You are on page 1of 20

TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
(PANTOMIN, MESTAMU,
DEKLAMASI, SAJAK)

WAN MOHD SHAIFULLAH WAN AB RAHMAN

8 PISMP – PENGAJIAN MELAYU


Pantomim
Definisi
• Menurut Pelajar Edisi Kedua pantomim
didefinisikan sebagai sandiwara yang pelakon-
pelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja
tetapi tidak menuturkan kata-kata.
• Drama yg dipersembahkan dgn menggunakan
gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi
muzik.(Kamus Dewan Edisi Empat)
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
• Guru menerangkan terlebih dahulu defenisi
dan konsep pantomin kepada murid. Guru
menunjukkan contoh pantomin dilaksanakan.
• Mula dengan meminta mereka
untuk melakonkan tindakan mudah harian
seperti menggosok gigi mereka atau bermain
dengan haiwan kesayangan mereka.
• Pilih sebuah buku cerita pendek kanak-
kanak yang menunjukkan ciri tindakan harian.
Minta kanak-kanak untuk melakonkan
perbuatan yang terdapat di dalam. Guru
membaca perlahan-lahan, berhenti disetiap
halaman, dan memberikan peluang kepada
murid untuk melakonkannya.
• Menggalakkan murid untuk menulis cerita
pantomim sendiri. Bahagikan murid kepada
beberapa kumpulan kecil pilihan mereka dan
melaksanakan pantomin mereka dihadapan
kumpulan yang lain.
Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular
dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan
sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak,
pantun, syair, gurindam, dan seloka
Deklamasi
• Deklamasi berasal dari bahasa Latin yang
maksudnya declamare atau declaim yang
membawa makna membaca sesuatu hasil
sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau
gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang
dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang
puitis, yang seirama dengan isi bacaan.
• Apa bezanya deklamasi dan nyanyi? Menyanyi
ialah melagukan suatu nyanyian dengan
menggunakan not-not do-re-mi atau not
balok, sedang deklamasi ialah membawakan
pantun-pantun, syair, puisi atau sajak dengan
menggunakan irama dan gaya yang baik.
• Disamping itu kita mengenali pula: menari,
melukis, memahat, sandiwara dan lain-
lain. Semuanya itu mempunyai cara-cara dan
aturannya sendiri-sendiri.
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
• Seperti yang telah dijelaskan bahawa
berdeklamasi itu membawakan pantun, syair
dan sajak atau puisi.Sebelum kita
berdeklamasi, kita harus memilih dulu pantun,
syair, sajak apa, yang rasanya baik untuk
dideklamasikan. Terserah kepada keinginan
masing-masing.
• Yang penting pilihlah sajak atau puisi, pantun
atau syair yang mempunyai isi yang baik dan
bentuk yang indah dideklamasikan. Mengenai
hal isi tentunya dapat minta nasihat, petunjuk
dan bimbingan daripada mereka yang lebih
berpengalaman dan berpengetahuan atau ahli
dalam bidang deklamasi.
• Apakah puisi yang kita pilih itu berunsur
kepahlawanan, keberanian, kesedihan,
kemarahan, kesenangan, pujian dan lain-
lain? Kalau puisi yang kita pilih itu mengandungi
kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka
kita pun harus mendeklamasikan puisi tersebut
dengan perasaan dan laku perbuatan, yang
menunjukkan seorang pahlawan, seorang yang
gagah berani.Kita harus dapat melukiskan kepada
orang lain, bagaimana kehebatan dan kegagahan
kapal udara itu. Bagaimana harus mngucapkan
kata-kata yang seram dan menakutkan.
• Sebaliknya kalau saja puisi yang kita pilih itu
mengadung kesedihan, sewaktu kita
berdeklamasi haruslah betul-betul dalam suasana
yang sedih dan memilukan, bahkan harus bisa
membuat orang menangis bagi orang yang
mendengar dan melihat kita sedih, ketika
dideklamasikan menjadi sebuah puisi yang
gembira, bersukaria atau sebaliknya. Tentu saja
hal-hal seperti itu harus dijaga benar-
benar. Kerana itu, perlu berhati-hati, teliti, tenang
dan sungguh-sungguh dalam menafsir sebuah
puisi.
• Baca semua puisi itu berulang-ulang sehingga
kita memahami isi kandungan dan maksud
oleh puisi tersebut.
Khat
• Khat merupakan tulisan tangan yang cantik, yang
dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas,
kaligrafi (Kamus Dewan Edisi Keempat : 786).
• Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama
´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang
masih dimiliki oleh umat Islam.
• Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai
dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta
yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi
mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi.
Jenis-jenis Khat
• Khat Kufi
• Khat Nasakh
• Khat Diwani
• Khat Thuluth
Khat Kufi
Khat Nasakh
Khat Diwani
Khat Thuluth
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
• Kenalkan satu persatu huruf jawi kepada
murid.
• Murid menulis huruf jawi
• Kenalkan jenis tulisan khat kepada murid
• Bagi murid tahap satu, aktiviti mewarna
tulisan khat. Manakala, murid tahap dua pula,
murid dikehendaki melukis atau menekap
kembali tulisan khat yang ditunjukkan oleh
guru

You might also like