You are on page 1of 86

MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELAYU TAJUK 1 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unitunit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar besar dan baju baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep Imbuhan. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

1.2.1.1 Awalalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-erdalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa man man wan wan wati wati

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati

dwi tri panca

dwitahunan tribulan pancaindera

nita nita

karyanita biduanita

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani Latin Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan proantipoliautosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainterprobarat antikerajaan poliklinik autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal -isme -isme -ik -ik -si -si -al -al -is -is

Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Prosesproses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i bawa kuat

Kata dasar

Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti

nasional dekat isytihar ikut

Ke-...-an Ber-....-an Kata Dasar libat lanjur balik sambung -er-em-

sihat lari Imbuhan terlibat terlanjur terbalik sinambung gigi gilang

kesihatan berlarian Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan gerigi gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

Berikut ialah beberapa contoh lain :

1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya :

urus niaga cari gali reka bentuk daya serap 1.3.2.1.2

berurus niaga mencari gali direka bentuk daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,

Contohnya :

lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa

melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor

Timbalan Naib Canselor -

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab-tanggungjawab

1.3.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. 2. 3. Penggandaan penuh, Penggandaan separa, dan Penggandaan berentak.

1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu : Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Contohnya : Sekolah makan besar baju

sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya : pelari perbualan kekasih kejadian


pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian

1.

1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu : pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari siku sungut pohon laki

jejari sisiku susungut popohon lalaki

jejari sesiku sesungut pepohon lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap

setinggi membantu mencuit menari mengejar

setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

1.3.3.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 2 3 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya

kayu tanah simpang

kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur

Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai. 1.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya :

tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. 2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 2 : PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal 2. Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan 3. Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk 4. Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda 5. Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal 6. Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

2.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan.

2.1

Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :

Kata Tunggal Satu Suku Kata

had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru

Kata Tungga Dua Suku Kata

dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih

universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi

Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal)

ABIM, UMNO, ADUN, MAS.

Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Suku Kata)

cerpen, purata, tadika, taska, cereka

Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)

Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional)

2.2

Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan

Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama)

peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-

Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja)

meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-

Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif)

ter-, se-, te-

Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama)

-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -

Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja)

-kan, -

Kata Terbitan Berapitan

peN-, -an, per-, -an, pel--an, ke--an

(Apitan Kata Nama) meN--kan, ber--kan, ber-, -an, di-kan, meN-- , di-- , diper--kan, diper--, memper--kan, memper-ke--an

Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja)

Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif)

Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama)

-el-, -em-

Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif)

-el-, -er-, -em-, -in-

LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan 2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.

Kata Majmuk Bebas

bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus

model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus

Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap

anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, beritahu, sukarela, pesuruhjaya, kakitangan, setiausaha,

olahraga, warganegara, tanggungjawab

Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama)

alat-alat tulis, guru-guru besar, kapalkapal terbang,

Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak - semua, banyak, sekumpulan, persatuan, para, pertubuhan, barisan, sebahagian)

semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,

Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran)

dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan

Kata Majmuk Terbitan (Apitan)

mencampuradukkan, pengenalpastian.

pengambilalihan,

LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.

2.4

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.

Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah.

Kata Ganda Penuh

rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

Kata Ganda Separa

lelaki,

lelayang,

berlari-lari,

tertanya-tanya,

tolong-menolong

Kata Ganda Berentak

lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpangperenang, gunung-ganang

2.5

Golongan Kata Tunggal

Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit)

baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak)

mimpi,

perasaan,

kemahuan,

idaman,

kehendak, keadaan

Kata Nama Khas (Hidup - Manusia)

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok,

Vanda Diana (orkid) Kata Nama Khas (Hidup - Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah Jibrail, Jin.

