You are on page 1of 26

FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA KURSUS:

GGGA 5032: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN 2:

ANALISIS KES: KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


PEMBELAJARAN MURID DI SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH:

DR. HAFIZHAH BINTI ZULKIFLI

DISEDIAKAN OLEH:
NAQIB AIMAN BIN ZULKIFLI (P122618)
SYAIFUL AZIZEY BIN JUSOF (P122317)
NUR SYAZLIYANA BINTI KHOLID (P122839)
NOR FATIHAH AMIRAH BINTI SUHARDI (P122798)

LINK TUGASAN:
https://youtu.be/_-tn0tfnRDA
ISI KANDUNGAN

1.0 TAJUK TUGASAN:.......................................................................................................3


2.0 TUJUAN.........................................................................................................................3
3.0 PENGENALAN..............................................................................................................3
4.0 METHOD KAJIAAN /KAEDAH KAJIAN...................................................................5
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN............................................................................7
5.1 Dapatan Objektif Kajian 1:..........................................................................................7
5.2 Dapatan Objektif Kajian 2:........................................................................................10
5.3 Dapatan Objektif Kajian 3:........................................................................................14
5.4 Dapatan Objektif Kajian 4:........................................................................................16
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN......................................................................19
6.1 Cadangan Penambahbaikan Objektif 1.....................................................................19
6.2 Cadangan Penambahbaikan Objektif 2:....................................................................21
6.3 Cadangan Penambahbaikan Objektif 3:....................................................................22
6.4 Cadangan Penambahbaikan Objektif 4:....................................................................23
7.0 PENUTUP.....................................................................................................................25
RUJUKAN...............................................................................................................................27
1.0 TAJUK TUGASAN

Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran Di Sekolah Dalam Kalangan


Murid Sekolah Rendah.

2.0 TUJUAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:


1. Memahami para murid sekolah rendah tentang penggunaan teknologi dalam
pembelajaran abad ke-21.
2. Mengetahui kesan pelaksanaan dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad
ke-21 dalam kalangan murid berdasarkan sesi pembelajaran.
3. Mengetahui sumber dan cara penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.
4. Mengetahui kesan negatif penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan sifat murid-
murid.

3.0 PENGENALAN

Menurut Siti Aminah dan Fazlinda (2018), dunia pendidikan telah mengalami transformasi
yang sangat membanggakan dan pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan bagi
memartabatkan pendidikan negara setaraf dengan pendidikan di peringkat global. Pada tahun
1986, kerajaan memulakan usaha murni dalam memperkenalkan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) melalui pengenalan kepada computer. Projek lain seperti, projek literasi
computer pada tahun 1992, projek Pelajaran Berbantukan Komputer (PBK) pada tahun 1995
dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 untuk sekolah menengah sekolah rendah,
dan sekolah bestari pada tahun 1999 merupakan usaha kerajaan dalam memperkasakan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di (PdP) di sekolah (Siti Aminah &
Fazlinda, 2018). Tidak dinafikan bahawa teknologi merupakan elemen penting pada zaman
globalisasi dan liberalisasi ini dan kepentingannya meliputi hampir semua aspek dalam
kehidupan seperti tuntutan ilmu pengetahuan, kemudahan komunikasi, kemudahan capaian
akses terhadap pelbagai jenis maklumat dan sebagainya (Nur Fatin Shamimi et al., 2021).

Penggunaan teknologi sangat penting digunakan dalam kehidupan seharian kerana


segala maklumat boleh diakses hanya dengan menggunakan hujung jari. Menurut

1
Mahalingam dan Khairul Azhar (2021), pendidikan telah mengalami perubahan sejajar
dengan kemajuan teknologi semasa terutamanya selepas pandemik Covid-19 di mana
penggunaan teknologi di peringkat sekolah dan pengajian tinggi lebih banyak digunapakai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti e-learning, blending learning dan
mobile learning. Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa dapat memudahkan suatu
proses PdP di samping dapat menarik minat pelajar dan menjimatkan masa. Menurut Siti
Aminah dan Fazlinda (2018), tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai salah satu alat bantu mengajar
sememangnya tepat dan pengintegrasian teknologi dalam PdP adalah perlu kerana ia telah
memberi satu anjakan paradigma kepada teknik-teknik baru dalam pedagogi guru. Dalam
kajian oleh Siti Zaharah et al. (2018), penggunaan teknologi multimedia terkini dalam
pendekatan pengajaran terbukti dapat membantu meningkatkan minat dan perhatian pelajar,
menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu
perkembangan literasi, dan kemahiran pemikiran tahap tinggi. Oleh yang demikian,
perubahan pedagogi mengguna ICT sememangnya perlu bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih menarik dan berkesan. Menurut Nur Fatin Shamimi et
al. (2021), multimedia interaktif merupakan integrasi lima elemen, iaitu, teks, grafik, video,
audio dan animasi.

Menurut Noor Lela et al. (2019), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 telah meluaskan pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 ke seluruh negara pada tahun 2015. Gelombang ke 2 dalam PPPM
bertujuan untuk memacu peningkatan sistem pendidikan negara bagi melahirkan individu
berbakat di samping mempertimbangkan keunikan dan kekuatan Malaysia. Program
transformasi ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad 21 seperti kreatif
dan inovatif, penyelesaian masalah, pemikiran kritis, dan komunikasi untuk membolehkan
pelajar bersaing di peringkat global.

