You are on page 1of 9

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

1 |




PENGENALAN

Pengkaji di dalam artikel jurnal ini, telah mengupas sifat dan peranan keperibadian Guru
Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) terhadap pelajar dalam meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Menurut pengkaji, ciri keperibadian GCPI merupakan aspek cemerlang yang penting
yang selari dengan ciri kecemerlangan yang lain seperti ciri pengajaran dan pembelajaran
berkesan, ciri ilmu dan pengamalan Islam, ciri kemahiran dan ciri motivasi.

TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN

Teori yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah berdasarkan teori pengajaran
dan pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974). Dalam teori ini, Dunkin dan Biddle
menjelaskan keberkesanan tahap pengajaran bergantung kepada lima faktor utama iaitu :

1) Guru (pemboleh ubah tanda) iaitu merujuk kepada sifat personaliti diri, kemahiran
mengajar, gaya pengajaran dan keperibadian.
2) Pelajar (pemboleh ubah konteks) iaitu merujuk kepada personaliti diri, cara belajar,
motivasi dan sikap.
3) Faktor sekolah dan bilik darjah iaitu terdiri daripada iklim persekolahan, kepelbagaian
ras dan saiz sekolah.
4) Proses pengajaran dan pembelajaran (pemboleh ubah proses) iaitu melibatkan
tingkahlaku guru dan pelajar.
5) Hasil produk (pemboleh ubah hasil) ianya terhasil dari gabungan pelajar, kelas, rakan
sekerja, sekolah dan pentadbir.

Daripada teori ini, pengkaji berhasil membina kerangka kajian yang mengkhususkan
kepada hubungan guru daripada segi personaliti dan keperibadian terhadap pelajar dari segi
motivasi belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, teori yang digunakan
pengkaji boleh diterima dan sesuai dengan kajian yang dijalankan. Namun pengkaji boleh
juga melihat teori-teori yang lain untuk menyokong teori yang digunakan.

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

2 |


Pengkaji telah menerangkan teori yang digunakan dan kerangka kajian yang dibina
dengan bantuan gambarajah iaitu rajah 1 dan rajah 2. Gambarajah yang dibina memberi
kefahaman kepada teori dan konsep kajian yang hendak dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah mensasarkan empat objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini dimana
setiap objektif ini bertujuan untuk dapat menjawab persoalan berkaitan sifat dan peranan
keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi
pelajar. Pengkaji telah menetapkan objektif yang jelas, mudah difahami bersesuaian dengan
persoalan kajian.

Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
penampilan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) . Objektif ini dilihat sesuai dan dapat
menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah persepsi pelajar terhadap
penampilan GCPI?

Objektif kajian yang kedua, mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keperibadian
Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) kepada para pelajar sendiri. Objektif ini dilihat
tepat untuk menjawab soalan apakah persepsi pelajar terhadap keperibadian GCPI
terhadap diri pelajar itu sendiri? yang pengkaji letakkan sebagai persoalan kajian yang
kedua.
Objektif ketiga yang ingin dicapai pengkaji dalam kajian ini adalah mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap motivasi mereka di dalam kelas Guru Cemerlang Pendidikan
Islam (GCPI). Objektif ini akan dapat dicapai dengan menjawab persoalan kajian yang
ketiga iaitu bagaimanakah tahap motivasi pelajar ketika di bawah pengajaran dan
pembelajaran GCPI?.

Objektif yang terakhir ialah untuk mengenal pasti sumbangan persepsi ciri keperibadian
Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) terhadap motivasi di dalam kelas. Melalui objektif
ini, pengkaji ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi
pelajar terhadap penampilan dan keperibadian (GCPI) kepada motivasi pelajar. Dengan itu,
pengkaji telah membina dua hipotesis nol iaitu :

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

3 |


a) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
penampilan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dengan motivasi pelajar di
dalam kelas.

b) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) kepada pelajar dengan
motivasi pelajar di dalam kelas.

PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji telah membina persoalan kajian dengan jelas berpandukan objektif yang hendak
dicapai terhadap kajian yang hendak dilaksanakan. Pengkaji telah membina empat
persoalan kajian.

KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan adalah sangat signifikan dalam sesebuah kajian dan boleh dianggap
sebagai jantung kepada penyelidikan (Afandi Ahmad, 2009). Kepentingan menjalankan
kajian perpustakaan dengan berkesan tidak harus diambil mudah dalam semua laras bidang
kajian dan peringkat pengajian. Ramai pengkaji mengambil masa yang panjang dalam
bahagian ini untuk memahami apa yang telah dikaji oleh pengkaji lain. Kajian perpustakaan
disifatkan sebagai antara bahagian yang sukar dalam proses penyelidikan atau kajian atas
beberapa alasan :

1) Kebolehan menulis dengan ayat sendiri.
2) Memastikan penulisan yang dibuat mempunyai maksud yang sama dengan artikel
yang dirujuk.
3) Kebolehan menilai secara krirtis setiap artikel yang dibaca.

