You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Nama : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI


No. K/P : 041209-02-0127
Angka Giliran : 2022182310011
Program : BAHASA MELAYU 1
PENGAKUAN PELAJAR
Ambilan
Saya mengaku bahawa tugasan : pentaksiran
PPISMPberterusan
AMBILAN JUN 2022
ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Nama kursus : BMMB1074 SEJARAH
Tandatangan Pelajar: AMMAR Tarikh: 19 September 2022
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : ENCIK YAZI BIN KERYA
Tarikh Hantar : 19 SEPT 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan
ISI
Cop Cop

Tarikh Tarikh

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


Penghargaan 1
1.0 PENGESAHAN
PengenalanPELAJAR 2
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
2.0 dan fahami.
rujuki Bahasa Melayu Kuno 2
3.0
Tandatangan Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno : _____________________
Pelajar:__________________________Tarikh 3
4.0 Bahasa Melayu Klasik 4
5.0 Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik 5
6.0 Penutup 6
7.0 Rujukan 7
Penghargaan

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan esei bagi kursus penulisan akademik ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Yazi bin Kerya yang telah banyak
membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa
sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan penulisan
esei ini.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih
kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam
melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana
dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada
mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan
sebagainya. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh mereka telah banyak
memotivasikan diri saya untuk terus gigih melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik

1.0) Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang penuh dengan sejarah dan
perjalanannya. Berdasarkan bukti-bukti sejarah yang berjaya dikenal pasti pada zaman
dahulu, perkaataan ‘Melayu’ sebenarnya membawa maksud sesuatu tempat, kawasan atau
kerajaan. Tambahan lagi, merujuk Nik Safiah Karim pada tahun 2010, istilah awal bagi
‘Melayu’ merupakan istilah yang dikaitkan dengan kerajaan. Selain itu, istilah ‘Melayu’ juga
disebut sebagai nama bangsa atau bahasa. Pada tahun 1972, UNESCO telah
mengtakrifkan istilah ‘Melayu’ sebagai suku bangsa yang terdapat di Nusantara hingga
Madagaskar dan beberapa tempat lain yang didiami oleh orang Melayu. Namun pada hari
ini, Perlembagaan Malaysia telah menambah satu lagi ciri khusus kepada konsep ‘Melayu’
iaitu agama Islam. Dengan ini, istilah ‘Melayu’ di dalam Perlembagaan Malaysia ialah
seseorang yang menganuti agama Islam, menuturkan bahasa Melayu, dan mengamalkan
cara hidup serta adat Melayu. Disamping itu, asal usul bahasa Melayu juga dikatakan
berasal daripada suatu rumpun bahasa iaitu Rumpun Austronesia. Manakala, rumpun
bahasa Austronesia ini pula berasal daripada rumpun bahasa Austris. Rumpun Austronesia
ini terbahagi kepada dua rumpun iaitu Rumpun Austronesia Barat dan Rumpun Austronesia
Timur. Di bawah Rumpun Austronesia Barat, Keluarga Indonesia diwujudkan dan keluarga
ini terbahagi kepada dua subkeluarga iaitu Subkeluarga Indonesia Pusat dan Subkeluarga
Filipina-Formosa. Akhir sekali, dibawah Subkeluarga Indonesia Pusat, lahirlah sebuah
bahasa iaitu bahasa Melayu. Perkembangan bahasa melayu pula terbahagi kepada tiga
tahap atau zaman iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden.

2.0) Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno ini dikatakan berkembang pada abad ke-7 hingga abad ke-13
Masihi. Kerajaan Sriwijaya yang berkuasa pada ketika itu juga menggunakan bahasa
Melayu Kuno ini sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar mereka. Semasa
berada di bawah Kerajaan Sriwijaya, bahasa ini berjaya mencapai kegemilangan dan
kegemilangannya terbukti apabila bahasa Melayu ini berjaya menjadi lingua franca dan
bahasa pemerintahan pada ketika itu. Namun, Abdul Rashid (2006) menyatakan bahawa
terdapat penemuan sebuah batu bersurat berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk
Taurune Vietnam pada abad ke-14 Masihi dan batu bersurat tersebut ditulis dengan
menggunakan tulisan Pallava.

