You are on page 1of 33

PENGENALAN DEFINISI PEMBELAJARAN Terdapat beberapa definisi tentang pembelajaran .Antaranya ialah; 1.

Pembelajaran ialah perubahan yang agak kekal dalam tingkah laku hasil daripada pengalaman. 2.Pembelajaran ialah perubahan yang agak kekal dalam perkaitan mental hasil daripada pengalaman.

Apakah persamaan dan perbezaan antara dua definisi di atas?Persamaannya ialah dari segi perubahan yang agak kekal iaitu sesuatu yang dapat bertahan untuk suatu jangka masa tertentu.Keduanya,perubahan itu adalah kerana pengalaman,iaitu hasil daripada pengalaman yang khusus seperti pelajar sudah mengikuti pelajaran tentang mendarab angka atau dua definisi ialah dalam definisi pertama pembelajaran diterangkan sebagai perubahan tingkah laku.Sementara definisi kedua menerangkannya sebagai perubahan tingkah laku dalam perkaitan mental.Sesetangah teori pembelajaran terutama yang mengikut pendekatan teori behaviorisme,memberi focus kepada perubahan tingkah laku manusia mengikut masa seperti itu.Teori-teori pembelajaran yang lain terutama yang tergolong dalam kumpulan kognitif,memberi focus kepada mental dalaman iaitu pemikiran berbanding dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan.Mengapa ahli teori yang bebeza mencadangkan definisi yang berbeza tentang pembelajaran manusia?Dan mengapa teori-teori yang berbeza cuba menerangkan proses pembelajaran mengikut haluan yang berbeza?Untuk menerangkannya kita perlu meninjau sejarah bagaimana teori-teori pembelajaran bermula.

SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa definisi tentang pembelajaran.Antaranya ialah Psikologi pembelajaran merupakan satu sains yang masih baru,dan ahli-ahli psikologi tidak mula mengkaji fenomena yang dinamakan pembelajaran sehingga kira-kira satu ratus tahun yang lalu (contohnya,James 1890).Semenjak itu berbagai-bagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul; sesetengahnya telah lenyap manakala yang lainnya masih bertahan.Pemelajaran akan dihuraikan mengikut tiga perspektif yang bebeza iaitu teori behaviorisme,kognitif dan kognitif sosial.Setiap perspektif tersebut telah diasaskan kepada bertahun-tahun penyelidikan dan dapat memberi pelbagai implikasi dalam amalan bilik darjah.Sejarah teori pembelajaran digambarkan dalam Rajah 1.1

BEHAVIORISME: Fokus kepada Rangsangan dan Gerak Balas

Pada awal kurun ke-20 ramai ahli-ahli psikologi cuba mengkaji pemikiran dan pembelajaran melalui kaedah yang dinamakan introspeksi .Mereka meminta subjek melihat dalam minda sendiri dan terangkan apa yang mereka sedang fikirkan.Usaha mereka telah dikritik oleh sesetengah ahli psikologi (contohnya,Watson.1919,1925) kerana kaedah itu kurang objektif dan saintifik.Mereka mencadangkan untuk mengkaji pembelajaran secara objektif dan saintifik,ahli teori perlu focus kepada dua perkara yang boleh diperhatikan;tingkah laku manusia (gerak balas) dan kejadian persekitaran (rangsangan) yang mendahalui atau mengikuti gerak balas.Semenjak itu ramai ahli psikologi yang telah mencuba untuk menerangkan dan memahami pembelajaran dan tingkah laku melalui analisis perkaitan rangsangan gerak balas. Ahli-ahli psikologi dalam kumpulan ini dinamakan ahli behavioris dan teori pembelajaran mereka dinamakan behaviorisme.Sebagai contoh seorang guru dalam kelas pendidikan jasmani menumpukan perhatian kepada pergerakan kaki yang ditunjukkan oleh pelajarnya.Setiap kali pelajarnya menunjukkan pergerakkan yang betul (gerak balas),guru memberi pujian (rangsangan).Dalam hak ini guru telah menggunakan prinsip behavioris gerak balas yang diikuti dengan rangsangan yang dingini (meneguhkan) berkemungkinan akan berulang untuk membantu pelajarnya menguasai kemahiran bermain bola sepak. Prinsip asas dalam behaviorisme mempunyai implikasi yang tertentu dalam bilik darjah,Pertama,penekanan kepada objektiviti dalam menentukan sama ada pembelajaran sudah berlaku akan mengurangkan kemungkinan kita menilai pembelajaran sudah berlaku akan mengurangkan kemungkinan kita menilai pembelajaran dan pencapaian pelajar dengan cara yang biasa.Kedua,focus kepada rangsangan dan gerak balas selalunya berguna apabila pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuaicontohnya;apabila mereka bercakap dengan tidak menghormati orang lain atau mereka selalu meninggalkan tempat duduk sehingga mengganggu orang lain.Dengan mengubah rangsangan dan gerak balas yang sesuai dan memberi ganjaran kepada gerak balas seperti itu apabila berlakukita boleh menghasilkan perubahan yang signifikan dalam tingkah laku pelajar.

PSIKOLOGI KOGNITIF;Memberi Fokus kepada Proses-proses Mental.

