You are on page 1of 45

1.0 PENDAHULUAN.

Burhus Frederick Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di Susquehanna


Pennsylvania. Bapanya seorang peguam di bandar kecil itu. Skinner belajar di
Kolej Hamilton di Clinton, New York, di mana beliau mengkhusus dalam
kesusasteraan Inggeris. Beliau tidak mengambil apa-apa kursus psikologi tetapi
pernah memenangi hadiah kerana karyanya dalam bahasa Greek. Beliau mula
minat terhadap bidang psikologi apabila beliau menyedari bahawa beliau tidak
mempunyai fakta untuk menulis cereka dan seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran dan lulus dalam bidang psikologi dengan harapan beliau dapat
mengatasi masalah tersebut.

Beliau, melanjutkan pelajaran di Harvard pada tahun 1928. Dalam masa


tiga tahun beliau telah dianugerahkan ijazah PhD, dengan menulis disertasi yang
cuba memperincikan undang-undang tingkahlaku untuk menerangkan perjalanan
sistem saraf pusat. Beliau terus berada di Harvard selama lima tahun selepas
mendapat ijazah. Ia melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian pelaziman.
Beliau membuat kajian yang cuba mengenal pasti undang-ungdang asas dalam
tingkah laku organisme. Satu daripadanya ialah mengaturkan seekor binatang
dalam alat itu boleh melakukan mekanisme yang dapat mendatangkan ganjaran.
Hal ini dapat dilakukan dengan menekan sebarang tuas yang ringkas. Dengan
menggabungkan ciptaan-ciptaan ini, gerakbalas menekan tuas itu dapat
dirakamkan secara automatik untuk menandakan kekerapan gerakbalas bagi
sesuatu organisme secara keseluruhan. Dengan ini lahirlah Kotak Skinner
yang sejak itu telah menjadi satu alat kebiasaan dalam kajiselidik psikologi.
Beliau berjaya menerbitkan sebuah buku berjudul, The Behavior of Organisms
(1938).

1
Mengikut Skinner (1972, 110-11), beliau minat terhadap aturan
pengukuhan adalah secara kebetulan. Pada suatu hari Sabtu, beliau menyedari
bahawa bilangan tempat makanan dalam alat itu tidak mencukupi bagi
seminggu. Oleh itu menukar cara supaya hanya satu gerak balas akan diberi
ganjaran bagi setiap minit. Dengan cara ini, beliau mempunyai bilangan tempat
makanan yang mencukupi. Beliau juga mendapati bahawa tikus-tikus itu lebih
stabil tingkah lakunyadalam jangka yang lebih teratur pula. Kemudian, beliau
terus mengkaji kesan jenis-jenis pengukuhan sebahagian pada kadar yang tetap
atau berubah ke atas jumlah penekanan tuas.

1.1 FALSAFAH BEHAVIORISME MENGIKUT SKINNER

Falsafah Skinner ini bersifat saintifik. Sifat saintifik itu pula adalah dalam bentuk
radikal. Beliau mahu mencari hubungan biasa antara kelas-kelas kejadian yang
boleh diperhatikan supaya pola sebab musabab dapat dipastikan. Dalam hal ini
beliau tidak mementingkan teori dalam erti kata yang biasa. Fenomena
pembelajaran yang paling baik dikaji adalah dari segi menganalisis hubungan-
hubungan fungsional antara gerak balas-gerak balas dan keadaan-keadaan
sebelumnya. Cara ini tidak memerlukan teori untuk mengetahui apa yang
berlaku di antara kedua-dua pembolehubah itu.

Sesuatu teori itu didapati penting dari segi membuat kenyataan ringkas
mengenai pola-pola hubungan yang dapat dilihat, tetapi tidak ada satu keperluan
yang merujukkannya kepada proses mental untuk menghuraikan tingkahlaku.
Tingkahlaku sentiasa dihuraikan dengan mengenalpasti keadaan-keadaan
penggerak objektif dari mana tingkahlaku itu timbul(termasuklah sejarah
pengukuhan organisme itu sebelumnya).

2
Skinner juga boleh dianggap sebagai pengikut operasionalisme yang
didefinisikan oleh beliau sebagai kebiasaan bercakap mengenai pemerhatian
yang dibuat oleh seseorang, tatacara manipulatif dan perkiraan yang terlibat
dalam membuat pemerhatian, langkah-langkah logik dan matematikal yang hadir
di antara kenyataan yang sebelum dan sesudah, serta tiada yang lain ( Skinner
1972, hal. 370 ).

Kebaikan yang paling utama dalam operasionalisme yang dilihat sebagai


sesuai dalam psikologi mengikut Skinner terdapat dalam isi keempat iaitu ia
menolong kita mengetepikan hal-hal yang tidak perlu dalam usaha untuk
mewujudkan sains objektif. Setengah variasi operasionalisme menganggap
bahawa kejadian-kejadian umum ( kejadian yang boleh diperhatikan secara luar
dan disahkan ) sebagai sesuai untuk analisis saintifik. Skinner pula berpendapat
bahawa sebahagian daripada kejadian sulit juga boleh dijadikan bahan. Isunya
bagi beliau bukanlah perbezaan antara umum dan sulit tetapi sama ada
kejadian-kejadian itu boleh diperhatikan.

Dalam karya Beyond Freedom and Dignity , Skinner memperlihatkan


dirinya bukan sahaja sebagai ahli sains yang berkebolehan dan sebagi pengikut
sesuatu cara yang tertentu untuk membuat sesuatu yang saintifik tetapi beliau
juga memperlihatkan dirinya sebagai ahli falsafah yang mengenai hal ehwal
manusia. Ini tidaklah menghairankan kerana tema-tema yang beliau utarakan
merupakan hal-hal yang dijumpai di makmal psikologi.

3
Menurut Skinner, untuk menyelasaikan masalah manusia kita perlu
menerapkan apa saja jenis teknologi. Masalah tingkah laku manusia tidak boleh
diselesaikan oleh teknologi fizikal dan teknologi iaitu teknologi tingkah laku.
Ramai orang menentang bahawa teknologi tingkah laku juga diperlukan. Mereka
menentangnya kerana mereka berfikir teknologi ini tidak boleh memberi kesan,
dan mereka menentangnya kerana mereka fikir teknologi ini tidak diperlukan.
Kedua-dua tentangan ini boleh dikaitkan dengan konsep manusia autonomous
iaitu idea bahawa terdapat suatu kejadian dalaman yang bertindak sendiri untuk
menyebabkan berlakunya tingkah laku. Oleh kerana tingkah laku itu mempunyai
sebab dalaman, maka idea ini begitu teguh sehingga mereka merasakan
teknologi tingkah laku itu tidak mungkin memberikan kesan. Atau sebaliknya,
walaupun sekiranya ia boleh memberikan kesan, tetapi ia tidak diperlukan
kerana ia akan merosakkan nilai-nilai penting mengenai kebebasan dan
kemuliaan seseorang itu.

Mengikut Skinner, analisis tingkah laku secara ujikaji tidak membenarkan


kita mengutarakan idea mengenai kejadian dalaman. Sebaliknya kita dapati
tingkah laku dikawal oleh keadaan-keadaan sekitaran. Konsep-konsep
kebebasan dan kemuliaan mungkin lebih difahami dalam erti kata penentuan
sekitaran daripada dalam erti kata pernyataan sesuatu yang secara dalaman
bersifat autonomous. Pergelutan untuk kebebasan merupakan tingkah laku
haiwan yang cuba mengelak atau bebas daripada keadaan-keadaan yang
merbahaya. Kederiaaan dan kemuliaan merupakan suatu yang diatribusikan
individu, ataupun apa yang diatribusikan individu pada dirinya kerana keadaan
berlakunya tingkah laku itu tidak dapat difahami sepenuhnya. Kehendak kepada
kebebasan itu akan terhapusnya keadaan-keadaan yang merbahaya, dan digniti
menjadi tidak perlu apabila tingkah laku dapat dihuraikan secara terperinci.
Namun, tidak ada sebab untuk melihat kebebasan dan digniti sebagai hasil
daripada kuasa dalaman.

