You are on page 1of 23

TAJUK KURSUS

PIX3001 SOSIOLOGI PENDIDIKAN

LAPORAN PEMBENTANGAN

SOSIOLOGI BILIK DARJAH: ISU STATUS SOSIOEKONOMI DAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH

ENCIK RAHIMI BIN MD SAAD

NAMA PELAJAR NO MATRIK

LEE KAI ZHU 17204262

NURUL AINA SYUHADA SHAHRUDIN 17204027

SITI BARI’AH AZLI U2004358

TUAN NOR SYAFIQAH TUAN LOSIN 17205241


1.0 PENGENALAN (APA ITU BILIK DARJAH?)

Bilik darjah merupakan tempat paling penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dijalankan. Hal ini dikatakan kerana, murid-murid lebih banyak menghabiskan masa
mereka di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Maka, bilik darjah ini boleh ditakrifkan
sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh guru. Menurut Akta Pendidikan,
murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya
guru membawa peranan sebagai seorang yang akan memberi pendidikan dan mengajar
murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan, menyediakan bahan pembelajaran atau
menandakan skrip jawapan di sekolah. Menurut Woolfok (2001), pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya adalah diperlukan bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan
produktif. Manakala, munurut Boon (2011), persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan
sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat di persekitaran semata-mata seperti
ruang dan hiasan bilik darjah sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur
emosi dan juga hubungan kemanusiaan.

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana, pengurusan bilik darjah dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah sebagai
orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Menurut Anderson (1989) pula, pengurusan bilik darjah yang
berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang
maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan minimum tingkah laku pelajar yang mengganggu
tugas guru dan pelajar lain. Terdapat empat elemen penting dalam pengurusan bilik darjah iaitu
merancang, mengurus, mengarah dan mengawal.

Elemen pertama iaitu melalui perancangan, guru akan merujuk sukatan pelajaran untuk
menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Maka, dengan begitu guru dapat menentukan
pendekatan, strategi dan kaedah mengajar yang paling sesuai berdasarkan perbezaan gaya
pembelajaran murid-murid. Selain itu, guru akan membentuk aktiviti yang sesuai dengan
pencapaian murid-murid. Dalam elemen pengurusan, guru perlu memastikan kelancaran proses
pembelajaran. Justeru, guru perlu memberi arahan yang jelas kepada murid-murid supaya lebih

1
difahami. Sebagai contoh, arahan yang jelas penting semasa guru memaklumkan peraturan,
prosedur dan mengatur aktiviti. Elemen seterusnya ialah mengarah dimana guru diberikan
kuasa untuk mengarah murid-murid melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan
pembelajaran. Guru perlu menggunakan kuasa mengarah dengan baik dan bukan mengambil
kesempatan kepada murid-murid bagi kepentingan diri sendiri. Elemen terakhir iaitu mengawal
yang bermaksud guru perlu memantau dan memastikan muridnya selesa, cukup bahan
pembelajaran dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Yang lebih penting, dalam mengawal,
guru perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian yang cukup.
Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti pengayaan.

2.1 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran pembelajaran merupakan tempat berlakunya proses pembelajaran yang


melibatkan konteks sosial, psikologikal dan juga pedagogikal. Persekitaran pembelajaran yang
kondusif dapat menggalakkan berlakunya aktiviti intelektual, persahabatan, kerjasama serta
sokongan di samping menggalakkan pembelajaran dan perkembangan pelajar (Fraser, 1998).
Ruang pembelajaran pula tidak terhad di bilik-bilik darjah biasa malah termasuklah makmal
sains, bengkel kemahiran hidup, makmal komputer ataupun pejabat (Tessmer & Harris, 1992).
Proses pembelajaran boleh berlaku dengan dua cara iaitu persekitaran bilik darjah secara fizikal
dan sacara non-physical.

2.2 PERSEKITARAN FIZIKAL

Menurut kajian Ainun Rahmah, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna, 2017,
persekitaran fizikal mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi
kesan kepada jalinan hubungan mesra antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar
seterusnya dapat mewujudkan suasana selesa dan sejahtera. Selalunya persekitaran fizikal ini
melibatkan sebuah kelas atau bilik yang mana ia memberi fokus kepada beberapa aspek
seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran,
ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Dan yang paling penting, apabila murid berada di dalam bilik darjah fizikal,
murid dapat melihat & mendengar guru, melihat & mendengar pelajar lain, mempunyai
pandangan yang baik terhadap papan putih dan bahan pembelajaran mereka sendiri.

2
1) Pelan lantai

Pihak sekolah hendaklah memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin dengan
mengambil kira keluasan bilik, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini boleh dibahagikan
kepada dua tahap sebagai contoh, pada tahap satu guru perlu merancang ruang
pembelajaran yang berbeza-beza seperti ruang bacaan, ruang bercerita dan lakonan, ruang
aktiviti melukis dan kraf tangan serta banyak lagi. Bagi tahap dua, mereka lebih mampu
mengawal diri dan sudah mampu berdikari melakukan sesuatu dengan sendiri. Selain itu,
ruang yang disediakan perlu juga mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan
pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara kaum.

2) Susunan meja dan kerusi murid

Susunan meja dan kerusi murid haruslah dapat dilihat oleh guru sewaktu didalam kelas bagi
memastikan semua murid dapat dilihat oleh guru. Selain itu, penyusunan tempat duduk
haruslah diambil kira dari faktor saiz tubuh badan murid, jika murid tersebut lebih tinggi
maka dia perlu duduk di bahagian belakang sedikit, sama juga seperti faktor penglihatan
murid, utamakan dahulu murid yang mempunyai masalah penglihatan jauh dan kurang
pendengaran supaya mereka boleh nampak dan dengar apa yang diajarkan oleh guru di
hadapan kelas. Akhir sekali, susunan meja perlulah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran seperti aktiviti berkumpulan.

3) Susunan perabot dan peralatan

Susunan perabot dan peralatan tidak harus menyempitkan ruang bilik darjah. Sediakan
perabot dan peralatan yang diperlukan sahaja. Di samping itu, ruang penyimpanan barang
disediakan untuk memudahkan murid menyimpan barang peribadi mereka. Manakala
kemudahan bagi teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) hendaklah diletakkan pada
sudut yang sesuai dan selamat.

3
4) Hiasan bilik darjah

Bagi faktor ini, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid untuk mencurahkan idea
dalam menghias bilik darjah mereka dengan nasihat dan pandangan daripada guru. Dengan
ini, barulah murid-murid merasa dihargai dan dipercayai selain memupuk nilai
tanggungjawab dikalangan murid terhadap mereka. Hiasan tidak terlalu padat hanya
menceriakan bilik darjah sahaja.

