You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

GPP1063
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL-TUGASAN 2

Nama : WAN KHAIRULNISA BINTI WAN


AZIZ
No. K/P : 021226-03-0636
Angka Giliran : 2020112310137
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2
Nama Pensyarah : DR. ZAMANI BIN IBRAHIM
Tarikh Hantar : 9 APRIL 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:____Nisa__________ Tarikh : __9/4/2021____

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:____Nisa__________ Tarikh : _____9/4/2021_________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
0
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

Nama: Wan Khairulnisa binti Wan Aziz Angka Giliran Pelajar: 2020112310137

Tajuk Tugasan : Elemen profesionalisme keguruan, Cabaran guru terhadap isu terkini
dan peranan guru dalam pemuafakatan sekolah dan komuniti

Pensyarah: Dr. Zamani bin Ibrahim Kursus/Mata Pelajaran : GPP1063

Tarikh Hantar: 9/4/2021 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ................Nisa................. Tarikh:( 9/4/2021 )

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang diberikan Pensyarah


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: Nisa Tarikh: 9/4/2021

SOALAN TUGASAN PROJEK

1
Tugasan 2 : Penulisan Akademik ( 50% ) – Tugasan Individu

Profesionalisme keguruan dikaitkan dengan ciri profesional seperti kelayakan menjadi


PPP, etika profesional dan diiktiraf oleh badan profesional. Oleh itu, dalam memastikan
kejayaan perancangan dasar pendidikan, profesionalisme PPP pada setiap peringkat
perlu sentiasa ditingkatkan. KPM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan
profesionalisme keguruan seperti memperkemas laluan kerjaya PPP, membangunkan
konsep Guru Malaysia dan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP), serta menggalakkan
PPB.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, KPM.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan elemen- elemen profesionalisme


keguruan dan menganalisis pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dengan
pelbagai isu pendidikan yang terkini. Selain itu, anda dikehendaki membuat penilaian
terhadap kepentingan pemuafakatan sekolah dan komuniti dengan merujuk khusus
kepada peranan guru dalam menjayakannya.

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Penulisan akademik ini perlu dihasilkan dalam 2000 patah perkataan.
2. Perbincangan perlulah mengandungi profesionalisme keguruan serta cabaran-
cabaran yang dihadapi para guru.
3. Selain itu, fokus juga perlu diberikan kepada penilaian terhadap kepentingan
pemuafakatan sekolah dengan komuniti dalam pendidikan serta peranan yang boleh
dimainkan oleh para guru.
4. Penghuraian setiap fakta yang diberikan perlulah berdasarkan hujah yang tepat
serta mempunyai rujukan yang relevan.
5. Aplikasikan Peraturan Penulisan gaya APA.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : WAN KHAIRULNISA BINTI WAN AZIZ

NO. KAD PENGENALAN : 021226-03-0636

EMAIL : nisaziz2628@gmail.com

ALAMAT : LOT 2102, KAMPUNG PAK BADOL, 16400


MELOR, KOTA BHARU KELANTAN

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 011-69555160

NAMA BAPA : WAN AZIZ BIN WAN SALLEH

NAMA IBU : ZALEHA BINTI YAAKUB

UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 2

AMBILAN : JUN 2020

3
BORANG PENGAKUAN

" Saya dengan ini mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri,
kecuali ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya "

