You are on page 1of 12

Ulasan Artikel 1

Penggunaan Kaedah Titik Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Empat Dalam


Operasi Darab.

Nur Aniza Elias


(SRA JAIM Selandar, Selandar, Melaka)

Roslinda Rosli
(Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1129-1136 ISSN. 2548-6160


International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-
27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

BAHAGIAN A

Ilmu matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat sejak dahulu
lagi. Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi melahirkan individu
yang cemerlang dari pelbagai aspek. Justeru, setiap pelajar haruslah mempelajari setiap
cabang ilmu yang ada selagi mempunyai peluang. Matematik diletakkan sebagai salah satu
cabang ilmu yang penting untuk dipelajari oleh pelajar -pelajar di sekolah. Menurut Mokhtar
Hj. Mansor (2004), matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat penting untuk
dimasukkan dalam sukatan di sekolah. Kemahiran asas matematik yang sering menjadi
masalah kepada murid sekolah rendah adalah masalah pendaraban. Kenyataan ini disokong
oleh Patrick (2008) yang menyatakan bahawa konsep darab dan bahagi adalah sangat susah
untuk oleh murid jika dibandingkan dengan kemahiran penambahan dan penolakan nombor.

Di dalam artikel ini memperkenalkan satu kaedah supaya dapat membantu


meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab dan ianya juga dapat memberikan
keseronokan kepada murid dalam mempelajari matapelajaran matematik. Banyak kaedah
pendaraban yang dapat dilakukan bagi menarik minat murid antaranya ialah menggunakan
kaedah titik. Kaedah ini adalah satu alternatif yang sangat baik bagi meningkatkan kemahiran
mendarab sebarang nombor bagi murid yang lemah dan murid yang sukar menghafal sifir.

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan yang menggunakan kaedah kuantitatif dan
kualitatif. Rasional pemilihan kaedah adalah untuk mengukur pencapaian murid melalui
instrumen ujian pra dan ujian pos. Data-data yang akan dikumpul berbentuk numerikal dan

1
dianalisis untuk menilai pencapaian murid. Manakala data menggunakan kaedah kualitatif
pula diukur dengan menggunakan skala yang ditetapkan. Model kajian tindakan yang
digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan model kajian tindakan Stephen
Kemmis dan Mc Taggart (1988) . Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action), dan
Memerhati (Observe).

Dalam kajian ini, sampel yang terlibat adalah seramai 8 orang murid tahun empat.
Lima orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah di daerah Jasin, Melaka dengan populasi kajian ialah seramai 212 orang murid yang
mewakili seluruh jumlah murid di sekolah tersebut.

Dapatan daripada kajian ini mendapati Kaedah Titik berjaya membantu meningkatkan
kemahiran murid mendarab sebarang nombor dengan satu digit dan seterusnya
meningkatkan prestasi markah mereka di dalam ujian. Pengunaan Kaedah Titik ini telah
meningkatkan prestasi murid sebanyak 40 peratus sehingga 80 peratus dalam skor ujian yang
mereka lalui. Rumusannya, penyelidikan ini telah memberikan keputusan yang sangat
memberansangkan apabila kesemua sampel menunjukkan peningkatan skor yang tinggi
dalam ujian pasca.

BAHAGIAN B

Kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yg


paling sukar ialah mereka tidak menghafal sifir. Murid sekolah rendah sering mempunyai
masalah dalam operasi darab dan bahagi jika dibandingkan dengan operasi tambah dan tolak.
Selain itu, murid juga dilihat menghadapi kesukaran untuk menguasai fakta asas darab.

Masalah ini telah menarik minat penulis untuk membuat ulasan kerana jika ia dapat
diselesaikan menggunakan kaedah titik ia dapat membantu meningkatkan penguasaan murid
dalam operasi darab sebarang nombor dalam linkungan 100 000 dan juga dapat
meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban.

