You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program & Ambilan: PISMP JUN 2020

Semester/Tahun SEMESTER 2/TAHUN 1

Nama Pelajar: PUTRI NUR AISYAH BT AZHARI

Angka Giliran: 2020182340041

Nombor Kad Pengenalan: 000925-02-0856

Kumpulan/Unit: BAHASA MELAYU (BM)

Kod dan Nama Kursus: BMMB 3043 – KAJIAN KURIKULUM


BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Jenis Tugasan: PENULISAN ESEI II

Nama Pensyarah: TN. HJ. IZAN BIN HJ. OTHMAN

Tarikh Hantar: 18 MAC 2021

Pengakuan penerimaan maklumbalas Tanda tangan Pelajar:

daripada pensyarah: Tarikh: 18 MAC 2021

Tanda tangan Pensyarah:

Tarikh:

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN .....................................................................................................................................2

PENGHARGAAN......................................................................................................................................3

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 4

2.0 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) ...................................4

2.1 Kotak Beracun ................................................................................................................................ 5

2.2 “Saya Cakap Awak Bertindak” ........................................................................................................5

2.3 Radio Buruk ....................................................................................................................................5

3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD DAN PENILAIAN


KURIKULUM (DSKP) TAHUN 4 ...............................................................................................................6

4.0 Kesimpulan ....................................................................................................................................7

5.0 RUJUKAN......................................................................................................................................8

LAMPIRAN ...............................................................................................................................................9

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, BMMB3043 Kajian
Kurikulum disiapkan tepat pada masanya. Ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua- dua ibu bapa
yang saya hormati kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada saya sepanjang
saya melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada pensyarah BMMB3043 saya iaitu Tuan Haji Izan
Bin Othman kerana beliau memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa saya membuat kerja kursus
ini. Beliau juga memebrikan penjelasan yang banyak bagi membantu saya menyelesaikan kerja kursus
ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan- rakan yang sudi membantu saya menyelesaikan masalah
ketika menyiapkan tugasan ini. Diharapkan tugasan ini dapat membantu individu lain dalam mencari
maklumat ini.

3
1.0 PENGENALAN

Menurut Mok (2000), pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi pengajaran di samping
memotivasikaan pelajar supaya bersedia untuk belajar, mengurus mereka supaya mempunyai disiplin diri
serta menggerakkan mereka dengan aktiviti dan interaksi yang positif.Manakala perkataan pembelajaran
telah ditakrifkan oleh Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015) yang bermaksud perihal atau proses belajar.
Pada zaman yang meningkat maju ini, penggunaan model pengajaran yang sesuai perlu dititik beratkan
oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan secara
berkualiti. Oleh hal demikian, perancangan yang dilakukan haruslah menepati setiap aspek yang telah
digariskan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (DSKP BM SR). Penulisan ini
akan memfokuskan perancangan langkah-langkah PdP berdasarkan pengaplikasian Standard
Pembelajaran bagi kemahiran bahasa dan aspek bahasa berdasarkan DSKP BM Tahun Empat.

2.0 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Guru merupakan insan yang penting dalam mencorakkan perkembangan fizikal kanak-kanak selain
daripada ibu bapa. Menurut Mohamad Sani, Mohd Izham & Jainabee (2008) guru yang berkualiti
diperlukan bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya
merancang pelbagai aktiviti menarik yang bersesuaian dengan perbezaan individu dan objektif
pembelajaran. Rajah di bawah menunjukkan beberapa aktiviti kreatif yang boleh dilakukan oleh guru
semasa pelaksanaan sesi PdP :

Aktiviti • Kotak Beracun


Pelaksanaan • Saya Cakap Awak Tulis
Sesi PdP • Radio Buruk

Rajah 1: Aktiviti Pelaksanaan Sesi PdP

4
2.1 Kotak Beracun

Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru semasa pelaksanan PdP adalah aktivti Kotak
Beracun. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti ini murid dapat melatih diri murid untuk berani
menyebut dan menjawab soalan yang diberikan. Permainan ini bermula setelah alunan muzik dimainkan
dan sebuah kotk harus digerakkan sehingga alunan muzik terhenti. Apabila terhenti alunan muzik tersebut,
murid yang memegang kotak tersebut haruslah bangun dan mencabut soalan di dalam kotak itu sebelum
menjawabnya. Soalan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan perumpamaan. Murid akan
diarahkan untuk membuat satu perumpamaan menggunakan perkataan yang telah dicabut daripada kotak
tersebut. Setelah itu, murid perlu menulis perumpamaan tersebut pada papan hitam di hadapan kelas bagi
menambahkan pengetahuan murid dalam pembelajaran peribahasa. Pelaksanaan aktiviti ini adalah
berdasarkan aspek tatabahasa yang bertepatan dengan Standard Kandungan 4.1 iaitu mengaplikasikan
unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Jelaslah melalui pendekatan ini, murid
boleh bercerita dan mengujarkan peribahasa pada akhir sesi PdP, iaitu berdasarkan Standard
pembelajaran 4.1.1.