5) Sudut dan ruang bacaan

Di dalam bilik darjah perlu mempunyai ruang dan sudut di mana membolehkan murid
mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca. Tindakan yang
mendorong mereka kearah budaya membaca adalah menampal nota atau nota-nota
ringkas, menggantung kad-kad bacaan dan wujudkan perpustakaan mini.

6) Kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan

Kebersihan fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa. Kebanyakan sekolah,


pertandingan bilik darjah terbersih selalu diadakan pada setiap minggu bertujuan
menghargai atas usaha murid dalam memupuk amalan menjaga kebersihan selain
memupuk dan menanam nilai tanggung jawab. Pencahayaan dan pengudaraan adalah
penting diberikan perhatian untuk menyediakan suasana yang selesa bagi murid mengikuti
pembelajaran di dalam kelas. Keadaan kelas yang gelap dan malap akan menyebabkan
murid merasa mengantuk dan tidak mahu belajar. Manakala bagi pengudaraan juga perlu
dititikberatkan dengan mengambil faktor pengambilan udara yang bersih dan segar dari luar.
Hal ini dikatakan kerana bagi mengelakkan sebarang jangkitan dan mengekalkan
keselesaan murid di dalam kelas.

4
2.3 PERSEKITARAN NON-PHYSICAL

Secara tidak langsung, persekitaran bukan fizikal bilik darjah bermaksud sesuatu
pembelajaran yang diterima bukan di dalam bilik darjah atau kelas. Sesetengah murid
menerima ilmu dan pembelajaran dari segi homeschooling atau virtual class.

1) Homeschooling

Homeschooling adalah satu kaedah pembelajaran alternatif yang menjadi pilihan sebilangan
ibu bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Melalui kaedah ini,
anak-anak tidak dihantar ke sekolah harian biasa, sebaliknya mereka akan belajar di rumah,
sama ada menerima pembelajaran dengan ibu bapa sendiri atau guru yang dibayar khas
dan akan datang ke rumah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu bapa
mengamalkan kaedah pembelajaran homeschooling. Salah satunya adalah desakan
tanggungjawab. Menurut Farenga (2010) ibu bapa yang memilih homeschooling kerana
mereka merasakan bahawa membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab mereka
sendiri. Manakala menurut Kunzmann (2009) bukan diserahkan kepada pihak kerajaan
semata-mata, tidak mahu anak-anak mendapat kecederaan dari segi moral, rohani atau
fizikal dan mashu merasai sendiri keseronokkan dengan anak-anak. Bahkan, ada juga
dalam kalangan ibu bapa yakin bahawa mereka boleh memberikan pendidikan yang lebih
baik kepada anak-anak mereka berbanding apa yang sekolah berikan.

Faktor kedua disebabkan oleh tuntutan kurikulum. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Ebinezar John (2008), ibu bapa tidak berminat dengan sekolah konvensional kerana
kurikulum yang kurang mantap, ketidakcekapan guru, masalah interaksi sosial, suasana
sekolah yang kurang menarik dan pengamalan nilai tidak sealiran dengan nilai-nilai
keluarga. Sebaliknya, persekolahan di rumah dapat memberikan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang mantap, memenuhi keperluan individu dan gaya hidup
kekeluargaan serta mewujudkan suasana dan pengamalan sosial yang positif. Faktor ketiga
adalah pencapaian akademik. Menurut Kunzman (2009), terdapat keluarga yang memilih
kaedah ini kerana merasakan pencapaian akademik dapat ditingkatkan melaluinya. Hal ini
dikatakan kerana, dengan membawa peranan sebagai pendidik di rumah, ibu bapa boleh
membina watak-watak anak-anak mereka dalam kepercayaan agama mereka.

Seterusnya faktor persekitaran dimana menurut kajian Pusat Saintifik dan Pendidikan
Kebangsaan Amerika Syarikat (USNCES, 2008), terdapat tiga sebab diutarakan oleh para

5
ibu bapa iaitu kerisauan tentang suasana sekeliling sekolah, seperti penyalahgunaan dadah,
keselamatan, pengaruh negatif rakan sebaya; tidak puas hati terhadap arhan akademik di
sekolah-sekolah lain dan untuk memenuhi keperluan keagamaan dan moral. Faktor terakhir
merupakan faktor yang selalu menjadi sebab ibu bapa memilih kaedah homeschooling, iaitu
kekangan jarak dan masa. Keadaan jarak dari rumah ke sekolah boleh menjadi faktornya.
Kebanyakan sekolah di kawasan pendalaman kurang ditubuhkan untuk anak-anak, malah
ibu bapa terpaksa keluar bandar untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan boleh
mengambil masa yang lama. Masalah dari segi masa juga faktor yang penting untuk
dipertimbangkan terhadap persekitaran persekolahan. Bagi ibu bapa, jika anak mereka di
hantar ke sekolah, mereka akan banyak menghabiskan waktu di sekolah sehingga
tengahari ataupun petang dan dibebani oleh tugasan rumah yang banyak oleh guru. Maka,
untuk membantu anak mereka, ibu bapa memilih homeschooling dengan harapan bahawa
anak-anak akan menghabiskan waktu mereka dirumah dan menyiapkan tugasan-tugasan
diberikan mengikut masa lapang mereka.

2) Virtual Classroom

Virtual class merupakan kelas yang berbentuk maya dan merupakan satu kaedah
pembelajaran terkini. Kelas maya ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Kelas ini di reka
cipta untuk mewujudkan pengalaman belajar sama seperti hadir ke kelas secara fizikal atau
bersemuka. Melalui kaedah ini, murid boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan, kerja
berkumpulan, sesi soal jawab dan banyak lagi. Kaedah ini juga membolehkan murid
mendapat akses kepada ilmu dan kemahiran seperti kelas fizikal. Pemilihan kaedah
pembelajaran virtual classroom semestinya memerlukan alat teknologi seperti telefon,
komputer, tablet dan banyak lagi teknologi canggih pada masa kini. Kelebihan memilih
kaedah pembelajaran virtual classroom adalah fleksibel kerana murid tidak perlu
berulang-alik ke sekolah. Hal ini juga membantu murid yang duduk di kawasan pendalaman
yang memerlukan pengangkutan awam ke sekolah. Selain itu, bukan hanya fleksibilitI
geografi sahaja malah menjimatkan masa dan kos perjalanan.