TANDATANGAN : Nisa
NAMA : WAN KHAIRULNISA BINTI WAN AZIZ

NO.KAD PENGENALAN : 021226-03-0636

UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 2

TARIKH : 9 APRIL 2021

4
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama
sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberi peluang kepada saya
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya.
Sebagai penghargaan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada pensyarah GPP 1063, Dr. Zamani bin Ibrahim untuk
tugasan ini yang mana telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan
yang sempurna kepada saya dari awal tugasan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
memberi sokongan dan dorongan serta bantuan dari segi wang ringgit dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin
tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti yang diminta.
Sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini terdapat beberapa
masalah yang saya hadapi. Contohnya, saya menghadapi masalah kekurangan
sumber rujukan untuk saya perlbagaikan pendapat dari pelbagai sumber. Oleh
itu, pihak perpustakaan haruslah mempelbagaikan lagi sumber rujukan di
perpustakaan Al-Kindi. Akan tetapi ilmu baru yang saya pelajari ialah saya lebih
mahir mencari maklumat dalam rujukan ilmiah.
Akhir sekali, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus demi menghasilkan tugasan
ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua warga IPG Tengku Ampuan Afzan
kerana turut memberi kerjasama yang baik dalam tempoh saya melaksanakan
tugasan ini.
Saya berharap segala urusan kerja kursus saya dan rakan-rakan
seperjuangan diberkati oleh Allah swt dan setiap apa yang dipelajari dari kerja
kursus ini dapat diamalkan dalam alam perguruan.

5
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BORANG MAKLUM BALAS 1

SOALAN TUGASAN PROJEK 2

BIODATA 3

SURAT AKUAN 4

PENGHARGAAN 5

1.0 PENGENALAN 7

2.0 ELEMEN-ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN 7

3.0 CABARAN GURU MASA KINI 9

4.0 PENILAIAN PEMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI 11

5.9 KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14

LAMPIRAN 15

1.0 PENGENALAN
6
Dalam usaha negara mengatur strategi bagi berhadapan dengan
cabaran dunia moden, kedengaran suara-suara sumbang yang mula
mempersoalkan peranan seorang guru. Bahkan, guru sudah dianggap
sebagai aset terpenting bagi mencapai kecemerlangan pendidikan
sesebuah negara. Yang dimaksudkan dengan profesionalisme keguruan
ialah ilmu yang berkaitan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam meniti arus kemodenan ini, demi
mencapai kecemerlangan pendidikan, insan yang paling utama dalam
menyumbangnya ialah guru. Profesor Datok Dr. Raduan Che Rose pernah
berkata “Meskipun penggunaan terknologi banyak membantu proses
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif, peranan guru dan ahli
akademik sangat kritikal khususnya membentuk sahsiah dan keperibadian
yang luhur dalam kalangan pelajar dan mahasiswa”. Dari kenyataan ini
dapat difahami bahawa, kecanggihan inovasi sama sekali tidak boleh
menggantikan peranan seorang guru. Namun, para guru perlu bergerak
seiring dengan kemajuan teknologi dengan meningkatkan tahap
profesionalisme mereka. Sistem pendidikan kini yang semakin mencabar
menggalakkan insan yang terlibat dengan profesion perguruan untuk
mengamalkan akhlak yang terpuji. Penerapan akhlak ini akan membuktikan
kemahiran seorang guru mampu membentuk rupa dan wajah generasi
masa hadapan sesebuah negara menjadi seorang insan yang berguna.