Menurut Nur Fatin Shamimi et al. (2021), aplikasi multimedia interaktif dapat
menjana pelbagai pengetahuan berdasarkan konsep maklumat di hujung jari. Contoh aplikasi
multimedia interaktif ialah CD interaktif, Youtube, laman sesawang seperti Google
Classroom dan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Dalam meniti
arus perkembangan ini, inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membina sebuah
pelantar yang juga dikenali sebagai Digital Educational Learning Initiative Malaysia

2
(DELIMa). Pelantar ini boleh diakses dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan
MOE-DL ataupun dikenali sebagai alamat email moe yang telah dibekalkan kepada
penyelaras ICT di sekolah masing-masing. Selain itu, ianya dapat membantu dan
membimbing para guru untuk membina serta menguruskan kelas dalam talian dengan
menggunakan produk Google Education seperti Google Classroom, Google Docs, Google
Slides dan Google Jamboard secara percuma (Nur Farah & Hafizhah, 2022).

4.0 METHOD KAJIAAN /KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini berpaksikan metodologi kajian kuantitatif. Kajian ini melibatkan 36
orang murid sekolah rendah daripada darjah 4 sehingga darjah 6. Setiap peserta kajian
diberikan link google form untuk dijawab. Data yang diperolehi, dikumpul dan dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif dengan menggunakan perisian komputer
IBM Statistic Package for the Social Sciences 29 (SPSS29) untuk mencari kekerapan,
peratusan dan sisihan piawai.

Kajian ini hanya melibatkan jantina, darjah dan negeri para murid bagi menjaga
kerahsiaan murid dan mematuhi etika pelaksanaan kajian. Kaedah soal selidik dengan soalan
tertutup telah diaplikasikan. Setiap soalan para murid perlu meletakan skala jawapan iaitu 1:
Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju, 4: Setuju dan 5: Sangat Setuju.
Berdasarkan borang soal selidik, terdapat 20 item yang dikemukakan dalam borang soal
selidik untuk menanggapi pemahaman informan terhadap penggunaan teknologi multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk keterangan lanjut, Jadual
4.1berikut dikemukakan indikator-indikator tersebut.

Jadual 4.1 Borang soal selidik Bahagian B


Bil Item
1. Saya tahu menggunakan teknologi multimedia sebagai bahan pembelajaran semasa.
2. Saya tahu multimedia merupakan bahan pembelajaran yang kreatif dan menarik minat untuk saya
belajar.
3. Saya lebih bermotivasi dan berinisiatif untuk meningkatkan tahap pembelajaran melalui
pembelajaran atas talian.
4. Saya memperoleh maklumat tambahan silibus pembelajaran melalui internet dengan mudah.
5. Saya mengetahui kaedah pembelajaran melalui multimedia sebagai audio, video, teks dan grafik
dalam komputer.

3
6. Penggunaan teknologi membantu melancarkan proses pembelajaran yang lebih sistematik dan
berkesan.
7. Saya mengetahui cara penggunaan teknologi melalui kawan dan guru bimbingan semasa di sekolah.
8. Saya mengetahui akan penggunaan multimedia seperti laman web, internet, email dan sebagainya.
9. Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.
10. Pembelajaran berasaskan teknologi menyebabkan murid tidak dapat fokus kepada pembelajaran
yang disampaikan.
11. Penggunaan teknologi di sekolah adalah lebih baik berbanding penggunaan buku teks?
12. Penggunaan teknologi dalam sistem pembelajaran memudahkan komunikasi antara murid, guru dan
ibu bapa?
13. Murid yang terdedah kepada penggunaan teknologi maklumat pada usia muda lebih terdorong untuk
melibatkan diri dalam perkongsian maya.
14. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat meningkatkan keupayaan intelek dan kreativiti
murid.
15. Pembelajaran kaedah multimedia meningkatkan kefahaman saya dalam pembelajaran.
16. Penggunaan teknologi multimedia meningkatkan pencapaian saya di sekolah.
17. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran mampu meningkatkan tumpuan murid dalam
pembelajaran.
18. Teknologi membolehkan saya mendapat maklumat dengan lebih meluas melalui komunikasi dengan
rakan-rakan di luar.
19. Saya rasa pembelajaran melalui teknologi tidak sesuai dijalankan kerana membuang masa saya.
20. Ilmu yang disampaikan guru melalui penggunaan teknologi multimedia adalah lebih mudah
difahami.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bacaan interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Dr. Jamil Ahmad
(2002), Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah. Satu penilaian tesis.
Pemeringkatan skala skor min seperti dalam Jadual 5.1 di bawah.

Jadual 5.1 Skala skor min dan interpretasi.


