You are on page 1of 19

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 GELUGOR, PULAU PINANG.

PLG516
STUDIES IN SCHOOL EFFECTIVENESS

PENILAIAN KERJA KURSUS 3

PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH


SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS LUAR PESISIR
(IPG KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.)

AHLI KUMPULAN : NUR NAJIAH BT IBRAHIM (S-PM0221/20)


: NURUL IZZATI BT FUAD (S-PM0240/20)
: SINEKALATHA A/P E. MOGANARANGGAN (S-PM0262/20)
PENSYARAH : PROF DR ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH
: DR ABDUL JALIL ALI
PENILAIAN KERJA KURSUS 3

Penulisan makalah ilmiah (30%) – Kumpulan

Anda dikehendaki menulis sebuah makalah hasil penilaian sebuah projek keberkesanan

sekolah yang telah/sedang dilaksanakan di sekolah anda dengan menggunakan salah SATU

[1] model penilaian keberkesanan sekolah. Penulisan anda haruslah berbentuk akademik dan

komperehensif serta mempunyai tajuk.

- Nilai satu projek di sekolah guna salah satu drpd 7 model yg diajar
PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DI SK ALOR KELADI, BESUT, TERENGGANU

1.0 PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sekolah Program Jom ke sekolah

dengan menggunakan Model Matlamat. Sekolah merupakan tempat yang penting bagi

seseorang untuk belajar, menimba ilmu pengetahuan dan dididik untuk menjadi manusia yang

berguna kepada agama, bangsa dan negara. Seperti yang tertakluk di dalam Akta Pendidikan

1996, ibubapa wajib memastikan anak di bawah jagaannya untuk mendapat pendidikan

selama enam tahun iaitu tempoh pendidikan rendah. Ini menunjukkan betapa Kementerian

Pendidikan Malaysia mengambil serius terhadap pendidikan kanak-kanak.

Program Jom Ke Sekolah merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan murid

datang belajar di sekolah. Ia adalah sebuah program kolaboratif antara Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani

permasalahan disiplin seperti ponteng sekolah dan kes salah laku murid. Penglibatan pihak

polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua

sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Masalah kehadiran murid ke sekolah sedikit semi sedikit merosot berikutan pandemik

Covid-19 yang melanda negara beberapa tahun kebelakangan ini. Memandangkan negara

Malaysia sudah memasuki fasa endemik, maka sesi persekolahan secara bersemuka telah

dikuatkuasakan dan kehadiran murid ke sekolah kembali kepada sediakala.

Walaubagaimanapun, peratus kehadiran murid ke sekolah masih pada tahap yang kurang

memuaskan.

Sebenarnya program jom ke sekolah ini bukanya sesuatu program yang baru di

kalangan pelajar. Ia adalah program yang sedia ada dan dilaksanakan di kebanyakan sekolah
semenjak program ini diperkenalkan. Memandangkan berlakunya kemerosotan kehadiran di

kalangan pelajar ekoran daripada pandemik COVID 19 akibat penularan wabak COVID 19

pihak sekolah bertungkus lumus untuk menjalankan program ini demi kebaikan para pelajar

di semua sekolah.

Oleh itu, pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program yang dinamakan

Program Jom Ke Sekolah di mana antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah kesedaran

daripada Pegawai Perhubungan Sekolah kepada murid-murid, guru penyayang yang akan

menyambut kedatangan murid ke sekolah pada setiap hari dan anugerah kehadiran penuh ke

sekolah untuk setiap bulan. Melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan peratusan

kehadiran murid ke sekolah dan memberi galakan untuk menarik minat murid untuk hadir ke

sekolah pada setiap hari serta mencegah kes ponteng dalam kalangan murid-murid sekolah

rendah maupun menengah. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat membantu

mencegah murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan tingkah laku yang tidak

bermoral di dalam dan luar sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga akan mengunjungi

sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada

murid-murid serta membantu pihak sekolah untuk menangani masalah yang berat seperti

ponteng sekolah.

