorang daripada murid MBPK dari kelas sampel telah layak mendapat
ganjaran utama.
Murid-murid sentiasa menjaga diri dan kesihatan kerana mengejar ganjaran jika
kehadiran penuh, disamping itu peratus kehadiran meningkat disebabkan murid rajin hadir
tanpa ada yang ponteng. Murid-murid yang hadir setiap masa dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Keberhasilan dan kemenjadian murid dapat dilihat hasilnya.

Rajah 9
Intervensi 6: Ziarah Cakna

Rajah 9 menunjukkan barisan pentadbir bertindak menziarahi ke rumah murid yang tidak hadir
ke sekolah lebih 3 hari, 7hari, 13 hari tanpa memberitahu pihak sekolah atau guru kelas, murid
berikut tidak hadir tanpa sebab dan juga ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis pemerhatian dan analisa yang dilakukan oleh pengkaji, Program
Jom Datang Sekolah yang telah dilaksanakan telah menyebabkan peningkatan peratusan
kehadiran murid ke sekolah. Berlaku peningkatan peratusan kehadiran murid ke sekolah pada 5
bulan sesi persekolahan 2023/2024 iaitu Mac, April, Mei, Jun dan Julai 2023 jika dibandingkan
pada 5 bulan sebelumnya iaitu Oktober, November, Disember 2022, Januari dan Februari 2023
iaitu bagi sesi persekolahan 2022/2023. MBPK dari kelas sampel mendapat ganjaran kelas dan
individu, bagi murid yang kehadiran sentiasa penuh mendapat ganjaran utama. Ini menyuntik
semangat rakan-rakan lain untuk bersaing hadir ke sekolah dan mendapat ganjaran.
Keberkesanan Program Jom Datang Sekolah dapat dijelaskan melalui Jadual 1.0, Jadual 2.0
dan Jadual 3.0.
Jadual 1.0
Peratusan Kehadiran MBPK kelas sampel pada sesi 2022/2023
Oktober November Disember Januari Februari Purata
70.59% 84.21% 83.33% 75.24% 67.27% 76.13%

RAJAH 10
Carta pai peratusan kehadiran MBPK kelas sampel sesi 2022/202

PERATUSAN KEHADIRAN MBPK


KELAS SAMPEL SESI 2022/2023
67.27% 70.59%
Oktober
November
Disember
75.24% 84.21% Januari
Februari
83.33%

Jadual 2.0
Peratusan Kehadiran MBPK Kelas sampel pada sesi 2023/2024
Mac April Mei Jun Julai Purata
85.42% 79.49% 88.89% 86.93% 87.57% 85.66%

Rajah 11
Carta pai peratusan kehadiran MBPK kelas sampel sesi 2023/2024

PERATUSAN KEHADIRAN MBPK


KELAS SAMPEL SESI 2023/2024
87.57% 85.42% MAC
APRIL
MEI
JUN
86.93% 79.49% JULAI

88.89%

Rajah 10 dan rajah 11 menunjukkan data peratus kehadiran MBPK kelas sampel 5 bulan
sebelum intervensi dijalankan dan dalam 5 bulan semasa intervensi dijalankan.

Jadual 3.0
Peningkatan peratusan kehadiran antara sesi 2022/2023 dan sesi 2023/2024
BULAN MAC APRIL MEI JUN JULAI
%
Peningkatan 14.83% 1.17% 5.56% 11.69% 20.3%

Rajah 12
Analisa peratus peningkatan kehadiran MBPK Kelas sampel

PERATUS PENINGKATAN KEHADIRAN MBPK KELAS SAMPEL

14.83%
MAC
20.30% APRIL
MEI
JUN
JULAI
1.17%

5.56%

11.69%
Berdasarkan analisis peratus kehadiran di atas pula, menunjukkan berlakunya peningkatan
peratus kehadiran setiap 5 bulan semasa intervensi dijalankan. Berdasarkan soal selidik,
pengkaji melihat berlaku pengurangan MBPK tidak hadir tanpa sebab. MBPK dilihat sangat
teruja dan bersungguh-sungguh untuk ke sekolah bagi mendapatkan ganjaran. Sekiranya ada
rakan yang tidak hadir, MBPK akan memberi sokongan kepada rakan untuk hadir ke sekolah.
Ibu bapa juga dilihat sangat memberikan kerjasama dan memberikan galakan kepada anak-
anak mereka untuk ke sekolah.

