You are on page 1of 3

CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)

BAHASA MELAYU 2020 (BENTUK PERENGGAN)

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 1 Cemerlang
3. Bilangan Murid : 24 orang
4. Tarikh : 30 Januari 2020
5. Hari : Jumaat
6. Masa : 8.10 hingga 9.10 pagi
7. Tema : Badan Sihat dan Bersih
8. Tajuk : ‘Kebersihan dan Kesihatan’

9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Mendengar

10. Standard Kandungan (SK)


1.1 Mendengar dan memberi repons

11. Standard Pembelajaran (SP)


1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi. .

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


i. Mendengar, menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal
berganding dengan betul dan tepat.
ii. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding
dengan kemas.

a. Mengajuk sekurang-kurang dua daripada tiga perkataan yang mengandungi huruf


diftong dengan baik.
b. Menyebut sekurang-kurangnya dua daripada tiga perkataan yang mengandungi
huruf diftong dengan sebutan dan intonasi yang betul.
13. Sistem Bahasa
 Tatabahasa
 Kosa kata
 Sebutan dan intonasi

Pengurusan Bilik Darjah (2 Minit)

Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar.

Set Induksi ( 5 Minit )


Murid diperdengarkan lagu ‘Lompat Si Katak Lompat’ dengan teliti mengikut lirik lagu dalam klip video
lagu untuk menyegarkan dan mewujudkan kesediaan belajar. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran
iaitu “ Kebersihan dan Kesihatani” kepada murid.

Langkah 1 (15 minit)

Murid diminta oleh guru untuk mendengar dan menyebut semula bunyi suku kata dan perkataan diftong
serta vokal berganding dalam klip video yang dipaparkan. Murid diperkenalkan cara mengeja perkataan
tersebut oleh guru. Murid ditunjukkan cara menyatukan suku kata menjadi perkataan yang mengandungi
diftong dan vokal berganding. Murid dilatih untuk menyebut perkataan yang mengadungi diftong dan
vokal berganding yang ditunjukkan oleh guru.

(Penilaian Objektif i )
BBM – Video Klip

Langkah 2 (15 minit)

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang kecil. Murid dipaparkan slaid persembahan “ Powerpoint”
yang mengandungi aktiviti permainan bahasa iaitu perkataan diftong serta vokal berganding. Guru
meminta wakil murid daripada setiap kumpulan untuk mengklik hadiah pilihan dalam paparan mulitmedia
untuk menyelesaikan soalan yang didapat oleh murid melalui perbincangan ahli kumpulan. Kumpulan
yang dapat menjawab soalan tersebut akan diberikan satu token mengikut token yang telah dikumpulkan
oleh setiap kumpulan. (x sesuai dgn obj)

(Penilaian Objektif ii)


BBM – Slaid persembahan powerpoint & Token

Langkah 3 (18 minit)

 Guru memberikan lembaran kertas kerja kepada setiap orang murid


Penilaian
Guru mengedarkan lembaran kerja latihan penilaian iaitu memadankan perkataan diftong atau vokal
berganding berdasarkan gambar.

Pengayaan

Lengkapkan perkataan diftong/ vokal berganding berdasarkan gambar. Guru memantau dan
membimbing murid. Guru memberi token kepada murid yang telah menyiapkan latihan dengan bersih,
kemas dan cantik.
Pemulihan

Guru meminta murid untuk menyebut dan membaca bunyi suku kata diftong dan vokal berganding.

(Penilaian Objektif ii)

BBM – Lembaran kerja latihan, token


Penutup (5 minit)

Penutup Kognitif
Guru meminta murid untuk merumuskan isi pelajaran di dalam bilik darjah.
Penutup Sosial
Murid diminta untuk menyenaraikan perkataan diftong dan vokal berganding yang dipelajari. Guru
memberikan pujian dan motivasi kepada murid dan rakan sekumpulan mereka. Murid tepuk tangan dan
ucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan atas kerjasama yang diberikan.
Nilai murni
Kebersihan diri, bekerjasama, kasih sayang, tolong-menolong

You might also like