You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembentukan negara bangsa. Bagi membawa Malaysia ke persaingan antarabangsa,
pembentukan modal insan bertaraf dunia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.
Justeru, Program Transformasi Kerajaan (GTP 1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai
salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memfokuskan kebolehan murid
untuk mengakses kepada pendidikan yang bermutu selain bermatlamat untuk melahirkan
murid yang berprestasi tinggi

Antara cara yang efisien dalam mengukur kemenjadian murid terutamanya dalam bidang
akademik adalah dengan menggunakan Standard Prestasi Antarabangsa melalui ujian
TIMSS (Trends In International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme
International Student Assessment). TIMSS dan PISA ini adalah merupakan indikator atau
penanda aras yang digunakan bagi sistem pendidikan yang digubal.

( PENAMBAHAN FAKTA,KAJIAN )
2.0 Implikasi Standard Prestasi Antarabangsa Terhadap Sistem Pendidikan di
Malaysia

2.1 KUALITI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA MENINGKAT


Kajian dalam keberkesanan sekolah mendapati bahawa prestasi murid di sekolah
dipengaruhi oleh Sistem Sekolah Berprestasi Tinggi yang terdiri daripada dua komponen
utama yakni kualiti guru dan kepimpinan pentadbiran. Menerusi sistem ini, sebahagian
sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah berprestasi rendah diberi perhatian yang lebih
oleh pihak yang bertanggungjawab. Saluran bantuan seperti sokongan dan dorongan telah
diberikan secara terus menerus dalam memastikan penambahbaikan dari aspek kepimpinan
serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan. Hal ini dapat dibuktikan
melalui inisiatif yang telah dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut
Aminuddin Baki (IAB) yang masing-masing di bawah penyelarasan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Antaranya ialah latihan peningkatan profesionalisme diberikan kepada para
guru menerusi kursus-kursus bagi memastikan kemantapan dalam PdP. Kelestarian kualiti
guru juga berjaya ditingkatkan hasil usaha BPG dengan mewujudkan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC).

2.2 PROGRAM PERTUKARAN GURU MENERUSI PEER COACHING

Menurut Shulman (1991) , Peer Coaching (PC) adalah satu situasi yang membolehkan
guru berkongsi pengalaman pengajaran selain pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah
tanpa sebarang paksaan. PC merupakan salah satu program yang dijalankan di bawah
pelaksanaan PLC. Objektif penubuhan PLC adalah untuk memantapkan komuniti
pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik. PLC merangkumi aktiviti-aktiviti
kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak luar komuniti sekolah yang berkepentingan
dalam menterjemahkan penyampaian kurikulum yang berkesan. Antara aktiviti yang
dijalankan termasuklah program pertukaran guru atau boleh dikenali sebagai peer coaching.
Tiga proses utama yang dititikberatkan dalam program ini ialah prakonferensi, pemerhatian
dan pascakonferensi. Model Guru Mengajar merupakan salah satu model yang diperkenalkan
dalam program ini. Menerusi model ini guru diperhatikan oleh coach dan guru-guru lain
semasa mengajar. Satu sesi pertukaran idea serta memberi pendapat tentang cara
penyampaian guru ketika di bilik darjah diadakan pada akhir sesi coaching. Coach juga akan
mengajar model pengajaran yang betul kepada para guru menerusi program PC.
3.0 Implikasi Penambahbaikan yang telah Dilaksanakan Dalam Meningkatkan Kualiti
Pendidikan

3.1 PENINGKATAN KEBERHASILAN MURID KE ARAH MEMBANGUNKAN MODAL


INSAN
Penambahbaikan yang telah dipergiat dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara
kita telah membuahkan hasil. Antaranya adalah peningkatan pembelajaran murid ke arah
membangunkan modal insan. Seperti yang telah diketahui, Panduan Pelaksanaan Melindungi
Masa Instruksional (MMI) yang telah dijalankan sejak tahun 2013 berjaya menunjukkan
keberkesanan aktiviti PdP di kelas. Panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran kepada pelbagai pihak yang terlibat terhadap kepentingan melindungi waktu
pembelajaran. Pihak pentadbiran pendidikan sama ada di sekolah mahupun di peringkat yang
lebih tinggi perlu memastikan keberadaan guru di sekolah atau bilik darjah berdasarkan apa
yang telah digariskan oleh panduan ini. Hal ini bagi membantu untuk mengoptimumkan masa
pembelajaran murid seterusnya menghasilkan peningkatan dalam keberhasilan pembelajaran
mereka. Panduan ini juga telah memberi kesan dalam melindungi masa instruksional murid
selain meningkatkan profesionalisme guru. Hal ini terhasil daripada kolaborasi yang berjaya
diwujudkan antara guru dan pihak pentadbir dalam memastikan proses PdP berjalan dengan
lancar.

3.2 PENINGKATAN DALAM KUALITI ‘HUMAN CAPITAL’

Peningkatan dalam kualiti ‘human capital’ juga mula menampakkan prestasi yang
memberangsangkan terutamanya dalam menghasilkan murid yang berkualiti dalam subjek
Sains, Matematik dan Bahasa. Hal ini demikian kerana hasil dapatan daripada Program
‘Outreach’ yang telah diusahakan KPM banyak memberi input positif terutamanya kepada
murid. Program ini memerlukan setiap sekolah bertukar idea dan pendapat dalam sesuatu
permasalahan menerusi ‘booth-booth’ pameran yang disediakan sendiri oleh mereka dengan
bimbingan guru. Murid dapat memahami konsep dan teori yang berkaitan Sains dan
Matematik dengan lebih baik melalui aktiviti berasaskan pemerhatian dan pengalaman. Aktiviti
amali dan demonstrasi dijalankan menerusi program ini bertujuan untuk mengukuhkan
konsep selain menyediakan pengalaman belajar kepada murid. Kemahiran sosiolis murid juga
dapat digilap kerana pertukaran idea dan sesi soal jawab diperlukan dalam melaksanakan
program ini. Keseronokan dalam kalangan murid untuk menimba pengetahuan baru dapat
diterapkan kerana berlakunya interaksi dalam kalangan mereka.
3.3 PENINGKATAN DALAM KUALITI PENDIDIKAN

Selain itu, penambahbaikan yang ditambah baik berjaya menunjukkan lonjakan dalam
kualiti pendidikan. Pembelajaran bercorak abad ke-21 yang berpusatkan murid dan guru
sebagai pemudah cara banyak memberi peningkatan kepada sistem pendidikan. Guru yang
berperanan sebagai ‘scaffholding’ kepada murid membantu murid mencapai Zon
Perkembangan Proksimal (ZPP) had atas iaitu murid berjaya memperoleh kemahiran yang
boleh dicapai tanpa bantuan guru. Murid juga terlibat secara aktif dalam perbincangan yang
bercorak kolaboratif. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan cara pembelajaran
yang menarik dan interaktif lebih-lebih lagi apabila proses PdP dijalankan berasaskan
permainan. Inisiatif guru dalam memupuk budaya pemikiran berteraskan teknologi seperti
penggunaan aplikasi Plickers dan Zipgrade membolehkan tahap kognitif murid berkembang
sesuai mengikut arus pemodenan. Hal ini secara tidak langsung meletakkan murid di Malaysia
setanding murid di negara-negara maju yang mengamalkan penggunaan teknologi dalam
proses PdP mereka. Bukan itu sahaja, pencapaian murid diukur secara komprehensif iaitu
tidak terikat pada akademik semata-mata. Hal ini bagi memberi peluang kepada murid untuk
cemerlang berdasarkan potensi yang ada pada diri masing-masing.

You might also like