6
3.0 PEMBELAJARAN SEBAGAI PROSES SOSIAL

Berdasarkan Lev Vygotsky dan Albert Bandura, pembelajaran merupakan satu proses
yang berlaku secara berterusan dari kecil hingga dewasa. Daripada pengalaman hidup,
persepsi dan tanggapan terhadap dunia akan terbentuk. Pembentukan perspektif itu boleh jadi
positif atau negatif adalah bergantung pada orang dekat, masyarakat dan persekitaran
sekeliling. Pembelajaran juga dikatakan sebagai suatu proses sosial kerana ia tidak dihadkan
kepada buku sahaja. Ini kerana pembelajaran berlaku apabila adanya usaha sama, dorongan
dan sokongan dari masyarakat sekeliling yang merangkumi ibu bapa, guru, rakan dan juga
masyarakat. Tambahan pula, manusia saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama
lain. Tiada seorang pun manusia yang berkemampuan untuk memajukan diri tanpa bantuan
orang lain. Sebagai contoh, seorang pelajar memerlukan seorang guru untuk belajar
pengetahuan asas kehidupan sekaligus menerapkan nilai-nilai murni supaya dapat menjadi
individu yang berguna pada masa hadapan.

Selain itu, beberapa teori telah dikemukakan di mana ia menegaskan bahawa


kanak-kanak belajar dari interaksi dan komunikasi sosialnya baik secara langsung atau secara
tidak langsung. Merujuk pada Albert Bandura, beliau menyatakan bahawa pembelajaran
berlaku melalui proses pemerhatian dan kecenderungan seseorang itu dalam mengimitasikan
orang lain. Tindak-tanduk seseorang tidak akan difahami dengan jelas jika tidak mengambil kira
aspek sosial dan persekitarannya. Ini kerana aspek ini berhubung kait atau mempengaruhi
perkembangan diri seseorang. Dalam erti kata lain, individu cenderung untuk menjadikan orang
lain sebagai matlamat pembelajarannya atau sebagai role model. Semasa kecil, ibu bapa,
adik-beradik atau guru lah yang dijadikan sebagai teladan. Malah, dari pemerhatian ini jugalah,
seseorang itu belajar untuk meramal kesan dari tindakan sama ada tindakan itu betul atau
salah. Daripada sini, mereka belajar untuk meniru tingkah laku tersebut jika balasannya
memuaskan dan juga sebaliknya.

Merujuk pada Lev Vygotsky pula, beliau percaya dan yakin bahawa masyarakat dan
persekitaran sekeliling merupakan antara pengaruh besar yang memberi kesan pada
pembelajaran seseorang. Beliau juga menekankan peranan asas interaksi sosial dalam
perkembangan aspek kognitif seseorang. Zon perkembangan proksimal telah dikenalkan pada
khalayak ramai di mana ia menerangkan kepentingan bantuan orang lain sebagai daya
penggerak atau pemberi motivasi kepada seseorang yang sedang belajar. Ini kerana seseorang
memiliki potensi untuk belajar sesuatu tetapi mereka masih memerlukan guru sebagai

7
pembimbing dan pendorong untuk menguasai perkara tersebut. Sebagai contoh, Ali berbakat
untuk bermain bola sepak. Namun begitu, Ali memerlukan bantuan rakan dan jurulatih untuk
membantu dirinya dalam menambah baik kebolehan dan kemahiran dirinya dalam sukan bola
sepak itu. Secara ringkasnya, proses pembelajaran itu tidak akan lengkap dan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan baik jika tiada proses sosial yang berlaku. (Moh. Fahri & Qusyairi, 2019)

3.1 BENTUK-BENTUK PROSES SOSIAL

Terdapat dua bentuk interaksi sosial iaitu interaksi sosial bersifat asosiatif dan disosiatif.
Kedua-dua bentuk proses sosial ini memiliki perbezaan dan pendekatan yang tersendiri.
Walaupun tujuan asal proses sosial ini sama di mana ia didedahkan untuk memberi gambaran
dan pengalaman mengenai kemahiran yang perlu ada pada seseorang, tetapi penerimaan
individu adalah berbeza-beza. Bagi bentuk proses sosial asosiatif, ia meliputi kerjasama,
akomodasi dan asimilasi manakala proses sosial disosiatif pula merangkumi persaingan dan
konflik. Bentuk sosial asosiatif adalah interaksi antara individu yang mengeratkan atau
menyatukan mereka. Berlainan pula pada disosiatif yang bertentangan seperti menjauhkan atau
merenggangkan hubungan seseorang. (Moh. Fahri & Qusyairi, 2019) Berikut adalah
penerangan yang lebih jelas berkenaan bentuk-bentuk proses sosial:

3.1.1 Kerjasama

Kerjasama merujuk kepada perbuatan berganding bahu antara sesebuah kelompok dalam
mencapai matlamat yang sama. Kerjasama juga merujuk pada tindakan memberi dan
mendengar pendapat serta usaha sama merealisasikan sesuatu perkara itu. Kerjasama ini
penting untuk memupuk sikap bertolak-ansur, bertoleransi, belajar untuk memahami perkara
dari perspektif orang lain dan banyak lagi. Oleh sebab itu jugalah, kerjasama ini mulai
dipupuk sejak dari kecil seperti anak-anak diminta untuk mengemas rumah bersama-sama.
Kerja itu akan lebih cepat untuk diselesaikan dan mudah untuk dibuat dengan bantuan
orang lain. Selaras dengan pernyataan bahawa manusia bergantung dengan satu sama
lain. Setiap manusia memerlukan individu yang lain untuk berkembang dan maju ke
hadapan.

8
3.1.2 Akomodasi

Akomodasi adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mencegah percetusan


sesuatu konflik buat sementara waktu. Kemahiran ini signifikan di mana ia dapat membantu
seseorang untuk menangani masalah yang timbul di dalam kalangan masyarakat sekaligus
mencipta keseimbangan interaksi sosial. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan dari masalah
sedia ada dibesar-besarkan sehingga sukar dikawal. Sebagai contoh, isu jaringan gol
semasa perlawanan bola di antara Malaysia dan Thailand. Isu ini diselesaikan
menggunakan conciliation dalam mencapai satu kata sepakat. Demi menyelesaikan
masalah ini, pengadil menjadi orang tengah dalam membuat keputusan tanpa unsur berat
sebelah. Seterusnya, salah satu jenis akomodasi lagi ialah toleransi. Toleransi pula lebih
kepada sikap menghormati dan menghargai perbezaan yang dimiliki oleh setiap lapisan
masyarakat. Selain conciliation dan toleransi, kompromi juga adalah suatu bentuk
akomodasi yang bersifat win-win situation. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kedua-dua
pihak akan menerima manfaat sebelum kata sepakat dapat tercapai.

