You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

2.0 1
3.0
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), mendefinisikan perkataan terjemah sebagai “...
pindahan penulisan daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain...”. Oleh itu,
penterjemahan merupakan perbuatan mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula
ke dalam bahasa yang lain. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu
karya terjemahan iaitu teks sasaran yang membawa makna yang sama dengan sesuatu
karya iaitu teks sumber. Penterjemah akan berusaha untuk menghasilkan pemahaman
yang sempurna berpandukan prinsip penterjemahan dan beretika dalam melakukan
terjemahan. Oleh yang demikian, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula
dengan terperinci supaya pembaca faham akan idea yang terkandung di dalamnya.

Justeru, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran perlulah baik bagi seorang
penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis semula dalam
bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang penterjemah. Namun
demikian, faktor yang paling penting ialah pemahaman tentang kaedah dalam
penterjemahan. Kaedah menterjemah akan membantu penterjemah menterjemah dengan
baik. Seseorang penterjemah pada kebiasaannya akan memulakan terjemahan dengan
pendekatan lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung
kepada jenis teks yang akan diterjemahkan.

Pada tahun 1950-an banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan
menganalisis terjemahan. Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik, kaedah,
proses, prinsip dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja. Terdapat dua kaedah
menterjemah iaitu kaedah lama atau tradisional dan kaedah baru atau dinamik. Kaedah
lama penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks
asal. Aspek seperti format, rima rentak, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan dalam teks
asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yang dihasilkan menyamai bentuk teks asal.
Kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca dan kesan terhadap pembaca. kaedah
baru ini menitikberatkan persamaan dinamik. Oleh itu, kaedah ini disebut sebagai
terjemahan kaedah dinamik.
2.0 PENTERJEMAHAN TEKS MENGGUNAKAN KAEDAH MENTERJEMAH
Penulis telah memilih jurnal yang diperoleh di laman e-Journal Univerisiti Kebangsaan
Malaysia yang bertajuk Management of Secondary School Teacher in Enhancing Quality
Education in Kwara State, Nigeria. Jurnal ini ditulis oleh Nimota Jibola Kadir Abdullahi
yang merupakan salah seorang pelajar yang menyambung pengajian sebagai Doktor
Falsafah (PhD) di University of Ilorin Nigeria. Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian
pengurusan guru dalam pendidikan di sekolah menengah di negara Nigeria.
Daripada kaedah terjemahan yang telah diterangkan di atas, penulis menggunakan
kedua-dua jenis kaedah iaitu kaedah lama dan juga kaedah baru. Kedua kaedah ini
mempunyai bahagian masing-masing. Terdapat empat bahagian di bawah kaedah lama
iaitu kaedah pinjaman, kaedah peniruan, kaedah penggantian dan kaedah transposisi.
Di bawah kaedah baru pula terdapat empat juga bahagian iaitu, kaedah modulasi,
kaedah persamaan, kaedah penyusunan dan kaedah penyamaan fungsian. Dalam
terjemahan kali ini, penulis mengambil dua daripada kaedah lama iaitu kaedah peniruan
dan kaedah transposisi dan satu daripada kaedah baru iaitu kaedah penyamaan. Pada
penulisan ini penulis akan memfokuskan terjemahan pada bahagian introduction iaitu
pengenalan di dalam jurnal ilmiah yang telah dipilih daripada perenggan pertama di
muka surat 100 hingga perenggan kelima di muka surat 101.
Beralih kepada kaedah terjemahan yang telah digunakan bagi menterjemah jurnal
yang telah dipilih. Kaedah yang pertama ialah kaedah peniruan. Kaedah ini berlaku
apabila adanya kemasukan istilah pinjaman. Terdapat dua jenis peniruan. Peniruan
pertama ialah peniruan yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran. Misalnya di
dalam jurnal ini terdapat beberapa perkataan yang diterjemah secara peniruan tetapi
tidak mengubah struktur bahasa sasaran.

