You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]

(AMBILAN JUN 2019)

KERJA KURSUS

SEMESTER 2 TAHUN 2

SESI JAN – MEI 2021

NAMA PELAJAR : MOHD KHAIRUL NA’AIM BIN PENCHARI


NO KAD PENGENALAN : 990128126741
ANGKA GILIRAN : 2019072340069
KUMPULAN/UNIT : PISMP / Bahasa Melayu
SESI/TAHUN : JAN – MEI 2021
KOD/NAMA KURSUS : PRKA 3012

TUGASAN 4
TAJUK TUGASAN
Penulisan Reflektif Makro

01/03/2021
TARIKH MULA
08/03/2021
TARIKH HANTAR

NAMA PENSYARAH: PN KHADIJAH BT ADENAN


JABATAN / UNIT: PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH

Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah 08/03


3/2021
menerima maklum balas dari pensyarah kerja
kursus ini dan saya telah merujuk dan
memahaminya.

1
Isi Kandungan

Penghargaan

1.0 Pengenalan Penulisan Pengajaran Makro

2.0 Kekuatan Yang Dikenalpasti

3.0 Kelemahan Yang Dikenalpasti

4.0 Cadangan Penambahbaikan

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran

2
Penghargaan

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya kami masih diberi
kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala pujian kepada sang pencipta
kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Nikmat kehidupan yang
dikurniakan merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga sebagai seorang hamba.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah PRKA 3012, PN Khadijah Adenan kerana
telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan
beliau, pasti tugasan ini tidak mampu untuk disiapkan dengan sempurna mengikut piawaian
yang telah ditetapkan. Beliau merupakan pensyarah yang berdedikasi serta mempunyai
komitmen yang tinggi. Segala tunjuk ajar beliau telah kami adaptasi sepanjang melakukan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Secara tidak langsung juga terima kasih ini kami ingin ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sering membantu kami dalam setiap masalah yang dihadapi. Mereka
membantu tanpa ada sebarang rungutan mahupun meminta balasan. Setiap masalah yang
diutarakan dijawab dengan baik. Mereka jugalah yang banyak membantu jika kami mengalami
masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Nasihat mereka agar tidak mudah untuk berputus asa
menjadi kekuatan saya tatkala dilanda masalah. Tidak lupa juga penghargaan ini kami berikan
kepada semua warga IPG Kampus Gaya kerana telah memberi kerjasama yang baik.

3
1.0 Pengenalan

Dalam menyelesaikan Tugasan 4 PRKA 3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran,


setiap guru pelatih Bahasa Melayu Semester 4 Ambilan Jun 2019 telah ditugaskan untuk
mengimplementasi pengajaran makro dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah tercinta
Puan Khadijah Adenan. Rentetan itu, dalam penulisan reflektif ini saya akan menilai sesi
Pengajaran Makro yang telah dikelola oleh Mohd Fahmy Hakimi secara sistematik dan holistik.

Pengimplementasian Pengajaran Makro yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Mohd


Fahmy mengarapkan Standard Pembelajaran meliputi aspek Modular Kemahiran Dengar Tutur
yang meliputi Standard Pembelajaran 1.6.1 “Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang
tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila”.

Dalam sesi pengajaran makro tersebut, beliau telah merangka satu sesi pengajaran
dengan mengimplementasikan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang efektif agar
aspirasi objektif yang dirangka dapat tercapai. Antara kaedah yang telah digarapkan dalam sesi
pengajaran beliau ialah kaedah pembelajaran pembelajaran inkuiri, pembelajaran koperatif,
pengaplikasian kecerdasan pelbagai, kaedah bercerita dan kaedah pembelajaran kontekstual.
Bagi aspek Pengisian Kurikulum pula, beliau telah menerapkan elemen ilmu Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan, Pendidikan Matematik manakala aspek Nilai Murni pula beliau
menerapkan nilai kasih sayang, taat, serta berani dalam sesi pengajaran yang dijalankan.

Rentetan itu, bagi aspek pentaksiran serta penilaian beliau telah menyediakan borang
penilaian dengar tutur bagi menilai sesi pengajaran yang dilaksanakan samada berjaya
mencapai objektif yang digariskan atau sebaliknya. Selain itu, pelaksanaan aktiviti pengayaan
juga telah dilaksanakan bagi murid yang mampu menguasai objektif pada masa yang
ditetapkan serta pelaksanaan aktiviti pemulihan bagi murid yang tidak berjaya mencapai
objektif.

4
2.0 Kekuatan Yang Dikenalpasti

Meneliti aspek Fasa Persediaan, guru telah menayangkan klip video berkaitan keusahawanan
kepada pelajar yang mana Set Induksi ini membolehkan murid membuat pemerhatian aktif
dalam mengumpul maklumat serta gambaran umum perihal topik pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Oleh itu, dalam fasa ini murid dapat menganalisis maklumat dengan cara
mengumpulkan maklumat perihal keusahawan melalui tayangan video serta sesi soal jawab
yang dilaksanakan oleh guru.