3.1.3 Asimilasi

Asimilasi merujuk kepada kemampuan seseorang untuk membiasakan atau


mengadaptasikan dirinya dalam budaya dan cara hidup orang lain. Sebagai contoh, Abu
dihantar ke sekolah rendah cina oleh ibu bapanya. Setelah beberapa tahun menjadi pelajar
di sekolah rendah cina tersebut, Abu mulai fasih dalam berbahasa Cina dan Abu juga mulai
selesa dengan budaya menggunakan sudu dan garfu ketika makan. Oleh itu, kemahiran ini
penting khususnya pada kanak-kanak untuk membiasakan diri mereka bergaul dan
menerima perbezaan yang ada di kalangan rakan-rakan sepergaulannya. Latar belakang
berbeza bermaksud budaya dan amalan seharian juga akan berbeza.

9
3.1.4 Persaingan

Setiap individu memiliki daya saing yang berbeza mengikut personaliti yang tersendiri. Dari
sekolah rendah, pelajar belajar untuk bersaing dengan rakan sebaya dari segi gred
pembelajaran atau kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Persaingan ini juga diadakan
adalah untuk menggalakkan pelajar bersaing secara sihat dan juga menggalakkan pelajar
untuk memperbaiki diri sekaligus mempelajari perkara baharu. Daripada perasaan daya
saing ini jugalah, pelajar akan terus memperbaiki dirinya atau belajar dengan lebih
bersungguh untuk mencapai matlamat yang telah mereka tetapkan. Namun begitu, peranan
ibu bapa dan guru adalah untuk menerapkan kepada pelajar bahawa kegagalan itu perlu
sebelum mereka mampu menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya. Jika mereka telah
memberikan yang terbaik, gred atau kemenangan itu perlulah diraikan juga. Ini adalah untuk
mengelak pelajar dari mengalami kebimbangan dan kegelisahan yang melampau sehingga
memberi kesan pada diri mereka.

3.1.5 Konflik

Konflik pula merujuk kepada permasalahan yang timbul dari salah faham dengan orang lain.
Konflik sosial ini adalah suatu bentuk interaksi yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan
bermasyarakat kerana perbezaan kepentingan itu pasti akan ada sama ada pada individu
itu sendiri ataupun pada kelompok. Konflik dalam masyarakat tidak dapat dihilangkan tetapi
ia boleh diselesaikan secara baik supaya isu itu tidak dibesar-besarkan sehingga di luar
kawalan. Sejak dari kecil juga, anak-anak telah terdedah kepada konflik seperti perebutan
barang atau permainan. Oleh itu, cara ibu bapa atau guru meleraikan konflik itu sangat
penting di mana pelajar akan belajar bahawa perkara tersebut boleh diselesaikan jika
mereka berkongsi ataupun menyelesaikannya dengan bertolak-ansur atau meminta maaf
pada satu sama lain jika ada yang tersakiti. Daripada sini juga, pelajar akan belajar untuk
berkomunikasi dengan berkesan dan belajar untuk bergaul dengan rakan sebaya.

10
3.2 KEPENTINGAN PROSES SOSIAL

Pembelajaran dikatakan sebagai suatu proses sosial kerana adanya interaksi dan
komunikasi yang berlaku secara dua hala sebelum seseorang itu mampu mempelajari sesuatu
yang baru mengenai kehidupan. Daripada proses sosial ini jugalah, seseorang itu akan
menimba pengalaman yang akan mempengaruhi perspektif seseorang terhadap sesuatu situasi
dan juga dunia. Antara kepentingan proses sosial ini dalam kehidupan adalah untuk
menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam diri pelajar. Antara nilai murni yang baik ialah
sopan-santun, berbudi bahasa, hormat-menghormati, bertoleransi dan empati. Jika titipan
ajaran yang diberikan positif, maka pelajar juga akan berkembang ke arah yang positif.
Tambahan pula, apa yang dilihat, itulah yang diikuti dan ditiru. Oleh sebab itu, ibu bapa dan
guru perlulah menunjukkan contoh yang positif atau menjadi role model yang baik pada
mereka.

Selain itu, proses sosial juga mengajar pelajar untuk membezakan perkara yang betul
dan salah atau baik dan buruk. Daripada rangsangan dan tindak balas, pelajar belajar bahawa
sesuatu tingkah laku itu baik atau tidak baik bergantung kepada reaksi yang diperoleh oleh
mereka. Tugas ibu bapa atau guru ketika ini adalah menerangkan dengan jelas mengapa
sesuatu tindakan itu tidak baik atau mengapa ia tidak boleh dilakukan. Lantaran ini, pelajar akan
lebih mudah membezakan tindakan yang baik atau tidak baik, sekaligus menjurus kepada
tingkah laku yang positif. Hal ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat jika mereka
memperoleh pujian atau hadiah hasil daripada tindakan tersebut. Oleh itu, pihak-pihak yang
berkaitan perlu cakna dan peka pada setiap perkara yang mampu menyuntik semangat atau
menggalakkan pelajar untuk terus berkelakukan baik.

Seterusnya, proses sosial juga penting dalam pembentukan kesatuan masyarakat.


Apabila anggota masyarakat diterapkan dengan nilai murni serta mampu membezakan perkara
yang betul dan salah, sesuatu konflik yang timbul dapat diselesaikan dengan berhemah. Namun
begitu, semuanya bermula dari rumah. Jika ibu bapa menerapkan nilai yang tidak sepatutnya
seperti tanggapan yang tidak baik pada individu berlainan bangsa, maka anak-anak juga akan
membesar dengan perspektif sebegitu pada individu tersebut. Jika ibu bapa dan guru
menitikberatkan aspek-aspek seperti kepentingan bersatu-padu dan menghormati perbezaan
yang dimiliki oleh setiap individu, maka tunas-tunas masyarakat yang lebih berkualiti akan
terbentuk. Tuntasnya, golongan dewasa memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyemai nilai-nilai tersebut di dalam diri pelapis masyarakat demi kemaslahatan bersama.

11
4.0 ISU STATUS SOSIOEKONOMI DAN PENDIDIKAN SERTA KESANNYA TERHADAP
PEMBELAJARAN

Status sosioekonomi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kedudukan


atau posisi kelas individu dalam suatu kelompok sosial. Status sosioekonomi sentiasa
memainkan peranan dalam pendidikan. Disebabkan jurang sosioekonomi terus berkembang
dalam masyarakat kita, penting untuk diingat bahawa kualiti pendidikan yang diterima oleh
kanak-kanak sering ditentukan oleh keluarga mereka serta sosioekonomi komuniti mereka
(Duncan & Magnuson, 2012). Aspek sosioekonomi keluarga seperti tahap pendidikan ibu bapa
dan pendapatan keluarga akan memberi kesan yang besar kepada pembelajaran pelajar di
dalam bilik darjah.

