You are on page 1of 8

PRINSIP ANDRAGOGI

(KPD 6074)

TUGASAN 1
RUMUSAN/ ULASAN BUKU

PENSYARAH
DR. ABD. KADIR BIN ARIFIN

DISEDIAKAN OLEH
KASI VISALATCHY KRISHNAN
(M20162001954)

PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tajuk Buku : Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
Penyunting : Prof. Dr Mohamed Amin Embi
Rumusan : Bahagian 2 Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Bab 5 Pembelajaran Dewasa oleh Norzaini Azman
Terbitan : Pusat Pembangunan Akademik, UKM 2016

1.0 PENGENALAN
Buku ‘Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan’ ini disunting
sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduan kepada setiap warga
akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama
berkaitan dengan Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi
aspek pembentukan program berdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan
hasil pembelajaran kursus serta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT).
Bahagian kedua menghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran termasuk pembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan
koperatif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan
projek. Bahagian ketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran yang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran)
termasuk pengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat
membincangkan kepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakala bahagian kelima
membahaskan tentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.

2.0 PEMBELAJARAN DEWASA


Selepas membaca Bab 5 dalam buku ini, saya dapat menambah lebih banyak
maklumat tentang pembelajaran dewasa. Pembelajaran dewasa merujuk kepada:-
 proses di mana setiap individu cuba mengubah atau meningkatkan
pengetahuan, nilai, kemahiran atau strategi.
 satu terma yang luas merangkumi pendidikan kolej dan universiti, latihan
berasaskan pekerjaan, pendidikan komuniti atau peningkatan kendiri.
 Perubahan-perubahan dalam sikap, pengetahuan, tingkah laku, kemahiran,
cara berfi kir dan produktiviti.

Cirian Pelajar Dewasa


bebas dan mempunyai hala tuju kendiri

perlu ditunjukkan rasa hormat

Praktikal: fokus kepada aspek pembelajaran yang paling berguna


dalam pekerjaan.

berorientasikan kerelevanan di mana mereka melihat rasionalnya


mempelajari sesuatu perkara.

mempunyai asas pengalaman hidup dan pengetahuan meliputi


aktiviti berkaitan kerja, tanggungjawab keluarga dan pendidikan
terdahulu

Andragogi
Andragogi didefinisikan oleh Knowles (1980) sebagai seni dan sains yang
membantu pelajar dewasa untuk belajar (the art and science of helping adults learn).
Model andragogi adalah berpandukan lima andaian berikut:-

Konsep Pelajar Kesediaan Perspektif


untuk Belajar Masa

Peranan Orientasi
Pengalaman Pelajar Pembelajaran

3.0 MODEL ANDRAGOGI BERBANDING MODEL PEDAGOGI


4.0 PERANAN FASILITATOR DALAM PEMBELAJARAN DEWASA
Apabila mengajar pelajar dewasa, peranan guru/ pensyarah berubah terutamanya
daripada seorang pembekal maklumat dan penilai pembelajaran kepada seorang
fasilitator pembelajaran. Secara amnya, pembelajaran dimudahkan apabila:
 Pelajar menyertai proses pembelajaran dengan sempurna dan mengawal sifat
serta arah tuju proses tersebut.
 Terutamanya berdasarkan kepada konfrontasi secara langsung dengan
persoalan praktikal, sosial, personal dan isu penyelidikan.
 Penilaian kendiri merupakan kaedah utama dalam menilai perkembangan atau
kejayaan.
 Penekanan pembelajaran adalah terhadap pembelajaran untuk belajar dan
membina hala tuju kendiri pelajar.

Daripada pembacaan, berikut diringkaskan pelbagai kaedah pembelajaran dewasa


yang dipraktikan oleh guru/ fasilitator:-

Keadaan Pembelajaran Prinsip Pengajaran


Pelajar berasa perlu • Guru mendedahkan kepada para pelajar tentang
untuk belajar kemungkinan kepuasan diri yang baru.
• Guru membantu setiap pelajar mendiagnosis jurang
antara aspirasi dengan tahap kebolehan pelajar.
• Guru membantu pelajar mengenalpasti masalah-
masalah yang mereka alami kerana jurang
kelengkapan peribadi.
Persekitaran • Guru menyediakan keadaan fizikal yang selesa
pembelajaran (tempat duduk, suhu, pengudaraan, pencahayaan
disifatkan sebagai dan dekorasi) dan aliran interaksi (sebaik-baiknya,
keselesaan fizikal, saling tiada orang duduk di belakang orang lain).
mempercayai dan • Guru menerima setiap pelajar sebagai seorang yang
menghormati, saling berharga serta menghormati perasaan dan idea
membantu, bebas pelajar.
memberi idea dan • Guru berusaha membina hubungan saling
persetujuan tentang mempercayai dan membantu menggalakkan aktiviti-
perbezaan. aktiviti kerjasama dan mengelakkan merangsang
persaingan dan penilaian.
• Guru mendedahkan perasaan sendiri dan
menyumbangkan sumbernya selaku pelajar
bersama dalam semangat sama-sama belajar.
Pelajar menjadikan • Guru melibatkan pelajar dalam proses formulasi
pengalaman bersama menyediakan objektif pembelajaran,
pembelajaran sebagai dimana ia merangkumi keperluan pelajar, institusi,
matlamat mereka. guru, subjek dan masyarakat.
Pelajar berkongsi • Guru membantu pelajar menguruskan diri sendiri
tanggungjawab (projek berkumpulan, kumpulan pengajaran-
merancang & mengurus pembelajaran, ulangkaji sendiri dan sebagainya)
pengalaman untuk berkongsi tanggungjawab dalam proses
pembelajaran, penyelidikan.
seterusnya komited
dengan tanggungjawab
tersebut.
Proses pembelajaran • Guru menolong pelajar mengeksploitasi pengalaman
adalah berkaitan dan mereka sendiri sebagai satu sumber pembelajaran
menggunakan melalui penggunaan teknik perbincangan, role play,
pengalaman pelajar. kaedah kes dan sebagainya.
• Guru melengkapkan penyampaiannya sendiri
kepada tahap pengalaman pelajar tertentu.
• Guru membantu pelajar menggunakan pengalaman
mereka dalam pembelajaran baru dan ini
membuatkan pembelajaran menjadi lebih bermakna
dan berintegrasi.
Pelajar mempunyai • Guru melibatkan pelajar dalam membina kriteria dan
keinginan kaedah yang bersesuaian bagi mengukur
untuk mengembangkan perkembangan objektif-objektif pembelajaran.
matlamat mereka. • Guru membantu pelajar membina dan menggunakan
prosedur penilaian kendiri berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu.