Kata

Ganti

Nama

(Diri aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Pertama)

Kata Kedua)

Ganti

Nama

(Diri anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba

Kata Ketiga)

Ganti

Nama

(Diri baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk)

ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya)

apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat)

sana, sini, situ

2.5.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif (Aktif)

membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

Kata Kerja Transitif (Pasif)

dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram

Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap)

bangun,

datang,

tersenyum,

kerkibaran,

menguning, membesar, terduduk,

Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap)

tinggal, beransur, berbantalkan

2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan

berani, cerdik, cerdas, gopoh

Kata Adjektif Warna

hitam, putih, merah, biru

Kata Adjektif Ukuran

cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk

bukur, bundar, bulat, leper

Kata Adjektif Pancaindera

ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus

Kata Adjektif Waktu

Baru, lama, spontan, segera

Kata Adjektif Cara

cepat, deras, laju, perlahan

Kata Adjektif Perasaan

benci, cinta, ghairah, ingin

2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugastugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen yang bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam

2.5.4.4 Kata Pascakata

Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan yang, -nya -nya

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 3

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Tunggal Kata Terbitan

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. 2. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. 3.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

3.1

Definisi Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004). tidak mengalami proses

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal

Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

3.1.3

Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 3.1.3.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): i. Contoh: i. ii. iii. Kamu. Sudah? Ini? Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri

ii.

Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-

kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. di mana?

ii. iii. 3.1.3.1.1

ke Kuala Lumpur dari Terengganu

Kata Tunggal Satu Suku Kata

Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV 2. VK 3. KVK Contohnya : yu, ru, ya Contohnya : am Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf, 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.3.1.2

Kata Tunggal Dua Suku Kata

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat 4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria 7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih 8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko 9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris

10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda 11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

3.1.3.1.3

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar 6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat 8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi 9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat 10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama 11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna 12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu 13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun 14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah 15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat 16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan 17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda 18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok 3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur 7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana 9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional 10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

3.1.3.1.5

Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak

3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan didalam diambil, 2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, 3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, 4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjuk dan -indalam sinambung. Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.

3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif

3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, Contohnya : Awalan peN= pepempenpengpengePerkataan pelukis, pewangi, penyanyi pembalut, pembeli, pemberi pendatang, pencari, penjual pengguna, pengayuh, pengukur pengebom, pengetin, pengecat

perpekejurumahatataprasubsupraekadwi-

perasap, perbara, pertapa pesara, pekedai, peguam ketua, kehendak, kelepek jurubahasa, jurujual, juruterbang mahasiswa, mahaguru, maharaja tatabahasa, tatanegara, tatanama prasejarah, prakata, prasangka subbidang, subsistem, subkategori suprakelas, suprasistem, suprakategori ekabahasa, ekasuku, ekahala dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

3.2.1.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis, menari, merasa membeli, memberi, membalut mendaki, menduga, mentadbir mengaji, mengasuh, menghasut mengebom, mengetin, mengecat

memperberterdidiper-

memperisteri, memperbesar, memperoleh berkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyum diatur, dibeli, disuruh diperisteri, diperbesar, diperoleh

3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :

Awalan ter se-

Perkataan terpandai, termerah, terpanjang seputih, sehalus, sejernih

3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja

3.2.1.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah Perkataan ajaran, silaan, bacaan ilmuwan, budayawan, usahawan budiman, seniman seniwati, peragawati nasionalisme, sosialisme, komunisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat ustazah, sultanah

3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja

Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu kan dan i . Contohnya : Akhiran -kan -i Perkataan lahirkan, ambilkan, hulurkan ikuti, jalani, sertai

