You are on page 1of 5

IMPLIKASI STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA TERHADAP SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan ekonomi
dan pembentukan negara bangsa.Dalam merealisasikan impianmembawa
Malaysia ke persaingan antarabangsa, pembentukan modal insan bertaraf dunia
merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Justeru, Program Transformasi
Kerajaan (GTP 1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memfokuskan kebolehan murid
untuk mengakses kepada pendidikan yang bermutu selain bermatlamat untuk
melahirkan murid yang berprestasi tinggiAntara cara yang efisien dalam
mengukur kemenjadian murid terutamanya dalam bidang akademik adalah
dengan menggunakan Standard Prestasi Antarabangsa melalui ujian TIMSS (Trends
In International Mathematics and Science Study)dan PISA
(ProgrammeInternational Student Assessment). TIMSS dan PISA merupakan
indikator atau penanda aras yang digunakan bagi sistem pendidikan yang
digubal.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Halim et.al(2014),
pada tahun2009, kedudukan Malaysia di tangga 57 daripada 74 buah negara
yang menyertai PISA 2009.
Pada tahun 2012 pula, negara kita berada dalam kelompok 20% terbawah
jauh ketinggalan dengan negara Singapura (skor 573, kedudukan 2), Vietnam ( skor
511, kedudukan 17) dan Thailand (skor 427, kedudukan 50).Analisis kemerosotan
murid dalam peperiksaan TIMSS dan PISA telah dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum
sebelum ini dikenalpasti kerana kurangnya penekanan unsur Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)dalam kurikulum(Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM),2012). Hal ini menyebabkan murid kurang berkemahiran
dalam mengaplikasi kemahiran tersebut semasa menjawab soalan pentaksiran
berkenaan. Selain itu, format PISA juga dikenalpasti sebagai salah satu faktor
keputusan yang tidak memberangsangkan kerana soalan-soalan pentaksiran ini
adalah berbentuk teks yang panjang dan memerlukan murid untuk membuat
interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar.
Murid di Malaysia kurang selesa dengan soalan yang memerlukan kepada kata
arah berimpak rendah (seperti jelaskan, tunjukkan dan sebagainya) yang menguji
kemahiran yang lebih kompleks aras penilaian dan mencipta. Oleh hal yang
demikian satu kurikulum baru telah digubal oleh KPM untuk menggilap
kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan murid di Malaysia(Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2013).
22.0 IMPLIKASI STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2.1 Kualiti Sistem Pendidikan Di Malaysia Meningkat
Kajian dalam keberkesanan sekolah mendapati bahawa prestasi murid di
sekolah dipengaruhi oleh Sistem Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) yang terdiri
daripada dua komponen utama yakni kualiti guru dan kepimpinan pentadbiran.
Menerusi sistem ini, sebahagian sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah
berprestasi rendah diberi perhatian yang lebih oleh pihak yang
bertanggungjawab. Saluran bantuan seperti sokongan dan dorongan telah
diberikan secara terus menerus dalam memastikan penambahbaikan dari aspek
kepimpinan serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilaksanakan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui inisiatif yang telah dijalankan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) yang masing-masing di
bawah penyelarasan KPM. Antaranya ialah latihan peningkatan profesionalisme
diberikan kepada para guru menerusi kursus-kursus bagi memastikan
kemantapan dalam P&Pterutamanya dalam subjek Matematik dan
Sains.Kelestarian kualiti guru juga berjaya ditingkatkan hasil usaha BPG
dengan mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

2.2 Perubahan Dalam Sistem Pentaksiran Di Sekolah


Sistem pentaksiran yang baru telah diperkenalkan di sekolah-sekolah bagi
mencapai Standard Prestasi Antarabangsa. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai dari aspek
kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara komponen yang terkandung dalam PBS termasuklah Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD). Pelaksanaan PBD dalam memastikan kualiti prestasi murid
meningkat sangat memberi kesan yang positif dalam mutu pendidikan di Malaysia.
Hal ini kerana pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan sementara guru-guru
panitia dalam semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan
penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan.
Guru-guru juga akan melakukan moderasi dalam memodifikasikan kaedah
yang bersesuaian untuk digunakan dalam memastikanmurid mampu
mengadaptasi hasil pembelajaran dengan kehidupan seharian selaras dengan
konsep soalan TIMSS dan PISA yang memerlukan murid untuk membuat
perhubungkaitan dalam menjawab soalan terutamanya soalan berkenaan dengan
penjustifikasian. Bukan itu sahaja, guru-guru juga telah memperbanyakkan latih tubi
soalan-soalan yang bercorak KBATuntuk mencorakkan pemikiran kritis dan kreatif
dalam kalangan murid setanding dengan murid antarabagsa
.
3.0 IMPLIKASI PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN DALAM
MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
3.1 Penambahbaikan Dalam Subjek Matematik Dan Sains
Penambahbaikan yang telah dipergiat dalam meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita telah membuahkan hasil. Antaranya adalah penambahbaikan dalam
subjek Matematik dan Sains sesuai dengan keperluan bagi mencapai kedudukan
yang tinggi dalam peperiksaan TIMSS dan PISA. PemansuhanPengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematikdalam Bahasa Inggeris (PPSMI)dan
Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat sejak 2012, yang
telah dilaksanakan oleh KPM adalah sangat wajar setelah mengambil kira
tahap kefahaman bahasa Inggeris yang tidak dapat dicapai dengan baik oleh
murid terutamanya bagi murid di kawasanluar bandar.KPM dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menganjurkan kursus dalam perkhidmatan
khusus untuk guru Sains dan Matematik bagi meningkatkan kecekapan mereka
dalam mengajar subjek tersebut.
Kesannya, murid lebih memahami konsep dengan jelas apabila subjek Sains
dan Mateatik diajarkan dalam bahasa kebangsaan berbanding dahulu yang hanya
menghafal teknik menjawab soalanuntuk skor dalam peperiksaan awam tanpa
memahami kehendak soalan yang sebenarnya.