3.0 MATLAMAT PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Kajian Jom Ke Sekolah yang dilakukan adalah untuk melihat faktor-faktor yang

memberi impak kepada kehadiran murid ke sekolah seterusnya merangka pelan tindakan

berdasarkan strategi yang disusun secara bersistematik bagi tujuan mengekalkan tingkah

laku positif pelajar. Sudah tentulah dengan adanya kajian setempat yang dilaksanakan ini

akan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah

dapat dipertingkatkan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat ini adalah bertujuan untuk:

i. Menilai keberkesanan Program Jom Ke Sekolah dari sudut peratus kehadiran murid

ke sekolah.

ii. Menilai keberkesanan Program Jom Ke Sekolah dari sudut minat murid untuk hadir

sekolah.

5.0 MODEL KAJIAN

Model Kajian Keberkesanan Sekolah yang sesuai untuk menilai keberkesanan

program ini adalah model matlamat (goal model) di mana pencapaian kepada matlamat yang

ditentukan menunjukkan keberkesanan program Jom Ke Sekolah ini. Model matlamat

seringkali digunakan dalam mengkaji keberkesanan sekolah. Berdasarkan model matlamat,

matlamat program yang jelas dan diterima telah diwujudkan dan direalisasikan. Model

matlamat amat bermanfaat untuk dikaji jika sesebuah program itu memberikan hasil dengan

jelas dan kriteria keberkesanan itu diterima oleh semua pihak. Menurut Cheng, Y.C (1997)

indikator sesebuah keberkesanan sekolah itu terletak pada objektif program yang telah

disenaraikan dari awal dan melibatkan kualiti program. Matlamat program ini adalah sangat

jelas iaitu ingin meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah dan menarik minat murid

supaya hadir ke sekolah dengan seronok.

6.0 METODOLOGI

6.1 Tempat kajian

Kajian ini dijalankan di SK Alor Keladi, sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar

bandar di Besut, Terengganu. Sekolah ini menghadapi masalah peratus kehadiran murid yang

rendah.
6.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pendekatan analisis soal selidik.

Kaedah ini digunakan bersesuaian dengan sumber maklumat yang dikumpulkan oleh pengkaji

iaitu melalui data APDM.

6.3 Sampel kajian

Sampel kajian melibatkan semua murid SK Alor Keladi, Besut, Terengganu iaitu

seramai 260 orang murid . Proses pengumpulan data kajian ini telah mengambil masa selama

1 minggu iaitu mengenalpasti data kehadiran murid bermula sesi persekolahan 2022 iaitu dari

bulan Mac hingga bulan Jun melalui data APDM Kementerian Pendidikan Malaysia. Data

laporan data ini berkisar tentang kehadiran murid sekolah sejak Pandemik COVID. Data ini

diperolehi daripada murid seramai 260 dari tahun 1 hingga tahun 6. Isu yang dikenalpasti

daripada kajian ini ialah masalah ketidak hadiran murid ke sekolah.

6.4 Instrument kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah:

6.4.1. Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah satu sistem di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia di mana ianya adalah sebuah sistem yang merekod semua

maklumat murid terdiri daripada maklumat peribadi murid, bantuan yang diterima oleh murid

dan juga maklumat kehadiran murid ke sekolah. Guru kelas akan mengemaskini kehadiran

murid pada setiap hari di dalam sistem APDM. Kemudian, melalui sistem ini juga, peratus

kehadiran murid dapat dikenalpasti setiap hari dan rumusan kehadiran murid juga dapat dikira

untuk setiap bulan. Oleh itu, keberkesanan program melalui peratus kehadiran murid ke

sekolah dapat dikenalpasti melalui data dari APDM.


6.4.2 Parking lot

Instrumen soal selidik ini dibina berdasarkan minat murid hadir ke sekolah

berdasarkan parking lot yang telah dibina oleh para pengkaji yang lepas berdasarkan kajian-

kajian yang lepas yang telah dijalankan sebelum ini. Melalui parking lot, murid akan

menyatakan perasaan mereka hadir ke sekolah dengan menulis nota kecil dan menampal di

papan parking lot. Oleh itu, keberkesanan program ini dapat dinilai melalui nota yang ditulis

oleh murid dalam menyatakan perasaan mereka. Ia jelas menunjukkan bahawa model

matlamat dalam proses ini memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat program

Jom Ke Sekolah.

