You are on page 1of 37

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MEMPERMUDAHKAN MASALAH ALGEBRA


BAGI MURID TINGKATAN 1 MENGGUNAKAN
KAEDAH
KUMPULAN 20
• Hafizi bin Mohamad Kamil
• 056721
• Matematik
• Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
AHLI • Mohammad Syamil bin Salim

KUMPULAN • 056723
• Pendidikan Islam

Tugasan 1 : Pembentangan Kertas Cadangan • Bahasa Arab


Kajian Tindakan

Disediakan Untuk : Dr Rosmani Ali


• Muhammad Fathullah Bin Zakariya
• 056724
• Pendidikan Islam
• Bahasa Arab
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK OBJEKTIF KAJIAN

PENGENALAN/
PESERTA KAJIAN
REFLEKSI PdP

FOKUS KAJIAN PERANCANGAN


TINDAKAN

3
ABSTRAK.

Meningkatkan kemahiran Peserta kajian terdiri daripada


mempermudahkan masalah tiga orang murid tingkatan satu
algebra dengan menggunakan SMK Kompleks Gong Badak
kaedah yang mempunyai
Mix And Match. tahap penguasaan matematik
yang rendah.

4
PENGENALAN.
KSSM Matematik ialah mata pelajaran teras yang harus dilalui oleh semua murid yang mengikuti
Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Matematik Tingkatan 1 (2015), kandungan yang dipelajari dalam Matematik di peringkat menengah
pada asasnya merupakan kesinambungan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari
peringkat sekolah rendah. Namun begitu, murid sering kali menghadapi masalah dalam
penguasaan matematik apabila menaiki sekolah menengah kerana pengetahuan Matematik di
sekolah menengah adalah lebih abstrak.

Ungkapan Algebra merupakan satu topik yang dipelajari dalam KSSM Matematik Tingkatan 1 dan
merupakan sambungan daripada bidang pembelajaran Perkaitan dan Algebra yang dipelajari di
sekolah rendah. Ia melibatkan penggunaan huruf untuk mewakilkan kuantiti yang tidak diketahui
nilai, seperti huruf x untuk mewakili bilangan buah oren dan huruf y untuk mewakili bilangan buah
epal. Ungkapan Algebra merupakan topik yang penting kerana menjadi asas kepada penyelesaian
algebra yang perlu dipelajari sehingga ke tingkatan 5.

5
KONTEKS.
LATAR BELAKANG PENGKAJI
Pengkaji merupakan pelajar semester dua dalam program Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) di UniSZA.

LATAR BELAKANG SEKOLAH


SMK Kompleks Gong Badak merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikelilingi oleh
beberapa taman perumahan di kawasan sekitar Gong Badak, yang membangun pesat dengan
perkembangan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti UniSZA dan
UMT.

LATAR BELAKANG PELAJAR


Dalam kajian ini, pengkaji ingin meningkatkan kemahiran mempermudahkan masalah algebra
dengan menggunakan kaedah Mix and Match kepada murid yang mempunyai tahap penguasaan
matematik yang rendah. Latar belakang murid terdiri daripada status sosioekonomi keluarga yang
sederhana atau rendah.

6
REFLEKSI. • Ujian Diagnostik • Hasil pemerhatian

(Lampiran 1) telah mendapati murid kurang

dilakukan terhadap mahir mengenal pasti

murid dari kelas sebutan serupa dan

Tingkatan 1 Ibnu Khaldun sebutan tidak serupa

untuk menguji tahap serta tidak memahami

penguasaan mereka konsep ungkapan

7 dalam menyelesaikan algebra dengan baik.

masalah algebra.

• Kebanyakan murid tidak

dapat menjawab dengan

tepat dan terdapat


7 segelintir murid yang
FOKUS KAJIAN.
Kajian yang dilakukan berfokus kepada kaedah Mix and Match dalam
menjawab soalan mempermudahkan masalah algebra.

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid tentang konsep


ungkapan algebra (pengetahuan konkrit  pengetahuan abstrak).

Guru perlu menggunakan objek sebenar atau konkrit dalam


pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan pengalaman dan
membantu murid membina idea-idea abstrak dan pengetahuan baru
(Ahmad Hozi, 2009).