2.0 ELEMEN-ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN


Antara elemen profesionalisme keguruan ialah dari segi
pembelajaran dan pengajaran guru. Walaupun sudah bergelar guru, mereka
masih perlu menambahkan ilmu pengetahuan atau dalam erti kata mudah
dipanggil sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang
hayat atau life-long learning ialah proses berterusan mencari ilmu bagi
memperkembangkan kemahiran individu dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan dunia seterusnya membangunkan modal insan. Pengalaman,
pengetahuan dan kejadian yang mempengaruhi sahsiah seseorang juga
dikira sebagai life-long learning kerana ianya bukanlah terhad kepada
pendidikan formal sahaja malah juga melalui pendidikan tidak formal yang
boleh berlaku di mana-mana sahaja. Setiap guru seharusnya peka dengan
perkembangan semasa agar mereka boleh mengemaskini kemahiran,
7
teknik, kepakaran dan keilmuan supaya seiring dengan gaya pembelajaran
terkini. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu menguasai kemahiran
penggunaan alat bantu mengajar yang kini lebih banyak melibatkan
teknologi seperti komputer. Secara tidak formal, para guru dengan
sendirinya akan mempelopori aplikasi-aplikasi dalam komputer bagi
menghasilkan kaedah pengajaran yang menarik minat muridnya untuk lebih
semangat. Kesungguhan para guru dalam menguasainya dapat dinilai
melalui keberkesanan teknologi pendidikan dan penggunaan pelbagai
medium dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru juga perlu
bijak dalam memilih kaedah mana yang sesuai dengan gaya pembelajaran
muridnya. Ada antara murid yang lebih gemar mendengar suara, melihat
gambar dan ada juga yang lebih suka melibatkan pergerakan. Dengan
menjalani pembelajaran sepanjang hayat, para guru dapat menentukan
kaedah yang sesuai untuk anak didik mereka.
Eleman yang seterusnya ialah etika profesion perguruan. Etika
terbahagi kepada dua asas iaitu yang pertama, disiplin ilmu yang
merangkumi nilai dan kebenarannya dan yang kedua ialah pokok
permasalahan disiplin ilmu itu sendiri (Pengantar Pengajian Profesional,
2017). Secara mudah, etika terdiri daripada tingkah laku positif dan negatif.
Sebagai seorang guru, etika yang mesti diamalkan ialah etika yang akan
meningkatkan kualiti mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan
sebagaimana yang digariskan dalam panduan Kod Etika Keguruan. Dengan
pematuhan yang tinggi terhadap kod ini, para guru akan lebih komited
dalam menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Etika keguruan
bukan sahaja melibatkan tanggungjawab seorang guru terhadap dirinya
sendiri dan pelajarnya sahaja, namun juga berkait dengan mereka yang
terlibat sama dalam sistem pendidikan seperti keluarga, organisasi dan
komuniti. Nilai tanggungjawab ini akan meningkatkan produktivti dan
kredibiliti seorang guru yang dianggap sebagai pemegang amanah dalam
bidang pendidikan. Di sekolah, guru ialah contoh teladan kepada para
pelajar yang mana setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh guru bakal
menjadi ikutan kepada anak didik. Oleh itu, untuk membentuk disiplin
seseorang pelajar, para guru mestilah juga berdisiplin dalam mematuhi kod
etika sebagai seorang guru iaitu menjadi pendidik yang amanah, benar,
bijaksana, ikhlas, dedikasi, bersyukur, dan penyayang.
8
Akhir sekali, elemen yang dibincangkan ialah cara pentadbiran dan
pengurusan guru. Di sekolah, guru bukan sahaja bertindak sebagai
pemudah cara bagi pelajar, malah mereka juga terlibat sama dalam
pengurusan perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum
dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Faridah dan
Zubaidah, 1999). Peranan-peranan ini menjelaskan bahawa setiap guru
perlu bijak menguruskan masa mereka kerana kadang kala akan ada
tugasan yang datang di minit terakhir seperti lawatan nazir ke sekolah. Oleh
itu, guru yang profesional akan melatih dirinya lebih berwibawa dalam
pengurusan di sekelilingnya seperti dirinya sendiri, keluarga, murid-murid,
pentadbiran sekolah dan sebagainya. Sesetengah guru juga ada yang
diamanahkan bertugas dalam sistem pentadbiran sekolah seperti sebagai
pentadbir, guru kanan, ketua panitia dan guru kelas. Dari aspek pengurusan
pelajar, guru mestilah lebih terbuka dalam menilai potensi seseorang pelajar
iaitu tidak mengecilkan skop pendidikan hanya dalam bilik darjah sahaja.
Hal ini dikatakan demikian kerana, ada juga pelajar yang lebih cenderung
kepada kokurikulum berbanding akademik. Jadi, para pendidik perlu bijak
dalam menggilap bakat para pelajar mereka kerana pendidikan tidak
tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