4
Teknologi tingkah laku bukanlah suatu mimpi. Mengikut Skinner, ia sudah
berada dalam proses perkembangan. Kuncinya boleh didapati dalam kontigensi
pengukuhan. Ke arah matlamat apa hendak kita bentuk tingkahlaku itu? Bagi
Skinner jawapan yang senang ialah untuk menyediakan pengukuhan positif yang
tekal berikutnya boleh dikategorikan kepada tiga jenis nilai atau barangan iaitu
benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu penerusan hidup
biologi, benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu yang lain,
dan benda-benda yang menjadi barangan kerana ia membantu sebuah budaya
untuk terus hidup.

Kedua-dua kategori yang pertama itu tidak begitu konversial seperti yang
ketiga. Tetapi bagaimana boleh kita membantu budaya untuk berterusan?
Menurut Skinner, kita perlu memesatkan lagi perkembangan praktis yang akan
mengambil kira juga keputusan-keputusan yang jauh ( Skinner, 1971, hal. 143 ).
Seperti juga dalam proses biologi di mana jenis-jenis organisme yang lebih
sensitif kepada keputusan tindakannya akan lebih senang untuk terus hidup,
maka dalam evolusi budaya juga bentuk-bentuk itu akan terus hidup dan akan
mengawal manusia dalam semua bidang keputusan tingkah laku mereka. Hal ini
boleh dijadikan prinsip yang membimbing reka bentuk atau reka bentuk kembali
keseluruhan sesuatu budaya itu.

Dalam kesemua hal ini, kita tidak perlu mengkhuatiri konsep kawalan .
Setiap kali kita bertindak secara sistematik ke atas persekitaran untuk memberi
kesan kepada perkara lain, maka kita telah menguatkuasakan kawalan.
Masalah utama ialah kita perlu lebih jelas mengenai objektif kawalan itu dan
bertindak dengan lebih berkesan dalam memilih cara-cara mengawal.

Manusia tidak hapus. Ia terus hidup sebagai satu jenis dan sebagai
seorang individu. Tingkahlakunya pula tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang
datang dari dalam. Ia dilihat sebagai menjadi fungsi kepada keadaan-keadaan
sekitaran.

5
2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

2.1 Kotak Skinner.

Rajah 1

2.1.1 Langkah pertama

Skinner telah menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus. Dalam


kajian Skinner ialah beliau meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak
Skinner seperti pada Rajah 1. Kotak Skinner tersebut mempunyai alat penekan
pada dindingnya. Seperti kucing dalam teori Thorndike, tikus juga dibiarkan
berlari secara rawak dalam kotak tikus Skinner. Kemudian secara tidak sengaja,
tikus tertekan alat penekan dan birin makanan akan keluar. Tindakan ini diulang-
ulang sehingga tikus belajar bahawa Jika alat penekan ini ditekan, makanan
akan diperoleh. Ini bermakna tikus telah belajar cara memperoleh makanan
dengan menekan alat penekan tersebut. Ini dikatakan pembelajaran melalui
pelaziman.

6
2.1.2 Langkah kedua

Seterusnya, Skinner telah memutuskan hubungan makanan dengan alat


penekan. Apabila tikus menekan alat penekan tersebut, makanan tidak akan
keluar. Ini bermakna, apabila ganjaran ( makanan ) dihentikan, tikus pun
berhenti menekan alat penekan tersebut ( gerak balas terhapus ). Peringkat ini
dikenali penghapusan.

2.1.3 Langkah ketiga

Kemudian Skinner memasukkan lampu dalam kotak tikus beliau. Apabila lampu
menyala, tikus menekan alat penekan dan bijirin diperolehi. Manakala, jika
lampu tidak menyala tetapi tikus menekan alat penekan, maka bijirin tidak akan
diperolehi. Lama-kelamaan tikus belajar untuk menekan lat penekan hanya
apabila lampu menyala. Dengan langkah ini, tikus belajar konsep diskriminasi,
iaitu dapat membezakan masa yang paling sesuai untuk menekan alat penekan
untuk mendapatkan makanan.

7
2.2 Eksperimen Skinner dengan burung merpati

2.2.1 Langkah pertama

Eksperimen kedua Skinner ialah dengan melibatkan burung merpati. Dalam


kajian ini, Skinner cuba mengajar burung merpati untuk bermain ping pong.
Langkah pertama kajian beliau ialah Skinner cuba membentuk tingkah laku
burung merpati secara berperingkat-peringkat. Apabila burung merpati
menghampiri bola ping pong, ia diberi peneguhan dalam bentuk kacang hijau.
Langkah ini diulang-ulang sehingga burung merpati dilazimkan dengan
peneguhan.

2.2.2 Langkah kedua.

Apabila burung merpati tersebut mematuk bola ping pong, ia diberikan


peneguhan berbentuk kacang hijau. Dengan peneguhan ini, burung merpati
terus mematuk bola ping pong tersebut.

2.2.3 Langkah ketiga.

Kemudian, apabila burung merpati berjaya mematuk bola ping pong ke sebelah
jaring dengan paruhnya, ia juga diberi peneguhan positif dalam bentuk kacang
hijau.

2.2.4 Langkah keempat.

Seterusnya, beliau memberikan kacang hijau kepada seekor burung merpati lagi
yang berada di sebelah jaring yang lain, sehingga kedua-duanya burung merpati
berjaya bermain ping pong.

8
3.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI BEHAVIOURIS.

Skinner menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa


yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan
mudah. Skinner menjalankan kajian dengan menggunakan haiwan seperti tikus
dan burung merpati. Beliau menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku
binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh
diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan
teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Menurut Skinner ( 1953 ), dalam teori pelaziman operan gerak balas
boleh dperkuatkan ( diulang ) atau dihapuskan ( tidak diulangi ), jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas ditunjukkan.

Daripada kajian yang telah dilakukan ini telah membawa beliau kepada
penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Menurut Skinner ( 1953 ), dalam teori pelaziman operan
gerak balas boleh diperkuatkan ( diulangi ) atau dihapuskan ( tidak diulangi ), jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas ditunjukkan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu


perlakuan diulangi. Menurut Rachlin ( 1991 ), peneguhan diberikan pertamanya
untuk memuaskan kehendak individu, keduanya untuk mengurangkan tekanan
dan meransang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori operan Skinner iaitu peneguhan
positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

9
3.1 Peneguhan Positif.

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu


ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu contoh
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah


ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu
kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya. Contoh peneguhan positif ialah seperti berikut,

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa


Hadapan
Pelajar kemukakan Guru memuji pelajar. Pelajar kemukakan lebih
soalan dengan baik. banyak soalan yang baik.
Jadual 1 : Peneguhan Positif.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar


menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah
jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu
diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy ( 1981 ), ciri-ciri pujian ( peneguhan positif ) yang memberi
kesan ialah ( a ) memuji secara ikhlas, ( b ) memuji dengan cepat, ( c ) memuji
tanpa pilih kasih, ( d ) memuji usaha dan cuba jaya, ( e ) memuji tingkah laku
yang spesifik dan ( f ) memuji jawapan atau respons yang spontan.