Pada awal kurun ke-20 ramai ahli psikologi yag mengikut perspektif behavioris terutama di Amerika Syarikat .Tetapi semenjak 1920-an,beberapa ahli psikologi membahaskan bahawa kita tidak dapat memahami pembelajaran sepenuhnya kecuali kalau kita mengambil kira tentang proses pemikiran di sebaliknya.Contohnya ,ahli-ahli teori di EropahPiaget di switzerland,Vygotsky di Rusia dan sekumpulan ahli-ahli teori German yang dikenali sebagai ahli psikologi Gestaltmemberi fokus kepada peranan proses pemikiran semasa mereka membina teori-teori pembelajaran dan perkembangan kognitif. Walaupun ahli teori behavioris menyatakan bahawa pemikiran tidak boleh dikaji secara objektif,ahli psikologi kognitif dan memberi mencadangkan bahawa dengan memerhati gerak balas manusia terhadap berbagai-bagai stimuli,adalah mungkin untuk membuat infrens iaitu membuat tekaan yang bermakna tentang proses mental dalaman di sebalik gerak balas tersebut.

TEORI KOGNITIF SOSIAL;MEMBERI FOKUS KEPADA CIRI-CIRI SOSIAL DALAM PEMBELAJARAN

Semenjak tahun 1940-an,ahli-ahli psikologi mecadangkan bahawa manusia boleh memperolehi perlakuan baru dengan memerhati dan meniru gerak balas orang lain.Di peringkat permulaan teori ini dikenali sebagi teori pembelajaran sosial.Apabila perspektif ini memasukkan proses-proses kognitif dalam huraian tentang pembelajaran ia dikenali sekarang sebagai teori kognitif sosial. Mengikut ahli teori kognitif sosial pembelajaran berlaku pada masa pemerhatian dijalankan;perubahan tingkah laku hasil daripada pembelajaran mungkin berlaku atau sebaliknya.Sebagai guru kita perlu ingat tentang pengaruh model dalam pembelajaran pelajar.Sebagai contoh,pelajar mungkin belajar bagaiman menyelesaikan masalah bahagi dengan memerhati guru mereka menunjukkan langkah-langkahnya di papan hitam.Mereka mungkin belajar bagaimana menggelecek bola dengan memerhatikan rakan sebaya menunjukkan teknik yang sesuai.Mereka mungkin belajar tingkah laku prososial dengan melihat seorang kawan yang murah hati,bekerjasama atau menunjuk belas kasihan.Tetapi mereka juga boleh belajar tabiat buruk seperti menipu,meniru dalam ujian,berjenakayang menimbulkan kemarahan daripada contoh orang lain,Kita perlu berhati-hati agar pelajar kita didedahkan kepada model atau contoh yang sesuai dan kurangkan contoh yang tidak sesuai.

PRINSIP-PRINSIP AM PEMBELAJARAN Walaupun terdapat perbezaan-perbezaan penting dalam teori yang berbeza-beza,beberapa prinsip am tentang pembelajaran telah diketengahkan hasil daripada beribu-ribu kajian yang telah dijalankan.Antara prinsip-prinsip pembelajaran adalah seperti berikut: 1.Pengalaman khusus yang ada pada manusia memberi kesan terhadap apa yang mereka ketahui dan apa yang mereka boleh lakukan. 2.Tafsiran manusia tentang pengalaman mereka mempengaruhi perkara-perkara tertentu yang mereka belajar daripada pengalaman. 3.Pembelajaran baru dibina atas pembelajaran lalu. 4.Motivasi memberi kesan ke atas apa dan banyak mana yang dipelajari oleh manusia. 5.Konsekuen yang mengikuti tingkah laku manusia mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku masa depan mereka. 6.Terdapat perbezaan yang banyak dalam pembelajaran orang yang berbeza daripada satu pengalaman yang sama.

PENGARUH PROSES KOGNITIF Cara-cara khusus bagaimana manusia berfikir tentang maklumat sangat penting dalam menentukan apa yang mereka pelajari dan bagaimana berkesannya mereka mengingat.Sebagai guru kita perlu fikirkan bukan sahaja apa yang patut dipelajari oleh pelajar tetapi juga bagaiman mereka boleh belajar dengan berkesan.

MEMBUAT KESIMPULAN TENTANG TINGKAH LAKU Proses kognitif merupakan fenomena yang tidak boleh lihat secara langsung.Ahli pskologi kognitif mengkaji proses seperti itu dengan membuat pemerhatian tentang tingkah laku manusia dan membuat kesimpulan terhadap proses mental di sebaliknya.Sebagai guru,kita juga boleh melakukan perkara yang sama dengan memerhatikan perkara-perkara yang dikatakan dan ditulis oleh pelajar kita;dengan meminta mereka terangkan pemikiran mereka;dengan melihat kesilapanyang mereka lakukan dan bagaimana mereka fikir tentang topic-topik yang dipelajari di dalam bilik darjah.

