You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU
KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB 3123
SEMANTIK BAHASA MELAYU
TUGASAN 2: ANALISI PERIBAHASA

Nama : Muhamad Nurul Iman Bin Md Salim


No. K/P : 000119-08-0395
Angka Giliran : 2019242340048
Program : PISMP
Ambilan : Jun 2019
Unit : U2
Nama Pensyarah : Dr Hajah Nor Aziah
Bt Abdul Aziz
Tarikh Hantar : 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
a mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Pelajar:
IMAN Tarikh : 21/3/2022
____________ ______________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:_IMAN 21/3/2022


Tarikh :

1
Isi Kadungan

Bil Tajuk Muka surat


1 Pengenalan 4
2 Analisis perubahan makna peribahasa 4–7
- Perubahan teks bahasa Jawa
- Analisis perubahan makna peribahasa
6 Kesimpulan 7
7 Rujukan 8
8 Lampiran 9

2
Penghargaan

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang saya
hormati, Dr Hajah Nor Aziah bt Abdul Aziz pensyarah subjek BMMB 3123 Semantik Bahasa Melayu
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam penyediaan kerja kursus ini. Terima kasih.

3
Pengenalan

Peribahasa memainkan peranan penting dan merupakan budaya yang luhur dalam kalangan orang
Melayu daripada turun-temurun masyarakat terdahulu sehingga masyarakat alaf digital ini. Hal ini
demikian kerana, masyarakat seringkali mengaplikasikan peribahasa sebagai teguran, nasihat dan
sindiran berbentuk kiasan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Perkara ini amat signifikan dengan
apa yang diutarakan oleh Awang Sariyan (1992), iaitu peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai
peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting
daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi
masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Menurut Abdullah Hassan (2005), peribahasa itu sama
tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai
mengenal peradaban ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang
buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan sesama
manusia. Begitu juga dengan masyarakat Jawa yang mempunyai peribahasa yang tersendiri dalam
adat dan budaya mereka.

Analisis perubahan makna peribahasa

Perubahan teks bahasa Jawa

Amalan gotong-royong atau rewang dalam kalangan masyarakat etnik Jawa

Gotong-royong atau rewang adalah satu kerjasama dan tanggungjawab yang mesti dipikul
bersama kerana hidup itu nyala. Kerja gotong-royong ini tidak mengira umur, jantina lelaki atau
perempuan semuanya bersama menjayakan amalan rewang ini. Amalan ini adalah tradisi jawa
turun-temurun walaupun wujud perubahan dalam generasi baharu dan masyarakat mula
berpindah ke tempat lain namun kerbau tetap pulang ke kandangnya, tradisi ini masih tidak
luntur adatnya dan tidak mengubah makna rewang lama walaupun berubah sedikit cara
perlaksanaan amalan itu.

Kebiasaannya tuan rumah akan menjemput jiran-jiran terdekat untuk datang membantu
rewang seperti peribahasa hidup rukun pasti sentosa. Dalam rewang terdapat pemberian
makanan, bahan dapur serta wang ringgit, bungkusan makanan kepada para rewang, salam keruk
dan rokok rewang. Salam keruk dan rokok rewang ini merupakan tradisi masyarakat Jawa yang
terus dikekalkan hingga hari ini.

4
Pemberian becek perlulah diberikan secara ikhlas dan tidak mengungkit. Jika tidak
memberikan wang sumbangan itu seolah tidak menghormati tradisi. Jadi mereka perlulah
mencari air berbekal sepikul air, mencari api berbekal pelita supaya apabila seseorang itu
mengadakan majlis pula nanti, dikhuatir orang lain membalasnya dengan tidak memberikan
sumbangan untuk majlisnya kelak. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang
menggunakan sajian buffet untuk kenduri dalam majlis kerana beranggapan rewang mengambil
masa yang lama. Namun begitu, amalan rewang masih juga menjadi kebiasaan untuk masyarakat
Jawa kerana perlahan-lahan asal tercapai.

Rewang banyak memberi kesan yang baik kepada masyarakat iaitu melahirkan perasaan
kasih sayang walaupun bukan saudara, bukan kerabat, kalau meninggal, ikut kehilangan
sesama ahli keluarga dan rukun tetangga. Oleh hal yang demikian, tradisi seperti rewang perlulah
sentiasa diterapkan dalam dalam adat dan budaya masyarakat agar tidak menjadi seperti sungai
kehilangan lubuk, pasar kehilangan gema.