Skor Min Interpretasi Skor Min

(Kurang setuju/kurang membantu/kurang mahir/kurang


1.00 hingga 2.33 Rendah
memenuhi/ tidak pasti/kadang-kadang/tiada/sebahagian kecil)

2.34 hingga 3.66 Sederhana (Setuju/membantu/mahir/memenuhi/ separuh)

4
(Sangat setuju/sangat membantu/sangat mahir/sangat
3.67 hingga 5.00 Tinggi
memenuhi/ sangat selalu/semua/sebahagian besar)

5.1 Dapatan Objektif Kajian 1:


“Mengetahui pemahaman murid tentang keberkesanan penggunaan teknologi dalam
pembelajaran abad ke-21”

Pada bahagian ini dari item pentaksiran soal selidik, kumpulan kami mengemukakan empat
item soalan bagi mendapatkan respons tentang pemahaman para murid sekolah rendah
tentang keberkesanan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 di kalangan
murid berdasarkan sesi pembelajaran seperti di dalam Jadual 5.1.1. Dapatan data yang
diperolehi daripada responden menerusi instrumen yang dijalankan adalah berdasarkan
Jadual 5.11. Secara keseluruhannya murid mempunyai tahap pemahaman yang tinggi tentang
keberkesanan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.

Jadual 5.1.1 Tahap pemahaman murid tentang keberkesanan penggunaan teknologi


No. Item Min Sisihan Tahap
Piawai
B1 Saya tahu menggunakan teknologi multimedia sebagai 3.92 1.052 Tinggi
bahan pembelajaran semasa.
B2 Saya tahu multimedia merupakan bahan pembelajaran 4.08 0.841 Tinggi
yang kreatif dan menarik minat untuk saya belajar.
B9 Penggunaan teknologi multimedia dalam 4.19 0.980 Tinggi
pembelajaran dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.
B15 Pembelajaran kaedah multimedia meningkatkan 3.94 0.955 Tinggi
kefahaman saya dalam pembelajaran.

Melihat kepada objektif kajian 1, terdapat tiga isu utama yang dinyatakan di dalam
borang soal selidik berdasarkan 20 indikator yang dikemukakan. Pertama, minat pelajar dan
kedua, suasana pembelajaran yang seronok dan ketiga tahap kefahaman pelajar. Berdasarkan
ketiga elemen ini, maka rumusan akan dilakukan untuk menilai pandangan pelajar terhadap
keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Perbincangan yang seterusnya akan menganalisis indikator-indikator
yang dikemukakan dan akan lebih tertumpu kepada soalan 2, 9 dan 15 sahaja.

5
Berdasarkan soalan 2, seramai 13 orang pelajar atau 36.1% sangat setuju penggunaan
teknologi multimedia merupakan bahan pembelajaran yang menarik dan mampu menarik
minat mereka untuk belajar. Seramai 14 orang pelajar atau 38.9% turut bersetuju akan hal
yang sama seperti di kemukakan dalam Rajah 5.1.1. Meskipun demikian, hasil soal selidik
turut menunjukkan terdapat segelintir pelajar beranggapan bahawa penggunaan multimedia
sebagai bahan pembelajaran tidak dapat menarik minat mereka untuk belajar. Iaitu 9 orang
atau 25% memberi maklum balas bahawa teknologi multimedia gagal menarik minat mereka
untuk belajar. Maklum balas ini mungkin disebabkan perubahan kepada norma baharu, iaitu
daripada kebiasaan menggunakan kaedah konvensional di sekolah rendah kepada suatu
bentuk pengajaran baharu yang menggunakan teknologi dan komunikasi (ICT) yang mungkin

mengambil masa yang lama dari segi persiapan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) atau masalah teknikal seperti capaian Internet yang lemah yang menganggu kelancaran
untuk memainkan multimedia interaktif tersebut.

Rajah 5.1.1 Peratusan pandangan informan bagi soalan 2

Berdasarkan soalan 5 dan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.2, seramai 18
orang pelajar atau 50% informan sangat setuju bahawa penggunaan teknologi multimedia
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya seramai 10 orang
pelajar atau 27.8% informan turut bersetuju akan hal yang sama. Namun begitu, terdapat juga
informan yang kurang setuju dan tidak setuju bahawa penggunaan teknologi multimedia
dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Hal ini dapat dilihat

6
berdasarkan jadual di atas dengan 5 orang pelajar atau 13.9% memilih kurang setuju dan tiga
orang pelajar lain atau 8.3% memilih tidak setuju.

Rajah 5.1.2 Peratusan pandangan informan bagi soalan 9

Bagi soalan 15 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.3, seramai 12 orang pelajar
atau 33.3% informan sangat bersetuju penggunaan multimedia membantu meningkatkan
kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang diajar oleh guru. 12 orang pelajar atau 33.3%
informan turut bersetuju akan hal yang sama. Walaupun begitu, terdapat juga informan yang
kurang dan sangat tidak bersetuju bahawa penggunaan multimedia membantu meningkatkan
kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah dengan 11 orang
murid atau 30.6% daripadanya menanda nilai kurang setuju dan seorang murid atau 2.8% lagi
menanda nilai sangat tidak bersetuju. Pemilihan nilai kurang setuju dan sangat tidak setuju ini
berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor masalah perisian yang mengandungi ikon, teks dan
audio yang kurang jelas yang boleh mengganggu tumpuan pelajar terhadap proses
pembelajaran (Nur Fatin Shamimi et al., 2021).