“as well as excellent communication and interpersonal skills towards achieving the
goal of education for the growth of a nation”

(terjemahannya)

“serta komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal ke arah mencapai


matlamat pendidikan untuk pertumbuhan sebuah negara.”
(Jurnal Pendidikan Malaysia 44(2)(2019): Management of Secondary School
Teachers in Enhancing Quality Education in Kwara State, Nigeria. m/s: 100)
Perkataan interpersonal skills telah diterjemah kepada kemahiran interpersonal.
Terjemahan ini merupakan peniruan yang tidak melibatkan struktur tatabahasa
bahasa sumber iaitu bahasa Inggeris sebaliknya mengikut struktur tatabahasa
bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu. Asal terjemahan interpersonal skills ialah
interpersonal kemahiran berdasarkan terjemahan tepat mengikut susunan
kedudukan perkataan daripada bahasa sumber. Adalah menjadi kesalahan
sekiranya interpersonal skills diterjemah menjadi interpersonal kemahiran. Hal ini
demikian kerana, dari segi pengamatan tatabahasa bahasa Melayu perkataan
interpersonal kemahiran adalah salah. Oleh itu, penulis menterjemah perkataan ini
diterjemah mengikut tatabahasa Bahasa Melayu menjadi kemahiran interpersonal
mengikut panduan kaedah peniruan.
Seterusnya, terdapat juga perkataan di dalam ini yang diterjemah
menggunakan kaedah peniruan yang mewujudkan struktur baru dalam bahasa
sasaran.

“It is measured by using different indices such as students and their backgrounds,
teachers and their skills, school and their structure and environment, curricula and
societal expectations or feedback.”

(terjemahannya)

“Ia diukur dengan menggunakan indeks yang berbeza seperti pelajar dan latar
belakang mereka, guru dan kemahiran mereka, sekolah dan struktur dan
persekitaran mereka, kurikulum dan jangkaan masyarakat atau maklum balas.”

(Jurnal Pendidikan Malaysia 44(2)(2019): Management of Secondary School


Teachers in Enhancing Quality Education in Kwara State, Nigeria. m/s: 101)

Perkataan feedback yang telah diterjemah kepada maklum balas. Asalnya,


perkataan feed diterjemah kepada maklum dan back diterjemah kepada balas.
Namun, setelah perkataan ini diterjemah menggunakan kaedah peniruan dengan
cara menyesuaikannya dengan bahasa sasaran, kedudukan dua perkataan itu tidak
diubah daripada bahasa sumber tetapi disuaikan dengan bahasa Melayu iaitu
bahasa sasarannya. Perkataan maklum balas ini digolongkan sebagai kata majmuk
di dalam bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa sumber dan disuaikan
dengan pola sintaktik dalam bahasa sumber.
Melangkah kepada kaedah seterusnya iaitu kaedah transposisi. Kaedah ini
merupakan kaedah yang mengubah kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata
dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Kaedah ini
digunakan dengan tujuan menyampaikan maksud dalam bahasa sasaran secara
paling bersahaja dan untuk memperjelaskan lagi kandungan maklumat yang
mungkin boleh mengelirukan jika kaedah transposisi tidak digunakan (Norizah,
2008).
Terdapat dua jenis kaedah transposisi. Pertama, kaedah transposisi golongan kata.
Kaedah transposisi yang pertama menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen
bahasa sumber dengan kelas kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran
yang mempunyai makna yang sama tanpa mengubah mesej secara keseluruhan.
Kedua, kaedah transposisi dari segi struktur. Kaedah ini menukar struktur tatabahasa
bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud. Pada penulisan
ini, penulis menggunakan kaedah transposisi yang kedua iaitu dari segi struktur.

“The principal as the chief administration of the school should take responsibility
of ensuring that quality education takes place efficiently.”

(terjemahannya)

“Pengetua sebagai ketua pentadbiran sekolah harus bertanggungjawab


memastikan pendidikan berkualiti berlaku dengan cekap.”