Isu yang pertama adalah pendapatan keluarga yang rendah. Isu ini akan menyebabkan
masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan kewangan berlaku. Ibu bapa yang berpendapatan
rendah ini kurang mampu menampung perbelanjaan sekolah anak-anak mereka. Mereka
menghadapi masalah membeli peralatan dan bahan pembelajaran yang perlu digunakan oleh
anak-anak di sekolah, membayar yuran sekolah dan tambang bas sekolah (BPPDP, 1996).
Apatah lagi membiayai anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej atau universiti.
Pelajar dari keluarga miskin juga kurang terdedah kepada bahan pembelajaran termasuk
buku-buku, komputer, mainan merangsang, kelas bimbingan tambahan atau tuisyen yang boleh
mengembangkan kemahiran asas mereka (Bradley, Corwyn, McAdoo, & García Coll, 2001; Orr,
2003). Pelajar yang miskin didapati bekerja untuk membantu menyara keluarga, membantu ibu
bapa bekerja di sawah, ladang, kebun atau mengusahakan perniagaan keluarga serta
membantu kerja rumah seperti menjaga adik-adik ketika ibu bapa bekerja demi kehidupan
keluarga. Keluarga yang kurang berkemampuan ini lebih mengharapkan anak-anak untuk
bekerja bagi membantu keluarga.

Selain itu, isu status sosioekonomi yang kedua terhadap pembelajaran anak-anak
adalah pendapatan keluarga yang tinggi. Anak daripada keluarga berpendapat tinggi dipercayai
menikmati persekitaran pembelajaran yang menggalakkan. Hal ini boleh membawa kepada
pencapaian pelajar yang menggalakkan di sekolah. Amy J. Orr (2003) mengatakan kekayaan
boleh mempengaruhi pencapaian akademik secara positif. Ibu bapa yang mempunyai
pendapatan kukuh kurang mendapat masalah dalam melancarkan anak-anak mencapai
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Keluarga yang berada mempunyai peluang-peluang
yang lebih untuk membeli bahan pendidikan, bahan bacaan atau mengadakan kelas bimbingan

12
tambahan kepada anak-anak dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan mereka. Di
samping itu, ibu bapa yang mempunyai pendapatan kukuh dapat menggalakkan anak-anak
mereka melanjutkan pelajaran ke universiti. Sokongan ibu bapa mempunyai kesan positif
terhadap motivasi dan aspirasi pelajar untuk belajar. Jelasnya bahawa persekitaran
pembelajaran yang lebih baik boleh diadakan apabila pendapatan keluarga tinggi.

Isu yang seterusnya adalah tahap pendidikan ibu bapa yang rendah. Kajian
Sosioekonomi Rakyat Termiskin (Chamhuri, 1994 dalam Chamhuri, 2001) mendapati tahap
pendidikan keluarga miskin adalah lebih rendah berbanding dengan keluarga sederhana atau
atasan iaitu antara 65 hingga 92 peratus. Ketua isi rumah miskin cuma tamat sekolah rendah
dan hanya 1 hingga 16 peratus tamat sekolah menengah rendah. Ibu bapa yang berpendidikan
rendah ini kurang mengambil berat tentang pencapaian pendidikan anak-anak. Mereka kurang
memberi sokongan terhadap pendidikan anak-anak mereka, kurang mengawasi kemajuan
pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja sekolah, menyerah tugas membantu pelajaran
kepada anak yang lebih tua, dan lebih suka anak menolong kerja di rumah daripada
bersekolah. Ibu bapa dalam golongan ini boleh dikatakan melepaskan tanggungjawab mendidik
dan membimbing anak mereka kepada pihak sekolah, kurang memberikan komitmen terhadap
program pendidikan di sekolah sama ada dalam bentuk tenaga, masa atau wang serta kurang
mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Apabila
dipanggil untuk berjumpa atau berbincang masalah pembelajaran dengan pihak sekolah,
mereka mungkin tidak tahu atau enggan melayan dan membalas mesej pihak sekolah.
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa atau keluarga tidak mengetahui tentang pencapaian
sebenar anak mereka dalam pelajaran.

Tambahan pula, tahap pendidikan ibu bapa yang tinggi merupakan isu status
sosioekonomi yang keempat. Ibu bapa yang mempunyai taraf pendidikan dan pekerjaan yang
tinggi dikatakan akan menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam berbincang dengan anak
tentang masa depan anak mereka, mengetahui corak pembelajaran yang dilakukan oleh
anaknya di sekolah dan mengenaI pasti masalah yang dihadapi oleh anaknya di sekolah dalam
hal-hal berkaitan pendidikan. Mereka akan membantu memantau kerja rumah anaknya yang
diberikan oleh pihak sekolah, mengenal pasti kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah,
memantau pencapaian akademik anak dari semasa ke semasa dan menyuntik motivasi kepada
anaknya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, ibu bapa yang
mempunyai berpendidikan tinggi juga menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam memberi
pengagihan masa yang terancang kepada anak untuk belajar, menonton dan aktiviti masa

13
lapangnya. Hal ini kerana mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan dan
kebaikan yang akan datang kepada kehidupan anak mereka pada masa depan.

Isu status sosioekonomi dan pendidikan yang tinggi dan rendah akan memberi kesan
positif dan negatif kepada pembelajaran pelajar. Seseorang pelajar daripada status
sosioekonomi tinggi dipercayai mendapat pencapaian akademik yang lebih cemerlang jika
berbanding dengan pelajar daripada status sosioekonomi rendah. Perkembangan bahasa dan
literasi mereka juga lebih baik kerana mereka telah didedahkan kepada bahan bacaan sejak
kecil lagi. Jadi, pelajar dengan status sosioekonomi tinggi akan pandai bersosial dan
berkomunikasi serta sentiasa berkeyakinan tinggi dalam kelompok sosialnya. Di sebaliknya,
kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada status sosioekonomi yang rendah sering
dikaitkan dengan pencapaian akademik yang lebih rendah (Morgan, Farkas, Hillemeier, &
Maczuga, 2009) dan mereka berkemungkinan menjadi buta huruf atas faktor ketidakmampuan
keluarga menghantar mereka bersekolah. Kanak-kanak dari keluarga sosioekonomi rendah
juga kurang cenderung mempunyai pengalaman yang menggalakkan perkembangan
kemahiran asas pemerolehan membaca seperti kesedaran fonologi, perbendaharaan kata, dan
bahasa lisan (Buckingham, Wheldall, & Beaman-Wheldall, 2013). Keadaan ini menjadikan
kemahiran bahasa dan literasi pelajar berkembang lambat.