7
Rajah 5.1.3 Peratusan pandangan informan bagi soalan 15
5.2 Dapatan Objektif Kajian 2:
“Mengetahui kesan pelaksanaan dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad
ke-21 di kalangan murid berdasarkan sesi pembelajaran”

Pada bahagian ini dari item pentaksiran soal selidik, kumpulan kami mengemukakan lapan
item soalan bagi mendapatkan respon tentang kesan pelaksanaan dan penggunaan teknologi
dalam pembelajaran abad ke-21 di kalangan murid berdasarkan sesi pembelajaran seperti di
dalam jadual di bawah. Jadual 5.2.1 adalah dapatan data yang diperolehi daripada responden
menerusi instrument yang dijalankan. Menurut Jadual 5.2.1 bagi keseluruhan item soalan,
nilai bacaan min yang diperolehi adalah 2.63 di mana berada pada tahap sederhana.

Jadual 5.2.1 Nilai bacaan min bagi 8 soalan tentang kesan pelaksanaan dan penggunaan teknologi dalam
pembelajaran

Merujuk kepada data yang diperolehi dari Jadual 5.2.2, berkenaan dengan kesan
pelaksanaan dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di kalangan murid sekolah
rendah, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa penggunaan
teknologi multimedia dalam sesi pembelajaran di dalam kelas dapat memberi kesan positif
kepada diri mereka. Ini dapat dilihat melalui item soalan bernombor 14 dimana sebanyak
41.7% reponden bersetuju bahawa dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat
meningkatkan keupayaan intelek dan kreativiti murid. Ini bermaksud dengan adanya
penggunaan teknologi dalam pembelajaran di dalam kelas, para murid dapat mencetuskan
pemikiran kreatif dan inovatif serta dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk berfikir di
luar kotak pemikiran semasa sesi pembelajaran. Manakala bagi item soalan bernombor 17
yang menyatakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mampu meningkatkan tumpuan
murid dalam pembelajaran, sebanyak 30.6% responden menjawab kurang setuju. Ini
menunjukkan walaupun kebanyakan murid mengatakan bahawa dengan penggunaan
teknologi dapat meningkatkan tumpuan mereka di dalam pembelajaran, tetapi terdapat

8
sebelas orang murid yang mengatakan mereka tidak dapat fokus dengan baik di dalam kelas
sekiranya menggunakan teknologi di dalam pembelajaran. Ini mungkin disebabkan mereka
berasa tergangu dengan penggunaan multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan
gambar.

Jadual 5.2.2 Analisis 8 soalan berdasarkan frekuensi dan peratus tentang kesan pelaksanaan dan
penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

9
10
5.3 Dapatan Objektif Kajian 3
“Mengetahui sumber dan cara penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21”

Pada bahagian ini dari item pentaksiran soal selidik, kumpulan kami mengemukakan empat
item soalan bagi mendapatkan respon bagi mengetahui sumber dan cara penggunaan
teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 di kalangan murid berdasarkan sesi pembelajaran
seperti di dalam jadual di bawah. Berikut adalah dapatan data yang diperolehi daripada
responden menerusi instrument yang dijalankan.

Jadual 5.3.1 Nilai bacaan min bagi mengetahui sumber dan cara penggunaan teknologi dalam
pembelajaran abad ke-21.

Berdasarkan data yang berkenaan dengan sumber dan cara penggunaan teknologi
dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dirumuskan bahawa mereka mendapat sumber
tambahan dalam pembelajaran mereka melalui penggunaan teknologi. Kita juga dapat melihat
nilai bacaan min yang diperolehi berdasarkan Jadual 5.3.2, adalah 1.50 rendah. Ini dapat
dilihat di soalan 4 apabila 41.7% responden bersetuju mereka memperoleh maklumat
tambahan melalui penggunaan internet. Manakala hanya 2.8% tidak setuju dan 5.6% kurang
setuju mereka mendapat maklumat tambahan dengan penggunaan teknologi. Ini bermakna
penggunaan teknologi sangat membantu sebahagian besar murid dalam mendapatkan
maklumat tambahan dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan data yang diperoleh dalam
Jadual 5.3.2, dapat dilihat berdasarkan soalan 5 sebanyak 44.4% responden bersetuju dan

11
33.3% responden sangat bersetuju bahawa mereka mengetahui pembelajaran melalui
penggunaan teknologi. Manakala hanya sebilangan kecil dari responden yang tidak bersetuju
iaitu 2.8% dan 2.8% juga kurang bersetuju. Ini bermakna kebanyakan responden mengetahui
kaedah pembelajaran melalui penggunaan teknologi. Berdasarkan data yang diperoleh dalam
jadual di bawah, dapat dilihat sebanyak 44.4% responden bersetuju dan 33.3% responden
sangat bersetuju bahawa mereka mengetahui pembelajaran melalui penggunaan teknologi.
Manakala hanya sebilangan kecil dari responden yang tidak bersetuju iaitu 2.8% dan 2.8%
juga kurang bersetuju. Ini bermakna kebanyakan responden mengetahui kaedah pembelajaran
melalui penggunaan teknologi. Manakala berdasarkan jadual di atas juga dapat dilihat
seramai 38.9% responden bersetuju dan 44.4% sangat bersetuju bahawa mereka mengetahui
cara penggunaan teknologi melalui kawan dan guru mereka. Manakala yang kurang bersetuju
seramai 5.6% responden dan tidak bersetuju seramai 2.8%. Ini bermakna, murid memperolehi
sumber pengetahuan penggunaan teknologi melalui kawan dan guru semasa di sekolah.
Selain itu berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat penggunaan teknologi seperti laman web,
internet, email sangat meluas dikalangan murid. Ini dapat dilihat dimana seramai 41.7%
bersetuju mereka mengetahui pengunaan platform berikut dan 36.1% sangat bersetuju.
Namun masih ada responden yang kurang mengetahui iaitu sebanyak 2.8% dan tidak
mengetahui sebanyak 5.6%.

