Professional Documents
Culture Documents
0 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita
dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani
“semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan
oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau
makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian
linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu
perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda
yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta
pengareuh maknan terhadap masyarakat.
1.1 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos
yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’
yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).
Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam
setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang
demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini
bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan
adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya
perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan
huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza
oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut
melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan
pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan
rangsangan atau tindak balas.
3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam
karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak
semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera
yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang
dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan
pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang
sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut
menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang
dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun
tempatnya tetap akan baik juga.
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas
mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses
akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata
‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan.
Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun”
bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud
“orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses
penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan
bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’
dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah
hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ
menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna
perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari
dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus.
Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak
memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
2.1.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan
dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu
bermakna ada ‘lima ekor lembu’.
2.1.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki
makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya
kereta api, kapal api, bunga api dsb.
2.1.3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu
makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan
yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja,
bumiputera dan sebagainya.
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu
bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan
sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.
2.2.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata
perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana
dan sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
2.2.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang
ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang
tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-
kata hikmat.
Contoh bidalan:
1.Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan
hendaklah diselesaikan.
2.Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina
orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.
3.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
4.Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak
mendatangkan rezeki
2.2.3.6 Bentuk Pepatah
Contoh:
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang
pendiam tetapi bodoh.
Contoh:
2.2.2.9 Pemeo
Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan member semangat atau
menyindir. Sebagai contoh:
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada
kerajaan atau swasta. Contohnya:
Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato
Seri Najib Tun Abdul Razak.
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini
demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat
menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan
(ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau
konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Contoh:
1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu
kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa
Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita
perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita
begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan
dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang
hendak disampaikan.
Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian
diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu
kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.
Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam
mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa
kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.
Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai
penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan,
hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan
ketaksaan ayat berkenaan.
4.0 Semantik dan Linguistik
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini
semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu
linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang
semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang
lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi
sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam
tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau
ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.
Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan
ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati
aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal
ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting
dalam linguistik.
4.1 Sinonim dan Antonim
4.1.1 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna
yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan
seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan
‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan
sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi
senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di
sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang
tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di
perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising,
bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang
hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau
mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras
sosial, dan kolokasi.
4.1.1.1 Sinonim Pinjaman
‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau
bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.
Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah
‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.
4.1.1.2 Sinonim Konteks
Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.
Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam
konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
4.1.1.3 Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya
‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang
tinggi dalam profesionalisme seni.
4.1.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya
perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat,
“Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira
setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”
“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’,
‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan
tanpa kata sifat.
Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian
baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah.
Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat
(gembira) dalam ayat tersebut.
4.1.2 Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai
makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan
berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya
hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun
demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu
seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi
menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya
‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan
4.1.2.1 Antonim pasangan komplemen
Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang
saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-
mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan
sebagainya.
Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak
tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
4.1.2.2 Antonim hubungan darjah
Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah
seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-
gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini
mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh,
sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu
secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.
Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkan
darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga
perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya
jika merujuk kepada kereta biasa.
4.1.2.4.3 Antonim hubungan bertentangan
Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.
Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna
yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan
sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang
itu.
4.1.3 Hiponim, Homonim dan Polisem
4.1.3.1 Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai
contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah
kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang
khusus.
4.1.3.2 Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.
Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang
disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh,
perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan
‘kepada kereta api. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan
jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai
sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.
4.1.3.3 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama
ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata
atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang
sama.
Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara.
Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam
ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa
maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya
‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh
tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau
dengan berasaskan konteks penggunaan.
5.0 Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan.
Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan
memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang
yang membaca sesuatu yang ditulis.
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu
makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk
membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan
makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang
mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa
membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa
pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan
kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam
bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
5.1 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna
dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan
menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna
sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai
layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat
apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan
biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya
disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya
disebut‘saudara’.