Membantu murid menyelesaikan masalah kekeliruan menentukan


sebutan serupa dan sebutan tidak serupa

Soalan yang diberi merangkumi mempermudahkan masalah algebra,


melibatkan menambah dan menolak satu atau lebih ungkapan
algebra.
8
OBJEKTIF
KAJIAN.

• Meningkatkan penguasaan • Menilai keberkesanan


murid tingkatan 1 dalam kaedah Mix and Match
OBJEKTIF 1 OBJEKTIF 2
mempermudahkan untuk mengatasi masalah
masalah algebra dengan murid dalam
menggunakan kaedah Mix mempermudahkan
and Match. masalah algebra dengan
menggunakan realia
dalam pengajaran.

9
SOALAN
KAJIAN.

• Adakah kaedah Mix and • Bagaimanakah kaedah Mix


Match dapat mengatasi and Match dapat
SOALAN 1 SOALAN 2
masalah murid dalam meningkatkan kemahiran
mempermudahkan murid dalam
masalah algebra? mempermudahkan
masalah algebra?

10
PESERTA KAJIAN.

Peserta Kajian AMIN ALIF AQIL


(bukan nama sebenar)

Jantina Lelaki Lelaki Lelaki

Kelas 1 Ibnu Khaldun 1 Ibnu Khaldun 1 Ibnu Khaldun

Penguasaan Rendah Rendah Rendah


matematik

Ciri-ciri lain Pendiam, tidak aktif Seorang yang banyak Pendiam, banyak
bertanya atau menjawab bercakap dan suka mengelamun dan
soalan. mengganggu rakan memencilkan diri.
sekelas yang sedang
belajar.

11
PERANCANGAN

MERANCANG BERTINDAK

PERANCANGAN MODEL KAJIAN

PELAKSANAAN TINDAKAN
KURT LEWIN (1946)
KAJIAN. Satu kitaran kajian.

MEREFLEK MEMERHATI

Proses ini merupakan suatu proses yang


berterusan
12 sehingga masalah dapat diselesaikan.
CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

MERANCANG MELAKSANAKAN PEMERHATIAN


TINDAKAN TINDAKAN
• Pemerhatian dilakukan
• Melihat dan menganalisis • Ujian Pra dijalankan. sama ada peserta kajian RE
ujian diagnostik peserta  Sudah menguasai atau FLE
• Memberi pendedahan tentang KSI
kajian yang terlibat. tidak kemahiran
kaedah Mix and Match.
mempermudahkan
• Menjalankan temu bual • Satu set gambar yang masalah algebra.
terhadap peserta kajian dan mengandungi buah oren dan  Masih keliru atau tidak
guru matematik mereka. epal. Kemudian menjumlahkan dalam membezakan
bilangan buah oren dan juga
sebutan serupa dan
buah epal 9 oren + 2 epal - 5
• Memikirkan idea yang sebutan tidak serupa.
oren + 2 epal + 1 oren = 5 oren +
sesuai. 4 epal
• Tingkah laku peserta kajian
• Kaedah Mix and Match • Ujian Pasca dijalankan. diperhatikan untuk melihat
dirangka untuk keberkesanan kaedah Mix
meningkatkan kemahiran • Temu bual.
and Match.
mempermudahkan masalah
algebra.
INSTRUMEN
KAJIAN.

UJIAN KAEDAH KAEDAH BORANG


FORMATIF PEMERHATIAN TEMU BUAL SOAL SELIDIK

14
KAEDAH MENGANALISIS
DATA.

• Analisis data kualitatif • Analisis data kuantitatif


• Temu bual • direkod dalam bentuk
KAEDAH 1 KAEDAH 2
• Pemerhatian persembahan data seperti
• Soal Selidik jumlah dan peratusan
markah, jadual serta graf
bar.

