You are on page 1of 1

1.

Pentaksiran
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang
pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.

Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses
untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh
berasaskan matlamat kurikulum.

Menurut noraini idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi
sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran
pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya
dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang
dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

• Mengikut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi ke-2 (2003),
pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang
dibuat ke atas maklumat.
• Pentaksiran = pengukuran + penilaian

Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang
diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM
biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat
memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

You might also like