PSIKOLOGI GESTALT Gestalt ialah perkataan German yang bermaksud satu keseluruhan,bentuk atau konfigurasi.Perkataan-perkataan ini menunjukkan pentingnya hubungan.Pandangan Gestalt menekankan tentang banyak perkara yang dipelajari apabila idea disusun menjadi corak atau pola tertentu.Sebagai contoh,satu bulatanwalaupun rangsangan yang mewakilinya ialah bola,atau mulut botol atau sekumpulan kanak-kanak yang berpengangan tangan membentuk bulatan. Psikologi Gestalt bermula di Universiti Frankurt sekitar tahun 1910 .Ahli teori Gestalt terdiri dari ahli teori kognitif.Mereka percaya bahawa suatu keseluruhan itu adalah lebih daripada jumlah bahagian-bahagiannyaWertheimer pernah mengatakan bahawa kalau anda mengkaji setiap bingkai wayang gambar dalam wayang gambar anda tidak akan melihat pergerakan yang terdapat dalm wayang gambar Werthiemer telah membuat penemuan iaitu kalau dua lampu dipasang dan dipadam pada kadar yang tertentu,seseorang akan melihat seolah-olah satu lampu bergerak ke depan dan belakang.Celik akal ini dialaminya semasa beliau dalam perjalanan dari Rhineland ke Vienna semasa bercuti.Beliau telah menamakan penemuannya ini sebagai fenomena phil.Fenomena phi ini berbeza daripada unsur-unsur yang terkandung dalamnya.Sensasi pergerakan tidak dapat diterangkan dengan menganalisis setiap lampu yang dipasang dan dipadam;pengalaman pergerakan itu muncul daripada gabungan unsur-unsur yang ada.Pengalaman fenomenanologi tersebut adalah berbeza daripada bahagian-bahagiannya.

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER JEROME BRUNER DAN PROSES PEMIKIRAN Jerome Bruner,seorang ahli psikologi Amerika,menerangkan konsep pembelajaran dari pendekatan kognitif dan Gestalt.Beliau menegaskan bahawa matlamat akhir pengajaran ialah untuk meningkatkan kefahaman tentang struktur sesuatu kandungan mata pelajaran.Apabila pelajar memahami struktur sesuatu mata pelajaran dia melihatnya sebagai keseluruhan yang berkaitan.Bruner menekankan kepentingan pembelajaran pembentukan konsep secara global,pembinaan generalisasi secara harmoni dan membentuk sesuatu gestalt kognitif.Teori Bruner mempunyai empat prinsip utama;motivasi,struktur,turutan dan peneguhan

PRINSIP PERTAMA BRUNER;MOTIVASI Prinsip motivasi menentukan syarat-syarat yang membolehkan seseorang belajar.Apakah pemboleh ubah penting terutama di peringkat prasekolah yang membantu dalam memotivasikan dan membolehkan kanak-kanak belajar?Bruner percaya bahawa hamper semua kanak-kanak mempunyai keinginan untuk belajar secara semula jadi.Namun demikian,Bruner tidak menafikan idea tentang peneguhan.Beliau percaya bahawa peneguhan atau ganjaran luaran mungkin penting untuk memulakan suatu tindakan atau mengulanginya.Walaubagaimanapun hanya melalui motivasi instrinsik pembelajaran dapat dikekalkan.Beliau lebih utamakan motivasi instinsik daripada motivasi ekstrinsik. Contoh terbaik bagi motivasi instrinsik ialah ingin tahu.Bruner percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan desakan ingin tahu.Kanka-kanak selalunya ingin tahu sesuatu daan mereka tidak tetap dalam sesuatu aktiviti.Rasa ingin tahu mereka membuat mereka sentiasa bertukar dari satu aktiviti kepada yang lain dan terus merangsang fikiran mereka.Satu lagimotivasi yang ada pada manusia ialah desakan untuk mencapai kecekapan.Kanak-kanak berminat dalam sesuatu yang mereka benar-benar cekap adlah mustahil untuk menggalkkan mereka menyertai aktiviti yang mereka tidak ada kecekapan. Akhir sekali Bruner menyatakan timbal balik sebagai satu lagi motivasi semula jadi.Timbal balik melibatkan keperluan bekerjasama dengan orang lain.

PRINSIP KEDUA;STRUKTUR

Prinsip struktur menyatakan dalam sebarang bidang mata pelajaran,sebarang pengetahuan boleh disusun dengan cara tertentu supaya ia boleh disampaikan dan difahami oleh hamper semua pelajar.Sekiranya distruktur dengan sesuai,sebarang idea atau masalah atau pengetahuan boleh disampaikan dalam bentuk yang mudah supaya pelajar boleh memahaminya.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Satu daripada sebab mengapa guru tidak Berjaya menyampaikan perkara-perkara penting kepada kanak-kanak ialah kaedah penyampaian guru tidak sesuai dengan asas pengalaman kanak-kanak.Kanak-kanak akan terus tidak memahami selagi mesejnya tidak jelas.Bruner percaya bahawa seseorang itu mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman;perwakilan enaktif,ikonik dan simbolik.

PERWAKILAN ENAKTIF Untuk kanak-kanak kecil perwakilan enaktif diperlukan,oleh kerana mereka boleh memahami perkara tertentu dengan baik dalam bentuk tindakan.Sebagai contoh,kanak -kanak menunjukkan kefahaman mereka tentang imbangan dengan merujuk kepada pengalaman mereka di atas papan jongkang-jongkit.Kanak-kanak kecil juga mentakrif perkataan dari segi tindakan yang ada kena-mengena dengan diri mereka.Sebagai contoh,kerusi adalah untuk diduduki,sudu adalah sesuatu yang digunakan semasa makan dan sebagainya.Semasa kanak kanak berada di tahap pemikiran enaktif,adalah penting bagi mesej guru dikaitkan dengan otot-otot mereka.Orang dewasa sekalipun mungkin berbalik kepada perwakilan yang enaktif terutama apabila mempelajari kemahiran motor yang yang baru seperti bermain golf,ataupun kemahiran renang.Kemahiran seperti ini memerlukan mereka mereka meniru gerak balas atau cara-cara yang perlu dilakukan oleh pengajar.