6.5 Kaedah Analisis Data

6.5.1 Sistem APDM

Data kehadiran murid pada setiap hari akan direkod dan dikira peratus kehadiran untuk

setiap bulan melalui sistem tersebut. Dalam kajian ini, peratus kehadiran murid untuk setiap

bulan akan dipamerkan dalam bentuk graf bar supaya peratus kehadiran murid dapat

dibandingkan dengan mudah.

6.5.2 Parking lot

Respon murid akan dikira dan dicatat untuk setiap kelas. Kemudian, data tersebut

akan diproses menggunakan komputer melalui program Statistical Package for Social

Sciences (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data.

Walaubagaimanapun, data ini dibentangkan dalam bentuk peratusan dan nilai frekuensi

sahaja.
7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah

BULAN PERATUS KEHADIRAN MURID

MAC 83.4%

APRIL 84.7%

MEI 87.2%

JUN 88.3%

Program Jom Ke Sekolah ini telah dijalankan pada bulan Mac 2022 iaitu di awal

pembukaan sekolah sesi 2022/2023. Guru-guru telah bertungkus lumus untuk menjalankan

program ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran pada waktu penularan wabak COVID 19

yang meluas. Hasil kajian mendapati bahawa pola kehadiran murid ke sekolah semakin

meningkat. Motivasi pelajar hadir ke sekolah semakin menunjukan peningkatan walaupun

dalam peratus yang kecil.


Aktiviti-aktiviti di bawah Program Jom Ke Sekolah seperti ceramah daripada Pegawai

Perhubungan Sekolah, Guru Penyayang menyambut ketibaan murid setiap pagi dan hadiah

penghargaan kepada murid yang hadir penuh ke sekolah sedikit sebanyak menyuntik

semangat dan motivasi murid untuk hadir ke sekolah. Walaupun tujuan utama mereka hadir

ke sekolah sedikit lari daripada tujuan sebenar mereka hadir ke sekolah iaitu untuk belajar,

namun, kehadiran mereka ke sekolah memberi makna yang sangat besar di mana murid-

murid akan dapat mencapai kedua-dua tujuan tersebut iaitu dapat penghargaan dan dapat

belajar di sekolah.

Pelajar yang berada dalam kelompok masalah kehadiran ke sekolah ini memerlukan

hubungan akrab yang lebih tinggi untuk guru boleh membimbing mereka bagi

mencapai matlamat 100 peratus dalam kejayaan menangani masalah ketidakhadiran ke

sekolah. Bagi seseorang guru ia dianggap langkah ini merupakan satu kejayaan dunia dan

akhirat nanti. Usaha yang dilakukan kepada kelompok ini menurut perlu dilakukan

sepertimana seorang ibu dan bapa yang berusaha untuk memberikan kejayaan kepada

anaknya yang lemah dan kurang bermotivasi dalam aspek kehidupan. Ibu bapa ini akan

berusaha mencari jalan dalam pelbagai daya agar anak mereka yang lemah dan tidak

bermotivasi hadir ke sekolah ini menjadi pelajar yang bermotivasi berdisiplin dan berilmu,

dalam hidup dengan sekurang-kurangnya dapat berdikari untuk hidup apabila mereka tiada

di dunia.

Terbukti juga daripada kajian bahawa guru yang berjaya mendidik pelajar yang

bermasalah ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi daripada tahap mereka, mereka inilah

yang dianggap sebagai guru yang cemerlang. Sebaliknya, guru yang memiliki profesionalisme

yang rendah pula hanya diberikan kepada mereka untuk mengendalikan kelas murid yang

berada dalam kognitif yang tinggi agar pencapaian sekolah secara puratanya boleh berada

pada tahap yang tinggi.


7.2 Sikap murid di sekolah

KELAS MINAT MURID BILANGAN


SERONOK 20
1 MAWAR
TIDAK SERONOK 2
SERONOK 13
1 SEROJA
TIDAK SERONOK 5
SERONOK 23
2 MAWAR
TIDAK SERONOK 2
SERONOK 14
2 SEROJA
TIDAK SERONOK 3
SERONOK 23
3 MAWAR
TIDAK SERONOK 2
SERONOK 15
3 SEROJA
TIDAK SERONOK 3
SERONOK 25
4 MAWAR
TIDAK SERONOK 1
SERONOK 17
4 SEROJA
TIDAK SERONOK 2
SERONOK 25
5 MAWAR
TIDAK SERONOK 2
SERONOK 15
5 SEROJA
TIDAK SERONOK 3
SERONOK 26
6 MAWAR
TIDAK SERONOK 1
SERONOK 16
6 SEROJA
TIDAK SERONOK 2

