You are on page 1of 9

KATA GANDA

Ahli Kumpulan:

Faris

Hakimi

Dayana

Hafizah

Xing Ying
DEFINISI

Kata ganda merupakan proses pengulangan kata sama ada secara


penuh, separa atau berentak

Menurut Arbak Othman menyatakan penggadaan adalah proses


bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang

Menurut Asmah Haji Omar, kata ganda ialah proses mengulangi


sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu
Penggandaan
penuh

JENIS-JENIS
PENGGANDAAN

Penggandaan Penggandaan
separa berentak
PENGGANDAAN PENUH
Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan ataupun tidak

Kata dasar diulang dan digandakan

Kura-kura Labah-labah
Pulau-pulau Suka-suka
Pemimpin-pemimpin Kehendak-kehendak
Buku-buku Mandi-mandi
Cantik-cantik Tiba-tiba Pelatih-pelatih Persatuan-persatuan
Tinggi-tinggi Sungguh-sungguh
PENGGANDAAN SEPARA
Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan
Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan ataupun dibelakang kata dasar
Mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya

KATA DASAR TUNGGAL KATA DASAR IMBUHAN


laki lalaki lelaki Berlari-lari Kasih-mengasihi
jari jajari jejari Mencari-cari Cinta-mencintai
siku sisiku sesiku Berturut-turut Kejar-mengejar
rambut rarambut rerambut Terdiri-diri Tolong-menolong
langit lalangit lelangit Sepandai-pandai Bantu-membantu
PENGGANDAAN BERENTAK

Pengulangan
– Proses yang menggandakan vokal
kata dasar yang mengikut
rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu
– Dalam penggandaan
berentak, seluruh kata dasar
Jenis
digandakan dan bunyi penggandaan
tertentu diulang atau diubah berentak

Pengulangan
konsonan Bebas
1. Pengulangan Vokal

Sayur-mayur Hiruk-pikuk
Kuih-muih Hina-dina
Selok-belok Hingar-bingar
3. Bebas
Lauk-pauk Tungkus-lumus
Gotong-royong Cerai-berai Anak-pinak
Saudara-mara
Lintang-pukang
2. Pengulangan konsonan
Titik-bengik
Gunung-ganang Simpang-siur
Bukit-bukau Mandi-manda
Mundar-mandir Bolak-balik
Kayu-kayan Batu-batan
ANALISIS KATA GANDA
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila tiba
sahaja musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari
Krismas, masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka
yang diadakan oleh jiran tetangga, pihak kerajaan tempatan, mahupun mengunjungi rumah terbuka
yang diadakan di peringkat negara atau peringkat kebangsaan. Bermula pada tahun 2000, kerajaan
Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama di Malaysia dianggap
sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat nasional iaitu Sambutan
Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Krismas, Perayaan Deepavali,
Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan. Oleh sebab itu, semenjak tarikh berkenaan
perayaan-perayaan kaum utama masyarakat berkenaan diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran
bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada setiap tahun. Sekiranya, amalan menyambut
perayaan-perayaan berkenaan berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum di
Malaysia akan terus mampan. Menyedari kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka
pada peringkat nasional sudah pasti sambutan perayaan berkenaan ada kemaslahatannya kepada
negara dan masyarakat. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah
kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
Sekian, terima kasih!

You might also like