Hubungan kemiskinan dengan pencapaian dikaitkan juga dengan kesan negatif


terhadap perkembangan minda. Kesan ini termasuk food deprivation yang mempengaruhi
konsentrasi dan pembelajaran harian. Kekurangan nutrien atau zat akan mempengaruhi
tumbesaran seseorang pelajar dan seterusnya menyebabkan pelajar itu kurang tenaga,
motivasi dan fokus untuk belajar. Menurut Ganesen (2013) dan Gunasekaran (2003), masalah
keciciran pelajar juga adalah salah satu kesan daripada faktor sosioekonomi keluarga yang
rendah kerana sebahagian daripada ibu bapa tidak dapat menyediakan keperluan asas seperti
kemudahan persekolahan dan tidak prihatin terhadap keperluan pembelajaran anak-anak.
Kemiskinan yang berpunca daripada pendapatan yang rendah dan tidak mempunyai pekerjaan
tetap membuatkan mereka tidak mampu menampung segala perbelanjaan sekolah
terutamanya yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Tahap sosioekonomi keluarga yang
kurang mengizinkan menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai dorongan untuk belajar
serta lama-kelamaan, budaya ponteng sekolah dan kerja sambilan menjadi turutan sehingga
menggalakkan keciciran pelajar dari sekolah (Florence S, 2014).

14
Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa jurang status sosioekonomi dan
pendidikan keluarga yang besar akan mendatangkan kesan negatif terhadap pembelajaran di
dalam bilik darjah. Apabila sesebuah kelas mengandungi ramai murid yang berbeza status
sosioekonomi, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani
oleh guru secara sepenuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang
begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran
mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu
tidak boleh mengikuti apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Situasi ini
bertambah teruk apabila Covid-19 pandemik berlaku dan semua sekolah kerajaan diminta untuk
membuat kelas atas talian dengan murid di rumah masing-masing. Sesetengah pelajar dengan
sosioekonomi rendah tidak mempunyai gajet dan internet untuk menghadiri kelas atas talian.
Guru-guru mengadu bahawa kehadiran murid pada masa itu berkurangan dan apabila sekolah
dibuka semula selepas PKP, jurang akademik pelajar daripada status sosioekonomi tinggi dan
rendah menjadi lagi besar. Guru-guru terpaksa menggunakan lebih banyak masa dan tenaga
untuk mengurangkan jurang antara pelajar-pelajar tersebut agar proses pengajaran dan
pembelajaran pada tahun depan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Walau bagaimanapun, bukan kesemua pencapaian akademik pelajar daripada status


sosioekonomi rendah adalah lemah. Terdapat segelintir pelajar daripada golongan ini juga akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mengubah situasi kehidupan yang miskin. Pada
masa yang sama, bukan kesemua pelajar daripada status sosioekonomi tinggi akan mencapai
pencapaian yang cemerlang sekiranya ibu bapa yang sibuk bekerja tidak melibatkan diri dalam
memantau proses pembelajaran anak mereka dan pelajar sendiri tidak menyumbang usaha
demi kejayaan. Justeru, penglibatan ibu bapa, diri sendiri dan status sosioekonomi keluarga
khususnya taraf pendidikan dan pendapatan adalah saling berkaitan demi mendatangkan
implikasi yang baik untuk pembelajaran seseorang pelajar. Guru juga memainkan peranan yang
signifikan dalam memenuhi keperluan pelajar daripada status sosioekonomi yang berbeza.

15
5.0 PERANAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Guru boleh dikatakan individu terpenting dalam masyarakat kita. Mereka memberi
pelajar tujuan serta menetapkan mereka untuk berjaya di masa hadapan dan memberi inspirasi
kepada mereka untuk melakukan dengan baik dan berjaya dalam hidup. Pelajar membawa apa
yang diajar pada usia muda sepanjang hayat mereka. Mereka akan menggunakan apa yang
mereka pelajari untuk mempengaruhi masyarakat. Semua orang tahu bahawa pelajar hari ini
akan menjadi pemimpin hari esok, dan guru mempunyai akses untuk mendidik belia dalam
tahun-tahun mereka yang paling mudah dipengaruhi sama ada dalam mengajar prasekolah,
mengajar ekstrakurikuler, sukan atau kelas tradisional. Guru mempunyai keupayaan untuk
membentuk pemimpin masa depan dengan cara terbaik untuk masyarakat membina generasi
masa depan yang positif dan berinspirasi. Pada hakikatnya, guru mempunyai pekerjaan yang
paling penting di dunia. Bukan sahaja untuk kanak-kanak itu sendiri, tetapi untuk kehidupan
semua.

Peranan guru telah menjadi kompleks terutamanya dalam kes kanak-kanak yang datang
dari latar belakang sosio-ekonomi rendah kerana keperluan pendidikan komprehensif pelajar ini
menawarkan cabaran yang unik. Kedudukan holistik ini mempertimbangkan pelbagai aspek
keperluan pelajar untuk mempelajari di bilik darjah. Pandangan yang kompleks ini tidak hanya
tertumpu pada aspek metodologi pengajaran bahasa, faktor lain, seperti motivasi, pemudah
cara boleh mempengaruhi kecekapan pengajaran pada tahap yang besar. Bagi pelajar yang
kurang bernasib baik, guru boleh memberi galakkan bagi pembangunan sahsiah dengan
menyediakan bahan dan aktiviti di dalam bilik darjah yang akan menangani beberapa keperluan
khusus individu. Hubungan dan interaksi Guru dengan pelajar adalah dinamik yang memainkan
peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar yang kurang bernasib baik. Pembelajaran
di bilik darjah yang berjaya boleh menghasilkan prestasi sekolah am yang lebih baik dan
kemudiannya dalam prospek pekerjaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, mengajar di bilik
darjah kepada pelajar yang kurang bernasib baik adalah bidang pedagogi yang sering
diabaikan.

Guru boleh bertindak sebagai sistem sokongan yang tiada di tempat lain dalam
kehidupan pelajar. Mereka boleh menjadi contoh dan inspirasi untuk pergi lebih jauh dan
bermimpi lebih besar. Mereka mempertanggungjawabkan pelajar untuk kejayaan dan
kegagalan mereka dan guru yang baik tidak akan membiarkan pelajar berbakat mereka terlepas
dengan tidak memenuhi potensi penuh mereka. Guru dari semua lapisan masyarakat dan mata

16
pelajaran mempunyai keupayaan untuk membentuk pendapat dan membantu membentuk idea
tentang masyarakat, kehidupan dan matlamat peribadi. Guru juga boleh mengembangkan had
pelajar dan mendorong kreativiti mereka. Mengajar adalah kerja yang sukar, tetapi ia adalah
satu pekerjaan yang membolehkan anda memberi impak yang paling besar dalam kehidupan
orang lain. Jika anda berfikir untuk menjadi seorang guru, berikut adalah lebih banyak sebab
mengapa anda perlu melabur dalam kerjaya perguruan.