Melalui instrumen yang diedarkan, data menunjukan bahawa lebih daripada 89

peratus daripada bilangan murid seronok hadir ke sekolah. Data ini bembuktikan kita bahawa

program jom ke sekolah yang dilaksanakan telah memberi impak positif terhadap kehadiran

murid ke sekolah. Namun, terdapat juga beberapa orang murid yang menyatakan mereka

tidak berasa seronok hadir ke sekolah dan ini bermakna mereka kurang bermotivasi untuk

hadir ke sekolah. Mereka hadir ke sekolah mungkin kerana dipaksa oleh ibubapa mereka.
Terdapat beberapa factor yang menumbang kepada murid tidak seronok hadir ke sekolah.

Antaranya adalah factor masalh keluarga di mana ibubapa di kawasan luar bandar kurang

memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak dan hanya menghantar anak-anak ke

sekolah untuk menjaga anak-anak sewaktu mereka bekerja. Ibu bapa juga tidak mengambil

peduli hal pembelajaran anak-anak boleh menyebabkan anak-anak tidak memandang

pendidikan itu adalah sesuatu yang penting. Selain itu, minat murid ke sekolah mungkin

sedikit berkurang jika terdapat matapelajaran yang mereka tidak sukai. Oleh itu, setiap guru

perlu bijak dan merancang aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik minat murid untuk

menyukai matapelajaran yang diajari sekaligus menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

Masalah rakan sebaya juga menjadi factor murid tidak seronok ke sekolah. Mereka mungkin

sering dibuli atau dipulau oleh rakan sekelas mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh mengenalpasti

punca anak-anak tidak suka hadir ke sekolah dan segera maklumkan kepada guru atau pihak

sekolah jika terdapat kejadian buli atau pulau terhadap anak mereka untuk diambil Tindakan.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan data dari APDM dan respon murid pada parking lot, terdapat peningkatan

peratusan kehadiran dari bulan March hingga Jun 2022. Lebih 89% murid memberikan respon

seronok hadir ke sekolah. Namun begitu, masih terdapat 20% murid tidak hadir ke sekolah

setiap bulan. Cadangan penambahbaikan yang disenaraikan dibawah adalah untuk

membantu bagi menambah baik lagi program jom ke sekolah dan peratus kehadiran pelajar.

8.1 Melestarikan Peranan Guru dalam Menarik Minat Pelajar Hadir Ke Sekolah.

Matlamat untuk program ini adalah jelas walaupun agak luas. Matlamat yang luas

menyediakan ruang kepada pentadbir dan guru-guru terutamanya untuk bertindak dengan

lebih kreatif. Guru-guru seharusnya diberi ruang dan kebebasan yang lebih untuk meneroka

cara – cara segar yang lebih kreatif dan unik serta sesuai bagi generasi baru bagi menarik

minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Sebagai contoh, penggunaan token berdasarkan teori
behaviouris yang memberi pengukuhan untuk tujuan modifikasi tingkah laku murid. Pelajar

diberikan pendedahan sebab, punca dan akibat tidak hadir ke sekolah, seterusnya diberi

token berbentuk chips jika hadir ke sekolah bagi mengukuhkan motivasi ekstrinsik mereka

dan diberi target atau matlamat tentang sasaran kehadiran mereka. Penggunaan token ini

adalah berdasarkan kajian tindakan yang dibuat oleh Jenny Anak Michael Jemat & Che

Nazrah Yusof, (2016), penggunaan token atau kaedah T-Trace telah dilaksanakan dan

penyelidik mendapati terdapat peningkatan terhadap peratus kedatangan murid.

8.2 Setiap Guru Mempunyai Asas Kaunseling dan Kemahiran Insaniah.

Bagi memastikan keberkesanan program jom sekolah ini, setiap pelajar yang

mempunyai masalah kehadiran yang telah dikenalpasti boleh diberikan kaunseling. Namun,

jika sesebuah sekolah hanya bergantung kepada kaunselor sekolah dalam usaha

memberikan kaunseling kepada pelajar yang terlibat, matlamat program akan sukar dicapai.