Sebagai seorang pendidik, masalah yang dibangkitkan ini sangat relevan kerana isu
pendaraban merupakan satu masalah yang sangat besar dalam matapelajaran Matematik. Ini
kerana, menurut Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP,2012) fakta asas Matematik murid
tahun 4 diseluruh negara menunjukkan 65% murid belum menguasai soalan berkaitan operasi
darab. Pada masa yang sama, operasi darab juga sering menjadi masalah kepada pelajar
terutamanya apabila melibatkan pendaraban lebih daripada satu digit.

2
Dalam artikel ini, cara pengkaji menjawab persoalan kajian adalah menggunakan
kaedah kuantitatif dan juga kualitatif. Dua persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam artikel
ini yang pertama adakah kaedah titik dapat meningkatkan penguasaa n murid dalam
menyelesaikan soalan pendaraban dengan betul? Yang kedua ialah adakah kaedah titik
dapat meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban?

Kaedah yang telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian antaranya ialah
kaedah analisis kuantitatif. Dalam kaedah ini pengkaji menjalankan dua ujian iaitu ujian pra
dan juga ujian pasca. Ujian pra dilakukan sebelum menggunakan kaedah titik. Ia merupakan
suatu tinjauan awal yang dijalankan bagi menetukan masalah dan juga fokus kajian. Manakala
ujian pasca pula, ia dilakukan selepas kaedah titik diperkenalkan kepada 8 orang murid yang
terdiri dari tahun 4. Melalui kaedah kuantitatif ini, pengkaji dapat menganalisis data dengan
mempersembahkan data dalam bentuk statistik deskriptif. Melalui data ini, pengkaji dapat
menentukan dan membuat perbandingan antara ujian pra dan juga ujian pasca sekaligus
dapat menjawab persoalan kajian yang mana untuk mengukur tahap penguasaan murid
dalam menjawab soalan darab dengan betul.

Di samping itu juga, metodologi yang telah digunakan oleh pengkaji juga baik dan
sesuai dengan kaedah titik yang diaplikasikan terhadap peserta kajian. Pengkaji telah memilih
peserta kajian seramai 8 orang daripada 212 orang murid tahun empat di sekolah tersebut
yang mana terdiri daripada pelbagai pengetahuan sedia ada. Selain itu, kaedah pengutipan
data pula melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan jumlah pemilihan yang dipilih
oleh pengkaji serta cara menganalisis data melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif s angat
sesuai dan relevan dengan kajian yang dijalankan.

Pada pendapat penulis, kajian ini mempunyai kesahan yang tinggi yang dapat
meyakinkan penulis. Hal ini kerana pengkaji menjawab segala persoalan kajian dengan
menyertakan analisis data dengan lengkap melalui dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Kesahan bermaksud sejauh mana alat kajian berkenaan mengukur apa yang hendak diukur.
Dalam kaedah kualitatif, pengkaji telah menggunakan senarai semak pemerhatian bagi
memastikan peserta kajian memenuhi kriteria yang diukur. Dalam kaedah kuantitatif pula
pengkaji menggunakan ujian pra dan pasca untuk mengenalpasti tahap penguasaan sebelum
dan selepas menggunakan kaedah titik. Dua kaedah ini telah memenuhi ciri -ciri kesahan
dalam kajian.

Manakala kebolehpercayaan pula, kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang


rendah. Kebolehpercayaan bermaksud keupayaan item tersebut mengekalkan skor walaupun
dibuat beberapa kali. Dalam kajian ini, hasil dapatan analisis bagi dapatan markah ujian pra
dan ujian pasca telah menunjukkan terdapat peningkatan dengan penggunaan Kaedah Titik.

3
Ketika ujian pra, sampel yang langsung tidak menjawab soalan telah mendapat markah 0 dan
ketika ujian pasca sampel kenaikan markah yang sangat tinggi iaitu 80%. Walaupun begitu,
ujian yang dilakukan oleh pengkaji hanya dua kali sahaja. Untuk mendapat kebolehpercayaan
yang tinggi, pengkaji perlu mengadakan ujian berulang kali bagi memastikan dapatan kajian
yang diterima adalah tepat.

