You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 5 )

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MUHAMMAD SHAFIQ HAFIZUDDIN BIN MD FADIL

ANGKA GILIRAN 2018192340077

NO. KAD PENGENALAN 990630-01-5457

KUMPULAN D4 PISMP 2020

KOD/ NAMA KURSUS SEMANTIK BAHASA MELAYU (BMMB3123)

NAMA PENSYARAH PUAN ROZEHA BINTI HARUN


AKADEMIK

TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI

TARIKH HANTAR 29 SEPTEMBER 2020

TARIKH TERIMA MAKLUM


BALAS PENSAYARAH

0
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................2
2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU..................................................................................2
2.1 SIFAT MAKNA.........................................................................................................................3
2.2 KELAS MAKNA........................................................................................................................3
2.3 LEWAH DALAM MAKNA.........................................................................................................3
3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU.............................................................................4
3.1 SINONIM................................................................................................................................4
3.2 ANTONIM...............................................................................................................................5
3.3 HIPONIM................................................................................................................................5
3.4 HOMONIM.............................................................................................................................5
3.5 POLISEMI...............................................................................................................................6
4.0 PERUBAHAN MAKNA.................................................................................................................6
4.1 PENGEMBANGAN MAKNA.....................................................................................................6
4.2 PENYEMPITAN MAKNA..........................................................................................................7
4.3 ANJAKAN MAKNA..................................................................................................................7
5.0 KETAKSAAN MAKNA..................................................................................................................7
6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU...................................................................................8
6.1 MAKNA DENOTATIF...............................................................................................................8
6.2 MAKNA KONOTATIF...............................................................................................................8
6.3 MAKNA TERSELINDUNG.........................................................................................................9
7.0 KESIMPULAN..............................................................................................................................9
RUJUKAN.............................................................................................................................................10

1
1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan suatu medium yang membolehkan manusia berkomunikasi antara satu
sama lain. Dengan menggunakan bahasa, seseorang akan dapat mengungkapkan fikiran,
pendapat, perasaan, emosi dan sebagainya. Zulkifley Hamid (2007) telah menyatakan
bahawa struktur ayat dibentuk untuk menyampaikan makna yang tertentu dan makna tidak
dapat disampaikan dengan sempurna tanpa struktur ayat yang gramatis. Hal ini demikian
kerana penyampaian sesuatu bahasa dikatakan gramatis dan benar apabila memenuhi dua
kriteria yang mustahak iaitu sintaksis dan semantik.

Menurut Abdullah Hassan (2007), istilah semantik berasal daripada perkataan


Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud ’isyarat’. Perkataan sema pula menerbitkan kata
semainein yang bermaksud ‘bererti’. Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) menyatakan
bahawa perkataan inilah yang menerbitkan istilah semantik bagi menamakan bidang ilmu
daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna. Beliau juga mentakrifkan semantik
sebagai satu istilah yang digunakan untuk merujuk kajian linguistik yang menganalisis
makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya
dengan idea, konsep dan perasaan.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) ada menyatakan menyatakan bahawa semantik
merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara
abstrak yang memerlukan penaakulan yang tinggi tentang struktur bahasa dan makna.
Makna boleh diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada
fikiran penutur kepada fikiran pendengar (Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2014).
Secara umunya, istilah semantik dapat ditafsirkan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji
makna terhadap unit-unit bahasa dengan menggunakan sains linguistik untuk memperoleh
makna yang tepat dalam pertuturan atau penulisan.

2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) telah menyatakan bahawa salah satu kaedah
penganalisisan makna adalah analisis komponen makna. Hal ini bermaksud makna sesuatu
perkataan itu akan dibahagikan kepada komponen-komponennya. Abdullah Hassan (2007)
pula berpendapat bahawa makna perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur
distingtif iaitu berbeza. Fitur atau ciri semantik bermaksud hubungan makna yang berlaku
bagi sejumlah kata yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dengan kata lain, fitur atau ciri
semantik bermaksud sesuatu perkataan dikelaskan dalam golongan masing-masing
mengikut makna perkataan tersebut.