5.2 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi
makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf
(1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses
perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih
khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-
saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun
kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai
dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
6.0 Peristilahan Bahasa Melayu
6.1 Pengenalan
Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah,
politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan
memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu
juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.
Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi
peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis
Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan
peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam
sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian
bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan.
Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau
gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi
timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati
oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai
mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap
penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu
pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat
diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih
penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep
khusus dan bersifat teknikal.
Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama
dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.
Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum
Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini
dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih
khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori
peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi
oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat
perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.
Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa
Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam
bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah
dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.
Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi
dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi
manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai
sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.
6.2 Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,
gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat
di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna
yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk
istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau
‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang
dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik
yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah
kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah
kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata
istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun
demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang
penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya,
kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfemmerupakan
istilah khusus dalam bidang masing-masing.
6.3 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan
imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah
Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
6.3.1 Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.
6.3.2 Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses
pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an(pemprosesan).
6.3.3 Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut)
atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.
6.3.4 Gabungan
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah
melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti
setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada
juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan
Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan
dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar
melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang
keagamaan Islam danbelanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini
istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara
am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia
bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.
Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi
panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan
berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat
atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah
Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A.
Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang
bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan
di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau.
7.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam
pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan
membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan
perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab
membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan
menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab
mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum
kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.
Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa
ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan
ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan
panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu”
dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang
jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian
- bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.
Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan
kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan
Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan
memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah
baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat
Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat
penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan
kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-
negara lain.
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan
ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.
Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman
pembentukan ini dalam tahun 1950-an.
Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam
bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan
ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu,
bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah
Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu
tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing
yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak
dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu.
Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh
yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda
atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini
diberikan contohnya:
a) Acid - asid (bukan acid)
b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)
c) Acidic - berasid (bukan asidik)
Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya
seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan
dengan morfologi bahasa Inggeris.
Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan
serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan
fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai
bahasa,
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa
diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan
yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau
istilah antarabangsa.
Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada
penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan
pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila
menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu
sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam
bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang
lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti
yang berikut:
a) Biology - kajihayat
b) Anthropology - kajimanusia
c) Sociology - kajimasyarakat
d) Archeology - kajipurba
e) Phonology - kajibunyi
f) Geology - kajibumi
g) Psychology - kajijiwa
h) Climatology - kajiiklim
Berdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana
ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam
bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti
kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan
berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas
menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan
mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.
Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak
mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang
sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa
Inggeris, bahasa asing juga?
Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka
ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis,
dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali
bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi,
farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang
seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-
Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh
persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh
bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain
itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di
Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.
Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada
sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia.
Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini
akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam
dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan
antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa
dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus
perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa
induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa
barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk
merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan
kaedah atau cara, iaitu:
Bagi istilah pinjam-terjemah.
a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
i. Fixed price - harga tetap
ii. Market price - harga pasaran
iii. Price list - senarai harga
iv. Cost price - harga kos
v. Cost section - bahagian kos
Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi
dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):
i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu
hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;
ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang
sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan
iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan)
yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.
Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:
Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada
(menurut keutamaan):
a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-
bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom.
Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan
Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya.
Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja
dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital
kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa
Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.
Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:
Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata
nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur
atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa
Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam
kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear
(daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini
mempunyai pengertian yang khas.
Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata
yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan
bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu
bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau
bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau
ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan
Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.
Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara
dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga
pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk
penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan
istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata
berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat
kata;
ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah
yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.
8.0 Peranan MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga
negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini
dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29
Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham
Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H.
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di
Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai
majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara
pemerhati Majlis sehingga kini.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap
berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan
mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan
sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha –
usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan
seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan,
perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.
5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan
ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.
Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman
pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan
bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk –
bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an
telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih
terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang
ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif
dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.
Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-
penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju
ke arah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah,
penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya
jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu
hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata
terjemahannya dalam bahasa Melayu.
9.0 Prinsip Pembentukan Istilah
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP
dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan
Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi
untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di
samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan
menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan
bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah,
jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa
serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan
pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.