You are on page 1of 13

HALA TUJU NEGARA: CABARAN WAWASAN NEGARA 2020

Pensyarah: En.Jefferi Bin Haji Mat Lazim Ahli Kumpulan : Jessicca Binti Salapan Haslinda Binti Mohd Jamil

Pengenalan Dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991. Diilhamkan dengan fikiran terbuka, tanpa apaapa inspirasi berciri fanatik atau agama sama sekali. Merupakan pengenalan kepada beberapa dasar baru. Contohnya Dasar Pembangunan Kebangsaan menggantikanDasar Ekonomi Baru. Bermatlamat mencapai taraf negara maju yang

DEFINISI WAWASAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, wawasan bermaksud bayangan, penglihatan dan gambaran. Satu himpunan idea yang membentuk tujuan atau objektif bagi individu dan kumpulan bertindak . Bukan sahaja menggariskan keadaan dan iklim semasa, tetapi menggariskan aspek-aspek pembangunan masa depan di dalam semua bidang penghidupan. Merangkumi kerohanian, kebudayaan, kekeluargaan, psikologi, akhlak, ekonomi, pendidikan, politik dan sosial yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu zaman.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020


Mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri. Mewujudkan masyarakat demokratis yang matang. Mewujudkan masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya. Mewujudkan masyarakat yang bersifat matang dan toleran.

Mewujudkan masyarakat yang bersifat sains serta progresif. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Mewujudkan masyarakat yang makmur.

POLITIK
Mewujudkan satu sistem pemerintahan yang stabil dan sempurna. Mewujudkan satu bangsa Malaysia yang setia kepada politik. Mempunyai keseimbangan dan keadilan dalam pemilihan pemerintah yang bijak dalam pengurusan negara.

EKONOMI
Malaysia akan mampu bertahan dalam menghadapi cabaran serantau dan global. Mewujudkan ekonomi yang berdaya saing dan menghasilkan pencapaian kadar pertumbuhan output tahunan yang lebih tinggi. Melindungi rakyat yang miskin dan kurang bernasib baik. Keseluruhan struktur pengeluaran sama ada aktiviti utama, industri atau perkhidmatan, dijangka akan beralih secara beransur-ansur.

Meningkatkan tahap KDNK negara. Mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan, termasuk lebih banyak pilihan dan perkhidmatan yang sesuai dengan permintaan. Mempertingkatkan tahap kecekapan kerajaan, seterusnya mengurangkan cukai. Mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan, termasuk lebih banyak pilihan dan perkhidmatan yang sesuai dengan permintaan.

SOSIAL
Mewujudkan masyarakat yang bertata susila dan beretika serta seimbang dari segi ekonomi. Mewujudkan sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri. Mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan tanah air. Mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang tinggi.

LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI WAWASAN 2020


Menetapkan matlamat yang realistik. Mempelbagai dan mengimbangi ekonomi dan sektor industri yang matang dan luas operasinya. Membentuk sektor pertanian yang moden dan matang sektor khidmat yang cekap, produktif dan matang. Membentuk ekonomi yang pesat berkembang, pantas menyesuaikan dengan perubahan corak pembekalan, permintaan dan persaingan.

Mengurangkan kes jenayah dengan mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah berkenaan. Menerapkan budaya penyayang dan bersikap toleran antara satu sama lain. Lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri. Individu perlu mempunyai semangat yang kental dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020

KESIMPULAN

Wawasan 2020 menekankan perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

BIBLIOGRAFI Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiada Nama,Wawasan 2020 Versi Bahasa Melayu, dilayari pada 20 Julai 2010 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020. Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my/.

You might also like