Jadual 5.3.2 Analisis 4 Soalan berdasarkan frekuensi dan peratus tentang sumber dan cara penggunaan
teknologi dalam pembelajaran abad ke-21.

12
5.4 Dapatan Objektif Kajian 4
“Mengetahui kesan negatif penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan sifat murid-
murid.”

Skop yang diukur pada bahagian ini ialah berkenaan kesan negatif penggunaan teknologi
multimedia dan sifat negatif para pelajar dalam perubahan pembelajaran yang berlaku. Kami
mengukur pandangan pelajar berdasarkan empat (4) soalan dalam soal selidik yang
diedarkan. Soalan-soalan yang diedarkan bagi mendapatkan respon tentang kesan negatif dan
sifat responden terhadap perubahan yang berlaku akibat daripada pembelajaran berasaskan
teknologi. Responden menjawab item soalan berbentuk skala seperti yang telah ditetapkan.
Jadual 5.4.1 adalah dapatan data yang diperolehi daripada responden menerusi kaedah yang
dijalankan:

13
Jadual 5.4.1 Nilai bacaan min tentang kesan negatif dan sifat responden.

Merujuk kepada Jadual 5.4.2 berkaitan tentang kesan negatif penggunaan teknologi
dan sifat responden. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden kurang
bersetuju bahawa jika mereka menggunakan teknologi akan memberi kesan negatif kepada
mereka. Merujuk kepada Noradilah, Najmi dan Mohd Sani (2020), penggunaan ICT mampu
mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih realistik maya yang interaktif, menarik dan
berkesan. Namun bagi beberapa soalan-soalan yang lain mereka setuju bahawa terdapat kesan
negatif penggunaan teknologi dan sifat responden. Kita juga dapat melihat nilai bacaan min
yang diperolehi berdasarkan data di atas adalah 2.00. Mengikut nilai min itu kadar bacaan
berada pada tahap rendah kerana ramai responden kurang bersetuju bahawa kesan
penggunaan teknologi memberi kesan negatif kepada meraka. Sebagai contoh soalan 10,
sebanyak 38.9% responden kurang bersetuju bahawa pembelajaran berasaskan teknologi akan
menyebabkan mereka tidak fokus kepada pembelajaran berasaskan teknologi. Hal ini
menunjukan perubahan teknologi tidak menjejaskan pembelajaran mereka. Mereka dapat
menerima perubahan tersebut dan fokus kepada pembelajaran yang diberikan oleh guru
dengan sangat baik. Kita juga dapat melihat dalam soalan 19, sebanyak 36.1% responden
kurang bersetuju bahawa pembelajaran berasaskan teknologi membuang masa mereka dan
tidak menarik minat responden untuk belajar. Melalui data yang diperolehi menunjukan
hampir kesemua responden mempunyai pendapat yang positif terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan teknologi multimedia dan mereka menyukai idea ini. Namun begitu,
merujuk kepada soalan 13, iaitu sifat responden yang mana sebanyak 44.4% responden setuju
bahawa jika mereka menggunakan teknologi di awal usia akan mendedahkan mereka kepada
perkongsian maya secara berlebihan. Dalam konteks ini, pelajar turut terlibat dalam
mengalami arus perubahan pembelajaran berasaskan teknologi ini. Oleh itu, para pelajar
perlu dibantu oleh guru dengan membentuk nilai murni serta dapat memastikan para pelajar
tidak berhadapan dengan masalah sosial yang melibatkan penggunaan teknologi

14
Jadual 5.4.2 Analisis 4 Soalan berdasarkan frekuensi dan peratus tentang kesan negatif dan sifat
responden.

15
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

6.1 Cadangan Penambahbaikan Objektif 1

Walau bagaimanapun, data keseluruhan menunjukkan hampir semua responden bersetuju


penggunaan multimedia sebagai bahan pembelajaran yang kreatif dapat menarik minat
mereka untuk belajar di dalam bilik darjah. Seperti yang dijelaskan oleh Nur Fatin Shamimi
et al. (2021), bahan multimedia yang bersifat dinamik dapat menjadikan aktiviti pembelajaran
lebih menarik dan menyeronokkan berbanding bahan-bahan cetak yang bersifat statik dan
kadang kala berbentuk naratif. Malahan juga menurut Hanafi, Normah dan Wan Amizah
(2018), berpendapat bahawa elemen multimedia interaktif seperti visual illustrasi berperanan
mencetus minat, mempengaruhi dan menarik perhatian pelajar untuk menjalankan aktiviti
pembacaan. Situasi ini secara tidak langsung dapat merangsang dan melahirkan minat dalam
kalangan pelajar untuk meneruskan pembacaan.