2
Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda (+) atau (-). Penggunaan
tanda-tanda tersebut akan membawa pengertian khusus dalam memberi makna terhadap
sesuatu perkataan. Selari dengan definisi fitur dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat
iaitu ciri (bentuk sifat) yang tertentu. Tanda + bermaksud fitur tersebut wujud dalam
perkataan yang dianalisis maknanya manakala tanda – pula bermaksud perkataan itu tidak
mempunyai fitur tersebut. Contohnya, fitur bagi perkataan ‘wanita’ ialah +dewasa,
+perempuan, +berkahwin, -lelaki, dan sebagainya. Jadi, fitur ini jelas menunjukkan bahawa
sesuatu perkataan itu mempunyai pengkelasannya yang tersendiri.

2.1 SIFAT MAKNA

Sifat makna merupakan salah satu daripada komponen fitur makna. Menurut Faridah
Nazir & Faiziah Shamsudin (2014), sifat yang terdapat pada makna ialah makna sentiasa
mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa. Maksudnya, makna
adalah bersifat dinamik dan berevolusi berdasarkan empat ciri iaitu pilihan, budaya, konteks
dan peribahasa. Perubahan sifat makna dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
perkembangan bahasa itu sendiri, tanggapan penutur, peluasan makna, penyempitan
makna dan tujuan simbolik dan stilistik.

2.2 KELAS MAKNA

Kelas makna ialah suatu pembahagian dalam jenis-jenis makna yang berkait rapat dengan
pengalaman, sejarah, tujuan dan perasaan pengguna bahasa (Faridah Nazir & Faiziah
Shamsudin, 2014). Kelas makna berfungsi untuk menerangkan makna dalam sesuatu
perkataan dan merangkumkan pelbagai makna berdasarkan kekerapan penggunaannya
dalam bahasa yang berbeza.

Kelas makna dalam semantik bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua kelas
utama iaitu makna leksikal dan makna struktural. Dalam makna leksikal, terdapat makna
langsung dan makna kiasan. Makna langsung boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
makna umum dan khusus. Manakala makna kiasan dikelaskan kepada enam bahagian iaitu
makna konotatif, makna afektif, makna stilistik, makna reflektif, makna kolokatif, dan makna
idiomatik. Pecahan yang berbagai ini menunjukkan bahawa makna sesuatu perkataan amat
banyak pada pengkelasannya.

2.3 LEWAH DALAM MAKNA

Bahagian fitur makna yang seterusnya ialah lewah dalam makna. Kamus Dewan Edisi
Keempat mendefinisikan lewah sebagai terlalu banyak sehingga berlebihan; melimpah-
limpah, lebih daripada yang sepatutnya; tidak diperlukan kerana yang ada sudah memadai;
berlebih-lebih sehingga dianggap membazir. Dalam aspek bahasa, lewah boleh ditafsirkan

3
sebagai perkara yang berlebihan sehingga berlakunya pertambahan perkara yang tidak
diperlukan dalam makna sesuatu perkataan. Lewah dalam makna sering ditemui dalam
komunikasi sama ada lisan ataupun bertulis (Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2014). Hal
ini berpunca daripada kelewahan tatabahasa oleh penutur yang sering kali mengabaikan
penggunaan kata penguat atau kata ganda dalam ayat yang digunakan.

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada


berlakunya lewah dalam makna. Faktor tersebut ialah pengulangan, penambahan imbuhan
yang tidak diperlukan dan penggunaan kata sendi yang berturut-turut yang digunakan
sewenang-wenangnya oleh pengguna bahasa. Contohnya, lewah dalam makna yang sering
digunakan oleh pengguna bahasa adalah kebanyakan guru-guru, bagi untuk, kalian-kalian,
semua kerja-kerja, sekawan burung-burung, memperluaskan, diperbesarkan, dan
sebagainya. Kesannya, ayat yang dibina atau dituturkan akan menjadi tidak gramatis dan
tidak menepati standard bahasa.