(Jurnal Pendidikan Malaysia 44(2)(2019): Management of Secondary School


Teachers in Enhancing Quality Education in Kwara State, Nigeria. m/s: 101)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa terjemahan daripada jurnal telah mengubah
beberapa struktur tatabahasa bahasa sumber. Misalnya, school should take
responsibility diterjemah kepada bahasa sasarannya iaitu bahasa Melayu kepada
sekolah harus bertanggungjawab. Asal terjemahan ayat tersebut ialah sekolah harus
mengambil tanggungjawab. Namun, kaedah transposisi dari segi struktur telah
menukarkan perkataan mengambil kepada imbuhan ber- iaitu bertanggungjawab
dalam terjemahannya. Kembali kepada tujuan asal kaedah transposisi ini iaitu
menterjemah dengan cara yang paling bersahaja. Oleh itu, imbuhan yang diletakkan
berdasarkan struktur tatabahasa bahasa sasaran itu adalah untuk memudahkan
terjemahan ayat tersebut.
Kaedah yang terakhir ialah kaedah penyamaan. Setiap bahasa dipengaruhi
oleh kebudayaannya. Bahasa Melayu sendiri banyak menerapkan elemen-elemen
budaya Melayu di dalam bahasanya. Misalnya, peribahasa, simpulan bahasa, dan
lain-lain. Namun, perbezaan budaya itu menjadikan terdapat beberapa ungkapan
yang tidak boleh diterjemah biasa. Kaedah penyamaanlah perlu digunakan dalam
menterjemah ungkapan tersebut. Kaedah penyamaan ialah kaedah yang
menterjemah fungsi ayat supaya memberi reaksi yang sama kepada pembaca
terjemahan dengan reaksi yang diterima oleh pembaca teks sumber.

“On one hand, a middle level labour force is provided from this level of education; on
the other hand, higher learning institutions receive students who complete this level
of education for the provision of high-level manpower.”

(terjemahannya)

“Di satu pihak, tenaga buruh peringkat pertengahan disediakan dari tahap
pendidikan ini; Di sisi lain, institusi pengajian tinggi menerima pelajar yang
melengkapkan tahap pendidikan ini untuk penyediaan tenaga kerja peringkat tinggi.”

(Jurnal Pendidikan Malaysia 44(2)(2019): Management of Secondary School


Teachers in Enhancing Quality Education in Kwara State, Nigeria. m/s: 101)

Perkataan on the other hand merupakan perkataan yang dijadikan sebagai penanda
wacana dalam bahasa Inggeris. Penanda wacana ialah ungkapan yang digunakan
untuk menyambungkan satu ayat dengan ayat yang lain. Terjemahan asal perkataan
on the other hand ialah atas tangan yang lain. Namun, kaedah penyamaan telah
menukarkan terjemahannya kepada di sisi lain dengan menyamakan penggunaan
on the other hand dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang sesuai.
3.0 TERJEMAHAN TEKS JURNAL ‘MANAGEMENT OF SECONDARY SCHOOL
TEACHERS IN ENHANCING QUALITY EDUCATION IN KWARA STATE, NIGERIA’

Pelaksanaan institusi pendidikan melibatkan pengawasan, pengembangan staf, motivasi,


kepemimpinan dan pengendalian upaya individu (guru) dalam mencapai tujuan institusi.
Kunci pengurusan yang berkesan adalah keupayaan untuk mendapatkan hasil daripada
orang-orang yang bersempena dengan orang-orang. Seorang guru adalah orang yang
terlatih yang digunakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar dalam situasi bilik
darjah untuk membantu mereka memperoleh kemahiran, sikap, nilai-nilai tertentu serta
mewujudkan perubahan yang wajar dalam tingkah laku mereka. Guru-guru yang ideal
mempunyai ciri-ciri unik yang termasuk sikap mental yang positif, rasa humor, kemahiran
persembahan, ketenangan serta komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal ke arah
mencapai matlamat pendidikan untuk pertumbuhan sebuah negara (Afangideh 2001).

Pendidikan sekolah menengah adalah tahap penting dari keseluruhan sistem


pendidikan Nigeria. Di satu pihak, tenaga buruh peringkat pertengahan disediakan dari
tahap pendidikan ini; Di sisi lain, institusi pengajian tinggi menerima pelajar yang
melengkapkan tahap pendidikan ini untuk penyediaan tenaga kerja peringkat tinggi. Kualiti
pendidikan boleh dianggap sebagai tahap keberkesanan dalam pengajaran ke arah
pencapaian matlamat pendidikan.

Kualiti pendidikan adalah proses dinamik di mana perubahan diperoleh melalui


proses pendidikan yang berkesan (Saddon 2000). Menurut Finnie dan Usher (2005) kualiti
pendidikan dianggap penting. Ia diukur dengan menggunakan indeks yang berbeza seperti
pelajar dan latar belakang mereka, guru dan kemahiran mereka, sekolah dan struktur dan
persekitaran mereka, kurikulum dan jangkaan masyarakat atau maklum balas (Nilson 2003).
UNESCo (2012) menekankan beberapa petunjuk kualiti pendidikan seperti berikut:

1. Proses kualiti: guru terlatih dan terlatih dengan pengetahuan tentang kaedah pengajaran
yang baik, pengurusan kelas dan penilaian pelajar untuk memudahkan pembelajaran yang
berkesan.