Budaya India yang datang ke Nusantara pada ketika itu telah mempengaruhi
perkembangan bahasa Melayu Kuno ini. Pedagang-pedagang India yang singgah di
Kepulauan Melayu bagi tujuan perdagangan secara tidak langsung telah menyebarkan
fahaman-fahaman berkaitan budaya mereka. Salah satu kesan pengaruh budaya India ini
ialah penggunaan bahasa Sanskrit kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan
terpenting di India. Bukan itu sahaja, Asmah (2009) juga menyatakan bahawa tradisi Jawa
turut mencatatkan bahawa orang yang membawa agama dan aksara atau huruf-huruf India
ialah Aji Saka yang tiba ke Pulau Jawa pada tahun 78 Masihi. Selain itu, antara batu
bersurat yang berjaya dijumpai dan ditulis dalam bahasa Melayu Kuno ialah batu bersurat
Kedukan Bukit, batu bersurat Talang Tuwo, batu bersurat Kota Kapur dan batu bersurat
Karang Brahi. Batu-batu bersurat ini ditemukan di beberapa tempat di Asia Tenggara dan
dipercayai ditulis pada lingkungan abad ke-7 Masihi.

3.0) Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan daripada batu-batu bersurat yang telah dijumpai, ahli-ahli sejarawan dan
pakar-pakar sejarah telah mengenal pasti ciri-ciri tersebut dan membahagikannya kepada
tiga bahagian. Ciri bahasa Melayu Kuno ini terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu aspek
sistem tulisan dan ejaan, aspek kosa kata, dan aspek tatabahasa.

1. Aspek sistem tulisan dan ejaan

Tulisan yang digunakan di dalam bahasa Melayu Kuno ini ialah tulisan yang berasal dari
India iaitu tulisan Devanagiri, Vangki, Pallava, dan tulisan yang berasal daripada pengaruh
tulisan India seperti Jawa Kuno dan Kawi. Selain ditulis pada batu bersurat, tulisan-tulisan ini
juga ditulis juga ditulis pada batu lontar, batu, patung, kulit kayu dan lain-lain lagi. Asalnya,
tulisan yang digunakan ialah tulisan Batak, Rencong, Lampungan dan Lontara. Tulisan-
tulisan ini kemudian digantikan dengan tulisan seperti Pallava, Nagiri dan Kawi.

2. Aspek kosa kata

Kata-kata pinjaman yang terdapat di dalam bahasa Melayu Kuno ini kebanyakannya
adalah daripada bahasa Sanskrit terutamanya kata-kata yang berkait rapat dengan
kebudayaan India, agama Hindu dan Buddha. Terdapat banyak kosa kata yang berasal
daripada bahasa Sanskrit di dalam bahasa Melayu antaranya seperti perkataan yang
berkaitan dengan tubuh badan, perkataan yang berkaitan dengan nama binatang, tumbuh-
tumbuhan, senjata dan lain-lain lagi.

Antara contoh kosa kata atau perkataan bahasa Melayu Kuno yang masih kekal sehingga
kini ialah dua, ratus, bawa, lapas(lepas), datam(datang), wuat(buat) dan banyak lagi. Selain
itu, bahasa Arab juga tidak terdapat di dalam bahasa Melayu Kuno sama ada dari segi
tulisan atau kosa kata.