Afandi Ahmad (2009), mencadangkan enam langkah yang perlu diambil dalam menjalankan
kajian perpustakaan :

1) Bina peta minda pecahan kepada tajuk umum kajian yang dijalankan.
2) Gerakkan enjin pencarian dari jurnal elektronik (e-jurnal)
3) Tentukan kelas bagi artikel-artikel yang diperolehi berdasarkan parameter tertentu.
TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

4 |


4) Baca dan nilai secara kritis setiap artikel yang diperolehi.
5) Bina spektrum idea bagi kajian yang dijalankan untuk melihat keadaan lepas dan
semasa
6) Mulakan penulisan.

Dalam kajian ini, pengkaji dilihat menjalankan banyak kajian perpustakaan dari tahun
1974 sehingga tahun 2007 meliputi buku, artikel jurnal dan tesis dari dalam dan luar negara.
Pengkaji dapat menilai semua bahan bacaan tersebut dengan kritis dan dapat membuat
kesimpulan yang padat dan ringkas dalam kajian mereka.

Melalui kajian perpustakaan yang dibuat, pengkaji telah mendapati kejayaan pengajaran
guru bergantung kepada siapa yang diajar oleh guru iaitu pelajar. Terdapat lima sifat pelajar
yang membantu kepada kecemerlangan dan kejayaan pengajaran guru iaitu :

a) Komitmen pelajar yang tinggi dan berterusan.
b) Konsep kendiri akademik yang positif.
c) Mempunyai kemahiran generik yang baik.
d) Mempunyai cita-cita dan visi yang jelas.
e) Berdisiplin.

Selain itu, pengkaji turut menyatakan sifat keperibadian GCPI ditonjolkan melalui ciri
penampilan GCPI dan ciri keperibadian GCPI kepada para pelajarnya.

REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Christensen (1988), reka bentuk kajian merujuk kepada garis panduan, pelan atau
strategi yang menyatakan prosedur yang digunakan untuk memperoleh jawapan kepada
soalan kajian.

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian tinjauan jenis Cross Sectional yang bersifat
kuantitatif telah dipilih oleh pengkaji. Kajian yang bersifat kuantitatif adalah kajian yang
menggunakan maklumat atau data yang boleh diukur melalui proses pengukuran.

Kajian tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan untuk
mengetahui pemikiran, perasaan dan perbuatan golongan manusia tertentu (Lay Yoon Fah
TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

5 |


& Khoo Chwee Hoon, 2012). Kajian tinjauan telah terbukti sebagai alat yang amat berguna
untuk mengumpul maklumat berhubung pendapat dan sikap golongan manusia tertentu
tentang isu-isu sosial, kebudayaan, ekonomi dan politik.

Di samping itu, kajian tinjauan juga boleh digunakan untuk menerangkan hubungan
dan perbezaan antara pemboleh ubah yang dikaji. Kajian tinjauan jenis Cross Sectional
biasanya digunakan untuk memperoleh gambaran (snapshot) bagi pendapat dan amalan
pendidikan pada satu-satu masa tertentu.

INSTRUMEN KAJIAN.

Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibina oleh pengkaji
sendiri bersama-sama dengan pelajar-pelajar tingkatan empat dan seorang guru mereka.
Melalui item-item soal selidik yang dibina, pengkaji dapat meninjau sikap, kepercayaan,
persepsi dan tingkahlaku bagi kumpulan sasaran yang dikaji.

Soal selidik terdiri daripada beberapa perkara yang diajukan dalam bentuk soalan
bagi memandu responden dalam memberi jawapan mereka. Secara amnya, terdapat dua
jenis bentuk soalan yang terdapat dalam soal selidik iaitu soalan tertutup dan soalan skala.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk membina soal selidik jenis soalan skala
dengan menggunakan skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah Sangat Tidak
Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 mata, Kurang Pasti (KP)
dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju (SS) dengan skor 5
mata.

