You are on page 1of 9

GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merujuk kepada pelbagai pendekatan atau cara pembelajaran dalam
memperolehi pengetahuan. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran dikenali
sebagi cara seseorang murid memberikan tumpuan dan tindakan untuk memproses dan
memperolehi maklumat, ilmu atau pengetahuan yang baru.

Dunn dan Dunn (1978)

menerangkan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya


untuk memahami dan mengingatkan sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Manakala Garger
(1984)

menekankan gaya pembelajaran

merujuk

dengan gaya pembelajaran yang tersendiri.

kapada

setiap

orang

dilahirkan

Warisan baka dan persekitaran merupakan

pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model
pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman murid dan keperluan
persekitaran. Beliau berpendapat dalam proses pembelajaran, semua murid yang berkesan
perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konspetualisasi
abstrak dan eksperimentasi aktif.
Dalam proses P&P, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu.
Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara. Ini adalah disebabkan cara pengamatan dan
pemprosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza.

Contohnya,

sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu konkrit manakala sesetengah individu boleh
melihat sesuatu secara abstrak. Ini menunjukkan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri.
6.1

Model Pembelajaran Dunn dan Dunn


Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan

yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial,
fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan
penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.
Rangsangan pertama ialah rangsangan persekitaran adalah merangkumi empat unsur
yang utama iaitu pertama, cahaya. Kadar terangnya cahaya adalah diukurkan mengikut
kesesuaian tersendiri.

Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar

pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang yang ledih suka belajar dalam
suasana yang malap. Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran
yang beraneka. Terdapatnya manusia suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya
terdapat juga manusia yang suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik. Ketiga, suhu
dengan keadaan senjuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.

Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas.
Akhirnya kelima, reka bentuk suasana tempat belajar. Ini menunjukkan keadaan susunan
suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Contohnya
tempat duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa P&P dijalankan.
Kedua, rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang.
Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab. Unsur motivisi
ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan yang
berstruktur daripada guru. Manakala motivasi intrinstik dengan murid suka belajar dengan
inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan
tanggungjawab adalah mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang
panjang serta mana-mana rangsangan persekitaran.
Ketiga, rangsangan sosial mengandungi empat unsur-unsur iaitu perseorangan,
berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa. Unsur perseorangan
ini terdaptnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak suka ada sebarang
gangguan

semasa

sedang

belajar.

Manakala

keadaan

ini

berlainan

dengan

unsur

berpasangan. Individu yang suka belajara berpasangan adalah individu lebih suka belajar
dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karid dan
mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama. Pembelajaran dalam bentuk
kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan
perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea tentang pembelajaran mereka. Selain itu,
orang dewasa juga turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan
apabila menghadapi masalah pembelajaran. Ini adalah dilakukan dengan murid yang kurang
selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa semasa belajar
bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa.
Keempat ialah rangsangan fisiologi. Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan
fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti. Menurut Atan Long (1988),
pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima
oleh

pancaindera.

Persepsi

pancaindera

merujuk

kepada

penggunaan

variasi

sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu.
Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Dalam Model Dunn dan
Dunn menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara
visual dengan pembelajaran melalui pengamatan, persepsi auditor dengan pembelajaran dalam
keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan
dan persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja.

Unsur pemakanan bagai menentukan gaya pembelajaran yang berlain menerangkan


terdapatnya murid-murid yang suka belajar dengan sambil makan dan minum. Tetapi ada murid
yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran. Justeru, waktu pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang. Contohnya sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah
orang suka belajar di waktu malam. Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan
fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan sana-sini.
Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.
Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemenelemen yang berikut analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak kiri dan
dominan otak kanan. Bagi murid analitika akan melaksanakan tugasan secara terperinci dan
lebih fokus dengan setaip aktiviti pembelajaran yang dilakukan, manakala murid global akan
melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek
secara menyeluruh atau holistik. Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan
cepat dan sering mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses P&P. sebaliknya
dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan.
Otak kita adalah dibahagi kepada dua bahagian iaiti otak kiri dan otak kanan. Fungsi
otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri akan
mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis.
Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama.
Sementara itu, kategori murid-murid juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran
seseorang individu sperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, muridmurid visual dan sebagainya.
Menurut

Murforn

iaitu gaya pemebelajaran

dan
secara

Honey

(1986),

aktivis,

terdapatnya
reflektif,

empat gaya pembelajaran

teoris

dan

pragmatis.

Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan individu ini adalah suka melibatkan diri
secara aktif dan agresif. Mereka bersikap tidak sabar dan mempunyai naluri ingin tahu yang
tinggi.