3.2 Peneguhan Negatif.

10
Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru.

Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun
menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak ( membuat kerja rumah ) dapat
mengelakkan daripada ransangan yang tidak diingini ( leteran bapa ). Contoh
peneguhan negatif ialah seperti berikut,

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa


Hadapan
Pelajar tidak menyiapkan Guru menegur pelajar. Pelajar akan menyiapkan
tugasan tepat pada tugasan yang seterusnya
waktunya. tepat pada waktunya.
Jadual 2 : Peneguhan Negatif.

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual 3


menunjukkan peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku
yang diingini. Jadual ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala
tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan
peneguhan berkala nisbah berubah. Contoh adalah seperti berikut,

11
12
3.3 Dendaan.

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau


mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan
adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut. Contoh dendaan adalah seperti berikut:

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa


Hadapan
Pelajar membuat bising di Guru memberi amaran Pelajar berhenti
dalam kelas. kepada pelajar. membuat bising di dalam
kelas.
Jadual 4 : Dendaan.

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan


persembahan ( jenis I ) dan kedua dendaan penyingkiran ( Jenis II ).

3.3.1 Dendaan Persembahan.

Dendaan persembahan ( presentation punishment ) berlaku apabila


sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri
pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat
menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi
kerja tambahan.

3.3.2 Dendaan Penyingkiran.

13
Dendaan penyingkiran ( removal punishment ) berkaitan dengan penyingkiran
ransangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan
apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contohnya, mengenakan
dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka mononton
televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak membuat kerja rumah
Matematik.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringatan perlu di ambil kira.
Antaranya ialah dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak
diingini dipamerkan. Orang yang menerima dendaan mestilah tahu mengapa dia
dihukum. Dendaan mestilah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan
bukan sebagai balasan perlakuannya. Dendaan dikenakan hendaklah tekal.
Kalau A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka B mesti
dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan


gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada
persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu
deraan atau dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk
tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan
mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa panjang.

3.4 Prinsip Premack.

14
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap
aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas
Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu
habis memakan sayur-sayuran ini .

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti
yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran
murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran Matematik, satu aktiviti
bermain komputer akan diadakan.

3.5 Pelupusan.

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus


dengan sendirinya. Keadaan ini akan dapat diatasi jika peneguhan untuk sesuatu
perlakuan itu dapat dikenal pasti dan peneguhan itu tidak digunakan. Selain itu
guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan kerana hasilnya
tidak datang dengan serta merta.

3.6 Peneguhan Jeda Masa.

Prinsip peneguhan jeda masa yang merujuk pada peneguhan akan diberikan
satu jangka masa yang ditentukan sendiri oleh guru atau penyelidik. Jeda masa
yang boleh diberi peneguhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu jeda masa
tetap dan jeda masa tidak tetap. Jeda masa tetap merujuk pada peneguhan yang
diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Umpamanya, pelajar cemerlang
akan menerima anugerah yang berupa hadiah atau sijil pada hari anugerah
cemerlang yang diadakan setiap tahun.
Peneguhan jeda masa tidak tetap pula merujuk kepada peneguhan yang boleh
diberikan pada masa yang tidak ditentukan. Biasanya peneguhan jeda masa

15
tidak tetap ini diberikan sebaik sahaja sesuatu tingkah laku yang diingini telah
dilakukan. Umpamanya, seorang pelajar yang telah berusaha untuk menjawab
soalan-soalan yang ditanya oleh guru. Guru akan memberikan pujian kepada
pelajar-pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh menjawab soalan tersebut
walaupun dia tidak memberikan jawapan yang tepat.

3.7 Peneguhan Mengikut Nisbah.

Prinsip peneguhan mengikut nisbah ialah sesuatu peneguhan yang akan


diberikan hanya selapas tingkah laku yang dimatlamatkan dilakukan beberapa
kali. Peneguhan mengikut nisbah dapat dibahagikan kepada dua kategori.
Kategori yang pertama ialah Jadual Nisbah Tetap . Jadual nisbah tetap
merujuk pada peneguhan yang diberikan kepada seseorang atau organisma
setelah melakukan tingkah laku yang telah ditetapkan beberapa kali.
Umpamanya, jadual nisbah tetap 3 merujuk pada peneguhan yang diberikan
kepada tingkah laku yang diingini yang telah ditunjukkan pada kali yang ketiga.
Peneguhan kedua diberikan kepada tingkah laku yang sama dilakukan pada kali
keenam. Begitulah seterusnya.

Kategori yang seterusnya ialah Jadual Nisbah Tidak Tetap . Jadual nisbah
tidak tetap merujuk pada peneguhan tingkah laku mengikut satu purata yang
telah ditentukan oleh guru atau penyelidik. Umpamanya, guru memberikan
peneguhan setiap lima kali tingkah laku yang diingini itu dilakukan. Kemudiannya
beliau akan menetapkan tingkah laku yang ke 10 atau yang ke 15 kali.

3.8 Kesan Jadual Peneguhan Skinner.

16
Peneguhan nisbah dan masa yang berubah akan menyababkan organisma
menghasilkan lebih banyak tingkah laku operan kerana peneguhan tidak
ditetapkan oleh masa atau nisbah. Oleh itu, individu akan menunjukkan lebih
banyak tingkah laku positif kerana mengharapkan peneguhan.

Di dalam peneguhan masa atau nisbah tetap, pelajar akan perlihatkan


tingkah laku operan yang paling sedikit kerana dia berjaya meramal pola
peneguhan yang diberikan. Individu dapat mengagak bila peneguhan akan diberi
dan dia bertindak balas dengan sewajarnya. Individu akan perlihatkan tingkah
laku operan yang lebih banyak jika jadual peneguhan yang berubah digunakan.

Bila sesuatu tingkah laku operan diwujudkan,peneguhan yang berterusan


mesti diberikan pada awalnya. Selepas itu ditukar kepada peneguhan berkala
untuk mengekalkan tingkah laku operan tersebut. Jika hendak menghapuskan
tingkah laku operan, peneguhan berterusan dan berkala mesti diberhentikan.

17
4.0 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN.

Pemberian peneguhan yang positif seperti hadiah, pujian, token, bintang, wang,
kata-kata perangsang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki..
Peneguhan positif yang baik akan menjamin tingkah laku yang baik. Contohnya,
seorang guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan
lukisan yang tercantik dalam bilik darjah. Selain itu, pemberian peneguhan
mestilah diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku.

Selain itu, kepastian bahawa objektif tingkah laku haruslah bersifat


realistik dan menggunakan penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru
mesti memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu
tinggi atau terlalu rendah arasnya untuk pelajar. Ia mesti sejajar dengan
kebolehan dan kemampuan pelajar. Namun demikian, guru juga perlu mengajar
sesuatu kemahiran seperti bermain bola jaring secara berperingkat-peringkat
(seperti burung merpati bermain bola ping pong mengikut teori B.F Skinner)
supaya mereka dapat belajar menguasai permainan tersebut dengan berkesan.

Penggunaan prinsip penghapusan dalam bilik darjah adalah amat penting. Ini
kerana ia merupakan salah satu cara untuk memodifikasi tingkah laku pelajar.
Jika guru ingin menghentikan sesuatu tingkah laku operan, guru perlu
menghentikan peneguhan yang diberikan sama ada positif atau negatif secara
perlahan-lahan. Apabila pelajar mendapati dia tidak mendapat apa-apa
perhatian, lama kelamaan dia akan menghentikan tingkah laku yang negatif
tersebut dan sedikit sebanyak telah bertingkah laku positif.