3.0 CABARAN GURU MASA KINI


Masyarakat tidak dapat menafikan hakikat bahawa dunia pada hari ini
begitu jauh berbeza berbanding beberapa dekad yang lalu. Justeru,
kehidupan kita adalah lebih baik dengan kemunculan teknologi ICT yang
hanya dihujung jari. Perkembangan teknologi semasa telah memperbaharui
segala aspek termasuk pendidikan yang mana pelajar kini boleh
mengakses maklumat dengan lebih mudah. Seiring dengan kemajuan
inovasi ini, para guru tidak seharusnya mengekalkan kaedah lama
melainkan ianya sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah mereka. Dalam era teknologi digital guru-guru seharusnya
bersifat futuris atau dapat membuat jangkaan-jangkaan kemungkinan yang
akan berlaku dan berkemampuan memenuhi tuntutan-tuntutan kehidupan
pada masa hadapan (Othman, 2000). Bagi guru yang masih muda, ianya
tidak menjadi masalah untuk menguasainya namun bagi para guru yang
sudah berusia, mereka akan mengambil masa yang lama untuk
9
menguasainya. Tambahan pula, semasa dunia dilanda penyebaran covid-
19, pendidikan sepenuhnya bergantung kepada teknologi yang
membolehkan komunikasi antara guru dan pelajar.
Antara cabaran yang dihadapi para guru menjelang pandemik covid-
19 ialah dalam memastikan kehadiran murid sepanjang kelas dalam talian
berlangsung. Para guru telah berusaha sedaya upaya untuk menguasai
pembelajaran dalam talian demi memastikan kelas tetap berlangsung
kerana sebelum pandemik melanda, pengajaran dan pembelajaran adalah
100% bersemuka. Namun ada antara ibu bapa yang tidak cakna dalam
memastikan kehadiran anak-anak mereka dan ada juga yang tidak
mengetahui bahawa persekolahan tetap berjalan seperti biasa dalam
normal baharu. Masing-masing ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga
sanggup melepaskan tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak
sepenuhnya. Walaupun sudah memilih platform yang terbaik untuk
pengajaran dalam maya, guru masih tidak dapat menentukan fokus murid
terutamanya apabila mereka menggunakan peranti seperti telefon dan
tablet yang mempunyai lebih banyak perkara yang menarik berbanding
belajar. Maka, menjadi tanggungjawab para penjaga untuk mengawasi
pembelajaran anak-anak daripada mengakses aplikasi-aplikasi yang boleh
mengurangkan fokus dan tumpuan mereka terhadap pelajaran.
Selain itu, walaupun sudah menguasai platform yang sesuai untuk
pelajar, ada antara guru yang menghadapi masalah kestabilan internet.
Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap orang wajib kekal
berada di rumah termasuk juga pendidik kecuali atas urusan penting
sahaja. Asas utama bagi menjalankan pembelajaran secara maya ialah
internet yang mana guru tidak boleh berhubung dengan pelajar secara
online jika tiada sambungan internet. Pengaksesan internet di rumah bukan
sahaja bermasalah malah ada antara guru yang memang tiada akses
internet di rumah selain telefon kerana sebelum ini, maklumat hanya
diakses di sekolah yang sudah menyediakan wifi percuma kepada guru.
Sesebuah telefon tidak mampu menampung maklumat-maklumat
pengajaran yang pelbagai menyebabkan perlunya kepada sambungan
internet yang baharu. Masalah yang terpaksa dihadapi oleh seorang
pendidik ini akan merugikan semua pelajar berbanding dengan seorang
pelajar menghadapi masalah gangguan internet yang akan merugikan
10
dirinya sahaja. Penggunaan internet dalam pembelajaran agak
membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan menyebabkan anak-
anak mereka ketinggalan sepanjang pengajaran dalam tempoh pandemik
Isu yang paling hangat ialah tentang gaji guru yang tetap berjalan
meskipun tempoh pengajaran adalah sedikit dari yang sebelumnya. Satu
kajian telah dibuat terhadap 1742 guru tentang kesediaan mereka
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPDR).
Menerusi kajian ini, terbukti 85% guru melaksanakan PdPDR maksimum 4
jam sehari dan 15% lagi meluangkan masa lebih 4 jam bersama dengan