2.2 “Saya Cakap Awak Bertindak”

Selain itu, aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti “Saya Cakap Awak Bertindak” bagi murid
tahun empat. Hal ini dikatakan demikian kerana objektif aktiviti adalah utnuk membolehkan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi kemahiran bahasa dan aspek bahasa DSKP BM SR Tahun
Empat tercapai. Dalam pelaksanaan aktivit ini guru perlu memberi arahan kepada semua murid dan
mereka harus melaksanakan segala arahan yang telah diberikan. Sebagai contoh, jika guru menyuruh
murid untuk berdiri dan memberikan hujah mahupun perbandingan maklumat tersurat dan tersirat
mengenai sesuatu perkara maka murid tersebut haruslah menjawab secara bertatasusila kepada guru.
Hal ini amat berkaitan dengan kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran menulis. Standard
Kandungan yang ditekankan ialah pada bahagian 1.2, iaitu bertutur untuk menyampaikan maklumat dan
idea bagi pelbagai tujuan. Pada akhir sesi pembelajaran, murid boleh mencapai Standard Pembelajaran
berdasarkan Standard Kandungan yang dikemukakan, iaitu 1.2.1 bertutur untuk menilai, dan memberikan
alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks dan 1.2.2 menjelaskan dan
membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

2.3 Radio Buruk

5
Seterusnya, aktiviti Radio Buruk merupakan sebuah aktiviti yang menekankan kemahiran
mendengar dan bertutur. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada
lima hingga tujuh orang dan mereka perlu beratur dalam satu barisan panjang. Guru berperanan untuk
menyebutkan dua ayat atau lebih kepada murid-murid pertama dalam setiap kumpulan. Ayat-ayat yang
digunakan itu merupakan dialog tidak formal yang telah dirancang dalam bentuk ayat majmuk. Kemudian,
murid-murid yang berada di kedudukan pertama dalam setiap kumpulan perlu membisikan ayat yang
dituturkan oleh guru kepada rakan-rakan di dalam kumpulan yang sama secara tepat. Murid-murid hanya
mendapat dua kali peluang untuk mendengar ayat tersebut. Guru akan menilai hasil akhir melalui
ketepatan ayat-ayat yang dituturkan oleh murid-murid yang terakhir dalam setiap kumpulan. Kumpulan
yang mempunyai tahap ketepatan ayat yang paling tepat akan memenangi pusingan tersebut. Aktiviti ini
dapat dikaitkan dengan Standard Kandungan 1.1 iaitu mendengar dan memberkan respons semasa
komunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. Murid-murid yang melakukan aktiviti ini akan boleh
mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal
(Standard Pembelajaran 1.1.1) serta mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap ujaran
yang terdapat dalam situasi tidak formal (Standard Pembelajaran 1.1.2). Selain itu, aktiviti ini juga dapat
dikaitkan dengan aspek tatabahasa iaitu apabila guru memberikan beberapa ayat majmuk kepada murid-
murid tersebut dan murid-murid yang melakukan aktiviti ini berupaya untuk memahami dan menggunakan
golongan kata mengikut konteks (Standard Kandungan 5.1). Murid-murid akan berupaya untuk memahami
dan menggunakan kata tugas iaitu kata hubung dan kata sendi nama mengikut konteks (Standard
Pembelajaran 5.1.4).

3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD DAN PENILAIAN


KURIKULUM (DSKP) TAHUN 4

Pentaksiran sekolah dilakukan dalam bentuk pentaksiran formatif selari dengan proses PdP atau
pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran Sekolah dapat
didefinisikan sebagai pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa serta dipelopor oleh guru di
samping melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Terdapat 6 tahap penguasaan yang akan dinilai
dalam kemahiran mendengar dan bertutur iaitu apabila murid mendengar, mengecam sebutan dan
memberikan respons terhadap ujaran secara tepat, berkomunikasi bagi memberikan sebab dan
menyatakan maklumat dengan betul, bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat dengan sangat baik
serta murid menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan dengan intonasi yang betul dan tepat secara
bertatasusila.

Selain itu, bagi kemahiran membaca pula penilaian ditekankan kepada murid dalam aspek membaca
dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai, memahami dan
menganalisis karya sastera dan karya bukan sastera serta menyampaikannya dengan gaya penyampaian
yang sesuai pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan yang berdasarkan tahap
penguasaan.
6
Seterusnya, bagi kemahiran menulis haruslah mampu menunjukkan model teladan kepada rakan-
rakan dalam membina dan menulis ayat, menulis ayat yang diimlakkan, mencatat maklumat,
menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan
terperinci dan konsisten akan diberikan penilaian tahap penguasaan.Murid yang tidak mencapai tahap ini
akan diberikan penilaian yang selayaknya.

Oleh itu jelaslah, pentaksiran dari aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa boleh dilaksanakan
dalam kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis
mengikut kesesuaian PdP yang dilaksanakan oleh guru.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kualiti pendidikan bergantung kepada cara guru mengendalikan PdP dan
penerimaan ilmu pengetahuan dalam diri murid-murid berdasarkan PdP yang dijalankan. Hal ini dikatakan
demikian kerana jika guru dapat merancang dan mengendalikan PdP yang kreatif maka murid-murid akan
bersemangat untuk menguasai bidang bahasa. Oleh itu, guru haruslah bijak membuat perancangan aktiviti
agar pelaksanaan PdP adalah sempurna dan bertepatan dengan Standard Kandungan.

(1066 patah perkataan)

7
5.0 RUJUKAN

Dewan, K. (2015). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Didie. (2014, Julai 7). Apakah itu pengajaran. Didapatkan dari slideshare.net:
https://www.slideshare.net/loveherman/apakah-itu-pengajaran

Faridah Nazir, F. S. (2018). Kajian Kurikulum Bahasa. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Khalid, B. M. (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Seremban: Iman Kreatif Sdn
Bhd.

Mahmod, Z. (2021, Mac 6). Ucaptama Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad-21. Didapatkan dari moe.edu.sg:
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/ml-poetry-sg50/seminar-
bahasa-melayu-2011/03-ucaptama-dr-zamri-final-(main-speaker).pdf

Malaysia, K. P. (2020). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4. Kurikulum Standard
Bahasa Melayu, 64.

Malaysia, K. P. (2021, Februari 9). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Didapatkan dari moe.gov:
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-

Mohamad, A. A. (2012). SPG Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lmpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

8
LAMPIRAN

9
10
11

You might also like