18
Prinsip Skinner yang boleh digunakan di sini ialah jangan teguhkan
tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, seorang pelajar membuang
gumpalan kertas di dalam bilik darjah. Maka guru mesti memastikan pelajar
tersebut tidak mendapat apa-apa peneguhan daripadanya atau rakan sebayanya
akibat daripada tingkah laku negatifnya itu. Apabila pelajar tidak mendapat apa-
apa perhatian, dia akan menghentikan tingkah laku negatif ini.

Guru perlulah mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan


di antara situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi
dan diskriminasi dengan betul. Proses generalisasi yang berlaku ialah dimana
guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan
pembelajaran yang berlaku dari situasi A kepada situasi B, generalisasi
membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang
berlainan. Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh menasihatkan pelajar tersebut
dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir
sama dengan ujian bulanan.

Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa
membuat ujian bulanan. Manakala diskriminasi rangsangan bermaksud guru
perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul
dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu
pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka
pelajar akan memberi perhatian yang lebih daripada maklumat yang penting
yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat
membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan. Proses ini
penting untuk mendapatkan ilmu dan isi yang penting dalam pembelajaran dan
pengajaran.

19
Seterusnya, pelajar boleh mempelajari sesuatu dengan mengaitkan
antara rangsangan dan gerakbalas yang berlaku. Ini bermakna tingkah laku
pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh
guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas ( rangsangan ) pelajar
berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru pun memuji
pelajar. Dengan itu, walaupun tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan
tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah mereka.

Implikasi seterusnya ialah rangsangan dan gerak balas dapat


diperkukuhkan dengan latihan. Ini dapat dikesan apabila semakin kerap
rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim
yang berlaku. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam
bentuk pujian kerana dapat menyiapkan kerjanya dengan kemas sekali. Maka
guru itu akan mendapati bahawa kerja kemas pelajarnya itu mungkin akan
berterusan, walaupun tidak mendapat sebarang pujian daripada gurunya. Pujian
yang diberikan terhadap hasil kerja tersebut akan mengakibatkan hasil kerja
yang kemas berterusan. Dengan itu, guru akan dapat meningkatkan tingkah laku
pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti
kumpulan di kalangan pelajar.

Seterusnya, penerapan motivasi akan membangkitkan tingkah laku yang


positif dengan ganjaran yang sesuai. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan
ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku
pembelajaran yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,
hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk membentuk tingkah laku
yang tidak diingini. Selain itu, guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

20
Implikasi yang seterusnya ialah timbulnya kaedah penghapusan. Jika
sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara
perlahan. Dalam situasi ini guru boleh mengikis perasaan takut yang dialami
oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika
pelajar takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru boleh
meningkatkan keyakinannya secara berperingkat-peringkat. Pertama sekali,
guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil
semasa dia duduk, kemudian semasa berdiri untuk membetuk semangat dan
keyakinan diri. Akhir sekali, barulah pelajar itu diberi peluang untuk membaca di
hadapan kelas. Kaedah ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami
oleh pelajar tersebut.

Penggunaan prinsip jadual peneguhan Skinner dalam bilik darjah


memainkan peranan yang penting untuk menentukan aras peneguhan yang
perlu diberikan kepada pelajar. Menurut Skinner, apabila pelajar sedang
mempelajari sesuatu yang baru, guru perlu memberikan banyak peneguhan
positif kepada mereka supaya mereka lebih berminat untuk mendalami sesuatu
perkara yang baru itu. Akan tetapi, setelah mereka dapat menguasai sesuatu
kemahiran itu, guru tersebut mestilah memastikan peneguhan secara berkala
diberikan untuk memastikan tingkah laku secara operan itu sentiasa wujud
didalam diri pelajar.

21
Yang terakhir ialah, guru tersebut dapat menggunakan sebarang
peneguhan negatif untuk tingkah laku-tingkah laku yang tertentu. Ini juga
merupakan satu kaedah modifikasi tingkah laku. Guru boleh menggunakan
peneguhan negatif untuk mendapatkan tingkah laku operan yang dikehendaki
daripada pelajar. Sebagai contoh, apabila loceng berbunyi, guru memberi
arahan berikut: Semua murid harus beratur untuk pergi rehat. Jika tidak anda
akan kehilangan lima minit masa rehat anda. Tingkah laku operan yang
dikehendaki oleh guru ialah supaya pelajar terus beratur untuk pergi rehat pada
waktu rehat. Kesannya, pelajar akan terus berbuat demikian kerana tidak mahu
kehilangan lima minit masa rehat mereka.

22
5.0 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

5.1 STRATEGI KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus


untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai
kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek pengajaran
dan pembelajaran, latihan jasmani dan pendidikan yang berteraskan rumah,
hospital dan institut.

5.1.1 Kanak-kanak berkeperluan khas.

a) Mc Donnell, et. Al. ( 1995 ), mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan


khas ialah terdiri daripada:

i. Rencatan akal
ii. Gangguan tingkah laku
iii. Dutisme
iv. Gangguan pembelajaran
v. Kecacatan deria
vi. Kecacatan fizikal
vii. Kecacatan kesihatan

b) Lerner et. Al ( 1998 ) mencadangkan dua kategori kanak-kanak


berkeperluan khas:

i. Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam


pelajaran di bangku sekolah
ii. Kanak-kanakmempunyai kecacatan yang diambil kira dibawah
sesuatu akta/undang-undang khas di sesebuah negara.

23
c) Mahmood Nazar

i. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai kanak-


kanak yang dianggap berdepan dengan batasan keupayaan
dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk
hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya.

d) Pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar


yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental, bermasalah
dalam pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat
fizikal dan sebagainya, termasuklah pelajar-pelajar yang pintar cerdas.

Antara tingkah laku utama kanak-kanak berkeperluan khas dan strategi


untuk mengatasinya mengikut Teori B.F Skinner ialah jenis kanak-kanak
pendendam. Ciri-ciri kanak-kanak ini ialah seorang yang suka mencabar orang
lain, suka bermasam muka, berkelakuan ganas serta garang. Manakala strategi
untuk mengatasinya ialah antaranya guru janganlah berkelakuan seperti diri
sendiri yang terluka dengan menunjukkan perasaan tidak puas hati guru
terhadap murid tersebut. Selain itu guru perlulah menjelaskan apakah akibatnya
sekiranya kanak-kanak tersebut terus bersikap sedemikian. Seterusnya guru
perlu meyakinkan pelajar bahawa dia disukai oleh semua orang di sekelilingnya.

Tingkah laku yang seterusnya pula ialah kanak-kanak yang berkelakuan


sering tertekan ataupun merasa rendah diri. Antara ciri-ciri kanak-kanak ini ialah
mereka tidak mempedulikan perkara yang berlaku di sekeliling mereka, sentiasa
merendah diri dalam semua perkara, mereka adalah jenis yang tidak suka
mencuba, sentiasa gagal dalam semua perkara dan mereka juga tidak berasa
yakin untuk bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara.

24
Strategi untuk mengatasinya ialah guru perlulah mengabaikan semua
kegagalan yang pernah dialami oleh murid tersebut dengan mengurangkan
kritikan terhadap mereka. Selain itu guru juga hendaklah menggalakkan usaha
yang positif kepada kanak-kanak tersebut supaya mereka akan berbuat perkara
yang positif dan mengekalkannya.