3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Mansoer Pateda (2001) menyatakan bahawa semantik leksikal adalah kajian semantik yang
lebih memusatkan pada pembahasan sistem makna yang terdapat dalam kata. Selain itu,
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) pula berpendapat bahawa makna leksikal ialah
makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan sebagainya. Makna
leksikal juga boleh ditakfsirkan sebagai perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu
perkataan iaitu maknanya itu sendiri tanpa perlu melihat penggunaannya dalam ayat.

Makna leksikal ialah makna daripada kata itu sendiri (Kate Kearns, 2000). Selain itu,
berdasarkan makna leksikal, makna perkataan dapat ditentukan dengan meneliti perkaitan
antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna perkataan dalam ayat (Faridah Nazir &
Faiziah Shamsudin, 2014). Struktur makna perkataan dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu sinonim, antonim, hiponim, homonim, homograf,
homofon dan polisem.

3.1 SINONIM

Zulkifley Hamid (2007) menyatakan bahawa sinonim merujuk kepada perkataan yang
mempunyai makna yang serupa atau sama. Sinonim juga dapat didefinisikan sebagai
perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau
hampir sama (O’ Grady, 2000). Jelasnya, istilah sama makna ini wujud dalam perkataan
yang berbeza-beza dari sudut yang jelas seperti ejaan.

4
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, sinonim
konteks, sinonim laras sosial dan sinonim kolokasi. Contoh perkataan yang sinonim ialah
cantik dan lawa. Kedua-dua perkataan ini mempunyai ejaan yang berbeza tetapi maknanya
yang hampir sama. Oleh itu, perkataan lawa boleh dikatakan menjadi perkataan sinonim
bagi perkataan cantik kerana mempunyai fitur yang sama bagi kedua-dua perkataan
tersebut.

3.2 ANTONIM

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) mendefinisikan antonim sebagai


perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud sesuatu perkataan
yang lain. Pendapat ini disokong oleh Zulkifley Hamid (2007) yang mendefinisikan istilah
antonim kepada pertentangan makna antara perkataan yang terdapat dalam sesuatu
bahasa. Beliau turut menyatakan bahawa perkataan-perkataan yang mempunyai makna
yang berbeza ini biasanya wujud secara berpasangan. Oleh itu, jenis-jenis antonim yang
terdapat dalam bahasa Melayu adalah seperti antonim taksiran, antonim pelengkap, dan
antonim berhubungan. Contohnya, lapang dikontraskan dengan sempit, besar boleh
dikontraskan dengan kecil, hidup dikontraskan dengan mati dan sebagainya. Jadi, makna
yang berbeza antara perkataan-perkataan membawa kepada perbezaan fitur maknanya.

3.3 HIPONIM

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, maksud hiponim ialah isi kata yang
maknanya terangkum dengan makna kata yang lain. Hal ini dibuktikan dengan pendapat
Abdullah Hassan (2007) bahawa hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi
sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan lain. Hiponim bersifat tidak berlawan
sepenuhnya dan saling mencakupi antara satu sama lain. Terdapat dua bahagian hiponim
iaitu hiponim umum dan hiponim tulen. Contoh hiponim tulen, baju ialah perkataan yang
mencakupi dua perkataan segolongannya iaitu jaket dan jersi. Manakala contoh hiponim
umum pula adalah seperti rumah kondominium dan rumah teres.

