You are on page 1of 8

1

Kandungan
1.0 Pengenalan…………………………………………………………..2

2.0 Isu-Isu Pendidikan Berkaitan Kompetensi Guru…………………3

2.1 Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi………………..3

2.2 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam PdP………….4

2.3 Mengantarabangsakan Pendidikan Negara…………………5

3.0 Rumusan……………………………………………………………..7
2

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyertai penilaian antarabangsa


iaitu Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in
Mathematics and Science Study (TIMSS) untuk mengukur taraf kualiti pendidikan
negara. Namun demikian, kedudukan Malaysia dalam penyertaan penilaian
antarabangsa tersebut menjadi persoalan setelah melihat keputusan negara Malaysia
berada pada kedudukan sepertiga terbawah di antara 74 buah negara. Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah melakukan pelbagai perubahan dalam sistem
pendidikan agar bersifat fleksibel demi merealisasikan hasrat kedudukan sepertiga
teratas peringkat antarabangsa.

Sistem pendidikan Malaysia amat sinonim dengan peranan seorang guru bagi
menggerakkan kontigensi Pelan Pembangunan Pendidikan. Guru merupakan tunjang
kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat
kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Guru menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula
merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak
dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru
memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam
pendidikan formal. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan
standard profesionalisme guru.

Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal,
kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem
pendidikan. Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan
pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah para guru
bergerak ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai pendidikan
3

bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah mustahil untuk dicapai jika
guru-guru mempunyai kakitangan yang kompeten dan komited terhadap
profesionnya.

2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN BERKAITAN KOMPETENSI GURU

Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima
komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi,
penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.

2.1 PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025, kerajaan telah


memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan golongan
murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, serta penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Namun, petikan akhbar November, 2017
mengatakan bahawa kelemahan guru adalah punca 60 peratus sekolah hadapi
masalah KBAT.

Ketiadaan faktor kesediaan dalam kalangan guru dilihat mampu menyebabkan


pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) tidak dapat dilaksanakan
semasa proses pengajaran walaupun guru tersebut mempunyai kesedaran dan
pengetahuan tentang kepentingan KBAT ini (Fathiyah, 2010). Kenyataan ini
bersandarkan beberapa kajian yang menunjukkan situasi guru-guru tidak bersedia
untuk mengaplikasikan KBAT ini di dalam pengajaran yang dilaksanakan
bersumberkan daripada faktor kurangnya pendedahan berkaitannya ketika berada di
institut penguruan atau di universiti (Mohd Aderi , Noraini, Nur Hanani; 2014).

Selain itu, faktor yang mendorong ketidaksediaan ini adalah berasaskan kepada
kekurangan pengetahuan mengenai bagaimana elemen KBAT ini dapat diaplikasikan
di dalam PdP. Rantaian daripada kekurangan pengetahuan dan ketidaksediaan ini
menyebabkan pengajaran guru didapati kurang menggarap, menghayati dan
mengamalkan konsep kemahiran berfikir untuk disampaikan kepada pelajar (Halim,
4

2013). Seharusnya seorang guru perlu mempunyai penghayatan, keupayaan untuk


mengamalkan dan kemampuan mengaplikasikan dengan setiap ilmu yang
diketahuinya terutamanya menerusi konteks PdP (Kamarul Azmi & Ab. Halim; 2012).

Seterusnya, kajian juga mendapati guru kurang melaksanakan unsur-unsur


kemahiran berfikir KBAT menerusi aktiviti-aktiviti penyoalan (Noraini, 2015),
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan aktiviti-aktiviti PdP. Permasalahan
dan kelemahan ini bukanlah satu isu yang harus dipandang kecil, ianya
menggambarkan tahap mutu pendidikan di Malaysia berbanding negara-negara maju
yang lain. Bersandarkan dapatan kajian, tahap pengetahuan guru tentang KBKK juga
berada pada tahap umum bukannya secara terperinci berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Tajul Arifin (2010). Ini bertentangan dengan dasar pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang telah diperkenalkan sejak tahun
1994 di dalam sistem pendidikan dan diterapkan di dalam keseluruhan sistem
pendidikan di Malaysia (Nor Azza, 2013). Dasar ini mengkehendaki guru bukan
sahaja mengetahui sesuatu isi kandungan tetapi pedagogi bagaimana ianya
diinterpretasikan dalam bentuk yang bersesuian dengan kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, kepelbagaian permasalahan yang merangkumi aspek


pengetahuan, amalan, kemampuan mengaplikasi, strategi penerapan, persekitaran,
kepimpinan sekolah dan sebagainya merupakan di antara isu yang memerlukan
penyelesaian yang sepenuhnya bagi memastikan dasar KBAT ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan bertepatan.

