You are on page 1of 2

KEMAHIRAN ☐Bertutur & Mendengar ☐ Membaca ☐ Menulis ☐ Aspek Seni Bahasa ☒ Aspek

Tatabahasa
STANDARD 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.
KANDUNGAN
STANDARD 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut konteks.
PEMBELAJARA
N
NOTA KATA GANDA
1) KATA GANDA SELURUH/PENUH
Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang
perubahan bentuk.
Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah
Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal,
atau kedua-duanya.
PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL
Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak mainan
2) KATA GANDA SEPARA
Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain
itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :
KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA
Layang Layang-layang Lelayang
Kuda Kuda-kuda Kekuda
Tupai Tupai-tupai Tetupai
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari
Langit Langit-langit Lelangit
Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair,
tetuang dan sesendi.
3) KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar tersebut.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA CONTOH
Persamaan bunyi di hujung Kuih-muih, lauk-pauk
Persamaan bunyi di pangkal Batu-batan, bukit-bukau
Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, simpang-siur
4) KATA GANDA BERIMBUHAN
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau
akhiran.  Contoh :
IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
NOTA KATA AKRONIM

1. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.
2. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut
iaitu:
(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. Keseluruhannya ditulis
dengan huruf besar jika kata nama khas
 LUTH (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
 ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
(ii) Gabungan huruf awal dan/ atau suku kata – ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika
bukan KNK
 tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
 ubahsuai (ubah suai)
 kugiran (kumpulan gitar rancak)
 purata (pukul rata)
(iii) Gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas – kata itu ditulis
bermula dengan huruf besar
 Bernama (Berita Nasional Malaysia)
 Pernas (Perbadanan Nasional)
 Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
 Mara (Majlis Amanah Rakyat)
 Petronas (Petroleum Nasional)
 Proton (Perusahaan Otomobil Nasional)

You might also like