Selain itu, bagi Fasa Imaginasi pula guru telah merangsang penjanaan idea murid
dengan aktiviti mendengar yang mana guru telah meminta murid bercerita perihal usahawan
yang selaras dengan tema yang “Ekonomi Berwawasan”. Melalui aktiviti yang dilaksanakan,
guru telah merangsang murid menghasilkan idea yang bermakna dengan cara menghubungkait
serta mengabungjalin berpandukan maklumat yang ada.

Disamping itu, dalam Fasa Perkembangan guru telah melaksanakan aktiviti Kemahiran
Bertutur dengan cara meminta murid untuk bercerita perihal usahawan yang dikagumi oleh
murid. Melalui aktiviti ini, guru merangsang murid untuk membuat penambahbaikan untuk
mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea bagi meningkatkan mutu pengajaran.
Aktiviti ini dilaksanakan dengan memberi pelbagai contoh berkaitan topik pembelajaran.

Meneliti Fasa Tindakan pula yang mana aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh
guru adalah dengan memaparkan dua keping gambar usahawan yang berjaya dan meminta
murid untuk menceritakan perihal kejayaan yang diperolehi oleh usahawan tersebut. Melalui
fasa ini murid dapat menyampaikan dan mempersembahkan idea dengan cara menghuraikan
idea kepada butiran yang lebih terperinci dan khusus.

5
3.0 Kelemahan Yang Dikenalpasti

Semasa menilai pengajaran Makro yang dijalankan, saya mendapati beberapa kelemahan yang
dapat dikenal pasti yang boleh diperbaiki bagi aspek pengajaran ini. Pertama, saya mendapati
aktiviti yang dilaksanakan sangat ringkas dan tidak begitu menarik menyebabkan perhatian
murid tidak dapat dipastikan dengan berkesan dalam sesi pengajaran.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa guru tidak mempamerkan keyakinan yang
mencukupi sekaligus minat murid dalam menelaah pengajaran tidak memberangsangkan.
Perkara ini menyebabkan respon murid kurang riang dan positif semasa pelaksanaan
pengajaran Makro ini.

Disamping itu, kelemahan yang boleh diperbaiki seperti aspek kadar percakapan yang
laju pada beberapa bahagian, intonasi yang kurang memuaskan serta komunikasi dalam
Bahasa Melayu yang diselitkan perkataan Bahasa Inggeris perlu dielakkan dengan serta merta
bagi menjamin keutuhan sesi pengajaran yang dilaksanakan.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Sebagai mekanisme kawalan, prakarsa yang ampuh penting dalam mengatasi kelemahan yang
dikesan sepanjang sesi pengajaran Makro ini dijalankan. Meneliti kelemahan yang ada, guru
perlu bertindak secara kreatif dalam memenuhi keperluan pembelajaran murid agar
pengamalan ilmu dapat direalisasikan. Sebagai contoh, pengimplementasian PAK21 serta
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna dilihat sebagai mekanisme yang boleh dipraktikkan
dalam mewujudkan sesi pengajaran yang berkesan.

Selain itu, guru perlu membuat penambahbaikan dari aspek komunikasi dengan
membuat latihan menggunakan Bahasa Melayu dengan lancar kerana penguasaan Bahasa
Melayu merupakan medium pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru.

Akhir sekali, guru perlu membina keyakinan serta mewujudkan sebuah karisma yang
unggul dalam sesi pengajaran agar murid mampu tertarik untuk menelaah pelajaran hasil
daripada kemahiran guru yang berkaliber.

6
5.0 Kesimpulan

Intihanya, Pengajaran Makro yang telah dilaksanakan oleh Mohd Fahmy menyediakan peluang
bagi melaksanakan perancangan pengajaran melalui proses yang tepat dan jitu. Melalui proses
Pengajaran Makro, guru dapat membuat refleksi dan mengenalpasti kekuatan serta kelemahan
diri agar penambahbaikan mampu dijana pada masa akan datang demi kemaslahatan anak
watan dasawarsa ini.

7
6.0 Rujukan

A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aspek Seni Bahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 5

SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Juriah Long (2008).Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi:

Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan (2013). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

Bahasa Melaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4.Putrajaya: Bahagian Pembangunan


Kurikulum.

Koh Boh Boon (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat


Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal. (2010, Februari
24). Berita Harian, m/s 5.

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015: Jabatan Pengajian Melayu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2014).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thorndike, R. L. (2001). Measurement and evaluation in psychology and education (6thed.).


Merill, Upper Saddle River, New Jersey: Colombus.

You might also like