You are on page 1of 48

PERANAN DAN IMPLIKASI

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Disediakan oleh :
MURALI MOHAN
YOGGESHWARI MOGHAN
SARANIYA PANEER SELVAM
Implikasi Kepelbagaian
Sosio-Budaya
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara
kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem
pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara
khasnya.
Murid

Kepelbagaian
Guru sosiobudaya dari Sekolah
aspek

Kurikulum
SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Rendah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Sekolah Sekolah Beragama Penuh (SBP)

Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan


Menengah Agama (SMKA)

Sekolah Model Khas

Sekolah Menengah Kebangsaan


Harian
Sekolah Rendah

 Terdapat tiga jenis


 Sekolah Kebangsaan, Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar utama.
 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Bahasa Cina sebagai Bahasa pengantar utama.
 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Bahasa Tamil sebagai Bahasa pengantar
utama.
Sekolah Menengah : SBP

 Sekolah Beragama Penuh(SBP) bermatlamat memberi peluang kepada murid


cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar.

 RMKe-9, KPM akan membina 15 buah SBP, menaik taraf sedia ada,
Meningkatkan prestasi sukan dan memantapkan program kepimpinan.
Sekolah Menengah Teknik (SMT)

 Memberi peluang belajar kepada murid yang cendurang dalam bidang teknikal
dan vokasional.

 Matlamatnya, untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang
mencukupi.

 Menawarkan bidang ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangkan elektrik,


mekanikal dan awam, kejuruteraan elektrik, mekanikal, awam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA)
 Bagi meyediakan Pendidikan Islam kepada murid.

 Memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepemimpinan

 Walaupun penekanan terhadap pencapaian dalam akademik, namun begitu


aspek kepercayaan dan nilai
 turut diserapkan dalam pembentukkan sahsiah.
Sekolah Premier

 Sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi
sumbangan kepada sejak penubuhannya.

 Seni bina yang bersejarah yang memperkayakan khazanah warisan negara


Sekolah Bestari

 Sekolah yang mempuyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang


lengkap, dan terletak di kawasan yang strategik
Sekolah Pendidikan Khas

 Menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan,


pendengaran dan pembelajaran, autism, sindrom down, keupayaan kognitif
rendah, ADHD dan dileksia.

 Matlamatnya, supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat


menyumbang kepada pembangunan negara.
Kepelbagaian Sosiobudaya

 Kementerian Pelajaran melaksanakan Program Integrasi Untuk Perpaduan


(RIMUP) – memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

 Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas social masyarakat- luar
bandar/bandar memberi peluang yang sama
- Murid dari kaum yang berlainan mula menerima budaya dari kaum lain.
 Sekolah merupakan ruang untuk pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai
dalam masyarakat.
Kepelbagaian Sosiobudaya

 Pihak sekolah perlulah menggunakan Bahasa rasmi dan Bahasa penghantar


dalam segala urusan rasmi.

 Sekolah haruslah memberikan sokongan berbentuk moral atau material


kepada pihak yang berkewajipan mengembangkan pengetahuan Bahasa
kepada murid.
Kepelbagaian Sosiobudaya

 Sekolah Wawasan :-

- Ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid sekolah.


- Disatuakan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
- Melahirkan genarasi Malaysia yang bersifat pelbagai kaum
- Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi
Guru

 Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang


berkenaan.
 Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu
dalam satu kumpulan sahaja.
 Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka
berinteraksi terbuka luas.
 Semua guru yang mengajar di dalam kelasharus menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap profesional
 Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan
cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
 Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai
hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran.
 Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu:
i. Golongan Atasan
ii. Pertengahan Atasan
iii. Pertengahan Bawahan
iv. Pekerja
v. Golongan Bawahan
 Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid
yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.
 Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial akan mewujudkan pergaulan
bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
 Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai,
sikap serta tingkah laku yang sesuai.
 Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi
mereka secara optimum.
 Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya
mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.
 Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik
murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya.
 Guru mesti mengamalkan ketepatan masa.
 Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap pencapaian murid (Mixed-Ability Students).
 Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak
aktiviti yang merangsangkan minda.
 Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh
dengan senyuman dan jenaka
 Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan
murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk
nasihat tetapi bukan leteran.
 Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat
kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan
meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.
 Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran
yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.
 Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka.
 Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan pelbagai
dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada
pembelajaran.
 Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada
murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran.
 Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti
pembelajaran.
 Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh
semua murid tanpa mengira jantina.
 Guru harus boleh menggerakkan murid untuk memberi rumusan berdasar
pengalaman pembelajaran tersebut.
 Rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-
bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
 Tugasan yang disediakan kepada murid adalah pemulihan dan pengukuhan,
bergantung kepada hasil pembelajaran.
 Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemuka pandangan serta cadangan bagi
menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan
pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan
mempunyai penambahbaikan.
 Guru harus berkemampuan membuat pemantauan atau refleksi di atas kerja-
kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping
memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang
baik kepada semua orang yang mematuhi ‘Tonggak Dua Belas, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam’.
 Guru yang berwawasan bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan
kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan
perhatian dengan bersungguh-sungguh sewaktu melaksanakan tugas.
 Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan murid telah bertukar
kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen
perubahan dan sumber inspirasi kepada murid.
 Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf
dunia, permulaan latihan untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion
keguruan dibuat dengan teliti.
 Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai
orang menyertai profesion keguruan.
 Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi oleh sesiapa sahaja.
 Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan,
latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati
skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.
ASPEK MURID….

