You are on page 1of 4

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT, GURU DAN IBU BAPA

Konsep Sekolah

Sekolah merupakan tempat yang paling penting untuk proses sosialisasi atau dikenali
sebagai masyarakat kecil. Menurut Willard Waller (1932) dalam buku T.Marimuthu mengatakan
terdapat empat alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial antaranya kerana sekolah
mempunyai anggota yang nyata, mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat daripada mod
interaksi sosial di dalam sekolah. Selain itu, sekolah juga diserapi oleh rasa kekitaan dan sekolah
mempunyai satu budaya yang tersendiri. Pandangan ini disokong oleh Bidwell, dalam Sharifah
Alsagoff (1990) yang menerangkan bahawa sekolah adalah satu institusi masyarakat setempat
iaitu dari segi sejauh mana sekolah-sekolah sesebuah masyarakat setempat itu merupakan identiti
dan nilai-nilai masyarakat itu dan merupakan focus untuk integrasi kehidupan masyarakat.

Konsep Masyarakat

Menurut Mitchell G.D (1982:39) masyarakat merupakan kumpulan orang yang


mempunyai persamaan, dalam hal ini, mereka berhubung rapat antara satu sama lain dan
menduduki sesuatu wilayah tertentu bersama-sama. Masyarakat adalah suatu himpunan
umum pengetahuan yang dimiliki bersama oleh sekumpulan masyarakat sama ada pada
masa silam atau zaman sekarang. Masyarakat adalah kumpulan manusia yang
menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat
proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik, manusia yang saling
berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem
komunikasi bahasa yang berlainan dengan masyarakat menurut Olson, P(1970:52).
Mohd. Yusof Hashim (1986:11) pula menyatakan masyarakat merupakan satu kelompok
manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan
merasakan bahawa mereka akan hidup bersama. Berdasarkan konsep di atas, dapat
disimpulkan bahawa masyarakat merupakan satu kelompok institusi yang di dalamnya
terdapat manusia yang mempunyai kebudayaan yang sama atau hampir serupa.

Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat


Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang diupayakan oleh
sekolah agar dapat diterima di tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan aspirasi, simpati
dari masyarakat serta mengupayakan terjadinya kerjasama yang baik antara sekolah dengan
masyarakat dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama. Di dalam situasi berikut,
dapat dilihat bahawa sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan
matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Sekolah dilahirkan untuk kepentingan dan
keperluan masyarakat serta menyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli
masyarakat dan melatih mereka untuk melahirkan tenaga rakyat berkemahiran untuk masyarakat
dan Negara. Kurikulum sekolah adalah sejajar dengan keperluan masyarakat iaitu ia dapat
mengekalkan nilai-nilai, norma-norma, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Hubungan di
antara masyarakat adalah rapat dari semasa ke semasa. Contohnya, ahli sekolah menjalankan
khidmat bakti di rumah orang tua.

Secara rumusannya, hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang
dilaksanakan oleh sekolah agar dapat diterima oleh masyarakat untuk mendapatkan aspirasi,
simpati dari masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antara sekolah dengan
masyarakat untuk kebaikan bersama, atau secara khusus bagi sekolah penjalinan hubungan
tersebut adalah untuk menjayakan program-program sekolah yang berkaitan sehingga sekolah
tersebut mencapai kejayaan.

