You are on page 1of 18

PENGENALAN MORAL

Definisi :
-Moral
-Nilai
-Etika
-Akhlak
MORAL

Moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku.
Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang
memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.
Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan
ditinggalkan serta bersifat praktikal.
Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai
penentu.
SAMBUNGAN MORAL
Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang
membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan
yang dianuti.

Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu:


i. kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral,
ii. wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara
umum dapat diterima oleh masyarakat dan
iii. muncul dalam bentuk kebebasan.
SAMBUNGAN MORAL

Thomas Hobbes :

“Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan


konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang
mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat
buas dan angkuh”.
AKHLAK
Akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitu linguistic(kebahasaan) dan
pendekatan terminologic(peristilahan).

Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab, ‘khuluq’ yang bermaksud budi
pekerti.

Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia
yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran.

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku
manusia.

Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau
imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam.

Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni
yang mesti dilakukan oleh setiap individu.
Imam Al-Ghazali (1015-1111 M) yang lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam(pembela

Islam)

mentakrifkan akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul

perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.

Profesor Dr Ahmad Amin,

akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah

dilakukan.
Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan

pembawaan dalam hatinya.

Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok dengan akarnya

yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya.

Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan

rosaklah pokok dan cabangnya.


ETIKA
Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa
Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan
dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang
berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.

Menurut Frankena(1973),

merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah


moral dan pertimbangan moral.
 Menurut Ahmad Amin (1983) pula

adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan

menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.

Abdul Fatah Hassan (2001),

tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk.

Encyclopedia Britanica,

etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari

konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya.


Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang

berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk.

Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara

yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat .

Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika

merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan

manusia yang betul.


Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan

o apakah tingkah laku yang betul

o apakah yang salah

o apakah tingkah laku yang bertanggungjawab

o apakah yang tidak.

Contohnya,

 mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak
dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya.

= Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi
menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
KEPENTINGAN MASYARAKAT YANG BERMORAL, BERAKHLAK DAN BERETIKA

1) Masyarakat hidup aman damai


2) Melahirkan masyarakat yang dapat membezakan antara perkara baik dan buruk
3)Kehidupan masyarakat negara berlandaskan hukum-hukum islam
4)Masyarakat negara dapat menyelesaikan masalah secara rasional jika berlaku sesuatu
perselisihan
5)Etika kekeluargaan bertambah rapat
6)Tiada permusuhan
7)Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan
8)Hidup berakhlak
9) Urusan Pentabiran lebih lancar dan terurus
DEFINISI NILAI
Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan oleh seseorang ditentukan oleh nilai.
Nilai merupakan satu prinsip/ garis panduan yang menyediakan anggota
masyarakat untuk menjalani kehidupan.
Clyde Kluckhohn
 Suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian
yang luas, suatu standard yang mengaturkan sati sistem perlakuan.
 nilai sebagai satu ‘preference’, iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai
hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk
mencapainya.
Pemilihan nilai-nlai adalah penting bagi proses pembangunan.

Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak lain mengecap kita


sebagai masyarakat membangun yang tidak bermoral

Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibtkan


setiap orang kerana tingkahlaku/nilai individu mencerminkan nilai
keseluruhan rakyat Malaysia.
LATAR BELAKANG
SIFAT MANUSIA
Memerlukan peraturan dan peradaban dalam menyusun
dan mengatur kehidupan
KEDUDUKAN ‘ETHICS AND MORALITY’
Bukan suatu pilihan tetapi kewajipan dalam setiap aspek
kehidupan manusia
TUJUAN NILAI
Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dalam islam
Menghormati kebaikan dan membenci kuburukan
Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas-
tugas
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu
Melathi diri dengan disiplin
Menjalankan amanah dengan dedikasi

You might also like