 Setiap murid adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil
lingkungan budaya etnik atau jenis masyarakat serta penempatan
tempat tinggal masing-masing.
 Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh murid dapat
membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik lagi
berkesan.
 Kepecayaan yang diamalkan oleh murid
 Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan.
 Secara langsung perpaduan dan toleransi dapat dijalin
 Penggunaan bahasa yang standard
 Unsur – unsur dialek mengikut kaum dielakkan
 Muriddiingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan menggunakan
bahasa yang betul
 Perbendaharaan kata yang tepat membantu kematangan sosial
 Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka
yang berlaianan jantina
 Murid perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi
yang berlainan jantina
 Aktivitipembelajaran yang diikuti perlu melibatkan rakan yang berlainan
jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang diberi oleh guru
 Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah
 pendekatan penyayang yang ditunjuk oleh guru dapat menjinakkan murid
 Bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan
 Menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah
 Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf
sosioekonomi keluarga.
 Murid yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi
masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar
 Murid daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang
menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran,
berpeluang menghadiri kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian
dan dorongan yang khusus daripada ibu bapa.
 Hasilnya,peluang mendapatkan pendidikan lebih meluasberbanding
mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah
 Murid mengamalkan gaya berfikir dangaya belajar yang
berbeza.
 Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan
kinestetik.
 Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi
pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti
membuat untuk menguasai pembelajaran.
 Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yang berasaskan gaya berfikir
individu yangmembuatkan setiap pelajar berbeza.
Kurikulum Tersirat

 Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik


merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian
untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).
. Kurikulum menampilkan penyampaian isi
kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu
sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menetukan pencapaian objektif yang tercatat.
 Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah pendidikan itu hanya untuk
melaksanakan kurikulum yang bertulis sahaja?
 Adakah pendidikan cuma mengukur hasilan pembelajaran yang berupa
penguasaan ilmu semata-mata sama ada di tahap tinggi atau rendah oleh
murid?
 Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik minat para penyelidik
untuk mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah dan
pengalaman yang dipanggil Kurikulum Tersirat (Mongolis, 2001; Chafel,
1997; Eisner, 1994; Longstreet & Shane, 1993; Synder, 1973).
 Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar negara mengakui bahawa
sebenarnya apa yang dipelajari di sekolah atau institut pendidikan lain
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam Sukatan Pelajaran atau
Proforma Kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang
diperoleh penuntut semasa belajar.
 Kajian mengenai Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi adalah terlalu sedikit
(Margolis, 2001; Chafel, 1997).
 Idea Kurikulum Tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson
(1968) dalam bukunya ‘Life in Classrooms’ yang seterunys telah dijadikan
fokus kajian oleh Snyder (1973) dan Apple (1980).
 Memandangkan jumlah kajian mengenainya amat terhad, belum ada lagi
kata sepakat antara tokoh Kurikulum mengenai definasi yang paling tepat
bagi Kurikulum Tersirat.
 Ausbrooks (2000), menjelaskan bahawa Kurikulum tersirat;
“…is composed of the implicit messages in the school’s social climate,
unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child is
absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum
that creates a school’s so called “Learning Environment”.
 Chafel (1997), berpendapat terdapat 2 bentuk kurikulum yang dilaksanakan
di sekolah:-
i. Kurikulum Overt (Terbuka)
ii. Kurikulum Covert (Tertutup)
Kurikulum Overt memberi fokus kepada Kursus Pengajian Eksplisit manakala
Kurikulum Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada Pembelajaran Tacit
(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan)
 Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat lebih memberi penekanan
kepada perekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus.
 Adams (2002), mengenalpasti Budaya akademik sebagai Kurikulum Tersirat.
 Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli akademik di
Institusi Pengajian Tinggi ialah memindahkan Sistem Budaya melalui strategi
pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan.
 Margolis (2001), pernah menjalankan kajian terhadap Kurikulum Tesirat di
peringkat pengajian tinggi telah mengadakan temubual dengan beberapa
orang ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat.
 Beliau mendapati beberapa istillah yang sama untuk kurikulum tersirat
disebut oleh responden termasuklah “tacit learning, unintended and
intended consequences of schooling, political socialization, role
development, mentoring and intentional practices”.
 Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum.
 Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat
dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum.
 Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan
Panitia dan aktiviti Kokurikulum.
 Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial.
 Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial
murid.
 Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui
pembentukan kurikulum.
 Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang
dengan teliti.
 Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut:
i.Merangkumi semua pengalaman
pembelajaran murid di mana mereka belajar.
ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat
relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.
iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana
kurikulum sendiri.
 (iv) Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi,
persekitaran dan latar belakang pelaksana Kurikulum.
 (v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan
mahupun dalam penilaian.
 (vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis, tahap
pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.
 Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat
oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan
beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu:-
 i. Budaya belajar untuk belajar
 ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar
 iii. Belajar untuk Pembudayaan
 Carpenter (1985), telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar
terhadap para guru pelatih.
 Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke atas guru
pelatih.
 Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak
diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk
mengajar kemahiran belajar di sekolah.
 Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya
merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman pembelajaran
yang diperoleh murid.
 Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti iklim, budaya,
kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam sistem pendidikan formal.

You might also like