Dengan motivasi intrinsik yang kuat maka mereka sering mengambil inisiatif

menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Melalui aktiviti P&P, mereka suka mencari pengalaman baru melalui pembelajaran mereka.
Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam
situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Kelemahan mereka
adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam.

Kedua, gaya pembelajaran reflektif merujukkan individu ini suka memerhati, memikir dan
membuat refleksi kendiri, idea sendiri, menyoal siasat, mentafsir dan menilai sesuatu. Guru
seharusnya mengajar dengan menunjukkan segala contoh yang mempunyai sifat kebenaran,
sebab murid yang suka belajar dengan gaya ini adalah mereka suka berfikir perkara alam
sekitar, mencari hakikat sebenar serta mereka suka menafsir dan menilaikan perkara, prinsip,
keputusan atau projek. Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid menjadi seorang
pendengar yang baik, bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka menggunakan
prinsip dan teori membuat kesimpulan. Menurut kajian Honey dan Mumford (1992), murid teoris
menggunakan

fikirannya

yang

logik

dan

rasional

dalam

membuat

sesuatu

keputusan. Gaya pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut berfikir secara rasional dan
logikal, bersikap disiplin dan kurang kreatif. Gaya pembelajaran ini adalah lebih kepada
pembelajaran hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan melalui bukti yang dicari.
Juterus, murid-murid yang suka gaya pembelajaran ini adalah sentiasa suka mengesan sebab
dan akibat sesuatu perkara. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan.
Sebaliknya mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.

Keempat, gaya pembelajaran pragmatis. Menurut Honey dan Mumfrod (1992), murid
yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis merupakan murid yang berminat dalam
menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya. Murid ini bersifat
praktikal dan ekspresif, mementingkan hakikat sebenar dan hanya percaya kepada perkara yang
dilihat. Sementara itu, dalam aktiviti P&P, murid ini suka membuat perbandingan terhadap
perkara yang dibelajari.
Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga memperkenalkan dua
jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran yang tidak
bergantung. Murid yang memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah lebih berfokus
kepada bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara keseluruhan. Murid ini suka
dibimbing oleh orang yang disanjungi. Mereka bergantung kepada motivasi dan pengajaran
guru. Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh.
Kelemahan mereka ialah tidak dapat menentukan objektif pembelajaran dan bersikap menurut
perintah dengan belajar tanpa menyoal.
Manakala bagi murid yang belajar dengan gaya pembelajaran tidak bergantung ini
adalah mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci. Murid ini

suka mengamati perkara secara analitik, menentukan objektif pembelajaran sendiri dan kurang
sensitif terhadap pandangan orang lain. Justeru, mereka mempunyai motivasi intrinsik yang
kuat dan dapat mengurus pembelajaran sendiri. Semasa pembelajaran, mereka suka berfikir
secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain.
Kesimpulannya, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang
pendidik dan murid. Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat
mendorong seseorang pendidik merancangkan pendekatan P&P yang berkesan. Guru perlu
mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut
aras aspirasi murid. Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan
sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid.

Murid adalah berperanan

mengenalpasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah
terutamanya kaunselor atau guru darjah. Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang
kepentingan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran mereka.

7.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil kira
perkara kewujudan perbezaan individu. Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi P&P. Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap muridmurid dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada muridmurid.
Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal, ini adalah membawa kesan positif
dengan guru boleh membahagikan tugas mengikut saiz murid. Tugasan yang diberikan adalah
berpadan dengan saiz fizikal. Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di
dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz
badan kecil. Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai
harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru perlu memberikan galakan
dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu
mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara
satu sama lain.

Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, muridmurid dalam satu kelas dapat mewujudkan persaingan yang sihat, ini bukan sekadar persaingan
dari segi akedemik tetapi juga aktiviti permainan dan sukan. Murid yang cerdik dapat membantu
guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai,
mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan.
Namun begitu, murid yang lemah akan diberikan aktiviti pemulihan. Manakala keburukan
wujudnya perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian akan
menyebabkan wujudnya sikap sosial yang kurang sihat. Contohnya, ibu bapa akan memberikan
tekanan kepada murid yang lemah untuk bersaing. Kadang-kala guru turut menfokuskan
kepada pencapaian akedemik sahaja dan mengabaikan masalah sosial yang wujud dalam kelas,
seperti murid yang cerdik dan sombong akan pandang rendah terhadap murid yang lemah.
Sementara itu, guru tidak memberikan bantuan kepada murid-murid yang lemah akan
menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran mereka.
Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial dan sosialisasi, guru akan
sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam.