Pada umumnya, artikel ini memberi kesan kepada penulis untuk berfikir berkenaan
dengan isu yang dibangkitkan dalam artikel ini. Ini adalah kerana daripada dapatan kajian
mendapati kaedah titik sangat membantu meningkatkan kemahiran murid mendarab
sebarang nombor dengan satu digit di samping ia dapat meningkatka n prestasi markah
mereka dalam ujian. Oleh yang demikian ia dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan
oleh pengkaji iaitu kebanyakkan murid tidak memhami bagaimana proses pendaraban berlaku
dan yang paling sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Pada masa yang sama
menurut (Mukhtar, 2015) mengatakan sekiranya pelaksanaan setiap kaedah baru yang
diperkenalkan diuji dengan terperinci dengan mengambil kira faktor minat, pengaruh terhadap
prestasi dan keberkesanannya ,dengan itu, pelaksanaannya d apat diyakini dan perubahan
positif juga dapat dilihat. Amalan proses kerja yang teratur dapat melancarkan kajian yang
dijalankan. Ia dipengaruhi oleh kecekapan guru mengatur susunan proses bagi mencapai
kejayaan kajian. Seterusnya, ia dapat menghasilkan sebuah kajian yang meyakinkan.

Walau bagaimanapun daripada pembacaan artikel ini sebenarnya ia membantu


penulis untuk mencerahkan dan memperbaiki cara penulis untuk melaksanakan penyelidikan.
Ini adalah kerana susunan pengkaji menjalankan penyelidikan san gat teratur. Oleh itu
sebagai penulis, saya merasakan ia akan membantu saya untuk menjalankan penyelidikan
pada masa akan datang. Daripada cadangan yang dicadangkan oleh pengkaji akan
menumpukan iaitu menumpukan kepada kemahiran mendarab yang lebih tinggi iaitu
kemahiran kemahiran mendarab sebarang nombor bulat dengan nombor dua digit dan juga
tiga digit. Oleh itu, ia memberi maklumat dan bimbingan kepada saya untuk menjalankan
penyelidikan pada masa akan datang.

BAHAGIAN C

Daripada pembacaan artikel ini , antara penemuan dan ilmu pengetahuan baru yang
dapat diperolehi ialah ia membuka mata saya sebagai penulis kepentingan menjalankan
kajian dan kaedah yang dapat membantu murid dalam proses pembelajaran. Ini kerana
konsep darab adalah salah satu topik sukar dan lambat untuk difahami oleh seseorang murid.
Penyataan ini di sokong oleh (Salih, 2014) menyatakan murid menghadapi kesukaran dalam

4
proses menambah hasil darab menggunakan bentuk lazim. Mereka juga cuai dan tidak
menguasai kemahiran mengingat fakta asas darab dengan baik. Pada masa yang sama,
dapatlah dirumuskan bahawa kaedah titik yang diperkenalkan oleh pengkaji berjaya
membantu meningkatkan kemahira murid mendarab sebarang nombot dengan satu digit dan
seterusnya meningkatkan prestasi markah mereka di dalam ujian.

Daripada penemuan baru yang saya perolehi daripada pembacaan artikel ini, ia akan
membantu saya dalam menjalankan penyelidikan pada masa akan datang. Oleh yang
demikian saya akan menjalankan kajian yang lebih mendalam dan membuat penambaikkan
berkenaan penggunaan kaedah titik dalam proses pembelajaran bagi topik pendaraban. Pada
masa yang sama, saya juga akan menitikberatkam faktor yang mungkin memberi kesan
dalam proses pembelajaran pendaraban.

Dalam kajian yang dijalankan dalam pengkaji, beliau menggunakan kaedah


pendaraban untuk satu nombor sahaja. Bagi memantapkan lagi kajian saya pada masa akan
datang , penyelidikan yang akan dijalankan akan lebih mendalam berkenaan penggunaan
kaedah titik untuk pendaraban untuk dua, tiga digit dan sete rusnya. Oleh yang demikian ,
murid dapat menggunakan kaedah ini bagi menjawab soalan yang lebih sukar dan ia akan
membantu murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matemarik di
sekolah.