Hubungan di antara Sekolah Dengan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan
dan tanggungjawab ibu bapa di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan
pencapaian sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan melahirkan sekolah yang terbilang. Sebarang
perbezaan daripada segi pandangan dan pendapat dalam kalangan ibu bapa bukanlah penghalang
terhadap penigkatan prestasi sekolah. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan
merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Hubungan dan kerjasama di antara ibu bapa akan mewujudkan permuafakatan yang saling
memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan
masyarakat madani. Secara ringkasnya, masyarakat madani adalah sebuah masyarakat yang
merayakan kepelbagaian cara hidup dan pemikiran warganya. Masyarakat madani menghormati
pendapat dan pandangan yang berbeza. Masyarakat madani menghormati hak asasi warganya.
Dalam masyarakat madani yang diutamakan bukan keseragaman tetapi kesaksamaan. Selain itu,
ibu bapa juga dapat menjadi pemangkin mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian bijak. Ibu
bapa sama-sama membendung masalah disiplin murid. Budaya ilmu dan budaya keja cemerlang
perlulah dipupuk dan disemai di kalangan murid. Hubungan di antara sekolah dan ibu bapa
adalah untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama. Hubungan ini juga perlu ada
hubungan yang mantap dan akrab. Selain itu, hubungan ini juga ingin mencapai gabungan
strategic yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.

Antara matlamat perkongsian peranan antara pihak sekolah dengan ibu bapa adalah sekolah
sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Matlamat kedua adalah sekolah sebagai
sebuah institusi sosial yang kompleks; iaitu tidak perlu timbul keraguan dan salah faham. Selain
itu, ia turut memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti
dalam mengatasinya. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan
yang boleh dimainkan oleh ibu bapa adalah sebagai orang tengah antara guru dan murid.
Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dan guru.
Perbincangan antara ibu bapa dan guru boleh diadakan dari semasa ke semasa demi mengatasi
sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif ibu bapa dan guru dapat
mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.

Hubungan di antara Sekolah Dengan Guru

Di sekolah, guru merupakan pengganti ibu bapa. Ini kerana kebajikan murid-murid terletak pada
bahu guru sebaik sahaja mereka berada di dalam kawasan sekolah. Sekiranya murid sakit atau
cedera semasa mereka berada di dalam kawasan sekolah, guru bertanggungjawab menghantar
murid ke klinikk atau hospital. Layanan dan perhatian yang diterima dari ibu bapa semasa di
rumah, akan terus diberikan oleh guru kepada murid mereka semasa berada di sekolah.

Guru merupakan pekerjaan professional yang memerlukan banyak tugasan perkeranian. Guru
perlu menyediakan kertas-kertas ujian, menaip kertas-kertas tersebut, menanda kertas jawapan,
mengisi markah ke dalam buku rekod guru serta mengisi kad-kad penyata kemajuan. Selain iitu,
guru juga perlu menulis surat jemputan yang akan dihantar kepada ibu bapa untuk Hari Terbuka
atau Hari Penyampaian Hadiah, mengisi borang pinjaman buku, rekod persekolahan murid dan
berbagai lagi borang-borang yang lain.

Di samping itu, guru merupakan pendisiplin dan penyelia. Guru bertanggungjawab menyelia dan
mengarah semua aktivit murid. Guru perlu menjaga disiplin murid. Murid-murid yang
berdisiplin menjamin keamanan dan ketenteraman bilik darjah. Murid-murid akan dilatih oleh
guru untuk mengawal kelakuan tanpa kehadiran orang dewasa atau guru.

Guru diharap dapat menambah ilmu pengetahuannya melalui pembacaan atau dengan meghadiri
kursus, seminar-seminar dan bengkel-bengkel. Dengan pengetahuan yang luas serta mendalam,
guru boleh membimbing dan membantu murid-murid dari berbagai-bagai segi, antaranya dari
segi intelek, emosi, sosial dan rohani. Inilah sebabnya guru dianggap sebagai pakar mata
pelajaran.

Guru turut memainkan peranan sebagai kaunselor. Di sekolah, murid-murid sentiasa menghadapi
masalah dari segi akademik, kerjaya ataupun peribadi. Apabila murid berasa kecewa ataupun
sentiasa mengalami kegagalan dalam kelas, maka timbullah tanda-tanda bahawa murid tersebut
memerlukan bantuan ataupun bimbingan akademik. Sekiranya bimbingan atau nasihat tidak
diberikam, kesan masalah akademik akan bertimbun dan terbawa ke peringkat seterusnya.

You might also like