3.4 HOMONIM

Zulkifley Hamid (2007) merujuk istilah homonim sebagai kata yang mempunyai kedua-dua
ciri homofon dan homograf. Homonim ialah istilah bagi perkataan yang mempunyai sama
ada bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna. Penggunaan homonim dalam
pertuturan dan penulisan boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak dijelaskan dengan
konteks yang tepat. Sebagai contoh, perkataan genting adalah tergolong dalam kategori
homonim. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, genting bermaksud kepingan
yang leper atau melengkung untuk mengatapi rumah. Adapun begitu, istilah genting juga

5
boleh didefinisikan sebagai situasi yang mendebarkan. Melalui contoh ini, perkataan yang
ejaannya sama boleh mempunyai beberapa makna yang lain. Walaubagaimanapun,
(Zulkifley Hamid, 2007) menyatakan bahawa perkataan yang tergolong dalam homonim
tidaklah begitu banyak dalam bahasa Melayu.

3.5 POLISEMI

Abdullah Hassan (2007) mentafsirkan polisemi kepada suatu istilah yang mendasari
perkataan mempunyai banyak makna. Kewujudan banyak makna untuk sesebuah perkataan
berlaku disebabkan dua faktor iaitu secara semula jadi dan mengikut konteks. Oleh itu,
polisemi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu polisemi tulen dan polisemi menurut
konteks. Contohnya adalah seperti perkataan ‘mata’. Perkataan tersebut boleh membawa
maksud anggota pada tubuh badan, jenis air, dan perasaan hati. Contoh kedua pula ialah
perkataan ‘jatuh’ yang boleh mempunyai maksud perbuatan yang tidak disengajakan,
mempunya perasaan, ditimpa sesuatu musibah, ataupun pada. Jelaslah bahawa polisemi
adalah suatu perkataan yang mempunyai banyak makna yang berbeza mengikut konteks
penggunaannya.

4.0 PERUBAHAN MAKNA

Azlinda Rahman (2013) menyatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu


membincangkan isu perubahan makna dalam disiplin semantik dalam peluasan makna dan
uniknya juga dalam penyempitan makna. Ini merupakan satu cabang kekayaan dalam
khazanah bahasa Melayu itu sendiri yang perkembangannya dapat dilihat dari aspek
semantik. Beberapa perkara seperti pengembangan, penyempitan, dan anjakan makna
berlaku dalam perkembangan bahasa ibunda kita.

4.1 PENGEMBANGAN MAKNA

Menurut Paleda (1986) dan Chaer (1995), gejala yang terjadi pada sebuah kata yang
mulanya mempunyai makna yang cukup luas kemudian berubah menjadi makna yang
terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Pengembangan makna telah memberikan
makna baharu dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Pengembangan makna
berlaku apabila sesuatu perkataan yang hanya satu makna diperluas maknanya menjadi
beberapa makna. Misalnya, pengembangan makna ini dapat dilihat pada perkataan “abang”
yang bermaksud saudara kandung lelaki. Kini, maknanya diperluas menjadi panggilan bagi
orang yang lebih dewasa

6
4.2 PENYEMPITAN MAKNA

Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan menjadi lebih khusus dan
terbatas (Azlinda Rahman, 2013). Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan peredaran zaman
di mana sesuatu perkataan itu berubah. Hal ini dapat dilihat pada diksi ‘khalwat’ yang
sepatutnya lebih ditekankan pada maksud bersendirian di tempat yang sunyi bagi mencari
ketenangan dan keredaan atau beribadat. Walaubagaimanapun, makna ini telah
disempitkan dan pemikiran kita akan lebih cenderung pada maksud, lelaki dan perempuan
yang belum berkahwin duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi.

Selain itu, sistem panggilan ‘tuan’ yang lebih merujuk kepada lelaki dan perempuan
tetapi hanya disempitkan maknanya khas untuk orang lelaki sahaja. Jarang kita memanggil
seorang wanita dengan gelaran tuan sedangkan itu tidak menjadi satu kesalahan. Contoh-
contoh yang diberikan jelas menunjukkan proses penyempitan makna berlaku sehingga
perkataan tersebut relevan untuk digunakan pada masa kini.