3. Aspek tatabahasa

Dari aspek tatabahasa pula, kesemua susunan ayat di dalam bahasa Melayu Kuno bersifat
Melayu. Selain itu, bunyi /b/ juga digantikan dengan /w/ di dalam bahasa Melayu Kuno
seperti bulan yang ditukarkan dan disebut wulan. Bahasa Melayu Kuno ini juga tidak
mempunyai bunyi e pepet di dalam aspek tatabahasanya. Sebagai contoh, perkataan
‘dengan’ diubah menjadi ‘dngan’ atau ‘dangan’. Bukan itu sahaja, awalan ber- juga
ditukarkan kepada awalan mar- dan awalan di- ditukarkan menjadi awalan ni-. Contohya,
perkataan yang mempunyai awalan ber- seperti berlepas menjadi marlapas di dalam bahasa
Melayu Kuno. Tambahan lagi, disebabkan oleh pengaruh bahasa Sanskrit, terdapat banyak
bunyi konsonan yang diaspirasikan daripada bahasa Sanskrit seperti bh, th, ph, dan dh.

4.0) Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik ini merupakan zaman atau tahap kedua dalam perkembangan
bahasa Melayu selepas bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik ini dikatakan
berkembang pada abad ke-14 hingga abad ke-18 Masihi. Awang Sariyan (1998)
berpendapat bahawa bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga selepas bahasa
Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Pengaruh agama Islam juga menjadi salah satu
perkara yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu Klasik ini. Ketika pengaruh Arab
dan Islam sudah mula berkembang di kawasan Nusantara, bahasa ini telah digunakan
secara meluas dan menyeluruh di serata tempat pada abad ke-13 hingga abad ke-19.
Buktinya, sebuah batu bersurat ditemukan di tebing Sungai Teresat, Terengganu pada bulan
Februari atau Mac tahun 1303 Masihi. Batu Bersurat Terengganu ini juga menggunakan
tulisan Jawi sepenuhnya. Penggunaan tulisan Jawi ini telah menjadi pemisah antara zaman
bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik. Disamping itu, bahasa Melayu Klasik ini
juga mula menerima pengaruh dan kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi
ekoran daripada pengaruh agama Islam di Asia Tenggara pada ketika itu.

5.0) Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai ciri-ciri dan sistemnya yang tersendiri. Ciri-ciri
bahasa Melayu Klasik ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu, sistem tulisan dan ejaan,
kosa kata, dan tatabahasa. Walaupun ciri-cirinya dilihat hampir sama dengan bahasa
Melayu Kuno namun ianya amat berbeza dan tidak sama.

1. Sistem tulisan dan ejaan

Bahasa Melayu Klasik ini menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya dan tulisan ini dipinjam
daripada daripada bahasa Arab. Antara bukti penggunaan tulisan jawi dapat dilihat di Batu
Bersurat Terengganu dimana batu bersurat tersebut menggunakan tulisan jawi sepenuhnya.
Selain itu, huruf-huruf baharu juga ditambah ke dalam sistem tulisan ini seperti huruf pa,
nga, ga, nya dan cha. Seterusnya, pada era bahasa Melayu Klasik ini, kiasan dan
perbandingan serta laras bahasa puisi seperti pantun dan syair lebih banyak digunakan
dalam karya-karya prosa. Akhir sekali, kata pangkal ayat seperti “syahadan”, “alkisah” dan
lain-lain lagi sering digunakan dalam bahasa Melayu Klasik.

2. Kosa kata

Dari aspek kosa kata pula, bahasa Melayu Klasik ini banyak meminjam kosa kata bahasa
Arab dan Parsi. Dari aspek bahasa Arab, terdapat banyak perkataan yang dipinjam dan
diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Contohnya seperti abah, adat, salam, nafsu,
ulama dan banyak lagi. Dari aspek pengaruh bahasa Parsi pula, Nordin Razak (2010)
menyatakan pedagang Parsi mula datang dan berkunjung ke kawasan Nusantara pada 800
tahun yang lalu. Selain menyebarkan agama Islam dan meluaskan penggunaan tulisan
Jawi, para pedagang ini juga membawa masuk kesusasteraan mereka di Nusantara. Antara
contoh kata pinjaman daripada bahasa Parsi ialah bandar, istana, pahlawan, nobat dan
banyak lagi. Selain itu, bahasa Melayu Klasik juga dikatakan sebagai bahasa istana. Bahasa
istana ini agak sedikit berbeza dengan bahasa yang biasa dari segi penggunaan perkataan
dan maksud asal perkataan.