Seterusnya, guru mestilah menunjukkan kepada pelajar bahawa kamu


yakin terhadapnya dengan memberikan kata-kata perangsang dan tidak
mengkritiknya serta sentiasa cuba untuk mendekatinya secara personal dan
bertanyakan apakah masalah mereka. Sudah menjadi tugas seorang individu
yang bergelar seorang guru untuk menanamkan prinsip di dalam diri pelajar
bahawa sesiapa pelajar yang percaya kepada diri sendiri dan berani mencuba
akan berjaya dalam semua perkara. Walaubagaimanapun, pelajar yang
merasakan dirinya telah diterima dan dihargai oleh guru dan rakan sekelilingnya
tidak akan bergaduh, berasa marah atau cuba mencabar sesiapa untuk
mencapai sesuatu kejayaan.

Tingkah laku kanak-kanak yang menonjolkan diri turut menjadi satu


keperluan dalam keperluan khas. Mereka bercirikan seperti suka menonjolkan
diri sendiri tidak kira bila waktu, suka membuat lawak yang keterlaluan dalam
kelas dan digelar sebagai pelawak kelas. Mereka juga adalah seorang yang
malas. Antara strategi yang boleh digunakan untuk mengatasinya ialah guru
perlu mengabaikan kelakuan buruk yang kecil yang pernah dilakukan oleh
kanak-kanak dengan mengelakkan hukuman dan leteran. Guru juga perlu tegas
kepada murid tetapi bukan dengan perasaan marah ketika menegurnya. Selain
itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang tertentu pada
waktu tertentu seperti mendekatinya secara personal tetapi bukan secara umum
di dalam kelas.

25
Tingkah laku yang melibatkan keperluan khas ialah kanak-kanak yang
bersikap gila kuasa. Antara sikap kanak-kanak tersebut ialah suka bergaduh
dengan pelajar lain, suka merajuk, suka menentang pendapat orang lain, dan
suka menimbulkan kemarahan orang lain. Pelbagai strategi boleh dilakukan
untuk menghadapi kanak-kanak yang bersikap seperti ini. Antaranya ialah guru
hendaklah menolak dan mengelakkan diri daripada terperangkap dalam
pergaduhan dan kemarahan dengan pelajar supaya keadaan tidak bertambah
rumit. Namun begitu, guru masih perlu bersikap tegas, baik dan adil terhadap
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan pilih kasih.
Seterusnya guru tersebut haruslah mengenal pasti manakah pelajar yang
berkelakuan bagus serta berkualiti di dalam kelas. Seterusnya memuji mereka
supaya mereka dapat mengekalkan tingkah laku positif tersebut.

5.2 Pengurusan Tingkah Laku

Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan


bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku
baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang
negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda orang ( vandalisme ) boleh
diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi
intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.

5.2.1 Definisi tingkah laku.

Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.

( Kamus Dewan, 1979 )

26
Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik
yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial
yang positif bagi seorang individu.
( Bear, Wolf and Risley, 1968 )

Antara tingkah laku positif dan negatif yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas ialah:

Tingkahlaku positif Tingkahlaku negatif

Pintar cerdas Pergantungan berlebihan

Cepat belajar Hiperaktif

Ingin tahu Kebimbangan

Proaktif Tingkahlaku merosakkan(agresif)

Tingkahlaku mengganggu

Pengunduran diri

Model tingkah laku terdiri daripada tiga iaitu:

27
a) Rangsangan adalah sebarang bentuk keadaan persekitaran atau
benda/objek yang boleh menyebabkan tindak balas perlakuan berlaku.
b) Tindak balas merupakan tingkah laku yang terhasil daripada kewujudan
rangsangan yang tertentu.
c) Kesan / akibat adalah kejadian yang terjadi ke atas murid selepas tindak
balas berlaku

5.3 Cara Mengatasi Masalah Tingkahlaku Kanak-kanak.

Kanak-kanak berkeperluan khas perlu di atasi dengan pelbagai cara sehabis


baik agar mereka dapat diberikan perhatian dan tumpuan yang bersesuaian
dengan keadaan fizikal dan mental mereka tanpa perlu menyakiti mereka.
Sebagai langkah pertama, guru tidak menggunakan kaedah ancaman/ugutan
atau menengking untuk mengubah tingkah laku pelajar tersebut. Jika ini berlaku
dikhuatiri kanak-kanak tersebut akan memberontak dan melakukan perkara
yang tidak baik semasa di dalam kelas.

Selain itu guru juga boleh memodelkan tingkahlaku yang positif dari
kalangan guru dan pelajar untuk dijadikan rujukan dan untuk ditiru tingkah
lakunya. Sebagai contoh, kebiasaannya guru akan mengenal pasti pelajar yang
berkelakuan elok dan dijadikan sebagai contoh teladan kepada pelajar yang lain
tanpa pelajar lain berasa diperbandingkan dengan pelajar tersebut.

Seterusnya guru boleh menggunakan sistem ganjaran atau peneguhan


positif yang berbentuk token, bintang, hadiah, pujian, kata perangsang serta
wang. Jikalau kanak-kanak melakukan tingkah laku yang tidak menyenangkan
pelajar lain dan guru maka guru tersebut perlulah mengambil langkah yang bijak
dengan menawarkan sesuatu seperti yang telah dinyatakan sebagai umpan
untuk membuatkan mereka bertingkah laku baik.
Namun begitu, kaedah time-out dapat digunakan untuk membendung
tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam sesuatu organisasi. Kaedah ini

28
betujuan untuk menyedarkan tentang tingkah laku yang telah pelajar lakukan
dalam sesuatu organisasi dengan mengeluarkan kanak-kanak yang melanggari
peraturan permainan dari permainan tersebut sehingga ianya bersikap baik.
Contohnya dalam permainan anak patung.
.
Mengenakan dendaan terhadap tingkah laku yang tidak diingini juga dapat
mengurangkan dan membendung tingkah laku yang negatif di kalangan mereka
supaya mereka dapat berkelakuan lebih baik dari itu. Selain itu juga, teknik
pengasingann (isolation) merupakan suatu peneguh daripada tingkah laku yang
dipilih. Pengasingan tersebut dilakukan untuk memberikan kesedaran serta
untuk mengubah kelakuan mereka.

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid


yang menjurus kepada pembentukan ( shaping ) perlakuan yang dikehendaki
melalui ganjaran yang sepatutnya dapat membantu guru tersebut dalam
membina tingkah laku yang positif. Namun demikian, pengurangan tingkah laku
atau ganjaran secara perlahan-lahan ( fading ) juga dapat membantu guru
kerana pelajar tidak perlu diberikan peneguhan yang berterusan apabila sudah
menguasai sesuatu kemahiran. Namun begitu ganjaran masih boleh diberikan
kepada mereka tetapi bukan terlalu kerap tetapi guru bolehlah memberikannya
dalam bentuk berkala.

Guru boleh membiarkan murid tersebut melakukan tingkah laku itu


hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri sekiranya mereka tetap tidak
mendengar nasihat guru mereka. Guru juga boleh mengenakan tindakan-
tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut
yang berlebihan seperti takut untuk bercakap di depan kelas atau mengalamii
fobia.

Penggunaan pendekatan kaunseling dan bimbingan untuk menghadapi atau


menangani masalah tingkah laku. Ini dapat dikaitkan dengan peranan guru

29
kaunseling untuk menerapkan nilai yang murni serta memberikan motivasi
kepada mereka untuk berubah tingkah laku dengan mendalami masalah mereka.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan pendekatan muzik atau seni untuk
mententeramkan emosi, kebimbangan dan melepaskan perasaan yang tertekan.