4.3 ANJAKAN MAKNA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, anjak bermaksud berpindah atau berengsot
sedikit. Dalam istilah Bahasa melayu, anjakan makna boleh didefinisikan sebagai suatu
proses perubahan makna sesuatu perkataan mengikut trenda atau bahasa slanga iaitu
bahasa pertuturan dalam komunikasi zaman sekarang. Antara contoh yang paling terkini
ialah perkataan payung. Payung adalah merupakan suatu alat untuk melindungi diri
daripada hujan atau panas. Kini perkataan payung juga boleh ditafsirkan sebagai belanja
iaitu suatu perbuatan mengeluarkan duit untuk membiayai seseorang itu dalam keadaan
tertentu. Perkara ini tidaklah menjadi kehairanan kerana masyarakat sudah sebati dengan
penggunaanya dalam pertuturan seharian (Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2012)

5.0 KETAKSAAN MAKNA

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan istilah ketaksaan makna sebagai perihal
kekaburan, keraguan, kesangsian, dan ketidakpastian. Ketaksaan makna wujud dalam
bahasa Melayu apabila suatu perkataan yang digunakan dalam ayat boleh membawa
kepada beberapa makna yang berbeza-beza (Azlinda Rahman, 2013). Untuk mengatasi
wujudnya ketaksaan makna ini, penutur perlu menggunakan elemen jeda dan intonasi
dalam pertuturan. Manakala dari aspek penulisan pula, ayat yang dibina haruslah
mempunyai tanda baca yang membolehkan konteks ayat dapat difahami sekaligus
ketaksaan pada makna ayat tidak akan berlaku.

7
Contoh ayat yang boleh mewujudkan ketaksaan makna ialah ‘dia suka makan ayam
dan daging bakar’. Dalam ayat ini, terdapat dua pecahan iaitu dia suka makan (ayam dan
daging bakar) atau dia suka makan (ayam) dan (daging bakar). Untuk mengatasi ketaksaan
makna dalam ayat ini, penggunaan jeda dan intonasi ketika bertutur amatlah penting.
Manakala dalam penulisan pula, penggunaan kata hubung yang betul perlu dititikberatkan.

6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Abdullah Hassan (2007) telah menyatakan bahawa ayat ialah unsur yang paling
tinggi dalam tatabahasa. Dalam ayat itu terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa.
Dengan menggabungkan unsur-unsur itu, maka binaan ayat dapat dibentuk. Selain itu,
makna pula adalah satu elemen yang sangat penting dalam komunikasi sama ada dari segi
pertuturan mahupun penulisan. Hal ini demikian kerana tanpa makna, segala pertuturan dan
penulisan yang dihasilkan tidak dapat memberi kefahaman kepada orang lain. Oleh itu,
setiap perkataan dan ayat yang dibina selalunya dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu
makna. Dalam bahasa Melayu, makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
denotatif, konotatif dan terselindung.

6.1 MAKNA DENOTATIF

Makna denotatif ialah makna yang sesuai dengan pemerhatian dengan


menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya (Nik Safiah
Karim, 2004). Menurut Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) pula, makna denotasi
atau denotatif ialah makna langsung atau konseptual yang membawa maksud makna
perkataan yang sebenarnya. Makna denotasi juga boleh dirujuk sebagai makna fizikal atau
tersurat kepada sesuatu benda. Hal ini bermaksud, makna perkataan yang digunakan
adalah umum dan diketahui oleh semua orang bagi satu-satu bentuk bahasa. Sebagai
contoh, perkataan ‘surat khabar’ dapat difahami sebagai bahan bacaan dan ‘kuali’ pula
difahami sebagai alat masakan. Selain itu, dalam contoh ayat ‘Singa di Zoo Melaka itu amat
ganas’, singa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah sejenis binatang buas yang
tinggal di dalam hutan dan merupakan raja rimba. Jadi, makna denotatif ialah makna yang
tersurat atau umum dan sesuai dengan pemerhatian menggunakan pancaindera atau
makna yang nyata.