PERWAKILAN IKONIK Kanak-kanak yang lebih tua umurnya boleh menggunakan perwakilan ikonik.Mereka belajar berfikir di peringkat ikonik apabila objek-objek boleh ditanggap tanpa sebarang tindakan.Kanak-kanak boleh melukis sebuah dacing kerana mereka sudah mempunyai imej dalam minda mereka tanpa perlu bergantung kepada tindakan.Dengan perkembangan intelek ini,penggunaan gambar-gambar atau rajah-rajah membolehkan kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan lebih mudah.

PERWAKILAN SIMBOLIK Apabila kanak-kanak boleh menterjemahkan pengalaman mereka kepada bahasa.Sebuah dacing boleh diterangkan melalui penggunaan perkataan dan tidak menggunakan gambar.Perwakilan simbolik membenarkan kanak-kanak membuat kesimpulan secara logic dan berfikir dengan lebih mantap.

PRINSIP KETIGA BRUNER;TURUTAN Sejauh mana pelajar mendapati sukar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran bergantung kepada turutan sesuatu bahan itu disampaikan.Pengajaran melibatkan guru mengarah pelajar mengikuti turutan dalm pelbagai aspek sesuatu mata pelajaran.Bruner percaya bahawa perkembangan intelek mengikut turutan daripada perwakilan enaktif,ikonik kepada simbolik.Oleh itu,sesuatu mata pelajaran juga perlu mengikut turutan yang sama.Guru patut memulakan pengajaran mata pelajaran baru dengan mesej tanpa kata dan meilbatkan gerakan-gerakan fizikal.Seterusnya pelajar patut digalakkan supaya menggnakan rajah-rajah dan gambar-gambar.Akhirnya mesej yang hendak disampaikan perlu menggunakan symbolsimbol melalui perkataan-perkataan.

10

PRINSIP KEEMPAT;PENEGUHAN Pembelajaran memerlukan peneguhan.Untuk mencapai penguasaan sesuatu maslah,kita mesti mendapat maklum balas tentang kemajuan yang dicapai.Ketepatan masa bagi peneguhan yang diberi penting untuk kejayaan pembelajaran.Keputusannya mesti dipelajari semasa pelajar sedang membuat penilaian prestasinya.Kalau keputusannya diketahui terlalu awal,pelajar mungkin menjadi keliru dan boleh membantutkan penerokaannya.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori pembelajaran kognitif ialah perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Teori ini dibina berdasarkan beberapa prinsip iaitu pertama, otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya.Kedua ialah pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu, ketiga pelajar membina pengetahuan, bukannya merekod.Pengetahuan melibatkan aktiviti memberikan makna dalam pengalaman.Keempat ialah pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar.Kelima pula melibatkan pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai dan yang terakhir ialah pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.

Gestalt merupakan pengkaji yang berasal dari Jerman yang membuat kajian ke atas seekor cimpanzi. Hasil kajian ini juga menghasilkan teori celik akal iaitu mendapat idea secara tibatiba atau juga dikenal sebgai pengalaman AhHa!.Bagi kes cimpanzi yang berada di dalam sangkar yang berusaha untuk mendapatkan pisang, kejayaan diperoleh apabila timbulnya idea secara tiba-tiba.Maka, cimpanzi dapat mengambil pisang dengan hasil idea yang timbul. Yang kedua ialah teori pembelajaran Penerimaan Ausebel.David Ausebel merupakan seorang ahli psikologi Amerika (1918-2008).Teori ini mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau bilik darjah.Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna.Bahan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk teks atau penyampain guru.Ini membolehkan banyak maklumat dapat dikuasi secara serentak.

11

Menurut Ausebel, pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan keduaduanya. Hal ini berlaku pada masa maklumat baru sedang dalam proses perolehan. Pembelajaran akan berlaku apabila makluamat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

TEORI PENEMUAN BRUNER

Teori seterusnya ialah teori pembelajaran Penemuan Bruner yang diperkenalkan oleh Jerome Bruner (1915) yang merupakan ahli psikologi Amerika.Bruner berpendapat bahawa manusia meliahat persekitaran dunianya dari sudut ciri- ciri persamaan dan perbezaan. Bruner membahagikan konsep kepada tiga kategori iaitu enaktif (berasaskan perlakuan), ikonik ( berasakan imejan) dan simbolik (berasakan bahasa). Ketiga-tiga kategori ini saling berkait dan saling bersilih ganti dan setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya penyampaian disusun atur dengan cara yang sesuai. Dan yang terakhir ialah Hierarki Pembelajaran Gagne yang berkait dengan pengajaran berkesan (1968). Menurut Gagne, teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran kompleks. Hierarki pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangakaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian masalah.