3.2.1.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif

3.2.1.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. Contohnya : Apitan peN-.....-an: pe-....-an pem-.....-an pen-....-an peng-.....-an penge-.....-an pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pendakian, pencucian, pentauliahan penguduran, penggandaan, pengkhayalan pengesahan, pengeboman, pengekodan Perkataan

pe-......-an per-.....-an ke-...-an

pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Contohnya: Apitan meN-......kan me-.....-kan mem-.....-kan men-....-kan meng-....-kan menge-....kan ber-....-kan ber-....-an di-...-kan meN-.....-i me-....-i men-...-i mem-...-i meng-....-i di-......-i diper-.....-kan diper-....-i memper-.....-kan memper-....-i ke-....-an melalui, menyedari, mewarnai mendahului, mencucuri, menjauhi membanjiri, membelakangi, membasahi menghendaki, mengawasi, mengkhianati dianugerahi, didekati, dianuti diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan diperingati memperdengarkan, memperlihatkan, memperingati kehujanan, kepanasan, kecurian memajukan, melakukan, menanyakan membezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan beralaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapan ditaburkan, didorongkan, digulingkan perkataan

3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an. Contohnya : Apitan ke-.....-an ke-.....-an ke-.....-an kemelayuan keinggerisan kearaban Perkataan

3.2.1.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif.

3.2.1.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk, telapak, kelemumur seruling, keruping kemuning, kemuncup

3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak, gelembung serabut, gerodak gemilang, gemuruh, sementara sinambung

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

1.

Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:

(i)

ghairah

(vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat

(ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau

3. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Majmuk Kata Ganda

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

4.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.

4.1

Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).

4.2

Jenis-Jenis Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :

i. ii. iii.

Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan

4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih guru besar bom tangan kuning langsat campuk aduk segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya :

Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya

Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor

4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara medan sinaran segi empat panjang

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk

4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu :

antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga

setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya

beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari

Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. Antaranya :

Kata Nama Contohnya : peribadi, hulubalang Kata Adjektif Contohnya : sukacita, dukalara Kata Sendi Nama Contohnya : daripada, kepada Kata Hubung Contohnya : manakala, walhal, barangkali Kata Tanya Contohnya : bagaimana

4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk

Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guruguru Besar

Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Contohnya : Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

a.

Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :

campur aduk ambil alih daya serap

menjadi menjadi menjadi

bercampur aduk mengambil alih daya serapan

b.

Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya :

campur aduk ambil alih satu padu

menjadi menjadi menjadi

mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan

4.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1.kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak

4.3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian

4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :

1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit

Langit-langit menjadi

2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai Di bahagian Hadapan Kata Dasar cinta-mencintai bantu-membantu kejar-mengejar

4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki

2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ; mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan

3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai ipar-duai rempah-ratus lintang-pukang

Bibliografi

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

TAJUK 5

GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat

dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; 2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. 5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut: a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. a. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5.6: Kata nama khas b. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

Rajah 5.7: Kata Nama Am

c. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.

(a) Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-kan, me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) ii) iii) iv) Samad membacakan ayahnya surat. Pengarang itu menulis buku. Aminah sedang mencuci pakaian. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

(b) Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayatayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, beran dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian. Contoh :

i) ii) iii)

Pegawai itu berkereta ke pejabat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.

iv) v) vi)

Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning. Pemuda itu sedang berbual.

(c) Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. (iii) Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.

LATIHAN Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______ nama _____dan nama_______. ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______. v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________

vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan.

(1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.

TAJUK 6

GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenisjenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif

Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.

6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurangkurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera

Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:

kuat keras bijak

pintar lemah cergas

nakal sihat jahat

Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah ii. Dia lemah dalam matematik iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iv. Anak Pak Kamar bijak sekali. v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

jingga putih

perang biru

hitam kelabu

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Adik suka pakai baju hijau. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. Baju kesukaan saya berwarna kuning. Kereta merah itu kepunyaan abang. Dia memiliki mata berwarna biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

tebal nipis tinggi

gemuk kurus

panjang pendek rendah kecil

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi. Badannya semakin kurus. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

lurus bengkok leper

bulat bundar

bujur

lonjong Contoh ayat: i. ii.

buncit

tajam

Jalan lurus mudah dilalui. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

iii. Mukanya bujur sirih. iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. v. Matanya tajam memandang ke hadapan

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

kerap jarang baharu

awal lewat dahulu

sering silam lampau

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

nyaris hampir

dekat jauh

Contoh ayat:

i. ii. iii.

Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

pantas lambat laju

deras gopoh cermat

ligat perlahan cepat

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berpusing ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:

kasih sayang cinta

takut hendak rindu

malu geram marah

Contoh ayat:

i. ii. iii. iv. v.

Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:

lembik halus

kasar kesat

licin keras

i. ii. iii. iv. v.

Lantai itu licin kerana baru dicuci. Kulit mukanya sangat halus. Kain yang kesat itu ialah kain lap. Buku itu berkulit keras. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

Indera dengar

nyaring merdu garau

lembut serak

mersik

i. ii. iii. iv. v.

Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Alunan musik itu mersik.

Indera pandang

comel cantik

hodoh buruk segak

molek

i. ii. iii. iv.

Pemuda segak itu guru saya. Kakaknya suka berpakaian cantik. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

vi.

Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Indera bau

wangi busuk

hanyir hancing

harum tengik

i. ii. iii. iv. v.

Bunga ros itu harum baunya. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Indera rasa

manis masin

kelat payau

masam lazat

i. ii. iii. iv. v.

Setiap hari kita minum air tawar. Semua orang suka makanan lazat. Buah limau masam rasanya. Saya tidak suka minum ubat pahit. Kuih tradisional itu terlalu manis.

6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu.

kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah

: : : : : : : : : : : : : :

dan, atau, tetapi wah,amboi,cis apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan

Kata Tugas

Ayat

1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

Gabungan

dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.

Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.

Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii)

Kata Hubung Pancangan 1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa

utama atau klausa induk.

Relatif

yang

Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.

Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.

Komplemen

bahawa

Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

Keterangan

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala,

Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.

Dia membaca

walaupun, sungguhpun, apabila

terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.

Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.

Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.

(iii)

Kata Praklausa 1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. 2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa

Kata seru

aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai,

Syabas, awak telah berjaya!

wahai

Aduhai, awak datang lambat sangat!

Kata tanya

berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

Harga barang itu berapa?

Mengapakah dia menangis semalam?

Kesihatannya sekarang bagaimana?

Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Manakah baju baharu saya?

Siapakah yang datang semalam?

Kata perintah

jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,

Jangan buang sampah di sini.

Janganlah bersusah hati.

Harap saudara dapat datang petang ini.

Silalah masuk.

Kata pembenar

ya, benar, betul, benar

Ya, itulah orangnya.

Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.

Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.

Kata pembenar

hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian

Hatta istana itu pun siaplah.

Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara

Paduka Raja.

Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.

(iv)

Kata Prakfrasa 1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. 2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

Kata bantu

1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum

Pekerja itu telah pulang.

Murid-murid itu baru tiba.

Mereka pernah ke utara Malaysia.

Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.

Semua pihak sedang sibuk menyiapkan

kerja.

Adik masih membersihkan meja.

Semua kenderaan akan diperiksa esok.

Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi.

2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan.

Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.

Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.

Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga.

Semua pihak boleh

memberikan pendapat mereka.

Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.

Kata penguat

1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak

Bangau itu terlalu kurus.

Cadangan yang dikemukakannya paling menarik.

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

Pendapatnya agak bernas.

2. Penguat belakang: sekali, benar, nian

Lukisan di dinding itu cantik sekali.

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Lambat benar bas itu tiba.

Dia keluar sebentar nian.

3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penegas Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

1. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, lah.

Siapakah majikan kamu itu?

Apatah daya kita. Orang itulah bapanya.

Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.

1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat:

Kami juga ingin

juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang


ke bandar. Kami ingin juga ke pekan.

Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat

Hujan hanya turun pada musim dingin. Hujan turun hanya pada musim dingin.

Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan

Itu bukan mereka. Roti bukan diperbuat daripada besi.

2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.

Dia tidak berlari. Rumah lama itu tidak besar sangat

3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.

Pak Ali bukan kaya sangat

tetapi pemurah orangnya.

Kata pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah

Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.

Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.

2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah

Kenyataan itu adalah tidak benar.

Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.

Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan

1. Menunjukkan tempat: di

Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.

2. Menunjukkan: tempat,

Tempat: Mereka

yang letaknya di hadapan frasa nama.

arah dituju, waktu atau masa: ke

akan ke Kuantan esok. Arah: Mereka menuju ke selatan.

Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.

3. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari

Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan.

Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.

4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripada

Punca: Dia menerima surat daripada kakak.

Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.

Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat

daripada mereka. 5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada

Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.

6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada

Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.

Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.

7. Menunjukkan kegunaan untuk

Kegunaan sesuatu: untuk

untuk Rumah pekerja

sesuatu: untuk, bagi

sedang dibaiki.

Rumah pekerja dibaiki.

bagi sedang

8. Menyatakan bahagian ditentukan

maksud yang atau

Bahagian ditentukan

yang atau

diperuntukkan: Hadiah untukmu. ini

diperuntukkan: untuk

9. Bertugas

membawa

Tujuan: Kita mesti bersatu demi

makna tujuan: demi

keadilan negara.

10. Membawa

maksud

Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara.

rujukan: tentang

11. Membawa

maksud

Perbandingan: Hatinya {seperti, umpama, laksana} batu. keras bagai,

perbandingan: seperti, bagai, laksana umpama,

12. Membawa

maksud cara

Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.

bersama-sama, sesuatu memakai menggunakan,

dilakukan, atau

Cara dilakukan:

sesuatu Dia

menyatakan perbandingan serupa: dengan yang

memulakan majlis dengan doa. Memakai atau

menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air.

Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa

sependapat dengan ketuanya. 13. Membawa maksud

Penanda

waktu

penanda waktu atau masa: sejak, semenjak

atau masa: Kami tinggal di

kampung {sejak, semenjak} dua

tahun yang lalu. 14. Membawa maksud

Rujukan: Tanamilah belas terhadap binatang rasa

rujukan: terhadap

kasihan

15. Mendahului

kata

Mendahului kata adjektif bersifat yang emotif:

adjektif yang bersifat emotif: akan

Wanita itu amat rindu akan

anaknya. 16. Membawa hubungan dalam ayat maksud pembuat pasif, yang maksud

Hubungan pembuat dalam

ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. Hubungan membawa maksud Pemain badminton kalah (sebab) kekurangan latihan. itu oleh sebab: yang

hubungan membawa sebab: oleh

17. Membawa

maksud

Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar

perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai

{hingga, sampai} peringkat universiti.

18. Membawa

pengertian

Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus

lingkungan yang tidak mempunyai atau jarak: ruang dalam,

antara

bertutur bahasa

dalam

kebangsaan kita.

Tidak

ada

perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.

Kata arah

1. atas,

antara,

bawah,

Buku itu ada di atas meja.

tepi, belakang, tengah, dalam, penjuru, luar, sudut, sisi, segi,

Dia

duduk

di

antara Ramli dan Salmah.

selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara

Mereka bersembunyi bawah rumah. di

Petani itu berjalan di tepi danau.

Kami mendirikan khemah di

belakang rumah.

Kata bilangan

1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua,

Bilangan

tentu:

Dua hari lagi dia akan sampai.

sepuluh, sejuta 2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala,

Bilangan tentu:

tak Segala

semua, para, beberapa, sekalian, banyak, sedikit (v) Kata Pascakata 1. -nya yang hadir selepas perkataan. 2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

persiapan dibuat.

telah

seluruh,

Kata penekan

1. Memberi kepada

penegasan kata yang

Lapisan

ozon

sesungguhnya semakin menipis.

bergabung dengannya: -nya

Kata pembenda

1. Menjadikan

sesuatu

Lajunya ialah 100 km sejam.

perkataan yang bukan daripada sebagai kata kata nama nama:

Kata + -nya; lajunya, sakitnya

2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.

Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat

Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tegas beliau, krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta

penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan

masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.

Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?".

Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya. Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. "Hilwah... kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan." "Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like