Menurut Nur Fatin Shamimi et al. (2021), lima elemen yang terdapat dalam
multimedia seperti teks, grafik, muzik, video dan animasi bertujuan mengukuhkan kefahaman
pelajar serta membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan seterusnya menjadikan proses
pembelajaran ini lebih menyeronokkan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana
pembelajaran yang aktif cenderung menimbulkan rasa ingin tahu sekali gus menggalakkan
persaingan sihat antara pelajar dan secara tidak langsung menjadikan proses pembelajaran
lebih bermakna. Menurut Nur Fatin Shamimi et al. (2021), proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 memerlukan murid yang aktif dan berkeupayaan menangani

16
masalah secara bijak, sistematik, kreatif dan inovatif. Ditambah pula dengan sukatan
pelajaran kini yang kian mencabar dengan pelbagai input baharu. Penerapan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar membantu guru menyampaikan
idea pengajaran yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan di
dalam bilik darjah (Siti Aminah & Fazlinda, 2018). Oleh itu, para guru perlu kreatif dan
inovatif dalam usaha mengadaptasi aspek pedagogi berserta teknologi dalam proses PdP
kepada pelajar. Seperti yang dijelaskan oleh Sharul Azim, Normah dan Shahrul Nazmi
(2020), manusia pada masa kini lebih tertarik untuk melihat elemen visual seperti foto,
infografik dan illustrasi berbanding teks. Selain itu, penggunaan grafik juga menyediakan
paparan visual yang dapat menerangkan sesuatu perkara dengan lebih jelas dan lebih mudah
dipetakan ke dalam ingatan pelajar. Secara ringkasnya maklumat yang disampaikan dengan
menggunakan salah satu elemen multimedia, iaitu grafik lebih mudah diingati untuk jangka
masa yang lama.

Dalam hal yang demikian menurut Zamri dan Jamilah (2018), mencadangkan para
guru perlu berinovasi dalam menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang lebih menarik
kerana peranan guru pada masa kini lebih bersifat sebagai pemudah cara dan bukan
penyampai maklumat semata-mata. Oleh itu, sebagai pemudah cara, guru perlu proaktif
menggunakan alternatif pembelajaran secara cekap dan berkesan, sebagai contoh dengan
menerapkan multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada era
globalisasi dan liberalisasi ini. Dalam analisis kajian yang dilakukan oleh Noradilah, Najmi
dan Mohd Sani (2020), merumuskan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
merupakan medium yang penting pada masa kini untuk mendapatkan maklumat dan
berkongsi pengetahuan. Melalui kajian tersebut, pengkaji-pengkaji berusaha untuk
menyalurkan pemahaman tentang kepentingan medium tersebut dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di sekolah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini
kerana teknologi maklumat berupaya mempercepatkan proses penerimaan serta mampu
menjana pemikiran pelajar di samping dapat menjadikan suasana pembelajaran yang seronok
serta mampu meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru (Noradilah, Najmi & Mohd Sani
2018).

6.2 Cadangan Penambahbaikan Objektif 2

17
Perkembangan teknologi multimedia dalam dunia pendidikan membawa satu implikasi besar
dalam kehidupan masyarakat terutamanya sekali kepada para pelajar di sekolah rendah.
Terdapat pelbagai kesan positif yang para pelajar dapat perolehi hasil daripada penggunaan
teknologi multimedia di dalam pembelajaran di kelas. Menurut pernyataan daripada
Noradilah, Najmi dan Mohd Sani (2020), dengan penggunaan Information Communication
and Technology (ICT), telah mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dengan hanya mengakses bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan secara
atas talian dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, dengan penggunaan teknologi
multimedia juga dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkenaan dengan
ilmu yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.

Untuk memastikan pelaksanaan penggunaan teknologi multimedia di dalam kelas


dapat dicapai dengan berkesan, para guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.
Oleh itu, para guru perlulah meningkatkan kemahiran mengajar mereka dengan
menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Dengan
penguasaan kemahiran mengajar tersebut, dapat memudahkan para guru untuk memahami
kemahiran dan pemikiran pelajar-pelajar pada masa kini yang semakin mencabar. Hal ini
disebabkan para pelajar pada masa kini telah didedahkan dengan penggunaan teknologi sejak
dari kecil lagi.

Para guru perlulah sentiasa bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk
menghadiri kursus-kursus yang dapat meningkatkan tahap profesionalisme seorang guru dan
memberikan nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
penggunaan teknologi multimedia. Bagi menambah baikkan kualiti guru, program pendidikan
guru telah dilaksanakan dan diperkasakan dengan kursus dan modul yang menerapkan
penggunaan pelbagai teknologi serta meningkatkan kemahiran bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran menurut pernyataan daripada Nur Aisyah dan Hazrati (2022).

6.3 Cadangan Penambahbaikan Objektif 3

Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat relevan dengan
perkembangan teknologi dan saranan KPM dalam mengikuti arus perkembangan Industri 4.0.
Sudah semestinya, pelbagai alternatif dan bahan pengajaran diperlukan untuk membantu

18
murid lebih fokus dan berminat untuk belajar dalam jangka masa yang lama. Situasi ini juga
memerlukan guru-guru menguasai kemahiran dan kesediaan dalam menvariasikan cara,
pedagogi, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan penggunaan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Pada masa kini, selepas seluruh negara mengalami penularan wabak Covid-19 yang
serius, proses pengajaran dan pembelajaran juga terganggu kerana masih ada pelajar yang
harus belajar secara pembelajaran maya. Pengunaan teknologi banyak memberikan
perubahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh negara dan juga memberi faedah
penggunaannya dalam bidang pendidikan. Dalam era teknologi ini, pembelajaran yang
bersandarkan teknologi adalah salah satu aspek yang turut dipraktikkan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi. Menurut Abdul Aziz dan Jaafar (2018), multimedia digunakan
secara meluas dalam PdP Pendidikan Islam untuk bidang al-Quran. Kajian yang mereka
jalankan adalah mengenai penggunaan multimedia dalam bidang al-Quran melalui aplikasi
multimedia Interaktif Smart Iqra dalam penguasaan pembelajaran al-Quran. Dapatan kajian
tersebut telah membuktikan kejayaan murid dalam bacaan al-Quran dengan bantuan
multimedia.