2.2 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DI DALAM PDP

Para guru berhadapan dengan pedagogi alaf baharu yang memerlukan


pengintegrasian pintar antara pengajaran semuka dengan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi. Banyak sekali aplikasi pembelajaran yang menuntut
kemahiran pedagogi alaf baharu. Pakar pembelajaran abad ke-21, Profesor Datuk Dr.
Norazah Mohd. Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan
bahawa pelajar alaf baharu cenderung untuk menjadikan pembelajaran lebih bersifat
persendirian dan mereka mahu sentiasa dihubungkan.
5

Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer
di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah
konvensional kerana mereka berpendapat kaedah tersebut relevan dengan sistem
peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan
berkesan. Terdapat guru yang mengalami kerisauan untuk menghadapai perubahan.
Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan
komputer iaitu risau sekiranya peralatan yang digunakan akan rosak, risau kerana
merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi yang canggih dan
risau sekiranya disuruh oleh pihak sekolah untuk melakukan semua kerja kerana
mahir dalam penggunaan komputer.

Selain itu, guru kurang kemahiran dalam komputer dan pengetahuan penggunaan
komputer dalam PdP menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan PdP
menggunakan teknologi. Proses pengajaran berbantukan ICT menuntut guru
berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia
sekurang-kurangnya menggunakan power point dengan input-input seperti rakaman
suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh sebab tidak
semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki
menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk
menambahbaikan bahan PdP hanya tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana
guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan
komputer dalam PdP. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada
tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada
itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan
perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia,
persembahan grafik, dan laman web dalam pengajaran.

Justeru, kurikulum pendidikan guru perlu sentiasa ditambah baik dengan memberi
perhatian terhadap kompetensi guru pelatih untuk menguasai ilmu dan kemahiran ini.
Pelbagai latihan yang menggabungkan antara teknologi dan kaedah pengajaran
sedia perlu diberi perhatian khusus. Perkembangan baik adalah apabila ramai guru
didapati bertindak positif dalam meningkatkan ilmu serta kemahiran mereka terhadap
aspek ini menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP).
6

2.3 MENGANTARABANGSAKAN PENDIDIKAN NEGARA

Selari dengan usaha mengantarabangsakan pendidikan seperti dihasratkan dalam


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian
Pendidikan telah menjalankan usaha menyeluruh dengan melibatkan semua warga
pendidikan bagi menjayakannya.

Kata Mahdzir Khalid ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2017 kepada
warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, “Selaras dengan
usaha membangunkan murid secara holistik, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi penekanan
kepada pentaksiran bersepadu murid sebagaimana yang diamalkan dalam sistem
pendidikan terbaik dunia.” Beliau juga mengatakan sistem ini sejajar dengan konsep
pembelajaran abad ke-21, kurikulum tersebut juga memberi penekanan kepada
pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan, di samping memberi
lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek dan
melaksanakan pentaksiran formatif.

Hal ini kerana, kata Mahdzir Khalid pentaksiran yang mengukur murid bersandarkan
kepada keputusan peperiksaan semata-mata sebenarnya tidak begitu tepat kerana
pengukuran daripada aspek jasmani, emosi dan rohani juga akan menyumbang
kepada kejayaan seseorang. “Negara Malaysia mahu hasilkan sistem pendidikan
negara yang menyeluruh dan dapat mencambah pemikiran murid. Oleh itu, kita telah
melaksanakan PBS dengan empat komponen utama iaitu Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),” kata Mahdzir.

Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran


dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan
oleh guru amat diberi perhatian. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah
untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar
(McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti
pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance assessment),
penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasil
7

pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Namun,


guru seharusnya merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran
yang dilakukan lebih terancang dan telus.

Kompetensi guru diuji apabila ketidaksungguhan guru ketika menaksir. Perkara ini
telah dibincangkan dalam kajian Tan (2010) di mana kurang pemantauan akan
menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan pentaksiran.
Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard
pentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian Chan
(2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan
tiada kerjasama dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan
pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku
juga disebabkan pemarkahan yang telahditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan
guru menaksir sambil lewa. Tidak bersungguh-sungguh kerana rasa tidak puas hati
menyebabkan pemarkahan tidak telus.

Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar
tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu
mengajar, menaksir dan memberi skor kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang dijalankan guru hanya mengajar dan guru luar
terlibat dalam penandaan kertas jawapan dan memberimarkah kepada pelajar.
Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan penting di
sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi
tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting. Secara tidak langsung,
guru tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar. Acara atau
aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam
melaksanakan PBS.

3.0 RUMUSAN

Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan


sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha
meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun
8

setakat ini sudah banyak usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti
mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan
bakal guru namun seperkara yang perlu diambilkira ialah mewujudkan satu standard
kompetensi untuk para guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi
yang digunapakai bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru. Penilaian
tahap kecekapan yang diambil oleh para guru nampaknya masih belum dapat
diterima secara keseluruhan sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai
pencapaian guru. Kebanyakan negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan
melaksanakan standard kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia
dan banyak lagi. Banyak manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard
kompetensi guru. Ianya bukan sahaja dapat menilai guru dengan lebih objektif
malahan dapat digunakan oleh guru sendiri sebagai penanda aras untuk melihat
kemajuan atau pencapaian peribadi.

You might also like