You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH

35350 TEMOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : ABA 0004
Tel / Fax : 05-4690253 / 05-4690263

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK TEMOH KALI PERTAMA
2019
Tarikh :        17 Januari 2019 (Khamis)
Masa :        1.30 petang
Tempat :        Bilik Guru Besar SK Temoh
Kehadiran :

1. Pn. Marina Bt Masdar

2. Pn. Noor Huda Bt Hj Zakaria

3. En. Ahmad Faizal B. Abdullah Halim

4. En. Zairul Anuwar Bin Jamriy

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi
2. Kurikulum
3. Kem Bestari Solat (Kbs) & Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
4. Aktiviti Dakwah
5. Hal – hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Pengerusi (Pn. Marina Bt Masdar) mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia yang dapat hadir ke mesyuarat panitia Pendidikan Islam kali pertama untuk tahun
2019.
1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala usaha ahli panitia dalam
menjalankan aktiviti panitia pada tahun 2018 dan berharap segala perancangan tahun ini
berjalan lancar.

Tindakan : Semua Ahli Panitia

1
2. KURIKULUM
2.1 Semua guru seperti yang telah sedia maklum perlu menyediakan dan melengkapkan
rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan mengikut DSKP terkini.
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 menggunakan Kurikulum KSSR Semakan.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian semua ahli panitia adalah selaras mengikut format
yang mengandungi elemen-elemen telah disepakati dan perlu mengikut aras kemampuan
murid. Penulisan impak berdasarkan bilangan murid yang menguasai objektif yang telah
ditetapkan manakala nama bagi murid yang masih belum menguasai akan ditulis di dalam
impak akan diberi pemulihan dan bimbingan. (Lihat Lampiran)
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.3 Bahasa Arab


Berdasarkan rumusan peperiksaan pada tahun 2018, ramai murid yang mencapai tahap
lulus tetapi yang mendapat cemerlang tidak ramai. Bagi menggalakkan minat murid
bercakap serta menggunakan bahasa arab mudah, panitia akan membuat aktiviti-aktiviti
yang akan menggalakkan murid minat menggunakan bahasa arab seperti nyanyian dan
kalam jama’ie.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.4 Pendidikan Islam


Berdasarkan analisis peperiksaan tahun lalu, murid dapat menguasai ilmu serta tajuk yang
telah dipelajari. Kelemahan yang ketara adalah dalam bidang Al-Quran terutamanya
tajwid walaupun telah membuat ulangkaji bersama guru.

3. KEM BESTARI SOLAT (KBS) & KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)


3.1 Kem Bestari Solat akan diteruskan seperti biasa. Antara modul yang akan diserapkan
ialah cara mengambil wudhuk menggunakan air dalam botol untuk mengajar murid erti
berjimat dan tidak membazir.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2
3.2 Ujian Diagnostik KCJ juga akan berlangsung yang melibatkan murid Tahun 2. Berdasarkan
ujian tersebut, murid-murid yang tidak mencapai tahap penguasaan akan menghadiri Kem
Cemerlang Jawi bagi memulihkan tahap penguasaan asas jawi mereka.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia
4. AKTIVITI DAKWAH
4.1 Aktiviti dakwah akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini. Program bacaan
Yassin dan Solat Hajat setiap Jumaat akan diteruskan untuk tahun ini. Panitia Pendidikan
Islam & Bahasa Arab akan mengedarkan tabung ketika bacaan Yassin bagi menggalakkan
murid untuk bersedekah walaupun sedikit. Kutipan tersebut akan digunakan untuk
aktiviti-aktiviti panitia yang melibatkan murid.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar berharap agar semua ahli panitia bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang pada tahun ini bagi kepentingan anak murid SK Temoh.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

................................................. ................................................
AHMAD FAIZAL B. ABDULLAH HALIM NOOR HUDA BT HJ ZAKARIA
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

3
LAMPIRAN

P E N D I D I K A N    I S L A M

Kelas Masa

Bidang Tajuk

Standard
Kandungan

Standard
Pembelajaran

Objektif
Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Bahan Bantu Belajar

1
Nilai

EMK

Penilaian Pembelajaran
Lembaran Kerja Hasil Kerja Pemerhatian

Kuiz Lisan Lakonan

Tugasan Projek Buku latihan

PdPc hari ini tidak dapat


Impak
dilaksanakan kerana :
Cuti R / S / Umum Mesyuarat

Kursus Bengkel

4
Program Sek

Akan diganti
pada

You might also like