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah bersedia dalam


mengaplikasikan teknologi multimedia ketika di dalam kelas. Teknologi dan kompetensi guru
dalam penggunaan teknologi ialah aspek penting dalam meningkatkan kualiti seorang guru
(Donker, 2018). Ini bagi menarik minat pelajar untuk lebih tertarik ataupun lebih mudah
memahami tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan ketika proses pembelajaran. Justeru itu,
sikap positif guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi perlu
dipertingkatkan agar proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar (Nur Aisyah & Hazrati,
2022).

Antara keperluan latihan yang diperlukan dalam meningkatkan tahap kemahiran


penggunaan TMK adalah kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah,
menggunakan program komputer dan dokumentasi, penggunaan aplikasi seperti Google
Slide, Google Doc dan Google Sheets dapat digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. lancar (Nur Aisyah & Hazrati, 2022). Guru-guru boleh memuat naik sumber
bahan bermultimedia yang menyokong konsep perkembangan konstruktiviti serta

19
membenarkan guru-guru lebih berfokus menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bersama dengan murid (Mukherjee, 2018)

Pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan


komunikasi diperlukan oleh guru bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan
teknologi dalam pendidikan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. lancar
(Nur Aisyah Kamaluddin & Hazrati Husnin 2022). Menurut Mailizar (2018), guru yang
berpengetahuan dalam TMK bagi proses pengajaran dan pembelajaran mendapat perhatian
yang khusus dalam era globalisasi ini. Pengetahuan teknologi oleh guru dapat memberi
pemahaman dan menggalakkan penggunaan teknologi di dalam kelas

6.4 Cadangan Penambahbaikan Objektif 4

Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan seterusnya meningkatkan lagi cabaran
pendidikan pada abad ke 21. Hal ini menyebabkan berlakunya revolusi teknologi yang amat
pantas. Kehidupan masyarakat pada zaman kini dikelilingi oleh kemudahan teknologi yang
memberikan kesan dan perubahan yang sangat ketara. Merujuk kepada Siti Aminah dan
Fazlinda (2018), Information Communication and Technology (ICT) merupakan suatu
alternatif yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran walaupun tidak dinafikan
setiap pelaksanaan suatu teknologi yang baru pasti akan ada cabarannya. Perubahan dalam
kehidupan ini bukan sahaja melibatkan masyarakat malahan pelajar juga terlibat dalam arus
perkembangan teknologi ini. Oleh itu guru-guru perlu membantu para pelajar dalam
pengajaran dan juga pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat mengekalkan minat pelajar
belajar dan bersedia untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar.

Terdapat pelbagai nilai positif berkaitan dengan penggunaan teknologi multimedia


dalam pembelajaran abad ke-21. Antaranya ialah, pembelajaran secara berterus berlaku
akibat daripada perkembangan teknologi global. Pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah
tetapi juga dimana-mana sahaja. Oleh itu, guru sebagai pemudah cara kepada pelajar-pelajar
perlu memberitahu yang mana baik dan buruk akibat daripada penggunaan teknologi ini.
Guru-guru juga perlu menanam rasa minat dan ingin mempelajari sesuatu dalam diri pelajar
sebagai pembelajaran jangka masa panjang mereka. Penyataan ini disokong dengan kajian
Noradilah, Najmi dan Mohd Sani (2020), yang menyatakan perubahan ini juga turut memberi
impak yang besar kepada dunia pendidikan sesuai dengan kecenderungan pelajar pada hari

20
ini yang lebih tertarik dengan pembelajaran menggunakan kaedah paragogy dan cybergogy.
Hal ini adalah untuk membolehkan para pelajar memberikan kesinambungan pembelajaran
meski pun berada di luar institusi persekolahan. Pelajar perlu mempunyai ciri-ciri fleksibel
untuk mempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Selain itu, nilai positif yang diperolehi ialah para pelajar dapat menguasai standard
kandungan dan standard pembelajaran dengan mudah. Hal ini demikian kerana, para pelajar
boleh belajar dengan menggunakan teknologi tanpa pemantauan daripada guru-guru. Seperti
yang kita sedia maklum, buku teks tidak lagi menjadi sumber utama maklumat. Para pelajar
boleh menggunakan pelbagai sumber, antaranya penggunaan teknologi digital bagi mencari
dan mengumpul maklumat yang mereka perlukan. Menurut Noradilah, Najmi dan Mohd Sani
(2020), penggunaan teknologi telah mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dengan hanya mengakses bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan secara
atas talian dengan lebih mudah dan pantas. Mereka boleh mendapatkan jurnal, meneroka
internet atau program perisian komputer untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh
mereka. Guru-guru perlu memanfaatkan teknologi dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan para pelajar dapat menguasai dan
menggunakan teknologi dalam pelbagai bidang. Oleh itu, semua pihak haruslah bersikap
terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dalam melengkapkan diri
pelajar dengan ilmu berasaskan teknologi. Hal ini bagi memastikan para pelajar tidak
ketinggalan dalam menghadapi dunia revolusi maklumat yang akan mempengaruhi hidup
mereka secara lebih menyeluruh pada masa akan datang.