2. Persekitaran pembelajaran yang berkualiti: penyediaan persekitaran yang sihat,


perlindungan dan keselamatan serta sumber dan kemudahan yang mencukupi.
3. Kandungan berkualiti: kurikulum yang diperlukan untuk memperoleh kemahiran dan
pengetahuan.

4. Pembelajaran berkualiti: sihat, sihat dan bersedia untuk menyertai pelajar melalui
sokongan keluarga dan komuniti.

5. Hasil yang berkualiti: pengambilalihan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap untuk
pencapaian matlamat pendidikan dan objektif

Pembangunan kakitangan melibatkan kakitangan membantu meningkatkan pengetahuan,


sikap dan kemahiran mereka agar dapat lebih cekap pada apa yang mereka lakukan.
Pengetua sebagai ketua pentadbiran sekolah harus bertanggungjawab memastikan
pendidikan berkualiti berlaku dengan cekap. Pembangunan kakitangan adalah pelaburan
kepada orang yang bertujuan membangunkan kapasiti mereka serta menggunakan kapasiti
yang lebih produktif dengan menyumbang kepada pembangunan alam sekitar mereka
(Abelega 2003). Pembangunan kakitangan prihatin dengan menyediakan peluang
pembelajaran dan pembangunan untuk orang ramai untuk meningkatkan prestasi mereka
dalam organisasi. Secara amnya, pembangunan kakitangan adalah proses memastikan
peningkatan pengetahuan, kemahiran, kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan
tugas dan tugas dengan berkesan.

Dasar Kebangsaan Pendidikan (2013) secara khusus menetapkan penyeliaan


arahan sebagai salah satu proses untuk mencapai pendidikan yang berkualiti. Pengawasan
dapat dilihat sebagai proses membantu guru kelas untuk meningkatkan kecekapannya untuk
memastikan suasana yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
(Ogbonna & Afiamagbon 2010). Menurut Ogunu (2000), penyeliaan adalah perkhidmatan
yang mahir dan khusus yang diberikan kepada guru untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan utama penyeliaan adalah untuk membangunkan potensi semua
yang terlibat dalam proses pengajaran agar dapat meningkatkan kerja mereka. Akibatnya,
tugas penyelia adalah untuk membantu, membimbing, memimpin, merangsang, dan
memberi nasihat kepada guru untuk memperbaiki pengajaran mereka agar dapat
meningkatkan pembelajaran mereka. Penyeliaan adalah sebahagian daripada pengurusan
yang melibatkan pemantauan Jurnal Pendidikan Malaysia 44 (2) dan penggiliran sumber
faktor untuk penyelenggaraan standard dan kualiti. Francis (2013) dalam kajian mendapati
bahawa melalui penyeliaan yang berkesan dalam mencapai persekitaran yang berkualiti
dapat meningkatkan pendidikan berkualiti di sekolah menengah Nigeria. Joan dan Enose
(2011) menjalankan kajian terhadap 33 ketua guru dan 330 ketua jabatan dan mendapati
jaminan kualiti dan standard dalam memerhatikan guru dalam kelas meningkatkan
pendidikan berkualiti. Begitu juga, Mobegi et al. (2010) menyelidik strategi jaminan kualiti
sekolah dan cabaran guru sekolah menengah di daerah Gucha, Kenya. Beliau mendakwa
bahawa guru besar memainkan peranan mereka sebagai pegawai jaminan kualiti dan
bertanggungjawab mengawasi para guru untuk meningkatkan pendidikan yang berkualiti.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung
kepada berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah ringkas atau kompleks sesuatu teks.
Ringkas atau kompleks itu bergantung kepada kandungan penulisan itu sama ada isinya
berat atau ringan. Selain itu, jenis atau fungsi teks sama ada risalah, jurnal, artikel dan
sebagainya. Setiap penulisan mestilah mempunyai fungsi masing-masing sama ada
ilmiah, hiburan, dakwah dan sebagainya. Seterusnya, bidang teks seperti sastera,
agama, sains atau teknikal. Akhir sekali ialah peringkat teks sama ada untuk kanak-
kanak, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau pelajar pengajian tinggi.
Hal ini demikian kerana, setiap daripada mereka mempunyai tahap penguasaan bahasa
masing-masing. Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam
memilih kaedah terjemahan yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh
digabungkan dan ada kalanya boleh terpisah.

You might also like