15
KAEDAH
MENYEMAK DATA.

• Triangulasi kaedah • Penyemakan analisis


atau data. oleh peserta kajian.
KAEDAH 1 KAEDAH 2

16
JADUAL PELAKSANAAN.
1 - 4 Mac 10 - 12 Mac 22 April
Mengenalpasti Masalah Melaksanakan tindakan Penulisan Laporan
Mengenalpasti Masalah Melakukan Ujian Pra Penulisan
Menentukan Objektif/ Melaksanakan Tindakan Laporan Kajian
Soalan Kajian Menjalankan Ujian Pasca

2019

Mengadakan Mengumpul dan Menganalisis Data


Perbincangan
Merancang Tindakan Mengumpul Data
Mengumpul Data Awal Menganalisis Data
Refleksi Kajian

5 - 9 Mac 15 Mac

17
KOS KAJIAN.

Bil Perkara Bil Unit Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


1. Dakwat Printer 1 unit 30.00 30.00
2. Kad Manila 10 keping 0.60 6.00
3. Pen Marker 10 batang 2.00 20.00
4. Lain-lain kos 10.00
Jumlah 66.00

18
DAPATAN
KAJIAN.

19
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA.
Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara markah peserta kajian dalam Ujian
Pra dan Ujian Pasca.

Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca


(Bukan Nama Markah Jumlah % Markah Jumlah %
Sebenar)

Amin 8 40 16 80
Alif 10 50 19 95
Jadual 1.Aqil
Perbezaan Markah10 50dalam Ujian18
Peserta Kajian Pra dan Ujian90
Pasca.

20
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA.
Daripada taburan markah peserta kajian dalam Jadual 1 di atas, dapatan analisis
direkodkan mengikut kumpulan gred seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Graf 1.

Ujian Pra Ujian Pasca


Markah Gred
Jumlah % Jumlah %
85 - 100 A 0 0 2 66.7
70 – 84 B 0 0 1 33.3
60 - 69 C 0 0 0 0
50 – 59 D 2 66.7 0 0
40 - 49 E 1 33.3 0 0
00 - 39 F 0 0 0 0

Jadual 2. Gred Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

21
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA.

Bilangan Murid (% )
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
80.00%

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%
Ujian Pra Ujian Pasca

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
A B C D E F

Gred

Graf 1. Gred Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

22
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA.
Jadual 2 dan Graf 1 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
ke atas pencapaian mereka sebelum dan selepas kaedah Mix and
Match diperkenalkan, di mana peratusan markah dan gred dalam
ujian pasca adalah lebih positif berbanding dengan peratusan markah
dan gred mereka dalam ujian pra.

Peningkatan peratusan markah dan gred peserta kajian dalam ujian


pasca membuktikan bahawa kaedah Mix and Match mampu
mengatasi masalah murid dalam mempermudahkan masalah
algebra.
SOAL SELIDIK.
Analisis Borang Soal Selidik Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik
dan Topik Ungkapan Algebra Sebelum dan Selepas Kajian.

Item Soal Selidik


1. Matematik adalah mata 2. Saya seronok belajar topik 3. Saya selalu membuat 4. Saya suka latihan berbentuk
pelajaran yang saya Ungkapan Algebra dalam latihan Ungkapan Ungkapan Algebra dalam
Bil Nama Murid
minati. matematik. Algebra di rumah. matematik.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tida Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tida Ya Tida Ya Tidak Ya Tidak
k k k
2. Amin   / /     / /     / /     / /  
4. Alif   / /     / /     /   /   / /  
6. Aqil /   /     / /     / /     / /  
Jumlah 1 2 3 0 0 3 3 0 0 3 2 1 0 3 3 0

Jadual 3. Analisis Soal Selidik I

24
SOAL SELIDIK.
Item Soal Selidik
5. Saya berasa bangga apabila dapat 6. Saya akan cuba menjawab 7. Saya telah memahami hubung kait
menjawab soalan Ungkapan Algebra semua soalan Ungakapan Algebra konsep Ungakapan Algebra dalam
Bil Nama Murid
dengan betul. yang diberikan. aktiviti harian.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak  
2. Amin   / /   /   /     / /    
4. Alif /   /   /   /     / /    
6. Aqil   / /   /   /     / /    
Jumlah 1 2 3 0 3 0 3 0 0 3 3 3  
Jadual 4. Analisis Soal Selidik II
Item Soal Selidik
8.. Saya semakin menggemari topik 9. Saya akan bertanya guru apabila 10. Saya selalu mengisi masa lapang
Ungkapan Algebra setelah saya menghadapi masalah dalam topik dengan membuat latihan tambahan
Bil Nama Murid
mempelajarinya. Ungakapan Algebra. soalan Ungakapan Algebra.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak  
2. Amin   / /     /   /   / /    
4. Alif   / /     / /     /   /  
6. Aqil   / /     /   /   / /    
Jumlah 0 3 3 0 0 3 1 2 0 3 2 1  
25 Jadual 5. Analisis Soal Selidik III
SOAL SELIDIK.
Analisis skor soal selidik mendapati minat peserta kajian terhadap
mata pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra telah
meningkat dan mereka semakin menggemari topik tersebut apabila
dapat memahami konsep sebenar dengan lebih mendalam melalui
kaedah baharu ini.