pelajar secara maya. Secara terperinci, 67% guru menjalankan PdPDR
kurang daripada 2 jam dan itupun atas beberapa kekangan seperti masalah
kestabilan internet. Dari sini, dapat dibuktikan bahawa para guru masih
menggalas amanah mereka sebagai pendidik walaupun duduk berjauhan
dengan pelajar. Keadaan setiap orang yang terpaksa berkurung seterusnya
ditambah lagi dengan tohmahan yang dilemparkan memberi kesan mental
kepada para guru. Tekanan ini perlu dikawal dengan sebaiknya atau
dikongsikan kepada mereka yang boleh dipercayai oleh kerana ianya
mendatangkan banyak kesan negatif seperti kecenderungan untuk
mencederakan diri dan menjauhkan diri dari orang ramai. Kini, profesion
keguruan merupakan satu bentuk profesion yang mencabar kerana para
guru perlu memenuhi matlamat kerjaya pendidikan yang semakin hari
semakin meningkat.
4.0 PENILAIAN PEMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang perlu kepada
penglibatan masyarakat luar seperti belia, ibu bapa, badan-badan kebajikan
dan sebagainya bagi membina interaksi yang sihat antara mereka. Setiap
lapisan masyarakat berperanan dalam menjayakan program kokurikulum di
sekolah (Asas-asas Pendidikan, 1990). Malangnya, komuniti kini hanya
mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata berbanding
kokurikulum kerana mereka tidak yakin akan sumbangan aktiviti yang tidak
formal seperti bersukan. Oleh hal yang demikian, komuniti perlu didedahkan
tentang kepentingan kokurikulum dalam sistem pendidikan terutamanya
bagi membina perkembangan sahsiah pelajar. Pelajar merupakan medium
perhubungan bagi pemuafakatan sekolah dan komuniti kerana apa yang
didengar, dilihat dan dilakukan di sekolah mungkin disampaikan oleh murid-
11
murid kepada ibu bapa mereka.
Bagi membina pemuafakatan antara sekolah dan komuniti,
seseorang guru itu mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Antara
keunikan Malaysia ialah rakyatnya yang pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India, Iban dan banyak lagi. Setiap kaum berpegang kepada ajaran
yang berbeza mengikut kepercayaan mereka masing-masing. Sudah
semestinya setiap penganut merasakan agama mereka adalah yang terbaik
berbanding agama-agama lain di dunia ini sehinggakan ada yang sanggup
bergaduh demi mempertahankan agama yang dipercayai benar. Jika
seseorang guru itu menyebarkan agama kepada mereka yang bukan
menganutnya seperti mengajar pelajar bukan Islam tentang al-quran, maka
akan menimbulkan isu sekembalinya murid tersebut ke rumah.
Kemungkinan besar murid-murid akan menceritakan perkara baharu yang
didengarnya kepada ibu bapa. Bagi menjaga pemuafakan dengan komuniti,
guru perlu menitik beratkan perkara-perkara ini kerana murid-murid sekolah
terdiri daripada masyarakat yang berbeza latar belakang.
Kedua, para pendidik juga haruslah memupuk nilai-nilai murni dalam
diri pelajar yang membimbing mereka menjadi generasi berguna kepada
masa depan negara seperti patriotisme, bertanggungjawab, saling
menghormati dan sebagainya. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-
murid kerana boleh dikatakan murid banyak menghabiskan masa di sekolah
berbanding di rumah yang biasanya sebagai tempat rehat kepada pelajar
setelah hampir seharian di sekolah. Kini, para penjaga juga sudah semakin
sedar bahawa masa yang diluangkan bersama dengan anak-anak sudah
semakin terhad seterusnya memerlukan pendidik yang boleh membentuk
akhlak anak-anak mereka. Sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, murid
merupakan medium perhubungan antara sekolah dan komuniti yang mana
baik apa yang diajar oleh guru, maka yang baik jugalah sampai ke telinga
penjaga. Setelah mendengar apa yang dikongsikan serta melihat sendiri
pengamalan nilai murni dalam diri anak-anak itu, ibu bapa akan berterima
kasih atas didikan tersebut seterusnya mengikat pemuafakatan antara
pihak sekolah dan ibu bapa.

