You are on page 1of 31

IPGM KAMPUS IPOH PERAK

PENSYARAH PEMBIMBING: NOOR AZNI B. YAHYA NAMA PELAJAR : NURJANNAH SHAHIDA BT MAMAT JESSICCA SALAPAN MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU1 (SEM2/2010) TAJUK :PENGANTAR MORFOLOGI

TAKRIF MORFOLOGI
Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Justeru, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu. Unit terkecil dalam morfologi ialah morfem. Morfem berperanan untuk membentuk perkataan. Sesuatu perkataan itu mungkin daripada satu, dua, tiga atau lebih morfem. Misalnya, perkataan jatuh merupakan satu morfem, tetapi perkataan terjatuh dan menjatuhkan terdiri daripada dua dan tiga morfem.

Morfem terbahagi kepada dua jenis: I. Morfem terikat II. Morfem bebas Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem lain. Morfem terikat juga tidak mempunyai makna. Maknanya hanya hadir apabila morfem tersebut digabungkan atau diimbuhkan kepada morfem bebas. Proses penyusunan dan penggabungan morfem perlu mematuhi peraturan sistem morfologi sesuatu bahasa. Contoh morfem terikat seperti imbuhan ter-, men-, dan sebagainya.

Morfem bebas pula ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem bebas juga disebut sebagai kata dasar. Terdapat beberapa istilah berkaitan morfem yang perlu diketahui iaitu morf dan alomorf. Morf adalah unit-unit morfem yang telah direalisasikan atau juga dikenali sebagai eleman dalam bentuk kata yang didengar dalam pertuturan. Contoh, perkataan memakan morfnya ialah me + makan .Tegasnya morf, juga dikenali sebagai satuan gramatikal terkecil yang didengar dalam pengucapan. Alomorf ialah variasi yang terdapat dalam morfem terikat.

PROSES PEMBENTUKAN KATA. Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunan dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantumembantu.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa yang kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan serap apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu menyerap, menyerapkan, menyerapi, diserap, penyerap, penyerapan, terserap, serapan, terserapkan, daya serap dan sebagainya.

Kaedah pembentukan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan menwujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya. Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri dan perkataan yang dibentuk kemudian melalui prosesproses tertentu.

Bentuk Kata Tunggal


Merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal merupakan bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri. Kebanyakan kata tunggal boleh diperluas membentuk kata terbitan.

Kata Tunggal Satu Suku Kata


Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad bilangannya. Ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing. Berikut merupakan contoh kata tunggal satu suku kata:

Suku Kata KV VK KVK KKVK ya am tin draf

Contoh Perkataan yu ru

lap krim

bah stor

cap dram

Kata Tunggal Dua Suku Kata


Banyak terdapat dalam bahasa Melayu. Antara pola kata tunggal dua suku kata adalah seperti berikut:

Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + V KV + VK

ibu aur ubat inti anjung dua biar

Contoh Perkataan ini apa ais aib acah alat undi asli uncang akrab tua gua liat buat

cik air ikan erti undang sua mual

Kata Tunggal Tiga Suku Kata


Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata tunggal tiga suku kata merupakan kata-kata pinjaman. Kata tunggal jenis ini kecil bilangannya, tetapi mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang pelbagai seperti contoh yang berikut:

Suku Kata KV + V + KV KV + V +KVK V + KV + V KV + KV + V KVK + KV + V KV + KV + VK KVK + KV + VK

buaya ziarah urea deria rahsia haluan manfaat

Contoh Perkataan niaga biasa siasat idea mulia rumbia sekian lengkuas kiamat usia setia dahlia rasuah sengkuang

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih


Kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata atau lebih juga amat kecil bilangannya. Sebahagian daripada kata-kata ini adalah daripada kata pinjaman seperti contoh yang berikut:

Suku Kata KV +KV + VK + KV KV + KVK + KV + KV KVK + KV + KV + KV KVK + KV + V + KV KV + KV + KV + KV KV + KV + KV + KVK KVK + KV + KV + KVK

