You are on page 1of 4

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Latar Belakang Jean Piaget



Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari
Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan
perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang,
berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan
persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli
struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner,
1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu
bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini
memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh
Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan
mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil
jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan
sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang
di kalangan kanak-kanak.
PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka
yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu
bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah
mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana
peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang
berikutnya.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui
interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah
laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh
pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan
fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi
melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat
sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari
tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang
meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

4 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET

- Skema (Schema)
- Penyerapan (Assimilation)
- Pengubahsuaian (Accomodation) dan
- Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus
dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah
kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila
seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar
skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke
mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan
masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau
sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon
yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima
sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya
jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau
diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada
diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-
pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap
skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran
tertentu.

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-
kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam
skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya,
jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu
dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku
secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif
berkaitan persekitarannya;
Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan
proses ke bentuk asal
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu
(perancangan);
Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
Kemahiran berbahasa kian meluas;
Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan BBM yang konkrit;
Arahan ringkas dan difahami;
Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri
daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation)
dan prinsip keterbalikan;
Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Pemikiran abstrak;
Pemikiran sistematik;
Kebolehan berhipotesis;
Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa
diperhatikan sekeliling).
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
Posted by mya afifi at Sunday, August 02, 2009 0 comments
Labels: teori pembelajaran
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

You might also like