You are on page 1of 10

PENGGANDAAN PENGENALAN

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda :

a) Penggandaan penuh

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak . Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anakanak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih. Contoh penggandaan penuh kata dasar yang tidak berimbuhan: buku-buku cantik-cantik sungguh-sungguh suku-suku tinggi-tinggi tiba-tiba sama-sama

Contoh penggandaan penuh kata nama yang berimbuhan: pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan pelatih-pelatih kehendak-kehendak

b) Penggandaan separa

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar tersebut boleh merupakan kata tungal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar . Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya ialah pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu akan mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e-pepet. Contoh: jari -----siku -----rambut -----langit -----(jajari) (sisiku) (rarambut) (lalangit) jejari sesiku rerambut lelangit

penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekaliberlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk-bentuk gandaan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar untuk jenis kata kerja tertentu.Contoh: berlari-lari kasih-mengasihi bantu-membantu mencari-cari tolong-menolong nasihat-menasihati sepandai-pandai berturut-turut

c) Penggandaan berentak

Penggandaan berentak adalah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu ,seluruh kata dasar digandakan dan bunyi bunyi tertentu, diulang atau diubah ,penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (i) penggandaan berentak pengulangan vokal (ii)penggandaan berentak pengulangan konsonan (iii) penggandaan berentak bebas Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contoh: sayur-mayur kuih-muih selok-belok lauk-pauk suka-duka anak-pinak saudara-mara hingar-bingar hina-dina hiruk-pikuk

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi bunyi konsonan tertentu. Contoh: gunung-ganang rumput-rampai lintang-pukang asal-usul bukit-bukau kayu-kayan simpan -siur mandi-manda

mundar-mandir batu-batan

Penggandaan Berentak Bebas penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contoh: lemah-Ionglai tinggi-lampai sahabat -handai cerdik-pandai susur-galur lintang-pukang

3.0 PROSES MORFOLOGI: 3.1 PROSES PENGGANDAAN

Kata ganda pula merupakan proses menggandakan kata dasar yang meliputi penggandaan penuh , penggandaan separa, penggandaan berentak , penggandaan semu dan penggandaan berimbuhan. Di antara contoh penggandaan penuh bagi entri U yang menjadi kata kepala atau kata masukan ialah seperti berikut: 3.1.1 Proses Penggandaan Penuh Umang-umang Umbul-umbul Umbut-umbut Ubal-ubal Ubun-ubun Ubur-ubur sejenis ketam laut Jw sejenis bendera yang panjang sejenis ikan darat Jk sejenis kain ikat kepala bahagian kepala yang hampir dengan dahi sejenis binatang laut yang badannya seperti agar-agar

Kata kepala atau kata masukan ini ditulis dengan warna hitam dan diletakkan di paling kiri dalam setiap bahagian. Ini diikuti dengan makna atau keterangan bagi kata kepala tersebut di sebelah kanan .

3.1.2 Penggandaan Separa Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini tidak terdapat satu pun penggandaan separa bagi entri U yang bertindak sebagai kata kepala.

3.1.3 Penggandaan Berentak Terdapat hanya dua perkataan yang berupa penggandaan berentak yang menjadi kata kepala atau kata masukkan dalam kamus ini. Perkataan tersebut adalah seperti berikut. Ucah-acih Umbang ambing Kl , Ph terhinggut-hinggut, tergoyang-goyang. menggerak-gerakkan turun naik( kapal dibuai ombak dan lain-lain

3.1.4 Penggandaan Berimbuhan Pengandaan berimbuhan memainkan peranan yang penting dalam entri U yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Penggandan berimbuhan ini memainkan peranan sebagai kata kepala dan juga sub kata kepala. Terdapat dua penggandaan imbuhan yang menjadi kata kepala iaitu , Ular-ularan Udap-udapan Mn kejang atau tegang ( urat betis dan lain lain) sj seperti rojak atau gado-gado.

Manakala perkataan penggandaan berimbuhan yang berasal daripada kata dasar yang menjadi kata kepala memainkan peranan penting sebagai sub kata kepala.Terdapat banyak contoh penggandaan pengimbuhan untuk entri U yang menjadi sub kata kepala dalam kamus ini, antaranya ialah.

Utus berutus-utusan Urut berurut-urut Upaya seupaya-upaya

Uncit beruncit-uncit

Ulang berulang-ulang Ulas berulas-ulas Ubat ubat-ubatan

3.2 Proses Derivasi Derivasi atau bentuk terbitan merupakan proses pengimbuhan yang tidak bersifat infleksi pada bentuk leksem untuk membentuk kata. Dalam perkamusan Melayu, bentuk derivasi diperlakukan sebagai unsur yang penting dalam pembinaan kata masukan dalam kamus yang boleh berfungsi sebagai sublema untuk kata masukkan yang terdiri daripada kata dasar, kata majmuk dan kata ganda. Dalam kamus ini terdapat beberapa kata ganda yang menjadi kata terbitan atau derivasi yang memainkan peranan sebagai sub kata kepala. Antaranya ialah User-user User-useran Ura-ura Berura-ura Mengura-urakan Umbang-ambing Terumbang-ambing Keterumbang-ambingan Perumbang-ambingan

3.3 Singkatan semu

Singkatan yang mempunyai makna leksikal, mempunyai kelas dan padanan penuh serta berpotensi untuk diperluas. Perkataan-perkataannya berasal daripada bentuk penuhnya minimum, maksimum dan mikron. Dalam kamus, singkatan semu dijadikan sebagai leksem tersendiri. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Edisi Keempat ini, tidak terdapat singkatan semu yang ditemui dalam entri F.

4.0 PROSES PENGAKRONIMAN Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini terdapat juga proses pengakroniman yang menggunakan entri U . Huruf-huruf akronim ini ditulis dalam huruf besar, tanpa diberikan entri dan hanya diberi makna penuh bagi singkatan yang ditulis. Di antaranya ialah. UI UIAM UiTM UMNO UNESCO kep Universitas Indonesia kep Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kep Universiti Teknologi Mara akronim bagi United Malays National Organisation akronim bagi United Nationas Educational Scientific and Cultural Organisiona UNITAR UNITEN UPM akronim bagi Universiti Tun Abdul Razak. akronim bagi Universiti Tenaga Nasional kep Universiti Putra Malaysia

UPP UPSI UPSR USM UTM

kep Unit Pencegah Penyeludupan akronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris kep bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah kep Universiti Sains Malaysia kep bagi Universiti Teknologi Malaysia

Rujukan

Sidang Editor. 2010.Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainab Ahmad (pent.). 1993. Leksikografi: Prinsip dan Amalan Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like