Walaubagaimanapun, guru masih boleh memberhentikan atau menyekat


murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-
ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif seperti belajar
untuk menghormati pelajar lain dengan tidak membuat bising di dalam kelas.
Tambahan lagi, guru juga boleh menggunakan kontrak perjanjian ( contingency
contracting ) iaitu persetujuan diantara dua pihak atau lebih ( guru dan murid )
secara lisan atau bertulis tentang perlakuan tingkah laku mereka.

6.0 GARIS PANDUAN BAGI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


( PNP )

30
Seharusnya sudah menjadi bidang kemahiran serta kreativiti seorang guru untuk
menghubungkaitkan perkara-perkara positif dengan tugasan pembelajaran.
Sebagai contoh guru tersebut boleh mengaitkan pembelajaran dengan nilai-nilai
murni seperti tidak mengganggu orang lain ketika sedang membuat kerja di
samping dapat memupuk sikap yang positif dalam kelas.

Guru juga perlu menggalakkan pelajar kepada situasi yang menakutkan


untuk penghapusan secara perlahan-lahan. Ini dapat dilakukan dengan adanya
bimbingan yang berterusan daripada guru tersebut. Sebagai contoh, guru
janganlah cepat marah sekiranya pelajarnya masih lagi takut untuk menyuarakan
pendapat tetapi perlulah memberikan galakan kepada meeka dengan
mengatakan bahawa setiap pendapat daripada pelajar akan diterima.

Guru perlulah melakukan rangkaan terhadap setiap langkah-langkah kecil


untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti dalam memikirkan cara
penyelesaian untuk menceriakan dan mencantikkan kelas mereka. Melalui
rangkaan ini, guru dapat mengetahui apakah langkah yang seterusnya jika
pelajarnya tidak dapat mengikuti perangkaan tersebut sepenuhnya. Ataupun
guru perlulah menciptakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi soalan
Matematik yang diberikan kepada murid supaya murid mereka faham dan tahu
bagaimana untuk menyelesaikan soalan sedemikian nanti.

Akhir sekali, guru perlulah sentiasa membantu murid dalam membezakan


keadaan antara generalisasi dan diskriminasi supaya mereka dapat
membezakan apakah yang penting dan yang tidak penting dalam proses

31
pembelajaran dan pengajaran. Ini disebabkan tidak semua yang diberikan oleh
guru itu adalah penting dan boleh digunakan dalam keadaan yang tertentu.
Pembezaan pengetahuan yang diperoleh semasa proses pembelajaran dan
pengajaran akan membantu pelajar untuk lebih mendalami dan memahami
tentang konsep tersebut.

32
7.0 RUMUSAN

Setelah dipelajari melalui tajuk ini, kita telah mendapati bahawa terdapat
dan kaedah pelbagai cara untuk mempelajari dan mendalami tajuk berdasarkan
Teori B.F Skinner yang menekankan konsep peneguhan dalam membentuk
tingkah laku manusia disamping dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar
lebih tekun. Melalui teori ini, didapati bahawa guru perlu menggunakan
peneguhan yang positif atau negatif bagi setiap tingkah laku yang berbeza di
dalam bilik darjah. Dalam aspek ini, guru perlu memainkan peranan yang
penting untuk mengenal pasti tingkah laku yang dikehendaki ataupun tidak
semasa di dalam bilik darjah. Selain itu, Skinner juga menekankan bahawa
guru perlu memberikan peneguhan yang banyak semasa dalam mewujudkan
tingkah laku yang baru berbanding selepas tingkah laku positif tersebut telah
dibentuk oleh guru. Sebaliknya, Skinner menjelaskan apabila selepas setiap
tingkah laku yang baru diwujudkan, guru perlu meneruskan dengan memberikan
peneguhan untuk memelihara kesinambungan tingkah laku tersebut supaya
tingkah laku yang positif dapat dikekalkan seterusnya dapat melahirkan pelajar
yang berdisiplin. Dalam mendidik kanak-kanak, kita perlulah menggunakan
sebarang petua yang ada untuk membina tingkah laku.

33
REFLEKSI

Kami telah diberi tajuk iaitu Teori Behavioris B.F Skinner untuk pembentangan di
dalam kuliah. Kami mencari bahan mengenai teori behaviour di Pusat Sumber
IPIS, di samping menerima pertolongan daripada pensyarah pembinbing Puan
Haliza Hussein dan Puan Noraini Mansor. Kami turut mencari bahan
menggunakan internet tetapi malangnya tidak begitu banyak bahan rujukan yang
kami jumpa di internet. Oleh sebab itu, kami begitu menghargai pertolongan
pensyarah pembimbing kami kerana mereka sedikit sebanyak mengurangkan
beban kami.

Setelah kami mengumpul segala bahan, kami mengadakan perbincangan


mengenai tajuk tersebut. Kami turut membahagikan tugas bagi melancarkan lagi
kerja kami. Saya mendapat tajuk tentang eksperimen yang dijalankan oleh
Skinner dan biodatanya. Bagi saya tajuk yang saya dapat adalah mudah, maka
saya cuba untuk menolong rakan-rakan saya yang lain untuk tajuk mereka.
Saya dapati tajuk kawan saya, iaitu implikasi kepada kanak-kanak berkeperluan
khas mengalami sedikit kesukaran. Sekali lagi kami berjumpa dengan
pensyarah pembimbing iaitu Puan Norani untuk berbincang mengenainya.
Masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan hasil pembentangan juga
adalah memuaskan. Kemudian kami menghadapi masalah apabila seorang dari
ahli kumpulan kami tidak mencukupi kerana terlibat dengan aktiviti rasmi IPIS
selama tiga minggu. Kami mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Puan
Haliza untuk memberitahu masalah kami. Akhirnya, kami terpaksa mebahagikan
sama rata tentang tajuk peneguhan. Walaupun kami tidak begitu mahir dengan
tajuk tersebut, kami sedaya upaya membentangkannya, tambahan pula kami
mendapat sokongan dari Puan Haliza. Hasil kerjasama yang padu oleh ahli
kumpulan saya, Rosyati bt Mohd Rofee dan Siti Mariam Bt Mhd Yusof, akhirnya
kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

34
Hasil yang saya dapat mengenai tajuk yang kami bentangkan ini amat berguna
kepada saya apabila saya mengajar kelak. Ini kerana saya boleh
mengaplikasikan peneguhan berbentuk positif di dalam kelas nanti seperti pujian,
hadiah, gula-gula ataupun bintang. Jika diingati semula, peneguhan positif
seperti memberi bintang kepada murid-murid sering diberi oleh guru di sekolah
rendah. Guru hanya akan memberikan bintang kepada murid yang berjaya
menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. dengan ini murid akan berlumba-
lumba untuk memperbaiki kesilapan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat
juga kesan yang buruk kerana murid akan melakukan tingkah laku yang diingini
jika mereka diberikan peneguhan.

Selain itu, Skinner juga mengutarakan konsep lain iaitu peneguhan negatif yang
membawa kesan yang tidak menyeronokkan ataupun memalukan. Sebagai
contoh, apabila seorang murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan
oleh guru, maka murid tersebut akan ditengking atau digelar dengan perkataan
yang tidak sedap didengar. Secara tidak langsung, murid akan tersinggung dan
cuba memperbaiki kesilapannya. Walaupun, tingkah laku yang dikehendaki
kadang kala berjaya ditonjolkan tetapi murid tersebut mungkin akan berasa
rendah diri atau terpinggir. Dengan ini, saya mendapati bahawa saya akan
berusaha agar tidak mengaplikasikan peneguhan negatif terhadap murid. Saya
tidak mahu murid berasa takut atau tidak selesa semasa saya mengajar mereka.

