You are on page 1of 7

1.

0 Kajian teks Pola Keselarasan Huruf Vokal

Tajuk Teks : Dunia Raksasa

Hidupan bumi yang bersaiz gergasi disebut mega fauna, biasanya bersaiz raksasa dengan
keberatan sehingga beratus-ratus kilogram. Selain kawasan beriklim sejuk yang
membuatkan haiwan membesar menjadi gergasi, habitat di kawasan kepulauan juga
didapati mewujudkan spesies haiwan raksasa. Haiwan pulau gergasi yang paling terkenal
ialah biawak raksasa yang tinggal di Pulau Komodo di Indonesia dan kura-kura gergasi di
Kepulauan Galapagos. Kajian saintis mengatakan bahawa oleh sebab makhluk tersebut
tinggal di kawasan pulau yang terpencil, haiwan pemangsa yang mengancam kehidupannya
turut berkurangan dan membolehkannya hidup lebih lama dan membesar menjadi gergasi.
Di seluruh dunia, banyak kawasan pulau yang dipenuhi oleh makhluk gergasi, termasuklah
tikus gergasi, serangga raksasa dan burung yang berkali-kali ganda lebih besar daripada
saiz manusia. Kini kebanyakan haiwan tersebut pupus akibat penerokaan dan pemburuan
manusia. Di samping haiwan bersaiz gergasi, bumi juga mempunyai tumbuh-tumbuhan
raksasa. Tumbuhan terbesar di dunia yang direkodkan ialah pokok Sequoia yang dapat
mencapai ketinggian 280 kaki dan berdiameter 23 kaki. Paku-pakis turut mempunyai
spesies raksasa.

( Sumber : Majalah Sains dan Teknologi)

1
2.0 Kajian Pola Keselarasan Huruf Vokal Berdasarkan Teks

Bil Pola Ejaan Perkataan Bilangan Peratus


perkataan kekerapan (%)
01. a+a kawasan, ialah, mengancam,
biawak, banyak, kebanyakan, dapat
7 17

02. a+i paling 1 2


03. a+u makhluk, beratus-atus termasuklah 3 7
04. e+a keberatan, membesar, terkenal,
sebab, terbesar 5 13
05. e pepet + i terpencil, lebih 2 5
06. e pepet + u disebut, sejuk, tersebut, dipenuhi 4 9
07. e taling + a dengan 1 2
08. e taling + e berdiameter 1 2
09. e taling + o direkodkan 1 2
10. i+a habitat 1 2
11. i+i beriklim 1 2
12. i+u hidupan, kehidupannya, tikus 3 7
13. o+a kilogram 1 2
14. o + e taling oleh, membolehkannya 2 5
15. o+o pokok 1 2
16. u+a Membuatkan, berkurangan, pulau 2 5
17. u+i Bumi 1 2
18. u+u Mewujudkan, turut, seluruh,
burung, pupus, tumbuh-tumbuhan 6 14

Jumlah 43 100
Jadual 1 : Analisis Pola Keselarasan Huruf Vokal

2.1 Graf Peratus Pola Keselarasan Vokal

2
JUMLAH PERATUS KEKERAPAN POLA KESELARASAN VOKAL (%)
18

16

14

12
PERATUS KEKERAPAN

10
Total

POLA EJAAN

Rajah 1 : Jumlah Peratus Kekerapan Pola Keselarasan Vokal (%)

Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa terdapat 18 pola keselarasan huruf
vokal . Bagi pola ejaan i + a, a + i, e taling + a, e taling + e, e taling + o, i + i, o + a,
o+o dan u + I, kesembilan pola ejaan ini menunjukkan julam perayus kekerapan
yang sama iaitu sebanyak 2%.. Manakala jumlah peratus kekerapan bagi pola ejaan
a + a ialah sebanyak 17%. Seterusnya, terdapat dua pola ejaan berada pada jumlah
peratus kekerapan sebanyak 7% iaitu a + u dan i + u. Berikutnya, peratus kekerapan
bagi pola ejaan e + a ialah 13%. Manakala bagi pola ejaan e pepet + i, o + e taling
dan u + a ialah sebanyak 5%. Akhir sekali, pola ejaan bagi e pepet+u ialah sebanyak
9%.

3.0 Kajian Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal Berdasarkan Teks

3
Berdasarkan teks, terdapat beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai
Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal . Contohnya, haiwan, saiz dan lain. Ketiga-
tiga perkataan tersebut merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata
tertutup. Perkataan-perkataan tersebut termasuk dalam Kekecualian Keselarasan
Huruf Vokal kerana menggunakan diftong ai dalam perkataan haiwan, sain dan lain.
Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang disebut berterusan secara gelinciran
dalam satu hembusan nafas.

Seterusnya, perkataan spesies dan saintis. Kedua-dua perkataan tersebut


termasuk dalam Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan Kata
Pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Hal ini dapat dijelaskan lagi dalam jadual Ejaan
Kata Pinjaman di bawah :

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


c s contoh : cent, cylinder sen, silinder
species spesies

b) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


ie ai contoh : pie pai
scientist saintis

Akhir sekali, perkataan Galapagos. Perkataan ini dikecualikan dalam


Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan nama khas iaitu nama sebuah tempat
di Kepulauan. Kata Nama Khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda,
tempat, negara, bangsa, institusi dan seumpamanya. Oleh itu, dengan lebih jelas
lagi Galapagos ialah Kata Nama Khas tidak hidup kerana ia merupakan nama
tempat dan ia tidak termasuk dalam keselarasan huruf vokal.

4
4.0 Kesimpulan

5
Kesimpulannya, sesuatu perkataan hanya akan wujud dalam pola keselarasan huruf
vokal jika menepati tiga syarat iaitu, keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada
kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata
dasar yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem
keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Syarat-syarat
ini melengkapi definisi keselarasan huruf vokal yang bermaksud kesesuaian dua
huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara
huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir
tertutup.

6
5.0 Rujukan

You might also like