Terdapat beberapa cara penting bagi untuk memainkan peranan di dalam bilik darjah
yang pertama kenali pelajar (Get to Know your Students). Bagi menjadi guru yang baik dan
rapat dengan pelajar di kelas guru perlu mengambil cakna berkaitan pelajar. Guru perlu tahu
serba sedikit tentang pelajar sama ada dari segi dalam sekolah atau luar sekolah bagi
memudahkan komunikasi dan merapatkan jurang antara guru dan pelajar. Perkara ini
membawa kepada perkara kedua iaitu Komunikasi dua hala (Maintain Consistent
Communication). Guru perlu memainkan peranan dengan kekalkan komunikasi antara guru dan
pelajar di bilik darjah. Sebagai guru, perlu memulakan dan mengekalkan komunikasi bersama
pelajar untuk mengelakkan jurang antara pelajar dan guru. Guru boleh menjadi pendengar
kepada untuk mengetahui tentang masalah yang mereka hadapi dan dapat membantu mereka.
Walaupun guru boleh mendengar dan memberi nasihat akan guru tidak boleh melebihi batas
atau tidak hormat privasi seorang pelajar. Guru juga tidak boleh dan tidak untuk hakimi seorang
tentang sesuatu perkara. Walaupun dengan jawatan seorang guru, guru tidak melampaui atau
mengganggu privasi seorang pelajar. Hal ini dikaitkan dengan isi yang ketiga Hormat dan faham
(Acknowledge and Respect Every Student).

Seterusnya, bagi menegur atau memberi nasihat kepada pelajar guru tidak boleh Tidak
terlalu tegas atau garang (Give Students Freedom and Flexibility). Dan guru juga perlu memberi
ruang dan peluang untuk pelajar itu menilai sesuatu perkara dan tidak hanya marah dan
membuat keputusan bagi seorang pelajar. Guru juga tidak boleh terlalu tegas dan emosi ketika
di bilik darjah. Hal ini kerana pelajar akan memebenrontak dan tidak mendengar nasihat jika
selalu dimarah atau guru terlalu beremosi. Seperti yang kita semua tahu pelajar banyak
habiskan masa di sekolah berbanding rumah setiap hari, jadi guru menjadi satu figura contoh
kepada pelajar-pelajar. Hal ini dikaitkan dengan isi guru menjadi Menjadi contoh teladan
(External Parents), pelajar lebih banyak masa bersama guru berbanding ibu bapa. Guru mesti
bekerja setiap hari kerana mengetahui pelajar mereka akan menyerap tindakan mereka seperti
span. Mereka mesti menunjukkan bagaimana menjadi orang yang baik bukan sahaja dengan
memberitahu, tetapi juga dengan menjadi. Guru memberikan bimbingan kepada pelajar dari

17
semua jenis. Guru dapat melihat kekuatan dan kelemahan setiap kanak-kanak dan boleh
memberikan bantuan dan bimbingan sama ada untuk mempercepatkan atau mendorong
mereka lebih tinggi.Mereka akan membantu mendedahkan kemahiran terbaik pelajar dan
mengajar kemahiran hidup yang berharga juga, seperti komunikasi, belas kasihan,
pembentangan, organisasi, mengikut arahan dan banyak lagi.Mereka juga merupakan sumber
inspirasi dan motivasi. Guru memberi inspirasi kepada pelajar untuk melakukannya dengan
baik, dan memotivasikan mereka untuk bekerja keras dan memastikan matlamat akademik
mereka berada di landasan yang betul.

Isi yang seterusnya adalah Komunikasi merentas generasi dan budaya, guru tidak boleh
samakan generasi lalu atau sebelum dengan keadaan atau generasi pelajar sekarang terdapat
pelbagai perbezaan antara setiap generasi. Guru juga perlu tahu dan faham akan budaya dan
adab di sekeliling pelajar untuk sesuai cara mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar. Bagi
memudahkan komunikasi atau merapatkan jurang antara pelajar dan guru. Seterusnya
Perancangan (Making Learning a Fun Activity) adalah satu peranan guru dalam bilik darjah.
Guru perlu merancang aktiviti dibilik yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan pelajar
gunakan. Perancang mengajar sangat penting bagi memastikan semua pelajar sertai aktiviti
guru lakukan. Selain dari perancang, isi selanjutnya adalah guru perlu pastikan keselesaan dan
keselamatan pelajar dalam bilik darjah. Guru perlu pastikan pelajar tidak rasa terancam dan
selesa di bilik darjah, guru perlu pasti semua pelajar berasa selamat untuk berada di dalam bilik
darjah. Selain itu, tiada unsur buli atau kelompok tertentu yang menimbulkan rasa tidak selesa
kepada sesetengah pelajar di bilik darjah.

Isi seterusnya adalah guru perlu memberi galakan kepada pelajar (Students
Encouragement). Memberi galakan atau semangat bagi pelajar dalam pelbagai jua aktiviti, guru
perlu menjadi pendukung dan pembakar semangat dalam aktiviti yang dilakukan oleh pelajar.
Guru juga perlu memberi galakan mereka keluar dari zon selesa. Hal ini kerana pelajar-pelajar
ini mungkin terlalu selesa dengan apa yang mereka lakukan ada menyebabkan mereka tidak
ingin mencuba untuk melakukan aktiviti lain. Susun atur yang ditetapkan oleh guru juga
memainkan peranan untuk mengurang masalah di dalam bilik darjah.Susun atur bilik darjah
(Reconsider your Classroom Setup). Susun yang dilakukan perlulah sesuai dan membolehkan
pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Yang terakhir, Prihatin tentang pelajar (Address
Health Concerns), guru perlu memainkan peranan sebagai guru yang prihatin kepada semua
pelajar. Sebagai contoh guru perlu tahu dimana keberadaan pelajar jika tidak hadir sekolah bagi
mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial.