3.2 Peningkatan Dalam Kualiti ‘Human Capital’


Peningkatan dalam kualiti ‘human capital’ juga mula menampakkan prestasi yang
memberangsangkan terutamanya dalam menghasilkan murid yang berkualiti
dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa. Hal ini demikian kerana hasil
dapatan daripada Program ‘Outreach’ yang telah diusahakan KPM banyak
memberi input positif terutamanya kepada murid. Program ini memerlukan
setiap sekolah bertukar idea dan pendapat dalam sesuatu permasalahan
menerusi ‘booth-booth’pameran yang disediakan sendiri oleh mereka dengan
bimbingan guru. Murid dapatmemahami konsep dan teori yang berkaitan Sains
dan Matematik dengan lebih baik melaluiaktiviti berasaskanpemerhatian dan
pengalaman. Aktiviti amali dan demonstrasi dijalankan menerusi program ini
bertujuan untuk mengukuhkan konsep selain menyediakan pengalaman belajar
kepada murid. Kemahiran sosiolis murid juga dapat digilap kerana pertukaran idea
dan sesi soal jawab diperlukan dalam melaksanakan program iniseiring dengan
kaedah P&P KSSR yang memerlukan murid untuk melakukan pembelajaran
secara koperatif.

3.3 Peningkatan Dalam Kualiti Pendidikan


Selain itu, penambahbaikan yang ditambah baik berjaya menunjukkan lonjakan
dalam kualiti pendidikan. Pembelajaran bercorak abad ke-21yang berpusatkan
murid dan guru sebagai pemudah carabanyak memberi peningkatan kepada
sistem pendidikan. Menurut Vygotsky (1986) dalam K.W. Wong et al. (2013),
guru berperanan sebagai ‘scaffholding’kepada murid membantu murid mencapai
Zon Perkembangan Proksimal (ZPP) had atas iaitu murid berjaya memperoleh
kemahiran yang boleh dicapai tanpa bantuan guru. Murid juga terlibat secara
aktif dalam perbincangan yang bercorak kolaboratif. Hal ini sesuai dengan
prinsip KBSRiaitu corak kurikulum yang terdahulu yang menekankan suasana
pembelajaran yang memberikan peluang kepada murid berinteraksi dan
bekerjasama.Namun begitu, perubahan kurikulum KSSR lebih mendatangkan
impak yang besar terhadap kualiti pendidikan negara. Hal ini terbukti apabila
murid ditekankan untuk menggilap kemahiran menaakul. Oleh hal yang
demikian, kaedah-kaedah P&P hands-on learningseperti aktiviti penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran
secara kontekstual, pembelajaran masteri, struktur pembelajaran koperatif dan
pembelajaran luar bilik darjah dilaksanakan melalui kurikulum ini.4.0
RumusanPeperiksaan TIMSS dan PISA banyak mengubah sistem pendidikan
negara kita kearah yang lebih baik bagi memastikankedudukan Malaysia dalam
bidang akademik setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Perubahan kurikulum KBSR yangdigantikan dengan KSSR amatlah
sesuai dilaksanakan oleh KPM kepada murid di negara ini kerana melalui kurikulum
baru ini murid diterapkan dengan pembelajaran yang berbentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang dianamakan sebagai modul. Hal ini seterusnya dapat
membantu murid dalam proses menaakul lebih-lebih lagi kemahiran ini amat
diperlukan terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik kerana soalan-soalan
yang disediakan dalam peperiksaan TIMSS dan PISA adalah bercorak KBAT.
Justeru, jelaslah bahawa usaha yang telah dilaksanakan oleh KPM demi
melahirkan murid yang berfikiran kritis berhasil menampakkan lonjakan
kesandaripada perubahan kurikulum terbaru dalam sistem pendidikan di
negara kita.

55.0 Bibliografi
Abdul Halim Abdullah,Johari Surif, Norhasniza Ibrahim. (2014). Prosiding Seminar
Kelestarian Insan 2014 : “ PISA 2012: Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Subjek
Matematik “.
Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-205. (2012).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). (2013). Pembentangan “Item Lembaga
Peperiksaan” di Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Matematik Sekolah Menengah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayuddin, Zakiah Noordin. ( 2013).
“Falsafahdan Pendidikan di Malaysia”. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani. (2013). “Perkembangan
Kanak-KanakEdisi Kedua”. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

You might also like