Malah, motivasi murid untuk memanfaatkan waktu lapang mereka


dengan membuat latihan tambahan berkenaan topik ini turut
meningkat

26
PEMERHATIAN.

Rajah 1. Nota Lapangan PdP tindakan baharu kajian (12 Mac 2020).
27
PEMERHATIAN.
Peserta kajian menunjukkan minat dan sentiasa melibatkan diri
semasa menggunakan kaedah Mix and Match dalam menjawab
soalan mempermudahkan masalah algebra.

Perkara ini membuktikan bahawa kaedah Mix and Match mampu


memberi impak positif terhadap sikap dan persepsi murid terhadap
mata pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra secara
khususnya.

28
REFLEKSI.
Dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan
peningkatan markah keseluruhan peserta kajian sebanyak 189.29%.
Dapatan ini membuktikan peningkatan penguasaan murid tingkatan 1
dalam mempermudahkan masalah algebra setelah kaedah Mix and
Match diperkenalkan.

Malah, hasil pemerhatian dan soal selidik juga menunjukkan


perubahan positif terhadap sikap dan persepsi murid bagi mata
pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra.

29
REFLEKSI.
Hal ini memberi gambaran terhadap kepentingan pembelajaran
autentik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Brown, Collins dan Duguid (1989) telah menekankan fokus kepada


teori pembelajaran situasi, di mana proses memperoleh
pengetahuan atau kemahiran dapat digunakan dengan baiknya jika
dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Oleh itu, kaedah Mix and Match dirangka dengan mengambil kira
amalan pembelajaran autentik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar memberi kefahaman dan kepuasan diri yang
mendalam kepada murid..
30
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN.
1. Melibatkan semua murid Tingkatan 1 untuk menguji keberkesanan
kaedah Mix and Match secara menyeluruh. Cadangan tindakan
susulan ini melibatkan kemahiran murid dalam mempermudahkan
masalah algebra bagi aras yang lebih tinggi.

2. Penerapan konsep pembelajaran yang digunakan dalam kaedah Mix


and Match, iaitu pembelajaran autentik, diaplikasikan dalam
kemahiran-kemahiran lain bagi mata pelajaran Matematik.

31
RUJUKAN

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon and Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Bennett, C.K. (1993) Teacher-researchers: All dressed up and no place to go? Educational
Leadership. Oct. 51(2): 69-70.

Buku Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Brown, J.S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated Cognition and the Culture of
Learning. Educational Researcher, 18(1), 32–42.

Calhoun, E.F. (1993) Action research: Three approaches. Educational Leadership. 50(9):
62-65.
RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 1. (2015).


Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Herrington, J., & Oliver, R. (1999). Using Situated Learning and Multimedia to Investigate
Higher-order Thinking. Journal of Interactive Learning Research, 10(1), 3–24.

Kamarudin Hj. Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Lisah Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan Combo Set dalam membantu murid Tahun Tiga
menjawab soalan long division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb.
Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah), Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2011, 27-41.

Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, Azman Hasan dan Mohd As’ed Dato
Shamsuddin. (2013). Amalan kreativiti guru dalam pengajaran Pendidikan Asas
Vokasional (PAV). Technology, Education and Science International Conference
(TESIC). Universiti Teknologi Malaysia.
RUJUKAN

Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, & Noraini Khalid. (2013). Melestari Program
TVET Berdasarkan Kreativiti Guru. Nombor Prosiding 026. Technology, Education
and Science International Conference (TESIC). Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Hasniza Ibrahim, Muhammad Yusof Arshad dan Johari Surif. (2006). Kepentingan
Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Sufean Hussin, Shahril Marzuki, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som, dan Alina Ranee. (2005).
Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.

Taylor, P., & Wallace, J. (2007). Contemporary qualitative research for science and
mathematics educators. In P. Taylor, & J. Wallace (Eds.), Qualitative research in
post-modern times (pp. 1– 11). Dordrecht: Springer.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3

You might also like