Contoh Perkataan keluarga biduanda sejahtera sementara bendahara laksamana sentiasa selesema samudera muzakarah hulubalang sentimeter

Kata Terbitan
Kata dasar yang telah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan akan membentuk kata imbuhan. Merupakan hasil daripada penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Kata dasar bagi kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada jenis kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

AWALAN
Awalan ialah imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar bagi menghasilkan kata terbitan. Dalam bahasa Melayu, awalan boleh diimbuhkan pada golongan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Awalan Kata Nama


a) b) c) d) e) peNpepeRkejuru-

Awalan peN Berbeza dengan awalan pekerana imbuhan ini mempunyai empat bentuk alomorf, iaitu pe-, pem-, pen-, dan peng-. Perbezaan ini juga terletak pada unsur morfofonem Nyang berubah bentuk apabila menerima kata dasar . Contohnya, awalan peN- menjadi pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,ny,r,l,dan w.
peN + mudah peN + nama pemudah penama

Awalan pe Awalan pe- berbeza dengan awalan peN- kerana apabila diimbuhkan pada kata dasar tertentu, tiada perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut. Contohnya,
pe + tunjuk (peN + tunjuk) pe + kedai pe + sawah petunjuk (penunjuk) pekedai pesawah

Awalan Kata Kerja


a) b) c) d) e) f) meNbeRteRdimempeRdipeR-

Awalan meN Menghasilkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Awalan ini mempunyai alomorf, iaitu me-, mem-, men-, dan meng- yang dijelaskan seperti yang berikut Awalan meN- menjadi me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, ny, r, l dan w. Contoh:
meN + masak meN + naik memasak Menaik

Awalan beR Mempunyai satu alomorf sahaja, iaitu ber- yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata dasar. Contoh:
beR + angka beR + ekor berangka berekor

beR + depan

berdepan

Awalan Kata Adjektif


Awalan teR Awalan ter- apabila digabungkan dengan golongan kata adjektif akan membentuk kata adjektif juga. Contoh:
ter + baharu ter + murah terbaharu termurah

Awalan se Awalan se- apabila digabungkan dengan golongan kata adjektif akan membentuk kata adjektif juga. Contoh:
se + cantik se + baik secantik sebaik

AKHIRAN
Akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud pada kata nama dan kata kerja.

Akhiran Kata Nama


Terdapat hanya satu akhiran kata nama ,iaitu -an dan imbuhan ini boleh bergabung dengan semua bentuk kata dasar. pakai + an pakaian Contohnya:
tuju + an tujuan

Akhiran Kata Kerja


Terdapat dua bentuk akhiran kata kerja,iaitu -i dan -kan. Akhiran -i hanya mempunyai satu bentuk ikut + i ikuti seperti contoh yang berikut:
jalan + i jalani

Akhiran kata nama pinjaman pula adalah -ah sultanah seperti yang berikut:
-in

Muslimin

Akhiran -kan juga mempunyai satu bentuk serah + kan sahaja seperti yang serahkan berikut:
lurus + kan Luruskan

APITAN
Apitan merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar bagi membentuk kata terbitan. Apitan dalam bahasa Melayu dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Apitan Kata Nama Apitan yang membentuk kata nama terbitan adalah seperti yang berikut:

Apitan Kata Kerja Apitan yang membentuk kata kerja terbitan pula adalah seperti yang berikut:

ke--an
pe--an pel--an pem--an

kesihatan
perasmian pelajaran pembuatan

ber--an
ber--kan di--i di--kan

berguguran
berlantaikan dihargai diserahkan

Apitan Kata Adjektif Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan hanya satu sahaja, iaitu:
ke--an kemelayuan

SISIPAN
Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar. Bentuk sisipan tidak banyak dan hanya wujud pada kata nama dan kata adjektif sahaja.

Sisipan Kata Nama


Sisipan kata nama adalah seperti yang berikut:
-el-em-ertelunjuk, telapak kemuncup seruling

Sisipan Kata Adjektif


Sisipan kata adjektif adalah seperti yang berikut:
-el-em-ergelembung, selerak semerbak, gemilang gerigi, serabut

You might also like