12

TEORI KOGNITIFPERKEMBANGAN KANAK-KANAK JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson.Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel.Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva.Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh.Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental.Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak- kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanakkanakProfesor psikologi di Universiti Havard, Amerika Syarikat.

TOKOH-TOKOH TEORI
13

 Profeesor B.F Skinner

Penulis kepada buku berjudul Verbal Behavior 1957 Berpendapat lakuan bahasa ialah suatu lakuan yang diperkukuhkan oleh seseorang pendengar dan berkembang menurut prinsip yang sama dengan lakuan operan yang lain. Iaitu penutur itu juga menjadi pendengarnya sendiri dan memperkukuhkan lakuan bahasanya sendiri.Melihat pembelajaran bahasa merupakan penguasaan satu kebiasaan yang diperoleh dengan kaedah Latih Tubi mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai.

Melihat operasi pembelajaran bahasa dengan menggunakan unsur ransangan dan gerak balas. Memperkenalkan 2 jenis pembelajaran :

LAKUAN RESPONDEN (gerak balas yang automatis dan tetap) Contoh : Lutut yang terangkat kalau diketuk oleh doktor. Satu lakuan yang ada ransangan (ketuk) dan ada gerak balas (kaki terangkat)

 Profesor E.R. Guthrie

Profesor psikologi di Universiti Washington. Penulis The Pcycology Of Learning 1935. Berpendapat pembelajaran berlaku dengan adanya rangsangan dan diikuti dengan gerak balas. Sesuatu keadaan gerak balas itu berlaku dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain, maka kita akan melakukan gerak balas yang sama.

14

 Profesor Leonard Bloomfield

Ahli psikologi Amerika Syarikat. Pelapor kepada huraian bahasa secara structural/ deskriptif. Terkenal dengan bukunya Language 1933 buku paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik pada zamannya. Menganggap pembelajaran bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang baik.

 Profesor Leonard Bloomfield

Beliau menyatakan : Pattern practice capitalizes on the minds capacity to perceive identity of structure where there is difference in content and in quickness to learn by analogy. (Brooks,N. 1964:146-7) Menurut beliau, penggunaan latih tubi pula untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menerangkan konsep-konsep tatabahasa

15

 J.B. Watson (1878 1958)

Profesor psikologi di Universiti John Hopkins. (1919) Penulis sebuah buku Pschology from the stand point of behaviorist. Beliau mengkaji lakuan (Gerak-geri otot) dan tidak mementingkan pengalaman sedar. Beliau memberi sumbangan dalam penolakan terhadap perbezaan jasad dan fikiran.

 Profesor R. Brown

Penulis sebuah buku A first language The Early Stages 1974. Mengkaji bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa dan implikasinya terhadap pengajaran bahasa. Mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak dari segi pembentukan ayat.

16

PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN.

Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, mari kita merenung bagaimana mazhab behaviorisme mendefinisikan frasa tersebut. Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973) Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu prosespelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal.Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan perana pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari.Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran.Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

17

Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : 1) pelaziman klasik : tokoh Ivan Pavlov dan J.B.Watson 2) pelaziman operan : tokoh E.L Thorndike dan B.F. Skinner.

Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikutu dengan pelaziman operan.

HUKUM LATIHAN Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh: pengulangan meletakkan kucing di dalam sangkar.)

HUKUM KESAN Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari aspek fizikal, mental, emosi ataupun sosial. Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan (hukuman).

HUKUM KESEDIAAN Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi.

18

HUKUMAN Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Dua jenis hukuman : 1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas menyebabkan gerak balas tadi akan dihentikan / diturunkan kekerapan. Contoh: Mencuri dirotan. 2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi. Contoh: Membuat bising tidak boleh keluar rehat. Walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau tidak begitu bersetuju dengan kaedah hukuman dalam pembelajaran. Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi seperti be rikut: Pembelajaran adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka. Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih-tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda,pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang.

19

Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner , Gauge dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang berlaku dalam akal fikiran, dimana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif yang menyeluruh. Pembelajaran Melibatkan Proses Perolehan, Pindahan dan Penilaian Aktiviti pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang baru.Bruner berpendapat bahawa ilmu baru mungkin berasal daripada pengalaman sebelumnya, mungkin juga tidak berkaitan langsung dengan pengetahuan yang sedia ada.Sebagai contoh, pelajar pelajar mungkin telah mendapat gambaran konsep kitaran darah yang kabur dalam memberi penjelasan tentang sistem kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah dengan latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori. Tidak kira bagaimana hubungan yang wujud antara ilmu baru dan lama, pengetahuan yang sedia ada tetap akan dipertingkatkan. Selepas memperoleh pengetahuan baru, pelajar juga mesti melakukan proses generalisasi dengan menggunakan pelbagai cara supaya dapat disesuaikan dengan tugasan baru serta meningkatkan jumlah ilmu yang diperoleh. Proses penilaian adalah untuk memastikan sama ada cara generalisasi yang digunakan sesuai untuk tugasan (situasi) baru, ataupun pengetahuan dapat diaplikasi dengan betul atau tidak. Oleh yang demikian, penilaian juga meliputi proses menjustifikasikan rasionalisasi suatu ilmu. Sebagaimana yang diketahui, matlamat muktamad pembelajaran cadangan Bruner adalah untuk membina struktur kognitif yang fleksibel dan terbuka (open-ended), untuk membolehkan struktur ilmu suatu mata pelajaran diubahsuaikan kepada skema kognitif pelajar supaya dapat diaplikasikan dalam situasi dan bidang yang lain Jadi, guru perlu mengetahui jenis unsur yangdiperlukan dalam pembentukan struktur kognitif pelajar, menggunakan strategi yang berkesan untuk membantu pelajar memperoleh ilmu, seterusnya memindah dan menilai terhadapnya.