Yang terakhir, para guru juga mestilah berperanan sebagai ahli


12
masyarakat di tempat mereka berkhidmat dengan mengikuti aktiviti-aktiviti
sosial yang dianjurkan oleh masyarakat setempat seperti gotong-royong,
kenduri dan seumpamanya. Meskipun tempat berkhidmat itu merupakan
tempat baharu bagi guru tersebut dan tidak mempunyai ramai kenalan,
namun lama kelamaan ukhwah akan terjalin sesama mereka dan dalam
masa yang sama, guru tadi akan lebih selesa untuk terus berkhidmat di
sana. Dengan mendampingi ahli masyarakat juga, para guru mampu
mendalami masalah yang dialami oleh murid-muridnya kerana kebanyakan
murid dalam sesebuah sekolah terdiri daripada mereka yang tinggal
berdekatan sahaja. Dalam sesebuah masyarakat, ada ibu bapa yang
memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak mereka dan ada juga
yang akan berpuas hati sekiranya anak-anak menjadi seperti mereka
sahaja. Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang bakal
menentukan tahap prestasi pendidikan mereka kerana keluarga merupakan
agen sosialisasi yang utama dalam pendidikan anak-anak. Memandangkan
guru telah menilai sendiri kepentingan pendidikan dalam lapisan
masyarakat, maka mereka perlulah mendedahkan kepada ibu bapa yang
kurang menyokong pendidikan anak-anak bahawa ilmu adalah penting bagi
menjamin masa depan anak-anak. Bagi mengukuhkan lagi kenyataan itu,
para guru mestilah membuktikan kejayaan anak-anak itu mampu mengubah
nasib keluarga.

5.0 KESIMPULAN
Akhir kata, kualiti profesionalisme seseorang guru akan
mempengaruhi kejayaan sistem pendidikan sesebuah negara yang semakin
dipertandingkan di peringkat global. Bagi melaksanakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang semestinya berkait dengan kemenjadian murid, semua
guru hendaklah mengekalkan profesionalisme secara berterusan tanpa
menghiraukan halangan yang mendatang. Setiap cabaran yang datang
akan dapat diatasi dengan mudah memandangkan pembelajaran
sepanjang hayat mengajarkan guru pelbagai pengalaman dalam
menyelesaikan masalah. Masalah dengan komuniti juga perlu diselesaikan
dengan segera agar terbina jalinan ukhuwah yang membantu banyak
membantu dalam kelancaran sistem pendidikan.

13
RUJUKAN

Abdullah, M. A. (2021, Mac 22). Cabaran Guru era Covid-19. Retrieved from Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/rencana/2020/08/cabaran-guru-era-covid-19/

al., M. Y. (2009). Pengetahuan Pedagogi Guru. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

al., R. I. (2016). Sekolah Sebagai Institusi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

al., S. M. (2017). Pengantar Pengajian Profesional. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Alsagoff, S. A. (1987). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kheru. (2010, Mei 9). Pemuafakatan Komuniti dan Sekolah. Retrieved from webs:
https://kheru2006.webs.com/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_7.htm

Mansor, P. M. (2020, Disember 9). Covid-19: Cabaran buat Guru. Retrieved from Bernama tinta
minda: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566

Ph.D., M. N. (1990). Asas-asas Pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Puteh, A. (2016). Peranan Etika Kerja dalam Mendisiplinkan Pelajar. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.

Rashid, A. R. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sukri, M. S. (2013). Modul Pembelajaran IPG EDU3108. ResearchGate, 1-10.

Syed Ismail Syed Mustapa, A. S. (2010). Guru dan Cabaran Semasa . Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

14
LAMPIRAN

15
16

You might also like