6.2 MAKNA KONOTATIF

Makna konotatif pula ialah makna tidak langsung atau kontekstual yang
menunjukkan hal, benda, atau objek yang turut melibatkan perasaan, kenangan dan tafsiran
terhadap objek lain. Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) menyatakan bahawa makna
konotatif juga dapat ditafsir sebagai huraian makna tersirat yang bergantung kepada

8
konteks. Makna yang diperoleh adalah berbeza daripada makna yang ditulis atau diujarkan.
Hal ini berlaku kerana timbulnya keinginan untuk menyatakan sesuatu perkara dengan
maksud yang lain atau dengan berkias. Contohnya ialah dalam ayat ‘Dia tidak boleh
dipercayai kerana dia itu pisau cukur’. Pisau cukur di sini bermaksud seseorang yang suka
mempergunakan sesuatu hubungan untuk mengaut keuntungan.

6.3 MAKNA TERSELINDUNG

Nik Safiah Karim (2004) memberikan definisi makna terselindung sebagai makna
yang tersembunyi dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak hadir dalam ayat yang
digunakan. Dalam erti kata kain, makna terselindung ini boleh duga disebut sebagai makna
tersirat. Walaubagaimanapun, makna yang ingin disampaikan tetap dapat dikesan dan
diketahui oleh pembaca atau pendengar. Contoh ayat ialah ‘Hafizuddin ke sekolah dengan
motorsikal’. Ayat tersebut tidak menghadirkan kata kerja tetapi si penerima dapat memahami
perbuatan Hafizuddin iaitu pergi.

7.0 KESIMPULAN

Semantik merupakan satu cabang dalam ilmu linguistik yang membahaskan makna.
Terdapat banyak jenis makna yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Makna adalah
sangat penting dalam komunikasi kerana makna akan dapat menghubungkan penutur atau
penulis dengan pembaca atau pendengar (Nik Safiah Karim, 2004). Kajian makna dilakukan
terhadap unit-unit bahasa dengan menggunakan sains linguistik untuk memperoleh makna
yang tepat dalam pertuturan atau penulisan kerana bidang ini juga sangat berkait rapat
dengan struktur bahasa.

Penggunaan perkataan yang tidak tepat secara lisan atau penulisan boleh
mewujudkan perselisihan faham di antara penyampai dan penerima (Azlinda Rahman,
2013). Justeru, ilmu semantik sewajarnya diketahui oleh semua individu supaya ayat yang
dituturkan mempunyai makna yang tepat dan relevan. Sebagai guru, kita seharusnya
menguasai bidang semantik ni supaya pengajaran yang berkesan terhadap murid dapat
dijalankan. Kepimpinan melalui teladan juga boleh berlaku apabila penggunaan ayat yang
betul oleh guru dalam komunikasi seharian menjadi contoh dan ikutan murid-murid.

9
RUJUKAN

Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azlinda binti abd Rahman (2013). Bahasa Melayu : Antara peluasan, penyempitan dan
kecelaruan. Universiti Putra Malaysia.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kearns, K. (2000). Semantics : Modern Linguistic Series. New Zealand : St. Martin’s
Press.

Mansoer Pateda (2001). Semantik Leksikal. Jakarta : Rineka Cipta.

Nik Safiah Karim (2004). Tatabahasa Dewan (New ed.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noam Chomsky (1965). Aspects of The Theory of Syntax. Cambridge, Massachusetts : MIT
Press.

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, Zaharani Ahmad. (2012) Peluasan Makna Alim :
Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Of Language Studies, 12(2), 460.

O’ Grady (2000). What Really Matters. Kanada : McGill Queen’s University Press.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu II. Shah Alam :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu Edisi Kedua.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

You might also like