20

Kaedah Pembelajaran Penemuan Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan? Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan merupakan suatu yang baru dan belum diketahui, asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar sendiri boleh dikategorikan sebagai satu penemuan. Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang tertentu tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi, langkahlangkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk: (1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar, (2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah, (3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin, (4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat, (5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan, (6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui teori atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi peluang kepada pelajar memikir dan menemui ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan induktif merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan konsep (terutamamya dalam mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan jangka panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah.

Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran
21

serta membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan baik.Akan tetapi, terdapat kelemahan kelemahan tertentu dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar. Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain mengikut perancangan pengajaran yang bersistematik. Apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut masa, ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati bahawa teori pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu intelek dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran yang pelbagai.Kekurangan ini telah membawa kepada perkembangan teori pembelajaran humanisme yang memberi penekanan kepada perkembangan emosi dan personaliti individu.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku. Dalam bentuk pendekatan behavioris, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyususunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan

22

TEORI BEHAVIORISME Dalam teori behaviorisme, ingin menganalisa hanya perilaku yang nampak saja, yang dapat diukur, dilukiskan, dan diramalkan. Teori kaum behavoris lebih dikenal dengan nama teori belajar, karena seluruh perilaku manusia adalah hasil belajar. Belajar artinya perbahan perilaku organise sebagai pengaruh lingkungan. Behaviorisme tidak mau memperoalkan apakah manusia baik atau jelek, rasional atau emosional; behaviorisme hanya ingin mengetahui bagaimana perilakunya dikendalian oleh faktor-faktor lingkungan.Dalam arti teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia.Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberirespon terhadap lingkungan. Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Dari hal ini, timbulah konsep manusia mesin (Homo Mechanicus). Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Pada teori belajar ini sering disebut S-R psikologis artinya bahwa tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran atau reward dan penguatan atau reinforcement dari lingkungan. Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi behavioural dengan stimulusnya.Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar.

Prinsip-prinsip teori behaviorisme : - Obyek psikologi adalah tingkah laku - semua bentuk tingkah laku di kembalikan pada reflek - mementingkan pembentukan kebiasaan Adapun beberapa tokoh-tokoh behavioris yang berkembang dari tahun 1874 sampai saat sekarang ini : Edward Edward Lee Thorndike (1874-(1874-1949))

23

Menurut Thorndike belajar merupakan peristiwa terbentuknya asosiasi-asosiasi anatara peristiwa yang disebut stimulus dan respon.Teori belajar ini disebut teori connectionism.Eksperimen yang dilakukan adalah dengan kucing yang dimasukkan pada sangkar tertutup yang apabila pintunya dapat dibuka secara otomatis bila knop di dalam sangkar disentuh.Percobaan tersebut menghasilkan teori Trial dan Error. Ciri-ciri belajar dengan Trial dan Error Yaitu : adanya aktivitas, ada berbagai respon terhadap berbagai situasi, adal eliminasai terhadap berbagai respon yang salah, ada kemajuan reaksi-reaksi mencapai tujuan. Thorndike menemukan hukum-hukum : 1. Hukum kesiapan (Law of Readiness) Jika suatu organisme didukung oleh kesiapan yang kuat untuk memperoleh stimulus maka pelaksanaan tingkah laku akan menimbulkan kepuasan individu sehingga asosaiasi cenderung diperkuat. 2. Hukum latihan Semakin sering suatu tingkah laku dilatih atau digunakan maka asosiasi tersebut semakin kuat. 3. Hukum akibat Hubungan stimulus dan respon cenderung diperkuat bila akibat menyenangkan dan cenderung diperlemah jika akibanya tidak memuaskan.

Ivan Petrovich Pavlov (1849 -1936) Teori pelaziman klasik adalah memasangkan stimuli yang netral atau stimuli yang terkondisi dengan stimuli tertentu yang tidak terkondisikan, yang melahirkan perilaku tertentu.Setelah pemasangan ini terjadi berulang-ulang, stimuli yang netral melahirkan respons terkondisikan. Pavlov mengadakan percobaan laboratories terhadap anjing.Dalam percobaan ini anjing di beri stimulus bersarat sehingga terjadi reaksi bersarat pada anjing. Contoh situasi percobaan tersebut pada manusia adalah bunyi bel di kelas untuk penanda waktu tanpa disadari menyebabkan proses penandaan sesuatu terhadap bunyi-bunyian yang berbeda dari pedagang
24