Analisis istilah dan perubahan makna peribahasa Jawa

Peribahasa pertama, urip iku urup iaitu hidup itu nyala membawa maksud seseorang
individu perlulah sentiasa menjalani kehidupan dengan memberi manfaat kepada orang lain.
Perkataan hidup pada peribahasa membawa maksud kehidupan seseorang, manakala nyala
bermaksud sentiasa berfungsi. Walau bagaimanapun, jika disingkap daripada konteks manusia,
nyala ditakrifkan sebagai mendatangkan kegunaan dan kebaikan seperti manfaat kepada orang
sekeliling. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Jawa sangat mementingkan amalan
merewang kerana terdapat pelbagai nilai murni yang dapat diterapkan dan melahirkan insan yang
bermanfaa dalam bersama- sama membantu, bekerja bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan
seperti majlis kenduri kahwin.

Seterusnya, peribahasa yang kedua ialah kebo mulih menyang kandhange iaitu kerbau
tetap pulang ke kandang yang bermaksud seseorang yang telah pergi jauh kemudian kembali
ke tempat asalnya. Kerbau dalam peribahasa ini merupakan perlambangan kepada manusia yang
merantau dan berpindah jauh daripada asal usulnya dan pulang ke kandang membawa
maksud seseorang itu akan tetap juga pulang ke

5
kampung halamannya seperti dalam petikan teks yang menyatakan bahawa tidak hilang tradisi
merewang dalam kalangan masyarakat etnik Jawa kerana sudah menjadi adat resam kaum
mereka. Hal ini memperlihatkan secara terang lagi bersuluh bahawa utuhnya jati diri yang terbina
antara dalam jiwa masyarakat Jawa.

Peribahasa ketiga yang terdapat di dalam teks ialah rukun agawe santosa yang membawa
maksud hidup rukun pasti sentosa. Hal ini dapat dilihat daripada perkataan rukun agawe
yang bermaksud hidup rukun seperti kehidupan berjiran, bermuafakat dan sikap bekerjasama
dalam sebuah institusi kerukunan dan perkataan pasti sentosa pula membawa takrifan sebagai
sentiasa aman dan harmoni. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sentosa bermaksud
bebas atau terlepas daripada segala bencana, aman dan selamat. Hal ini jelas menjustifikasikan
bahawa masyarakat etnik Jawa sangat mementingkan hidup bermuafakat seperti mementingkan
tradisi salam keruk, rokok rewang dan lain-lain yang terus dikekalkan hingga hari ini.

Selain itu, peribahasa seterusnya ialah golek banyu apikulan warih, golek geni adedamar
iaitu mencari air berbekal sepikul air, mencari api berbekal pelita. Maksud peribahasa
tersebut ialah jika seseorang individu hendak mendapatkan kebaikan daripada orang lain,
individu tersebut mestilah membuat atau memberikan kebaikan terlebih dahulu kepada orang
lain. Hal ini dilihat dengan jelas dalam contoh pemberian becek atau salam yang terselit dengan
wang ketika bersalaman dengan tuan rumah dan juga dikenali sebagai salam keruk merupakan
satu pemberian yang ikhlas sehingga masyarakat Jawa tersebut tidak akan berasa tenang atas
sebab kekhuatiran jika diri mereka mengadakan majlis pada masa akan datang, tetamu pula
membalas dengan tidak memberikan sumbangan. Oleh itu, tradisi pemberian becek ini tidak
boleh dipandang enteng dan perlu diikuti bagi mengekalkan penyatuan sesebuah etnik dan
merupakan simbol-simbol keunikan masyarakat Jawa.

Bukan itu sahaja, peribahasa Jawa yang terdapat dalam amalan merewang ialah alon-alon
waton kelakon yang membawa maksud perlahan-perlahan asal tercapai. Perkataan alon-
alon ini membawa sebuah takrifan yang menggalakkan semua orang agar tidak terburu-buru
dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Hal ini adalah untuk menasihati dan mengingatkan
masyarakat agar berhati-hati melaksanakan sesuatu dengan cermat sehingga mencapai hasil yang
terbaik dan maksimum. Waton kelakon pula membawa maksud asal tercapai dan hal ini
terbukti bahawa masyarakat Jawa

6
mengamalkan amalan merewang kerana tidak suka terburu-buru melakukan pekerjaan dan
mengharapkan hasil yang terbaik.