Guru akan

memberikan motivasi dan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan murid-murid ini. Biasanya
murid jenis ini adalah berada di kelas sosial sederhana seperti keluarga berada pada status
ekonomi yang serdehana ataupun rendah. Murid-murid ini akan dididikkan untuk mengambil
berat terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Guru perlu mengadakan aktiviti
interaksi dan komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini. Sebaliknya
wujudnya perbezaan kelas sosial ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana
menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap
murid. murid-murid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan dijalankan,
guru bertugas akan memantau mereka secara berasingan. Manakala bagi murid-murid yang
tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah
menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun.
Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, murid-murid
berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan.

Kesan negatif

wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari
segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham
antara satu sama lain.
Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru akan menangani murid-murid
yang pendiam dan introvert dengan memberikan kasih sayang dan penuh perhatian. Muridmurid akan mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang dihadapi.
Kewujudan perbezaan emosi juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi

murid-murid yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas. Murid-murid yang lemah
tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Selain itu, guru perlu menjadi kaunselor dan
perlu mengambil masa yang banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid yang
bermasalah emosi.
Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam kelas bukan membawa kesan
positif malah juga mendatangkan kesan negatif. Namun, sebagai seorang pendidik haruslah
berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep
perbezaan individu. Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
mengikut perbezaan potensi individu. Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi atau
pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut
tahap kebolehan murid-murid.
Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses
P&P. Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam
pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka
supaya P&P dijalankan dengan berkesan. Guru sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan
kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P. Di samping itu, guru memberikan
motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka.

Guru juga

berperanan menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada
peringkat awal. Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan miskin menghantar anak ke pra
sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan sukatan pembelajaran berlaku pada masa
depan.

8.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan
guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya
perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk
setiap murid-murid yang berbeza.

Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut

kebolehan murid. guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid
yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik
yang

bertanggungjawab

perlu

sentiasa

mencuba

untuk

menentukan

dan

membina

kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang

diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

BIBIOGRAFI
Atan Long. (1988), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bandura, A. (1997). Self-Efficacy : The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman.
Daniel Goleman. (1997). Emotional Intelligence. United Satets, Boston.
Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles : A
Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Garger, S. (1984). Learning Style: The Crucial Differences. Curiculum Review.
Garity,J. (1985). Learning Style: Basis for Creative Teaching dan Learning. Nurse Educator.
Guilford, J.P. (1959). Traits of Creativity in Creativity and Its Cultivation. Harper and Row.
Honey, P. dan Mumford, A (1992). The Manual of Learning Style. (2nd ed.). United Kongdom:
Peter Honey.
Kluckhohn, C., Murray, H.A. dan Schneider, D.M. (1953). Personality in Nature, Society and
Culture. New York: Knopf.
Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston: Mc Ber and Company.
Mayer, J. D. dan Salovey, P. (1990). Perceiving affective content in ambiguous visual stimuli: A
component of emotional intelligence. Journal of
Personality Assessment.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Selangor:
Multimedia

Sheldon, W. (1942). The Varieties of Temperament: A Psychology of Constitutional


Differences. New York: Harper.
Tang, C.Y. (1993). Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rujukan Laman Web :

http://eprints.utm.my/2243/1/AziziYahaya_Hubungan_Gaya_Pembelajaran_dengan_Pencapaian.
pdf
http://kulanzsalleh.com/perbezaan-individu/
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d034729/study_case_sem_
3.pdf

Rujukan Multimedia :

http://www.youtube.com/watch?v=cKbveOqmAlI - 2 Jenis Murid Sekolah


http://www.youtube.com/watch?v=lCETgT_Xfzg - Albert Bandura, Social Learning and his Bobo
Doll experiment
http://www.youtube.com/watch?v=2_jVYOi6FBI - Anak Pintar
http://www.youtube.com/watch?v=_l3niTSkudY - Does Listening to Music Affect study
http://www.youtube.com/watch?v=l2QtSbP4FRg - Howard Gardner of The Multiple Intelligence
Theory
http://www.youtube.com/watch?v=dpR_8CTikWM - Kelab Pelajar Cemerlang Episod 2 Pengaruh Rakan Sebaya
http://www.youtube.com/watch?v=0Vo6XcJR248 - The 3 Learning Styles
http://www.youtube.com/watch?v=RmW_3ZhQZpc - Multiple Intelligence Song
http://www.youtube.com/watch?v=rFIsd8Yybtw - What

are

Multiple

Intelligences

You might also like