Setiap guru harus dilengkapi dengan ilmu asas kaunseling dan kemahiran insaniah atau soft

skills yang baik. Ini akan memudahkan guru-guru melibatkan diri secara langsung dan

personal dalam memberikan pendekatan yang berkesan kepada pelajar – pelajar yang

didapati mempunyai masalah kehadiran.

8.3 Memperkasakan Peranan Pembimbing Rakan Sebaya.

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah seharusnya diperkasakan. Secara

umumnya, pelajar-pelajar yang merupakan ahli pembimbing rakan sebaya ini telah diberikan

kemahiran membantu supaya mereka dapat memberikan khidmat sokongan kepada pelajar

– pelajar lain. Namun, untuk program jom ke sekolah ini, peranan pelajar – pelajar ini

seharusnya diperkasakan lagi dengan memberi latihan secara teori dan praktikal yang khusus

kerana mereka berpotensi sebagai medium yang baik dalam mengenal pasti secara khusus

pelajar – pelajar yang mempunyai masalah kehadiran. Pelajar – pelajar yang berpotensi boleh

dilatih sebagai medium antara guru dan pelajar dalam membantu rakan pelajar yang
memerlukan sokongan dari segi mental, sosial dan emosional di samping melatih mereka

untuk membantu diri mereka sendiri.

8.4 Guru Mesti Mempunyai Penampilan dan Personaliti yang Menarik.

Guru yang berkesan adalah guru yang mampu untuk menjadi pendidik yang baik dan

dapat memberikan kesan kepada pelajarnya dari segi personaliti dan seterusnya mampu

untuk membawa kepada perubahan tingkah laku pelajarnya. Kekuatan penampilan dan

personaliti yang menarik memberi impak yang besar kepada tingkah laku murid. Personaliti

dan penampilan guru seringkali menjadi perhatian murid. Secara tak langsung, murid-murid

juga sentiasa menilai perwatakan dan sikap guru. Guru yang memahami adalah idaman setiap

murid. Guru-guru yang peramah, tidak lokek dengan senyuman dan sering bertanyakan

khabar murid itu lebih disenangi murid – murid. Sikap guru seperti menepati masa, komited

dengan tugas, sentiasa berusaha untuk memastikan murid faham akan sesuatu mata

pelajaran, sering berjenaka akan membuatkan mereka menjadi guru kegemaran dan

kesayangan murid, sekaligus dapat mendorong murid untuk sentiasa konsisten hadir ke

sekolah.

8.5 Menyemaikan Semangat Menghormati dan Menyayangi Sesama Rakan.

Membudayakan sikap saling hormat menghormati, berbakti, memberi khidmat,

bertimbang rasa dan saling tolong menolong antara satu sama lain akan mewujudkan

suasana yang aman di sekolah. Sikap yang positif akan mewujudkan semangat menghormati

dan menyayangi sesama rakan. Suasana yang tenang dan aman di sekolah akan menarik

lebih minat pelajar untuk ke sekolah kerana mereka berasa selesa, dihargai dan tidak

terancam dengan sikap - sikap negatif.

8.6 Guru Perlu Memberi Pujian.

Penguasaan dalam memahami dan mempraktikkan teknik yang pelbagai di dalam

usaha mendidik anak – anak murid mengikut konteks guru, mahupun konteks ibu bapa adalah
amat diperlukan di dalam era yang semakin terbuka, maju, mencabar serta kompleks ini. Guru

seharusnya melontarkan pujian kepada murid walaupun ada sesetengah yang berpendapat

pujian tidak diperlukan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kesan negatif kepada pelajar

seperti bersikap angkuh dan sombong dengan guru – guru dan pelajar – pelajar yang lain.

Namun begitu, pujian guru adalah penting bagi membentuk semangat dan jati diri pelajar.

Pujian dari guru akan memberikan kesan yang positif sekiranya ia di buat berlandaskan

kaedah atau cara yang betul. Pujian bersifat khusus atau spesifik, berbentuk tulisan, pujian

berkualiti dan pujian kadar pantas dapat diaplikasikan kepada pelajar demi membentuk

semangat pelajar lebih – lebih lagi semangat untuk konsisten hadir ke sekolah. Pujian

berbentuk sindirian harus dielakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk semangat

pelajar.