makan, bel masuk, dan antri di bank. Dari contoh tersebut diterapkan strategi Pavlo ternyata individu dapat dikendalikan melalui cara mengganti stimulus alami dengan stimulus yang tepat untuk mendapatkan pengulangan respon yang diinginkan. Sementara individu tidak sadar dikendalikan oleh stimulus dari luar. Belajar menurut teori ini adalah suatu proses perubahan yang terjadi karena adanya syarat-syarat yang menimbulkan reaksi.Yang terpenting dalam belajar menurut teori ini adalah adanya latihan dan pengulangan. Kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara otomatis keaktifan dan penentuan pribadi dihiraukan. Skinner (1904-1990) Skinner menganggap reward dan rierforcement merupakan factor penting dalan belajar. Skinner berpendapat bahwa tujuan psikologi adalah meramal mengontrol tingkah laku. Pda teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga anak akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. . Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai keinginan. Operant conditing menjamin respon terhadap stimuli.Bila tidak menunjukkan stimuli maka guru tidak dapat membimbing siswa untuk mengarahkan tingkah lakunya. Guru memiliki peran dalam mengontrol dan mengarahkan siswa dalam proses belajar sehingga tercapai tujuan yang diinginkan

Prinsip belajar Skinners adalah : - Hasil belajar harus segera diberitahukan pada siswa jika salah dibetulkan jika benar diberi penguat. - Proses belajar harus mengikuti irama dari yang belajar. Materi pelajaran digunakan sebagai sistem modul. - Dalam proses pembelajaran lebih dipentingkan aktivitas sendiri, tidak digunakan hukuman. Untuk itu lingkungan perlu diubah untuk menghindari hukuman. - Tingkah laku yang diinginkan pendidik diberi hadiah dan sebaiknya hadiah diberikan dengan digunakannya jadwal variable ratio reinforcer.
25

- dalam pembelajaran digunakan shapping

Albert Bandura (1925-sekarang) Ternyata tidak semua perilaku dapat dijelaskan dengan pelaziman.Bandura menambahkan konsep belajar sosial (social learning).Ia mempermasalahkan peranan ganjaran dan hukuman dalam proses belajar. Kaum behaviorisme tradisional menjelaskan bahwa kata-kata yang semula tidak ada maknanya, dipasangkan dengan lambak atau obyek yang punya makna (pelaziman klasik). Teori belajar Bandura adalah teori belajar social atau kognitif social serta efikasi diri yang menunjukkan pentingnya proses mengamati dan meniru perilaku, sikap dan emosi orang lain. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi tingkah laku timbale balik yang berkesinambungan antara kognitine perilaku dan pengaruh lingkungan.Faktorfaktor yang berproses dalam observasi adalah perhatian, mengingat, produksi motorik, motivasi. Behaviorsime memang agak sukar menjelaskan motivasi.Motivasi terjadi dalam diri individu, sedang kaum behavioris hanya melihat pada peristiwa-peristiwa eksternal.Perasaan dan pikiran orang tidak menarik mereka. Behaviorisme muncul sebagai reaksi pada psikologi mentalistik.

TEORI BEHAVIORISME PRINSIP PRINSIP TEORI BEHAVIORISME 1. Obyek psikologi adalah tingkah laku 2. semua bentuk tingkah laku di kembalikan pada reflek 3. mementingkan pembentukan kebiasaan ADA DUA ALIRAN BESAR DALAM TEORI BEHAVIORISME 1. reflek bersarat dari rusia di antaranya PAVLOV dkk 2. behaviorisme dari amerika di antaranya THORNDIKE dkk
26

A .Teori Belajar Behaviouristik

Pengertian Adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia. Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberirespon terhadap lingkungan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka.

Kerangka Berfikir Teori Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan,mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Pada teori belajar ini sering disebut S-R psikologis artinya bahwa tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran atau reward dan penguatan atau reinforcement dari lingkungan. Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi behavioural dengan stimulusnya.Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahllaku adalah hasil belajar.

Tokoh-tokoh Ivan Petrovich Pavlo (1849 -1936) dan Watson Pavlo mengadakan percobaan laboratories terhadap anjing.Dalam percobaan ini anjing di beri stimulasi bersarat sehingga terjadi reaksi bersarat pada anjing. Contoh situasi percobaan tersebut pada manusia adalah bunyi bel di kelas untuk penanda waktu tanpa disedari menyebabkan proses penandaan sesuatu terhadap bunyi-bunyian yang berbeda dari pedagang makan, bel masuk, dan antri di bank. Dari contoh tersebut diterapkan strategi Pavlo ternyata individu dapat dikendalikan melalui cara mengganti stimuluslasi alami dengan stimulasi yang tepat untuk mendapatkan pengulangan respon yang diinginkan. Sementara individu tidak sedar dikendalikan oleh stimulus dari luar. Belajar menurut teori ini adalah suatu proses
27

perubahan yang terjadi karena adanya syarat-syarat yang menimbulkan reaksi.Yang terpenting dalam belajar menurut teori ini adalah adanya latihan dan pengulangan. Kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara otomatis keaktifan dan penentuan pribadi dihiraukan.

Carlk L. Hull Reinforcement adalah faktor penting dalam belajar yang harus ada. Namun fungsi reinforcement bagi Hull lebih sebagai drive reduction daripada satisfied factor. Dalam mempelajari hubungan S-R yang diperlu dikaji adalah peranan dari intervening variable (atau yang juga dikenal sebagai unsur O (organisma). Faktor O adalah kondisi internal dan sesuatu yang disimpulkan (inferred), efeknya dapat dilihat pada faktor R yang berupa output.