21
7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan


teknologi dalam pembelajaran di sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada
tahap yang tinggi. Kebanyakan para pelajar bersetuju bahawa penggunaan teknologi dalam
pembelajaran mereka dapat memberi banyak manfaat dan kesan positif dalam hidup mereka
terutamanya sekali apabila berada di dalam kelas. Dengan penggunaan teknologi dalam
pembelajaran, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi para
pelajar. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa teknologi multimedia merupakan bahan
pembelajaran yang kreatif dan dapat menarik minat mereka untuk belajar di kelas. Selain itu,
dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat meningkatkan keupayaan intelek
dan kreativiti para pelajar di mana dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan inovatif mereka
ketika sesi pembelajaran diadakan.

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan kefahaman para


pelajar mengenai penggunaan sumber teknologi di mana mereka mengetahui bahawa mereka
dapat memperolehi maklumat tambahan silibus pembelajaran melalui internet dengan mudah.
Mereka juga mengetahui akan penggunaan multimedia seperti laman web, internet, email dan
seangkatan dengannya. Tambahan lagi, kebanyakan para pelajar tidak bersetuju bahawa
penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat memberi kesan negatif kepada mereka.
Mereka tidak besetuju bahawa pembelajaran berasaskan teknologi menyebabkan mereka
tidak dapat fokus kepada pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan mereka juga kurang
setuju mengatakan pembelajaran melalui teknologi tidak sesuai dijalankan kerana membuang
masa mereka. Jadi secara keseluruhannya penggunaan teknologi dalam pembelajaran amat
penting buat para pelajar lebih-lebih lagi untuk menghadapi cabaran pembelajaran abad ke-
21.

Sebagai seorang guru, mereka perlu kreatif dan inovatif dalam usaha mengadaptasi
aspek pedagogi beserta menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kepada para pelajar. Para guru juga perlu meningkatkan kemahiran mereka mengenai
teknologi multimedia ini dengan menghadiri kursus dan seminar berkaitan dengan
penggunaan teknologi bagi membolehkan mereka menerapkan bahan multimedia yang
menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Pengetahuan dan
kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi multimedia amat diperlukan oleh guru bagi

22
memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi dalam era globalisasi ini. Para
guru juga perlu memanfaatkan teknologi dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi
memastikan para pelajar dapat menguasai dan menggunakan teknologi dalam pelbagai
bidang. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran di sekolah memberikan banyak
kepentingan kepada semua pihak yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan
negara.

23
RUJUKAN

Hanafi, M. T., Normah, M., & Wan Amizah Wan, M. (2018). Peranan visual reka bentuk
kulit buku terhadap kemudahbacaan khalayak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal
of Communication, 34(4), 271–284.
Mahalingam, N., & Khairul Azhar, J. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan,
3(4), 104–115.
Noor Lela, A., Looi, S. S., Hariyaty, A. W., & Rohaila, Y. (2019). Kepentingan amalan
pengajaran dan pembelajaran abad 21 terhadap pembangunan pelajar. International
Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 37–51.
Noradilah, A. W., Najmi, M., & Mohd Sani, I. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu tentang
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan KOMSAS. PENDETA Journal of Malay Language, 9, 41–50.
Noradilah, A. W., Najmi, M., & Mohd Sani, I. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ict
dalam mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di negeri
Terengganu, Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(1), 101–109.
Normah, M., & Faridah, I. (2018). Pembingkaian visual berita krisis lahad datu. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 170–184.
Nur Aisyah, K. & Hazrati, H. 2022. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2): 333–343.
Nur Farah, C. H., & Hafizhah, Z. (2022). Perspektif guru pendidikan islam (GPI) terhadap
pengaplikasian Google Classroom (GC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PDPC). International Research in Islamic Studies and Educational (ARISE), 2(2), 1–15.
Nur Fatin Shamimi, C. I., Nur Farahkhanna, M. R., Mohd Ra’in, S., & Nallaluthan, K.
(2021). Persepsi pelajar terhadap aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15–24.
Sharul Azim, S., Normah, M., & Shahrul Nazmi, S. (2020). Peranan infografik dalam
meningkatkan kesedaran kesihatan belia daripada perspektif pereka grafik. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1), 356–368.
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim, 2018. Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah
Menengah Zon Benut. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Batu Pahat:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Siti Aminah, S., & Fazlinda, A. H. (2018). Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah zon benut. Online
Journal for TVET Practitioners, Special Issue: Multidisciplinary Research in Education.
Siti Zaharah, M., Roslinda, R., Khodijah, A. R., & Nurul Nadhirah, S. (2018). Teknologi
multimedia dalam pendidikan abad 21. 5th International Research Management &
Innovation Conference, 1–9.

24

You might also like