18
Salah satu bahagian terpenting dalam pengajaran ialah mempunyai dedikasi. Guru
bukan sahaja mendengar, tetapi juga membimbing pelajar mereka. Mereka dapat membantu
membentuk matlamat akademik dan berdedikasi untuk mendapatkan pelajar mereka
mencapainya. Guru mempunyai kesabaran untuk pelajar mereka dan memahami apabila
sesuatu konsep tidak diterima. Guru melakukan apa yang mereka lakukan kerana mereka ingin
membantu orang lain. Mereka bukan mengajar untuk pengiktirafan atau gaji tetapi kerana
mereka mempunyai minat terhadap belia dan pendidikan. Guru biasanya percaya pada kuasa
pendidikan dan kepentingan menyediakan kanak-kanak dengan model peranan yang baik dan
mengajar kerana kepercayaan itu. Mereka berdedikasi untuk tujuan itu. Akhir sekali, dedikasi
guru ditunjukkan dengan 'tabiat kerja sepanjang masa. Guru tidak berhenti bekerja apabila
loceng sekolah berbunyi. Mereka sedang menggred kertas, membuat pelajaran, dan
berkomunikasi dengan ibu bapa selepas sekolah dan pada hujung minggu. Kebanyakan guru
tiba lebih awal daripada sekolah mula menyediakan hari mereka dan memberikan bantuan
tambahan kepada pelajar yang bergelut.

19
6.0 PENUTUP

Jika peranan pendidikan bukan semata-mata untuk melahirkan semula ketidaksamaan


dalam masyarakat maka kita perlu memahami apakah peranan latar belakang sosio ekonomi
dengan lebih jelas. Anda pasti bahawa latar belakang sosioekonomi mempunyai kesan ke atas
pencapaian pendidikan. Pelajar ini juga boleh berhadapan dengan isu emosi atau tingkah laku
dan kurang kemahiran menyelesaikan masalah, hanya untuk menamakan beberapa sahaja.
Apabila guru menghadapi persekitaran dengan banyak tahap pelajar dari latar belakang dan
status sosioekonomi yang berbeza, mereka perlu bersedia untuk menangani kemungkinan
jurang dan isu pelajar secara berkuat kuasa sepenuhnya. Ia boleh mencabar kerana guru
mempunyai tugas mereka yang dipotong untuk mereka namun, bekerja dengan pelajar ini
sememangnya berbaloi dan memberi ganjaran sepenuhnya. Walaupun semua inisiatif dan
aktiviti harus berasaskan bukti, pemimpin sekolah harus berunding dengan kakitangan, ibu
bapa dan penjaga untuk menentukan cara terbaik untuk menyokong keperluan pembelajaran
pelajar mereka daripada latar belakang sosio-ekonomi yang rendah.

Ilmu dan pendidikan adalah asas kepada semua perkara yang boleh dicapai dalam
kehidupan. Guru memberikan kuasa pendidikan kepada belia hari ini, dengan itu memberi
mereka kemungkinan untuk masa depan yang lebih baik. Guru memudahkan yang kompleks,
dan menjadikan konsep abstrak boleh diakses oleh pelajar. Guru juga mendedahkan
kanak-kanak kepada idea dan topik yang mungkin mereka tidak pernah temui. Mereka boleh
mengembangkan minat dan mendorong pelajar mereka untuk melakukan yang lebih baik. Guru
tidak menerima kegagalan, dan oleh itu, pelajar lebih cenderung untuk berjaya. Guru tahu bila
hendak mendorong pelajar, bila hendak memberikan dorongan lembut ke arah yang betul, dan
bila hendak membiarkan pelajar memikirkannya sendiri. Tetapi mereka tidak akan membiarkan
seorang pelajar berputus asa. Pendidikan merupakan aspek asas dalam pembangunan
sesebuah negara. Jika remaja sesebuah masyarakat itu berpendidikan, maka lahirlah masa
depan. Guru menyediakan pendidikan yang meningkatkan kualiti hidup, oleh itu membawa
begitu banyak kepada kedua-dua individu dan masyarakat secara keseluruhan. Guru
meningkatkan produktiviti dan kreativiti pelajar dan oleh itu, pekerja masa depan. Apabila
pelajar didorong untuk menjadi kreatif dan produktif, mereka lebih cenderung untuk menjadi
keusahawanan dan membuat kemajuan teknologi, akhirnya membawa kepada pembangunan
ekonomi sesebuah negara.

20
RUJUKAN

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti


pembelajaran berkesan. In Google Books. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA61&d
q=Pengurusan+bilik+darjah+:+Strategi-strategi+mewujudkan+komuniti+pembelajaran+b
erkesan&ots=Aa1CBDb33-&sig=5XafytWeJhhiLwjpU94-Y6Sb-qI

Finau, J. (2021). How Socioeconomic Status Affects Students. Liberal Studies Capstone.
https://scholarworks.calstate.edu/downloads/qv33s2864

Harfiyanto, D., Utomo, C. B., & Budi, T. (2015, August 22). Pola Interaksi Sosial Siswa
Pengguna Gadget Di SMA N 1 Semarang. Journal of Educational Social Studies, 4(1).
https://doi.org/10.15294/jess.v4i1.6859

Ibrahim, R., Baharin, Y., Indahsari, D., Siraj, S., & Alias, N. (2011, December 1). Jangkaan masa
depan homeschooling di malaysia dan impaknya terhadap kurikulum di malaysia.
Eprints.um.edu.my. https://eprints.um.edu.my/13583/

Kumar, V. S. Implikasi Status Sosioekonomi Ibu Bapa ke atas Kesejahteraan Pendidikan Anak.
http://eprints.usm.my/30758/1/Implikasi_Status_Sosioekonomi_Ibu_Bapa_ke_atas_Kes
ejahteraan_Pendidikan_Anak.pdf

Learning As A Social Process. (2023, January 6). Researchomatic. Retrieved January 18, 2023,
from https://www.researchomatic.com/Learning-As-A-Social-Process-150632.html

Moh. Fahri, L., & Qusyairi, L. A. H. (2019, Mei 21). Interaksi Sosial dalam Proses Pembelajaran.
PALAPA: Jurnal Studi Keislaman dan Ilmu Pendidikan, 7(1).
https://doi.org/10.36088/palapa.v7i1.194

Punjab Colleges. (2020). How Does Socioeconomic Status Affect Education? Retrieved from
https://pgc.edu/socioeconomic-status-affect-education/

21
Salleh, M. J., Hashim, C. N., Hassanaen, I., & Dawi, A. H. (2009). Status Sosio Ekonomi Dan
Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah,
Malaysia.
http://irep.iium.edu.my/13004/1/Procedng_-_SES_Ibubapa_&_Pencapaian_PMR_-_14th
_ICE_Brunei_2009.pdf

TH. Subra, Abdullah, M. A. I. L., & Devi, K. (2019). Pengaruh Sosioekonomi Keluarga Terhadap
Keciciran Pelajar-Pelajar India: Kajian Kes Di Daerah Kuala Muda Kedah. International
Journal of Modern Trends in Social Sciences, 2(9), 77-91. doi:10.35631/IJMTSS.29007

22

You might also like