RUMUSAN

Kesimpulannya , pelaksanaan setiap kaedah baru yang diperkenalkan perlu diuji


dengan terperinci dengan mengambil kira faktor minat, pengaruh terhadap prestasi dan
keberkesanannya untuk tajuk yang ingin diperbaiki. Dengan itu, pelaksanaannya dapat
diyakini dan perubahan positif juga dapat dilihat. Amalan proses kerja yang teratur dapat
melancarkan kajian yang dijalankan. Ia dipengaruhi oleh kecekapan guru mengatur susunan
proses bagi mencapai kejayaan kajian. Seterusnya, ia dapat menghasilkan sebuah kajian
yang meyakinkan. Malahan guru yang berjaya adalah guru yang melengkapkan diri dengan
pelbagai teknik pengajaran. Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran serta menentukan okjektif kerana perlu
memastikan hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran. Guru harus memahami dan
memastikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam setiap tajuk yang mereka mengajar.
Dengan ini, guru harus mencari suatu teknik pengajaran yang sesuai bagi kelas yang diajar
bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran.

5
RUJUKAN

Ibrahim, A. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino.

Justin, C. (2017). Penguasaan Sifir Menggunakan Petak Sifir Dengan Kaedah ‘Plus 1 To 12’
(Pott) Dalam Kalangan Murid.

Mukhtar, N. A. (2015). Keberkesanan Kaedah Kijo Membantu Murid Tahun 3 Hisyam Di


Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang Mengatasi Masalah Penguasaan
Konsep Darab . 10.

Rosnee Ahad (2013). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta
Asas Darab Dalam Matematik Tahun 2.

Salih, N. S. (2014). Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice Dalam Pendaraban Nombor


Bulat Dengan Nombor Dua Digit Bagi Murid Tahun Lima. 3.

Yuan, C. L. (2008). Penggunaan Teknik Cra Untuk Membantu Murid Tahun Lima Menguasai
Pembahagian Fakta Asas.

6
Ulasan Artikel 2

Penggunaan Kaedah Dinosaur dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis


Sambungan Huruf Ya (‫ )ي‬dalam Perkataan Jawi.

DYGKU Nurul Ashikin Bte Awangku Fazlee


(Pelajar PISMP IPG KBL Pendidikan Islam amb. Januari 2009)

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 154-167.

BAHAGIAN A

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid
dalam menulis sambungan huruf ya (‫ )ي‬pada kedudukan hadapan, tengah dan belakang
dalam sesuatu perkataan jawi dengan tepat melalui penggunaan kaedah dinosaur. Selain itu
juga kajian ini bertujuan untuk sejauh mana pengajaran menggunakan kaedah dinosaur dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran saya. serta meningkatkan minat murid murid
terhadap pembelajaran jawi berdasarkan kaedah dinosaur.

Masalah atau isu yang dibincangkan di dalam artikel ini antaranya isu cara menulis
sambungan huruf ya (‫ )ي‬sahaja dalam perkataan jawi telah membuktikan bahawa kaedah
pengajaran yang dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan. Ini disebabkan melalui
pemerhatian beberapa minggu sebelum ini terutamanya ketika sesi pen gajaran dan
pembelajaran berlangsung, kelemahan murid amat ketara ketika menyambung huruf ya ( ‫)ي‬
dalam perkataan jawi telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang dilaksanakan
sebelum ini kurang berkesan.

Isu kedua yang dibincangkan ialah penggunaan teknik yang terhad dan biasa serta
tidak tidak bertepatan dengan mengikut tahap penerimaan dan tahap perkembangan pelajar
yang akan mempengaruhi kefahaman mereka seterusnya tidak dapat memberi respon yang
berkesan ketika proses pengajaran dan pembelajaran ber jalan. Tingkah laku pelajar-pelajar
sangat memberi pengaruh yang tinggi dengan kepelbagaian masyarakat dan sosio budaya
iaitu perbezaan kefahaman dalam mengenali dan memahami tulisan jawi ketika sudah berada
di alam persekolahan.