Tambahan pula, peribahasa dudu sanak dudu kadang, yen mati melu kelangan yang
diberi takrifan sebagai bukan saudara, bukan kerabat, kalau meninggal, ikut kehilangan.
Dalam peribahasa ini, dudu sanak bermaksud bukan saudara, dudu kadang pula diterjemahkan
sebagai bukan kerabat, manakala yen mati bermaksud kalau meninggal, melu kelangan
mempunyai terjemahan sebagai ikut kehilangan. Peribahasa ini memberi gambaran penuh
bahawa kekerabatan atau sifat persaudaraan masyarakat etnik Jawa mempunyai pertalian yang
sangat erat lebih-lebih lagi daripada tradisi amalan rewang yang sangat membantu mengukuhkan
hubungan silaturahim masyarakat. Mereka sangat menghargai antara satu sama lain mesikpun
tidak mempunyai pertalian darah dan tidak membeza-bezakan keturunan dan hubungan darah.

Akhir sekali, peribahasa kaya kali ilang kedhunge, pasar ilang kumandange yang
membawa maksud seperti sungai kehilangan lubuk, pasar kehilangan gema. Perkataan
kaya kali ilang kedhunge diterjemahkan kepada sungai tersebut kehilangan lubuk. Lubuk
adalah bahagian dalam daripada satu aliran sungai dan perkataan pasar ilang kumandange
bermaksud pasar kehilangan gema. Pasar seringkali menjadi tempat orang ramai berkumpul dan
mempunyai suasana yang riuh rendah namun riangnya hilang begitu sahaja sejajar dengan
peribahasa ini yang melambangkan bahawa tradisi Jawa yang semakin lama semakin menghilang
ditelan zaman ini. Hal ini demikian kerana, adat dan budaya serta tradisi Jawa mula terhakis dan
telah digantikan dengan nilai-nilai baharu yang belum sepenuhnya difahami oleh masyarakat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, peribahasa setiap bangsa dan budaya sesebuah kaum itu perlulah diterapkan
dalam kalangan penggunaan bahasa sehari-harian agar tak lapuk dek zaman, tak lekang dek hujan
kerana setiap peribahasa mempunyai keunikannya yang tersendiri. Hal ini bertepatan dengan apa yang
diutarakan oleh seorang tokoh terkemuka, Za’ba (1965), iaitu peribahasa merupakan susunan kata
yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman silam yang mempunyai makna
yang luas dan bijak dan juga sedap didengari.
Rujukan

7
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Raín Shaari. (2009). Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

8
Lampiran

Rewang iki kerjo gotong royong, rewang tanggung jawab yang harus dipikul bersama. Orah kiro la
tuo kek mudo, lanang dengan wedok urip iku urup kabeh terlibat dalam upacara pakatan ni, sebab iki
tradisi wong jowo, memang kito generasi baru iki ikut tradisi lamo iki walaupun aneng yang berubah
sikit dalam rewang iki kebo mulih menyang kandhange.

Biasone wong jowo lek eneng opo-opo kenduri kek opo kek mesti kabeh wong teko rewang nang
umahe seng jekek kenduri rukun agawe santosa kuey jiko di undang jalok kon tolong. Nang rewang
iki aneng pemunggah, nyumbang, bontrot, becek dan rokok rewang. Kabeh wong kekalkan iki.

Becek podo waey salam keruk, kabeh wong iklas bagi, iki tradisi wong jowo bilo teko umah wong
gawe kejo kawin golek banyu apikulan warih, golek geni adedamar. Makcik lek oroh bagi becek nang
tuan umah, makcik raso orah tenteram sebab nanti kapan makcik pulak gawe kenduri takut wong orah
kaey balas.

Kabeh wong hidangi pakanan guno buffet, pemunggah iki aneng waey, cuma pemunggah wes orah
hidangi pakanan guno dulang anta ke meja-meja tamu. Pemunggah beralih tugas menambah pakanan
buffet kui bilo wes entek tamu arek mangan alon-alon waton kelakon.

Rewang iki baik kesane karo wong. Wong kampung kui neh rapet, tanggo kui hormat, saudara neh
tambah sayang gitu dudu sanak dudu kadang, yen mati melu kelangan.

Rewang iki gawe wong samo-samo raso susana gembira, kesel atau penat, sedih dan apo waey raso
kaya kali ilang kedhunge, pasar ilang kumandange Lungo rewang iki kaey pengalaman yang best,
suko duka bersama jiko kabeh wong kumpul gawey kerjo sambil cerito.

You might also like