7.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Melalui intervensi yang telah dilakukan terdapat peningkatan kehadiran MBPK, dengan
adanya program ini, MBPK mendapat galakkan untuk hadir ke sekolah. Antara ganjaran dan
penghargaan yang diperolehi ialah MBPK dalam kelas sampel telah mendapat enam kali sijil
peghargaan kehadiran penuh pada bulan Mei dan mendapat empat kali sijil penghargaan
kehadiran penuh pada bulan Jun, serta tiga kali mendapat sijil penghargaan kehadiran penuh
murid pada bulan Julai. Selain itu ganjaran berupa baucer makanan di kantin sebanyak RM3
telah diberikan kepada MBPK kerana mendapat kehadiran penuh sebanyak 6 kali dalam
sebulan semasa program ini dijalankan.
Disamping itu, ganjaran individu telah diberikan kepada MBPK yang mendapat
kehadiran penuh selama 2 bulan berturut-turut. Ganjaran individu berupa sijil dan cenderahati.
Sijil dan cenderahati disampaikan oleh guru besar sekolah semasa perhimpunan mengikut
kelas. Seramai 2 orang MBPK dalam kelas sampel telah mendapat ganjaran tersebut kerana
kehadiran penuh pada bulan Mei dan Jun. Dengan adanya penghargaan dan ganjaran yang
diberikan, ia akan menaikkan semangat murid untuk hadir ke sekolah, secara tidak langsung ia
akan mempengaruhi dan mengalakkan murid-murid yang lain untuk mendapat penghargaan
dan ganjaran yang telah disediakan.
Memandangkan program ini boleh membawa perubahan yang positif kepada
kehadiran murid ke sekolah dan mengelakkan murid ketinggalan pelajaran, dan program ini
boleh diteruskan untuk masa akan dating, program ini juga membantu dalam membentuk
disiplin dan sahsiah diri murid untuk menjadi anak yang baik lagi cerdik. Diharap program ini
akan terus dijalankan supaya dapat mengurangkan tabiat ponteng sekolah dalam kalangan
murid SK Senggarang secara keseluruhannya.

8.0 RUJUKAN

Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas dan Inklusif (Negeri Melaka)


Jilid 1 (2022) / ISBN 978-967-15154-4-0 (162-170)
SEAMEO SEN dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Program Sekolahku Syurgaku: Program Meningkatkan Peratusan Kehadiran Dalam Kalangan Murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Faktor –Faktor yang Mempengaruhu Gejala Ponteng Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor
Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Yusof Boon,How Lee Chan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
http://eprints.utm.my/id/eprint/3961/2/AziziYahaya_ponteng.pdf

Langkah meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan keberkesanan mengurangkan kadar


ketidakhadiran murid ke sekolah
Che Amah @ Asmah binti Saleh, Azuriana binti Salleh
Sekolah kebangsaan seksyen 20, shah alam

PERANAN KAUNSELOR DALAM MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH Siti Hajar Binti Johari
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
,Dharatun Nissa Binti Fuad Mohd Karim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Nor
Aisyah Akhwan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia , Restu Nabila Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia , Jeffery Bin Apdal Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Volume: 1 Issues: 1 [September 2019] pp.-xx
International Journal of Supply Chain, Operation Management and Logistic eISSN: xxxx-xxxx
Journal website: www.ijscol.com

Plan Do Check Act (PDCA), Metode Pemecahan Masalah dan Perbaikan Berkelanjutan
https://glints.com/id/lowongan/pdca-adalah/

PDCA (Plan Do Check Act)Continually Improving, in a Methodical Way


By the Mind Tools Content Team
https://www.mindtools.com/as2l5i1/pdca-plan-do-check-act

You might also like