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengumpulan data
kualitatif. Dalam kaedah pengumpulan maklumat dan data untuk melihat kegunaan dan
keberkesanan akan kemahiran guru dalam teknik penyampaian pengajaran dan

7
pembelajaran serta penerimaan murid yang memiliki kepelbagaian latar belakang keluarga
melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini dilaksanakan ke
atas tiga orang pelajar tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Sinar daerah Kuching Sarawak.
Sekolah tersebut salah sebuah sekolah kendalian kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak. Kesemua peserta kajian ini mempunyai perbezaan latar belakang, jantina,
budaya, kognitif dan Tahap penguasaan dalam proses pembelajaran.

Kaedah pengumpulan data secara kualitatif yang digunakan ialah melalui


pemerhatian, dimana untuk melihat kemahiran guru dalam melaksanakan pendekatan
penerangan dan bercerita terlebih dahulu bagi menerangkan kepada pelajar kaedah tulisan
jawi yang betul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.
Semasa proses pemerhatian dijalankan, pengkaji akan mengambil cara dengan penggunaan
kaedah video, catatan dan kaedah tunjuk cara untuk memudahkan para memahami tulisan
jawi untuk diinterprestasikan semasa pengumpulan sesuatu data dan analisis data yang
dijalankan.

Selain itu,kaedah temu bual juga dilaksanakan dalam pengumpulan maklumat data
kajian. Temubual dilaksanakan ke atas guru sebelum, semasa dan selepas kajian itu berjalan.
Seterusnya temubual itu dilaksanakan terhadap ibu bapa untuk menilai tahap penguasaan
dan kemahiran interaksi sosial dan perbezaan yang dapat dilihat oleh mereka. Ini akan
memberi peluang kepada ibubapa untuk membuat penilaian atau memberi pandangan serta
cadangan terhadap kajian yang telah dilaksanakan. Kaedah pengumpulan data yang ketiga
digunakan ialah soal selidik dimana pengkaji akan mengumpulkan segala maklumat data
yang diperolehi dengan membuat penilaian melalui soal selidik. Soal selidik tersebut
diserahkan ibubapa kepada pelajar-pelajar tersebut untuk menilai proses pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh pengkaji.

BAHAGIAN B

Seterusnya, dapatan kajian yang diperolehi pengkaji, dapatan tersebut akan dibuat
penilaian dan perbincangan dari hasil kreativiti guru dalam penyampaian kaedah penerangan
yang mempengaruhi tahap kefahaman pelajar yang memiliki kepelbagaian latar belakang
sosiobudaya, jantina dan pengalaman dalam pembelajaran. Ia menunjukkan suatu
pendekatan dinosaur berasaskan kurikulum berkepelbagaian budaya ini sangat mudah
dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.dan memberi kesan yang positif
dalam peningkatan penguasaan dalam pelajaran serta kejayaan dalam akademik dan demi
kesejahteraan emosi pelajar-pelajar. Antara kaedah dinosaur yang digunakan iaitu

8
menunjukkan visual dinosaur, kemudian pelajar-pelajar diminta melukis semula bentuk
dinosaur dengan bentuk huruf ya (‫ )ي‬dan cara mengaplikasikannya dalam penulisan jawi.
Pemilihan kaedah dan strategi P&P yang tepat dapat membantu meningkatkan minat murid
terhadap pengajaran yang disampaikan. Di samping itu, ia dapat membantu
mempertingkatkan pencapaian murid dalam subjek tersebut. Oleh yang demikian,
peningkatan emosi pelajar-pelajar kearah yang lebih positif akan juga memberikan galakan
yang baik kepada pelajar-pelajar untuk meneroka dan mendalami kaedah dinosaur melalui
tulisan jawi. Pelajar-pelajar juga dapat daya kebolehan serta kemahiran komunikasi melalui
pemikiran, perasaan ingin tahu dan respon dengan meluahkan dalam bentuk komunikasi dan
nilai kerjasama dalam satu kumpulan ketikan kaedah ini dijalankan.