35
Seterusnya, saya difahami bahawa jika sesuatu tingkah laku tidak
diberikan peneguhan ia boleh dikikis secara perlahan-lahan. Seperti di dalam
eksperimen kotak Skinner, tikus berhenti menekan alat penekan apabila dia
mengetahui makanan dihentikan. Ia dinamakan prinsip penghapusan. Bagi
seorang guru , prinsip ini boleh digunakan kepada pelajar. Sebagai contoh,
apabila guru mengetahui bahawa pelajar tersebut sentiasa berasa rendah diri,
guru boleh melibatkan murid tersebut dengan aktiviti yang menarik minat murid
itu untuk menyertainya. Lama kelamaan murid itu akan berkeyakinan apabila dia
menyedari dia boleh membantu seseorang. Seterusnya, guru boleh melantik
murid tersebut memegang jawatan yang kecil di dalam kelas. Secara tidak
langsung dia berasa penting di dalam organisasi tersebut. Ini dapat
menghapuskan perasaan rendah diri oleh murid tersebut.

Sebagai seorang guru, kita juga perlu sentiasa prihatin dengan sikap
murid yang mempunyai pelbagai tingkah laku yang negatif. Kadang kala, di
dalam kelas terdapat juga pelajar berkeperluan khas. Tingkah laku yang mereka
tonjolkan adalah seperti pergantungan berlebihan, hiperaktif, kebimbangan dan
agresif. Bagi menangani masalah ini, guru perlulah bersikap tegas, baik dan adil
dalam proses pengajaran supaya murid tidak terasa berat sebelah dan mula
memberontak.

Akhir sekali, saya mendapati bahawa guru seharusnya memastikan


objektif pengajaran yang ditetapkan adalah realistik dan tidak terlalu tinggi atau
rendah arasnya. Ia harus sejajar dengan kebolehan pelajar. Mengikut
eksperimen Skinner dengan burung merpati, dapat disimpulkan bahawa guru
perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berperingkat supaya murid
menguasainya dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.

Nor Lina Bt Hud

36
REFLEKSI

Setelah ahli kumpulan mendapat tugasan ini kami telah berusaha mencari
maklumat seberapa banyak yang boleh tentang tajuk ini iaitu Teori Behavioris
B.F Skinner di Pusat Sumber Al Ghazali. Di samping itu, kami juga ada
membuat rujukan melalui internet dan buku-buku teori behavioris yang berkaitan
untuk maklumat tambahn kami bagi melengkapkan pembentangan kami nanti.
Dalam pada itu, kami juga telah berjumpa dengan pensyarah penasihat untuk
bertanyakan tentang tajuk tersebut apabila kami mendapati tidak begitu banyak
maklumat dan rujukan yang diperoleh selain daripada dapat merungkaikan
segala tanda tanya kami untuk melaksanakan tugasan tersebut. kami mendapati
bahawa guru pembimbing, Puan Noraini Mansur dan Puan Haliza Hussein tidak
lokek untuk memberikan tunjuk ajar kepada kami supaya pembentangan kami
akan menjadi bertambah menarik, bermakna dan berpengetahuan tentang tajuk
tersebut.

Setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru pembimbing matapelajaran


kami, kami telah membuat perbincangan untuk menyelesaikan dalam mencari
bahan rujukan untuk tajuk kami. Seterusnya kami tetap berusaha untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada kawan-kawan yang lain serta
membuat salinan daripada buku-buku rujukan bagi keperluan kami. Dalam masa
yang sama juga, kami telah membuat pembahagian tugasan untuk setiap
individu dan saya telah ditugaskan untuk membentangkan subtopic bagi
implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran serta strategi
kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh sebab tajuk ini adalah besar dan
memerlukan penerangan yang spesifik, saya dan ahli kumpulan yang lain telah
berusaha mengumpulkan sebnyak yang mungkin maklumat yang dapat
digunakan untuk kerja kursus ini nanti. Selain itu, saya juga turut berjumpa
dengan guru pembimbing utnuk berbincang tentang maklumat yang telah kami
dapati dan kumpulkan untuk pantauan guru matapelajaran Murid dan Alam

37
Belajar. Guru kami juga turut memberikan beberapa rujukan dan petunjuk yang
amat berguna kepada kami dalam menyempuranakan tugasan yang telah
diamanahkan.

Kami bertuah kerana mempunyai masa senggang yang agak berpatutan


untuk menyiapkan tugasan tersebut sebelum menunggu giliran kami untuk
membentangkan tentang tajuk kami. Kami memanfaatkan masa yang ada untuk
melakukan persiapan yang terbaik untuk hari pembentangan kami nanti. Kami
bekerjasama dalam mencari tajuk yang berkaitan untuk dikongsi bersama dalam
kumpulan. Akhirnya tugasan tersebut berjaya disiapkan dengan jayanya dengan
bantuan daripada ahli kumpulan saya yang lain iaitu Norlina bt Hud dan Sitii
Mariam bt Mhd Yusof. Mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini bersama terutamanya semasa hari pembentangan. Semuanya
memberikan komitmen yang tinggi dan perhatian yang menyeluruh terhadap
pembentangan kumpulan kami. seterusnya, aspek kerjasama yang ditekankan
betul-betul telah berjaya melaksanakan tugasan dengan baik sekali terutamanya
semasa memberikan idea dan pendapat serta contoh dan penerangan terhadap
perkara-perkara yang penting.

Daripada tugasan yang telah kami lakukan ini, saya telah mendapat
petunjuk yang bermakna dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajarn
yang berkesan dalam kelas dengan menitikberatkan aplikasi tingkah laku yang
positif semasa dalam kelas. Saya mendapati bahawa Teori B.F Skinner mengkaji
tentang peneguhan yang perlu diberikan kepada murid di atas tingkah laku
mereka semasa di dalam kelas samada ianya berbentuk peneguhan positif atau
peneguhan negatif. Manakala tingkah laku pula terbahagi kepada dua, iaitu
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Pendedahan ini telah mengajar
saya bahawa kawalan tingkah laku adalah sesuatu yang amat penting dalam
keharmonian kelas dan dapat menjamin kelancaran dalam pengajaran dan
pembelajaran.

38
Selain itu, saya telah dapat mengenal pasti antara tingkah laku yang
positif dan negatif yang mungkin saya akan temui apabila berada di sekolah
nanti. Antara tingkah laku yang positif ialah kanak-kanak yang cerdas pintar,
proaktif, cepat belajar, ingin tahu dan banyak lagi. manakala tingkah laku
negatif pula terdiri daripada pergantungan berlebihan, hiperaktif, perbuatan
mengganggu, mengundurkan diri dan lain-lain yang tidak sepatutnya ada dalam
diri seorang kanak-kanak yang baik. Oleh itu, pelbagai cara yang digunakan
untuk mengatasi masalah tingkah laku di kalangan murid sekolah supaya murid
tersebut akan dapat menikmati kehidupan soaial sebagai pelajar yang normal
tanpa perlu memikirkan gangguan yang tidak sepatutnya berlaku semasa berada
di dalam alam persekolahan rendah. Antara cara tersebut ialah dengan
menggunakan pendekatan peneguhan dan ganjaran positif terhadap tingkah laku
yang positif, menggunakan kaedah time out yang melibatkan pengecualian
untuk menjamin perlakuan yang baik diperolehi. Di samping itu, terdapat
pelbagai cara lagi yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku positif
individu.