KESAHAN KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan nilai alpha crobach untuk mengukur nilai kebolehpercayaan
instrumen soal selidik yang telah dibina. Menurut kebanyakan pengkaji seperti Bogden &
Milken (2003) dan Cohen et al. (2000), mereka menyatakan bahawa nilai pekali alpha yang
melebih 0.8 lazimnya menunjukkan aras kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima
bagi sesuatu instrumen. Namun begitu, Mohamad Najib (1999) dalam Kamarul Azmi, Ab.
Halim & Mohd Izham (2009), menegaskan bahawa nilai pekali alpha 0.6 juga sudah
memadai bagi soal selidik sains sosial seperti kajian dalam Pendidikan.
TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

6 |



Pengkaji dilihat berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan dan mempertingkatkan
kesahan kandungan dan kesahan muka soal selidik kajian. Pengkaji telah melaksanakan
beberapa langkah sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden iaitu ;

a) Membina item soalan secara berkumpulan iaitu bersama pelajar-pelajar tingkatan
empat dan seorang guru mereka.
b) Mendapatkan persetujuan dan pengesahan lapan orang pakar Pendidikan Islam.
c) Melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis dilaksanakan di dua buah Sekolah
Menengah Kebangsaan dengan responden terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5.
Sekolah pertama di selatan Semenanjung Malaysia dengan 37 orang responden,
manakala sekolah kedua pula di bahagian tengah Semenanjung dengan 50 orang
pelajar yang juga daripada tingkatan 4 dan 5. Setelah selesai kajian rintis pertama,
pengkaji melakukan beberapa perubahan terhadap item yang dianggap
mengelirukan oleh responden sebelum melakukan kajian rintis yang kedua.

KAJIAN RINTIS.

Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan.
Pengkaji telah menetapkan responden bagi kajian rintis terdiri daripada pelajar tingkatan 4
dan pelajar tingkatan 5. Seramai 37 orang responden dari sekolah pertama di selatan
Semenanjung Malaysia telah menjawab kajian rintis buat kali pertama.

Selepas selesai kajian rintis yang pertama, pengkaji telah melakukan beberapa
perubahan terhadap item yang dianggap telah mengelirukan responden. Selepas itu kajian
rintis yang kedua telah dilaksanakan ke atas 50 orang responden dari sekolah di bahagian
tengah Semenanjung Malaysia.

Hasil analisis Alpha Cronbach dalam kajian rintis ini menunjukkan bahawa soal
selidik kajian mencapai tahap kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan
sesuai dijalankan dalam kajian sebenar.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa segala usaha yang dilakukan pengkaji sesuai
digunakan dalam kajian ini.

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

7 |


LOKASI, POPULASI DAN RESPONDEN DALAM KAJIAN

Pengkaji telah memilih lapan buah sekolah yang terdapat Guru Cemerlang Pendidikan Islam
GCPI di dalam sekolah tersebut yang mengajar Pendidikan Islam di tingkatan 4 hingga
tingkatan 6. Pengkaji telah mengambil kira pandangan Mohd Najib (1999) untuk mengambil
sekurang-kurang 30% responden daripada populasi jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 4
hingga 6 GCPI di sekolah.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menghadkan responden yang terlibat hanya terdiri
daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 6 daripada lapan buah sekolah yang
telah dipilih oleh pengkaji. Jumlah responden adalah seramai 687 orang daripada jumlah
keseluruhan pelajar seramai 860 orang. Seramai 286 responden adalah pelajar lelaki dan
401 responden adalah pelajar perempuan. Pemilihan responden oleh pengkaji adalah
secara rawak berstrata dan berkelompok.

ANALISIS DATA

Pengkaji telah menggunakan perisian komputer Statistical Packages for the Social Sciences
(SPSS) versi 16.0 untuk menganalisis dapatan kajian dalam bentuk jadual dan rajah. Jadual
dan rajah yang diperolehi melalui perisian komputer tersebut telah disepadukan dengan
kajian ini untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi
dan hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji tidak langsung
membiarkan pembaca membuat interpretasi sendiri berhubung dapatan kajian yang
dipersembahkan.

Pengkaji telah menganalisis dapatan kajian dengan membahagikan kepada lima
aspek iaitu latar belakang responden, persepsi pelajar terhadap penampilan GCPI (min
keseluruhan 4.50), persepsi pelajar terhadap keperibadian GCPI terhadap pelajar sendiri
(min keseluruhan 4.00), pandangan pelajar terhadap motivasi mereka (min keseluruhan
4.30) dan hubungan antara keperibadian dengan motivasi pelajar.

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

8 |


PERBINCANGAN

Pengkaji telah berjaya untuk mengemukakan perbincangan kajian dengan sokongan
daripada literatur yang disorot dalam kajian perpustakaan. Pengkaji membincangkan
dapatan kajian secara tersusun mengikut beberapa bahagian bagi menjawab empat
persoalan kajian.

RUMUSAN

Walaupun pengkaji membuat rumusan ringkas dalam kajian ini, namun pengkaji telah
berjaya mengaitkannya dengan tajuk kajian dan keseluruhan kajian telah dilaksanakan.
























TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

9 |


RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan
peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya
dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E), 57-71.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif
dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafur. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. (2010).Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

You might also like