Hasil kajian seterusnya melalui pendekatan kaedah dinosaur ini dapat meningkatkan
kemahiran pelajar-pelajar dalam tulisan jawi. Kemahiran mendengar ketika sesuatu kaedah
yang hendak digunakan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri
pelajar-pelajar untuk menerangkan apa yang mereka pelajari melalui kaedah ini, seterusnya
dapat menambahkan pengetahuan mereka terhadap kepelbagaian sosiabudaya, jantina dan
kefahaman dalam kemahiran tulisan jawi. Selain itu, pendekatan ini dapat memperkenalkan
kosa kata, gabungan kata yang baru dengan cepat kepada pelajar -pelajar ketika proses
penerangan dijalankan. Pelajar-pelajar juga didapati cenderung untuk menggunakan kosa
kata tersebut, bukan sahaja dalam kosa kata malahan pecahan huruf -huruf hijaiyyah tulisan
jawi.

Antara perkara yang perlu dielakkan oleh guru dalam menitikberatkan tulisan jawi
kepada pelajar-pelajar ialah memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu masalah
untuk mengelakkan kekeliruan oleh pelajar. Oleh itu yang demikian guru menulis setiap
perkataan baru pada kad imbasan dan melekat di dinding kelas supaya mudah dilihat dan
diingat oleh pelajar-pelajar. Hal ini dapat dilihat ia memberi kesan yang positif dalam
peningkatan daya imaginasi pelajar dan merangsang perkembangan dalam pelajaran melalui
kaedah ini dan seterusnya memperkenalkan kepelbagaian budaya kepada pelajar. Namun
kaedah ini memerlukan kecekapan guru menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum.

Dapatan kajian yang seterusnya ialah penggunaan kaedah dinosaur dalam


pembelajaran tulisan jawi ini di mana ia mendedahkan tentang proses pembinaan jati diri
bangsa Melayu dan hubungan baik akan tercipta sendiri. Selain itu melalui kaedah ini juga,
guru juga dapat mempraktikkan dan mengenal pasti gaya belajar yang tersendiri oleh setiap
pelajar seterusnya mengenali sikap dan tingkah laku murid di bawah penyeliaanya, kerana
terdapat kanak-kanak yang dapat fokus terhadap sesi penceritaan, ada juga yang hanya

9
mampu mendengar dalam waktu yang singkat, malah ada suka mengganggu rakan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran serta terdapat segilintir yang suka mengambil bahagian
dalam kaedah dan Teknik menulis jawi . Oleh itu, guru perlu menguasai teknik yang cekap
dalam pengawalan kelas untuk memastikan semua murid mendapat hasil pembelajaran yang
diinginkan. Oleh itu, aktiviti bercerita ini secara langsung dapat meningkatkan tumpuan dalam
mendengar kaedah yang digunakan serta , memberi tindak balas terhadap soalan yang
diajukan, lebih kreatif dalam , penulisan khat jawi. Secara tidak langsung dapat memupuk
kemahiran literasi awal kanak-kanak berkepelbagaian budaya.

Penggunaan kaedah dinosaur dalam menulis sambungan huruf ya ( ‫ )ي‬dalam


perkataan jawi yang telah saya perkenalkan dalam kajian ini diakui mempunyai kekuatan dan
kelemahan tersendiri. Kekuatan utama kaedah ini ialah dapat memberi sema ngat dan menarik
minat murid-murid khususnya peserta kajian untuk mempelajari jawi. Temu bual bersama
peserta kajian telah menunjukkan bahawa mereka seronok dan gembira mempelajari jawi
bagi penulisan sambungan huruf ya (‫ )ي‬dalam perkataan jawi menggunakan kaedah dinosaur.