9.0 PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program seringkali dilihat sebagai suatu kemestian bagi sesebuah

organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Terdapat

organisasi yang menilai program sama ada di peringkat awal, pertengahan atau di akhir

sesuatu aktiviti. Pemilihan waktu penilaian yang spesifik seperti ini seharusnya didasari oleh

penelitian mendalam tentang maklumat yang mungkin diperoleh dalam usaha menambah

baik sesuatu program. Di samping itu juga, kaedah mengumpul data yang paling berkesan

seharusnya diberi penekanan kerana kaedah yang tepat akan menghasilkan data yang

relevan, yang boleh diguna pakai oleh sesuatu organisasi atau institusi. Kaedah pengumpulan

data seperti temu bual, soal selidik, senarai semak, analisis dokumen dan pemerhatian di

tempat kerja seringkali memberikan data yang berguna dalam bentuk atau perspektif yang

berbeza. Sehubungan dengan itu, seseorang yang ditugaskan untuk menilai sesuatu program

seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam membuat penilaian. Jadi,

apabila penilaian dibuat terhadap program Jom Ke Sekolah ini, maka didapati kesannya

sangat positif jika kita tengok dari segi penggunaan Model Matlamat.
10.0 KELEMAHAN MODEL MATLAMAT

Terdapat juga beberapa kelemahan program Jom Ke Sekolah mengikut Model

Matlamat ini. Walaupun matlamat program Jom Ke Sekolah ini adalah jelas untuk

meningkatkan peratusan kehadiran murid dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah

dengan seronok, namun terdapat beberapa kes ketidakhadiran yang tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa terdapat

kehadiran yang tidak konsisten yang berpunca daripada murid yang sambung bercuti

terutamanya ketika musim perayaan, terdapat musim penyakit berjangkit seperti penularan

wabak penyakit HFMD, influenza dan COVID 19. Apabila musim tidak menentu seperti

kadang hujan kadang panas terik, ramai murid dijangkiti demam, batuk dan selsema dan tidak

dapat hadir ke sekolah menyebabkan peratus kehadiran rendah. Isu-isu tidak dijangka seperti

ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Disamping itu, murid juga terikut-ikut dengan minat

mereka terhadap sikap kehadiran ke sekolah. Murid lebih cenderung hadir ke sekolah bila

emosi mereka lebih stabil dan ponteng sekolah bila motivasi mereka turun daripada yang asal.

Terdapat juga pelajar yang terikut-ikut dengan faktor minat terhadap sesuatu subjek. Murid

lebih cenderung ponteng sekolah jika didapati terdapat matapelajaran yang tidak diminati

pada hari tersebut. Tambahan pula, tahap kesihatan murid juga mempengaruhi masalah

ketidakhadiran pelajar ke sekolah.

11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, mengikut model matlamat, program jom sekolah ini dikira berkesan

jika matlamat yang dinyatakan dapat dicapai. Mengikut data APDM, terdapat peningkatan

peratusan kehadiran murid dari bulan March hingga Jun 2022. Berdasarkan data dari respon

murid pada parking lot juga menunjukkan lebih 89% murid berasa seronok hadir ke sekolah.

Berdasarkan peningkatan peratus kehadiran pelajar, ternyata program ini berkesan kerana

matlamat telah dapat dicapai. Namun begitu, masih terdapat 20% murid tidak hadir setiap
bulan dan masalah ini masih perlu ditangani bagi memastikan peratus kehadiran murid

meningkat dari masa ke semasa.

RUJUKAN

Jemat, J. A. M., & Yusof, C. N. (2016). T-Trace: Meningkatkan Kehadiran Ke Sekolah Dalam
Kalangan Murid Tahun 4. Proceedings of the ICECRS, 1(1), v1i1-593.

Cheng, Y. C. (1997). Monitoring School Effectiveness: Conceptual and Practical Possibilities


and Dilemmas in Developing a Framework.
LAMPIRAN

CERAMAH JOM KE SEKOLAH OLEH PEGAWAI


PERHUBUNGAN SEKOLAH
LAMPIRAN

GURU PENYAYANG MENYAMBUT KETIBAAN MURID DI


SEKOLAH
LAMPIRAN

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEHADIRAN PENUH

You might also like