3. Tatabahasa

Ciri yang seterusnya ialah tatabahasa. Struktur ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu
Klasik ini panjang, berbelit-belit dan merupakan hasil daripada campuran beberapa ayat
tunggal yang dihubungkan menggunakan kata hubung tertentu. Selain itu, kebanyakan ayat
yang terdapat dalam bahasa Melayu Klasik ini berbentuk pasif.

Sebagai contoh, ‘Raja itu sedang dihadap orang’. Bukan itu sahaja, penggunaan partikel
atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’ banyak dijumpai seperti hairanlah, bilakah, adapun dan
banyak lagi. Imbuhan awalan ‘mar’ dan ‘ni’ yang terdapat dalam bahasa Melayu Kuno juga
dihapuskan dan digantikan dengan imbuhan awalan ‘ber’ dan ‘di’. Contohnya, perkataan
‘marlapas’ telah bertukar menjadi ‘berlepas’ susulan daripada imbuhan awalan yang telah
ditukar. Disamping itu, bahasa Melayu Klasik juga banyak menerima fonem-fonem Arab
seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contohnya seperti khamis, zakat, syariah dan sebagainya
6.0) Penutup

Secara kesimpulannya, bahasa Melayu telah mengalami era kegemilangannya dan


melalui beberapa fasa perkembangan sebelum menjadi sebuah bahasa yang kukuh iaitu
bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini. Dari zaman ke zaman, bahasa Melayu dilihat
dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan bahasa ini masih relevan sehingga ke hari
ini. Dari aspek kegemilangan pula, bahasa Melayu pernah diiktiraf dan dijadikan sebagai
bahasa Lingua Franca pada suatu ketika dahulu di Nusantara. Ini jelas menunjukkan
bahawa bahasa Melayu bukanlah bahasa yang lemah sebaliknya merupakan sebuah
bahasa yang kukuh dan penuh dengan sejarahnya. Jika dilihat pada bahasa Melayu Kuno,
bahasa pada era ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh bahasa Sanskrit dan India susulan
kedatangan India ke Nusantara pada ketika itu. Namun jika dilihat pada bahasa Melayu
Klasik pula, bahasa ini banyak dipengaruhi oleh penggunaan tulisan jawi susulan daripada
kedatangan dan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara pada ketika itu. Walaupun bahasa
Melayu telah mengalami sedikit perubahan ketika era bahasa Melayu Kuno dan bahasa
Melayu Klasik, namun ciri dan maksud asal bahasa ini dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.
Kita pula sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha mempertahankan dan memartabatkan
bahasa Melayu agar bahasa ini tidak terkubur begitu sahaja. Bahasa yang diwarisi oleh
nenek moyang kita ini haruslah dijaga dengan baik kerana ianya merupakan salah satu bukti
sejarah yang tiada nilai gantinya.

Rujukan
Ciri Bahasa Melayu Klasik. (2009, July 2). Retrieved from Rujuk Nota:
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/ciri-ciri-bahasa-melayu-klasik.html

Azman bin Aris, M. Y. (2022). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Jitra.

Nurbaya, F. (2007, Mac 5). CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO. Retrieved from dunia
bahasa kita...: http://bmstpm.blogspot.com/2007/03/ciri-ciri-bahasa-melayu-kuno.html
Salleh, S. M. (2008). Bahasa Melayu Kuno. Retrieved from Dermaga BM STPM:
http://dermagabmk1.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-kuno.html

SGI, C. n. (2010, October 8). Bahasa Melayu Kuno. Retrieved from CIKGU NOOR CGI:
Laman bahasa Melayu tingkatan 6:
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/bahasa-melayu-kuno.html

You might also like