Selain itu, dengan adanya pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang melibatkan
unsur seni menjadikan peserta mudah tertarik dengan pembelajaran. Semasa saya
memperkenalkan kaedah ini, murid terus tertarik apabila mendengar namanya saha ja. Selain
itu, sebelum melaksanakan kaedah dinosaur, saya menunjukkan visual dinosaur. Kemudian,
murid diminta untuk melukis semula bentuk dinosaur tersebut. Setelah itu, saya terus
menerangkan kaitan antara bentuk badan dinosaur dengan bentuk huruf ya ( ‫ )ي‬dan cara
mengaplikasikannya dalam penulisan jawi. Pemilihan kaedah dan strategi P&P yang tepat
dapat membantu meningkatkan minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan. Di
samping itu, ia dapat membantu mempertingkatkan pencapaian murid dalam subjek tersebut.

Di samping itu juga, kelemahan yang tidak dapat dielakkan yang terdapat dalam
penyelidikan tindakan ini adalah dari aspek persembahan visual. Aktiviti melukis yang
dilakukan oleh murid telah mengambil banyak masa pembelajaran, malah penerangan cara
menulis sambungan huruf ya (‫ )ي‬dalam jawi melibatkan masa yang agak panjang. Oleh itu,
kaedah ini perlu dilaksanakan dalam dan luar waktu kelas disebabkan kekangan masa. Saya
telah melaksanakan proses penerangan sebanyak tiga kali tentang cara penggu naan kaedah
dinosaur dalam penulisan jawi untuk membantu peserta sehingga faham dan ingat.
Penerangan secara teliti sangat perlu bagi mengelakkan murid tidak faham akan kaedah baru
yang disampaikan.

10
BAHAGIAN C

Akhir sekali, melalui kajian ini pengkaji berpendapat bahawa pendekatan kaedah
dinosaur ini yang digunakan dalam tulisan jawi memberi kesan yang baik kepada pelajar-
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
yang mendalam walaupun mempunyai kepelbagaian sosiobudaya di dalam suatu kelas.
Pendekatan ini dapat menerapkan kemahiran mendengar dan melahirkan pelajar-pelajar
yang dapat berkomunikasi dengan berkesan seterusnya dapat memudahkan guru mengatasi
isu kepelbagaian budaya terutamanya penggunaan tulisan jawi (khat) yang kurang difahami .

Sebagai seorang bakal pendidik, saya sedar akan tanggungjawab untuk mendidik
bukanlah mudah. Jadi, saya perlu bersedia dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran, kekuatan
fizikal dan mental dan sebagainya demi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Hasil
pembelajaran yang tidak dapat dicapai sepenuhnya adalah antara cabaran besar yang perlu
dihadapi dalam bilik darjah. Selain itu, kerenah murid yang pelbagai juga menjadi cabaran
buat saya untuk bersedia menghadapinya dengan tenang pada masa akan datang.

Berdasarkan peningkatan tahap minat dan pencapaian murid dalam penulisan dan
pembelajaran jawi, pengkaji berhasrat untuk memperkembangkan kajian ini pada peringkat
yang lebih luas. Penggunaan unsur seni yang bersesuaian untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dapat membantu menaikkan semangat murid untuk belajar.
Selain itu, saya juga boleh menggunakan kaedah visual yang lain -lain dalam bidang
pengajaran Pendidikan Islam yang lain seperti Al-Quran, Aqidah, Akhlak, Ibadah dan Sirah.

Antara bidang yang saya rasakan sesuai menggunakan elemen seni seperti visual,
muzik dan sebagainya adalah bidang aqidah. Melalui seni, nasyid berkaitan tajuk pengajaran
boleh disampaikan. Jika dari segi visual, guru boleh memaparkan gambar-gambar ciptaan
Allah kepada murid-murid dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran. Penggunaan unsur
seni dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menarik minat murid malah ia
juga dapat membantu murid untuk mengingat serta mudah mempelajari kaedah dan Teknik
yang betul dalam tulisan jawi.

11
RUJUKAN

12

You might also like