Skinner (1904-1990) Skinner menganggap reward dan rierforcement merupakan factor penting dalan belajar. Skinner berpendapat bahwa tujuan psikologi adalah meramal mengontrol tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga anak akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. Operant conditing menjamin respon terhadap stimuli.Bila tidak menunjukkan stimuli maka guru tidak dapat membimbing siswa untuk mengarahkan tingkah lakunya. Guru memiliki peran dalam mengontrol dan mengarahkan siswa dalam proses belajar sehingga tercapai tujuan yang diinginkan Skinner membagi menjadi 2 jenis respon. 1. Responden Respon yang terjadi karena stimulus khusus misalnya Pavlo. 2. Operans Respon yang terjadi karena situasi random. Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai keinginan. Prinsip belajar Skinners adalah :
28

1. Hasil belajar harus segera diberitahukan pada siswa jika salah dibetulkan jika benar diberi penguat. 2. Proses belajar harus mengikuti irama dari yang belajar. Materi pelajaran digunakan sebagai sistem modul. 3. Dalam proses pembelajaran lebih dipentingkan aktivitas sendiri, tidak digunakan hukuman. Untuk itu lingkungan perlu diubah untuk menghindari hukuman. 4. Tingkah laku yang diinginkan pendidik diberi hadiah dan sebaiknya hadiah diberikan dengan digunakannya jadwal variable ratio reinforcer. 5. dalam pembelajaran digunakan shapping

Robert Gagne (1916-2002) Teori gagne banyak dipakai untuk mendisain Software instructional (Program berupa Drill Tutorial). Kontribusi terbesar dari teori instructional Gagne adalah 9 kondisi instructional: 1. Gaining attention = mendapatkan perhatian 2. intorm learner of objectives = menginformasikan siswa mengenai tujuan yang akan dicapai 3. stimulate recall of prerequisite learning = stimulasi kemampuan dasar siswa untuk persiapan belajar. 4. Present new material = penyajian materi baru 5. Provide guidance = menyediakan pembimbingan 6. Elicit performance = memunculkan tindakan 7. Provide feedback about correctness = siap memberi umpan balik langsung terhadap hasil yang baik 8. Assess performance = Menilai hasil belajar yang ditunjukkan 9. Enhance retention and recall = meningkatkan proses penyimpanan memori dan mengingat.

29

Gagne disebut sebagai modern noebehaviouristik mendorong guru untuk merencanakan pembelajaran agar suasana dan gaya belajar dapat dimodifikasi.

Albert Bandura (1925-sekarang) Teori belajar Bandura adalah teori belajar sosial atau kognitif social serta efikasi diri yang menunjukkan pentingnya proses mengamati dan meniru perilaku, sikap dan emosi orang lain. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi tingkah laku timbale balik yang berkesinambungan antara kognitine perilaku dan pengaruh lingkungan.Factorfaktor yang berproses dalam observasi adalah perhatian, mengingat, produksi motorik, motivasi. Aplikasi teori behaviouristik terhadap pembelajaran siswa Guru yang menggunakan paradigma behaviourisme akan menyusun bahan pelajaran yang sudah siap sehingga tujuan npembelajaran yang dikuasai siswa disampaikan secara utuh oleh guru. Guru tidak hanya memberi ceramah tetapi juga contoh-contoh. Bahan pelajaran disusun hierarki dari yang sederhana sampai yang kompleks.Hasil dari pembelajaran dapat diukur dan diamati, kesalahan dapat diperbaiki. Hasil yang diharapkan adalah terbentuknya suatu perilaku yang diinginkan

30

KESIMPULAN

Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak melahirkan peraturan am sepertimana yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme. Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur konitif yang semakin kompleks dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap berkisar pada kajian bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah (eg.,Ausubel, 1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956).

31

REFLEKSI Kesimpulannya, Ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Jadi, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan andaian masing-masing dan tidak melahirkan peraturan am sepertimana yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme. Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur kognitif yang semakin kompleks dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap berkisar pada kajian bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah (eg.,Ausubel, 1963; Bruner, Goodnow & Austin 1956).

Apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut masa, ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati bahawa teori pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu intelek dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran yang pelbagai.Kekurangan ini telah membawa kepada perkembangan teori pembelajaran humanisme yang memberi penekanan kepada perkembangan emosi dan personaliti individu.Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan secara keseluruhannya pengertian atau maksud pembelajaran secara konstruktivisme adalah pembelajaran yang berpusatkan siswa. Guru berperanan sebagai penghubung yang membantu siswa membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada siswa untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada siswa dan merancang kaedah pembelajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pengetahuan yang dimiliki siswa adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh siswa tersebut dan bukannya pembelajaran yang diterima secara pasif.Antara kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran koperatif adalah menerusi proses berfikir. Dalam proses membina pengetahuan baru, siswa akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana ide dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi bebagai kemungkinan dan cabaran.

32

BIBLIOGRAFI

www.sabah.edu.my/skpmtdon/.../Teori%20&%20Model%20P&P.pdf www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/.../teori-pembelajaran. www.scribd.com/.../Implikasi-Teori-Pembelajaran-Kognitif-Dalam-ProsesPengajaran-Dan-Pembelajaran Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (RAHIL MAHAYUDDIN,HABIBAH ELIAS) Karisma Publications Sdn Bhd

33

You might also like