5.0 TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN PEMBELAJARAN DEWASA


Dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pensyarah mestilah responsif
kepada kebolehan dan kecenderungan pelajar. Pensyarah perlu fleksibel dalam
pengajaran. Perlu diingatkan bahawa ciri penting dalam model andragogi adalah
fleksibiliti. Kebanyakan pengajaran yang efektif dihasilkan berasaskan kaedah
berkaitan teori pembelajaran dewasa.
Terdapat banyak teori yang sesuai digunakan untuk pembelajaran dewasa.
Antaranya ialah:-
 action learning,
 pembelajaran berasaskan projek (project based learning),
 pembelajaran berasaskan transformasi (transformational learning),
 pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning),
 pembelajaran reflektif (reflective learning) dan
 belajar bagaimana untuk belajar (learning to learn).

Kaedah & Strategi Mengajar Pelajar Dewasa


Bab ini turut mencadangkan kaedah dan strategi komprehensif yang boleh
digunakan untuk mengajar pelajar dewasa:-

Kaedah Tujuan
Syarahan/ Untuk menyediakan banyak maklumat (pengetahuan) dalam masa
penyampaian yang singkat. Kaedah yang berkesan menyediakan maklumat tidak
ada dalam bahan bercetak atau bahanbahan lain.
Sumber Untuk menyediakan pengetahuan dan pengalaman daripada orang
perseorangan yang mahir dalam sesuatu topik.
(pakar sesuatu
bidang)
Simposium Untuk menyediakan pelbagai sudut pandangan terhadap isu,
masalah atau topik tertentu daripada panel pakar.
Perbincangan Untuk menyediakan peluang kepada pakar atau sekumpulan
panel pelajar untuk memberikan pandangan yang berbeza terhadap suatu
topik, isu atau masalah kepada ahli panel lain dan penonton
(pelajar). Perbincangan panel seharusnya sejajar dengan pemikiran
pelajar.
Arahan Untuk memberi peluang kepada pelajar dewasa belajar mengikut
berasaskan kemampuan sendiri.
bantuan
komputer
Perbincangan Untuk memberi peluang kepada pelajar berfi kir secara membina,
kumpulan membuat keputusan dan/atau meningkatkan hubungan
kemanusiaan.
Kajian kes Untuk menyediakan sejumlah masalah atau situasi sebenar yang
dialami oleh individu atau kumpulan. Kaedah terbaik untuk
menggembargemburkan kontroversi dan debat isu yang mana
rumusan tepat tidak wujud.
Penyelesaian Untuk memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah
masalah melalui pengumpulan, aplikasi dan penilaian maklumat. Kaedah
pengajaran yang berkesan menggalakkan pelajar untuk menyelidik,
berfikir dan mengkritik tentang sesuatu topik.
Role Play Untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami masalah
hubungan kemanusiaan yang biasa terjadi dalam persekitaran yang
terjamin.
Brainstorming Untuk mendapatkan idea-idea kreatif atau untuk mengenal pasti
kemungkinan kepada penyelesaian masalah. Membenarkan pelajar
untuk meluahkan pendapat dan idea tanpa dihakimi oleh pelajar
lain.
Demonstrasi Untuk membentuk prosedur langkah demi langkah yang betul yang
diperlukan apabila melaksanakan tugas.
Lawatan/ Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk meneliti latihan dan
rombongan permasalahan atau untuk menghubungkan pelajar dengan orang
atau perkara lain.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bab ini menyampaikan maklumat praktikal dalam konteks
pembelajaran dewasa. Hampir keseluruhan pendidik dewasa mempunyai kepakaran
dan kemahiran dalam bidang masing-masing dan sangat cenderung untuk
membantu pelajar untuk belajar, tetapi mereka memerlukan pembangunan
kesedaran mengenai pembelajaran dewasa dan bagaimana untuk mengajar
golongan dewasa. Oleh itu, pemahaman asas mengenai cirian pembelajaran
dewasa, keupayaan untuk belajar dan harapan mereka dapat membantu dan
memandu pensyarah atau fasilitator untuk memudahkan cara pelajar melibatkan diri
dan bertanggungjawab dalam proses pembelajaran.

7.0 BIBLIOGRAFI

Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Retrieved April 10, 2018 dari
https://www.researchgate.net/publication/265496566_PANDUAN_AMALAN_PENG
AJARAN_PEMBELAJARAN_BERKESAN?
enrichId=rgreq7e3f40973501c222c07fd11cf548496dXXX&enrichSource=Y292ZXJ
QYWdlOzI2NTQ5NjU2NjtBUzozNzUzMzQzNzg3MjEyODVAMTQ2NjQ5ODA5N
zU0MQ%3D%3D&el=1_x_2&_esc=publicationCoverPdf

You might also like