Selain itu terdapat juga beberapa garis panduan yang boleh diikuti bagi
membentuk tingkah laku positif pelajar. Selain itu, ia juga berkesan untuk
individu itu sendiri dalam membina keyakinan diri sendiri. Sebarang perkara
yang melibatkan tingkah laku kanak-kanak adalah bergantung kepada tindakan
guru untuk membentukkannya. Bak kata pepatah, kanak-kanak seperti kain
putih, kitalah yang mencorakkannya menjadi seperti apa yang kita mahu.
Berdasarkan pengetahuan yang ada ini, saya akan mempraktikannya di sekolah
nanti untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar mengikut
kesesuaian. Ini kerana kanak-kanak memang sukakan pendekatan secara
peneguhan positif kerana mereka sukakan sesuatu yang berbentuk ganjaran
dan kegembiraan. Sekian terima kasih.

Rosyati bt Mohd Rofee

39
REFLEKSI

Kumpulan saya yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu saya sendiri Siti Mariam
binti Mhd Yusof, Nor Lina binti Hud serta Rosyati binti Mohd Rofee. Kumpulan
kami mendapat tajuk Teori Pembelajaran Behavioris B. F. Skinner. Kami perlu
membuat pembentangan mengenai tajuk ini. Saya berasa amat bertuah kerana
dapat mempelajari subjek Murid dan Alam Belajar ini kerana saya dapat
mempelajari perkara baru yang belum pernah saya temui dan saya juga dapat
menambah ilmu pengetahuan saya.

Pada awalnya, kami telah membahagikan tajuk-tajuk yang terdapat di


dalam topik ini secara saksama. Kemudian kami berusaha mencari bahan di
perpustakan Al-Ghazali dan juga melalui internet. Alhamdulillah kami berjaya
mendapat bahan yang diperlukan. Namun, ada juga bahan yang kami tidak
perolehi. Jadi kami berjumpa dengan pensyarah pembimbing bagi mendapatkan
bantuan untuk memperoleh maklumat yang kami perlukan. Pn. Haliza dan Pn.
Norani banyak membantu kami mendapatkan maklumat yang kami perlukan
dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini. Bantuan yang diberikan oleh
pensyarah amat membantu kami. Ketika sedang seronok membuat persediaan
untuk pembentangan, saya terpaksa mengikuti aktiviti Tunas Samudera yang
dianjurkan oleh pihak BPG dan juga Tentera Laut diRaja Malaysia. Maka
terpaksalah saya menyerahkan kerja-kerja ini kepada rakan saya. Namun, saya
tetap menyiapkan tajuk tugasan saya sebelum saya menyertai aktiviti tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan saya Nor Lina dan Rosyati
kerana telah banyak membantu saya.

40
Melalui tajuk Teori Pembelajaran saya dapat mempelajari beberapa
mazhab yang terdapat didalamnya seperti Mazhab Behavioris, Mazhab Kognitif,
Mazhab Sosial dan juga Mazhab Humanis. Selain itu, dengan mempelajari
mazhab-mazhab ini saya dapat mengenali beberapa orang tokoh-tokoh dan ahli
psikologi yang terkenal seperti Pavlov, E. L Thorndike, B. F Skinner, Gagne,
Bruner, Bandura dan juga Maslow. Melalui subjek ini saya dapat meneliti aspek-
aspek yang perlu saya titik beratkan ketika mengajar nanti. Keempat-empat teori
yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut mempunyai perbezaan di antara
satu sama lain. Contohnya, perbezaan di antara mazhab behavioris dan mazhab
kognitif adalah dari segi cara ahli-ahli psikologi ini mengkaji pembelajaran.
Kabanyakan kajian yang dijalankan oleh golongan behavioris adalah
berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat ke atas haiwan yang terkongkong
dalam keadaan bilik makmal.

Ahli psikologi kognitif pula lebih berminat menerangkan cara pembelajaran


berlaku pada individu berlainan umur dan kebolehan. Manakala, mazhab sosial
pula mengembangkan idea pembelajaran yang merangkumi faktor dalaman
serta perubahan yang tidak dapat diperhatikan seperti harapan, kepercayaan
dan pemikiran. Melalui teori ini, pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada
tingkah laku yang nyata iaitu seseorang mungkin akan mengetahui lebih
daripada tanda luar atau tingkah laku yang ditunjukkan. Sementara itu, mazhab
humanis mengakui keunikan dan keindividuan seseorang pelajar. Mazhab ini
menyarankan setiap individu adalah berbeza dengan individu lain. Ia mempunyai
perasaan, emosi dan cita-cita peribadi serta perhubungan khusus dengan orang
lain.

41
Saya mendapati, sebagai seorang guru saya harus memahami dan cuba
mengenali anak murid saya supaya lebih memudahkan saya untuk mengajar
mereka. Saya juga lebih harus prihatin dan memberi tumpuan kepada setiap
murid saya. Ini penting kerana apabila saya mengenali mereka sama juga seperti
saya memberi peneguhan positif kepada mereka. Saya telah memperoleh
banyak ilmu melalui sesi pembelajaran di dalam kelas dan juga tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah saya iaitu Pn. Haliza Hussein. Saya telah mendapat
manfaat dan faedah yang banyak mengenai pembelajaran ini. Akhir sekali,
sebagai seorang guru kita mesti memahami konsep-konsep yang diterapkan
dalam subjek ini supaya kita dapat memahami pelajar kita.

SITI MARIAM BINTI MHD YUSOF

42
BIBLIOGRAFI

Khadijah Rohani Mohd Yusof. ( 2007 ) . Psikologi Pendidikan :


Open Universiti (OUM) : Kuala Lumpur.

Mahmood Nazar Mohamed. ( 2005 ). Penghantar Psikologi (Satu Pengenalan


Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia) : Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin. ( 2007 ). Psikologi Pendididkan Untuk Perguruan :


Karisma Publications Sdn.Bhd : Shah Alam

Walter Mischel. (1976). Introduction To Personality : Holt Rinehart Wiston :


United State of Amerika

Sabariah Siron. ( 2005 ). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi : Pearson :


Petaling Jaya.

E mavis Hetherington Dan Ross D Parke. (1995). Child Psychology :


Me Graw Hill Book Company : United State

Ee Ah Meng. ( 1994 ). Psikologi Dalam Bilik Darjah : Fajar Bakti Sdn Bhd :
Kuala Lumpur

Lee Shok Mee. (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik Darjah :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub. (2004) .


Psikologi Pembelajaran & Personaliti : PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd : Pahang Darul Makmur

43
http://www.stolaf.edu/people/huff/classes/Intro/Skinner.html

http://images.search.yahoo.com/search/images?
p=Burrhus+Frederick+Skinner&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-
8&vc=&fp_ip=MY

http://www.bookrags.com/Burrhus_Frederic_Skinner

http://images.search.yahoo.com/search/images/view?back=http%3A%2F
%2Fimages.search.yahoo.com%2Fsearch%2Fimages%3Fp%3Dskinner%2Bbox
%26ei%3DUTF-8%26fr%3Dyfp-t-501%26fp_ip%3DMY%26x
%3Dwrt&w=854&h=794&imgurl=ftp.ccccd.edu%2Flipscomb
%2F16_week_course%2Fimages%2FSkinner_Box.jpg&rurl=http%3A%2F
%2Fftp.ccccd.edu%2Flipscomb%2F16_week_course
%2Foperant_conditioning_lab.htm&size=65.0kB&name=Skinner_Box.jpg&p=skin
ner+box&type=jpeg&no=6&tt=585&oid=125cd576e5ce45aa&ei=UTF-8

44
LAMPIRAN

45

You might also like