You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA CINA

KALI KEDUA
Tarikh : 15-5-2019
Masa : 1:30pm-3:30pm
Tempat : Perpustakaan

KEHADIRAN

1. Pn. (Pengerusi)
2. Pn. (Setiausaha)
3. Pn.
4. En.
5. Pn.
6. En.

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Tiada

TURUT HADIR
1. Pn. (Guru Besar)

AGENDA
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Pembentangan kertas-kertas kerja.
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli
jawatankuasa ke mesyuarat hari ini.
1.2 Beliau berharap semua ahli jawatankuasa berganding bahu demi meningkatkan prestasi
Bahasa Cina dalam setiap darjah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli jawatankuasa meneliti minit mesyuarat yang lalu
dan seterusnya mengesahkannya.

2.2 En mencadangkan minit mesyuarat Panitia Bahasa Cina


kali 2/2019 disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Pn. .

1
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pertandingan Kaligrafi Sambutan Tahun Baru Cina, Pertandingan Kaligrafi Bahasa Cina
dan Pertandingan Karangan dan Membina ayat telah dijalankan dengan lancar atas
kerjasama semua guru-guru kelas. Aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang akan
dijalankan mengikut tarikh yang diberikan.

Tindakan: Makluman

3.2 Peruntukan PCG sebanyak RM tidak cukup untuk membeli BBM Tahun 3.
Semua guru Bahasa Cina boleh memberi cadangan kepada Panitia untuk membeli BBM
yang bersesuaian dengan peruntukan yang diberikan kerana peruntukan PCG untuk
Bahasa Cina agak kurang.

Tindakan: Semua ahli

4.0 Pembentangan kertas-kertas kerja.

4.1 KSSR- PBS

4.1.1 Pengerusi meminta guru mengisikan PBD bagi tahun 1 hingga tahun 3 dalam
templete yang disediakan oleh pihak sekolah dengan secepat mungkin.

4.1.2 Guru mata pelajaran diingatkan untuk mengisi pencapaian murid di dalam modul
perekodan tersebut.

4.1.3 Guru mata pelajaran perlu banyak melatih murid-murid untuk menjawab soalan
yang berbentuk KBAT.

4.1.4 Bagi tahap 1, walaupun tiada peperiksaan dijalankan tetapi guru-guru mata
pelajaran juga diminta mendedahkan soalan-soalan KBAT kepada murid-murid
tahap1.

Tindakan: Makluman

4.2 POST MORTEM PEPERIKSAAN

4.2.1 Analisis PKBS 1/2019 dan 2/2019 bagi Pemahaman dan Penulisan Bahasa Cina
adalah seperti di lampiran A

Tindakan :Makluman

4.2.2 Berdasarkan analisis item yang telah dibuat adalah perlu tindakan-tindakan yang
sesuai perlu diambil. Antaranya:
i) Latihan Bahagian A akan diberikan dan terhad kepada beberapa
kemahiran tatabahasa(修辞、熟语、语病)

ii) Kelas Tahun 6 pula akan diperuntukkan masa 10 minit setiap PdP bagi
latihan pengukuhan tatabahasa terutamanya latihan berbentuk struktur,
ayat, dialog dan simpulan bahasa.

2
iii) Latihan B Pemahaman akan diberikan penekanan terutamanya
memastikan murid-murid mesti membaca petikan yang diberi dengan
teliti dan memperbanyakkan membaca petikan-petikan yang lain.

iv) Pengukuhan Kemahiran membaca bagi Tahap 1 dan 2 akan diberikan


penekanan dalam kelas Bacaan Pagi

v) Terdapat 4 orang murid Tahun 6 yang terlibat dalam Progam Pecutan


untuk kumpulan sisi 5. Mereka akan dibimbing untuk meningkatkan gred
prestasi individu. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah ayat
kurang gramatis dan kesinambungan idea dalam perenggan.
Tindakan: Makluman

4.3 INTERVENSI

4.3.1 Program Belajar Secara Kumpulan akan dijalankan mulai 17 Jun 2019 hingga 20
September 2019 bagi murid Tahun 6.

- Program ini mengandungi dua aktiviti yang akan dijalankan oleh murid-murid
dalam kumpulan yang dibahagikan.
- Aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan adalah “Menjawab soalan model UPSR”
dan “ Tugasan Khas Kumpulan”.

Tindakan :Guru Tahun 6

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru mata pelajaran telah dipantau oleh pihak pentadbir mengikut jadual. Begitu
juga dengan penyemakan buku latihan murid.

Tindakan: Makluman

5.2 Pengerusi memohon kerjasama semua guru supaya memaksimumkan penggunaan


peralatan ICT semasa mengimplementasikan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tindakan: Makluman

5.3 Guru BC harus menggalakkan murid-murid membaca buku-buku cerita dan


membuat Nilam supaya dapat memupuk minat membaca dalam Bahasa Cina.

Tindakan: Makluman

5.4 Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM. Guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan pedagogi-padagogi terkini. Guru mata pelajaran boleh
menggunakan pedagogi yang bersesuaian dengan objektif atau hasil pembelajaran
untuk murid-murid memperolehi impak yang maksimum. Bermula dengan pembinaan
alat bantu mengajar dan belajar yang efektif serta mesra penggunaan untuk murid.
Tindakan: Makluman

3
PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap
semua tugasan yang telah ditetapkan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30pm.

Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat Panitia Bahasa Cina
Tarikh: 17-5-2019

4
LAMPIRAN A

BAHASA CINA PEMAHAMAN (PKBS 1/2019)

Gred % %
BIL
Darjah Jumlah GPMP BIL
GAGAL
Calon A B C D E LULUS LULUS GAGAL
(1) (2) (3) (4) (5)

4 28 0 2 1 4 21 4.57 7 25 21 75

5 12 0 0 2 2 8 4.5 4 33.33 8 66.67

6 13 0 4 3 6 0 3.15 13 100 0 0

BAHASA CINA PEMAHAMAN (PKBS 2/2019)

Gred % %
BIL
Darjah Jumlah GPMP BIL
GAGAL
Calon A B C D E LULUS LULUS GAGAL
(1) (2) (3) (4) (5)

4 28 0 0 1 15 12 4.39 16 57.14 12 42.86

5 12 1 1 0 1 9 4.33 3 25 9 75

6 13 0 7 3 3 0 2.69 13 100 0 0

5
BAHASA CINA PENULISAN (PKBS 1/2018)

Gred % %
BIL
Darjah Jumlah GPMP BIL
GAGAL
Calon A B C D E LULUS LULUS GAGAL
(1) (2) (3) (4) (5)

4 28 2 1 0 1 24 4.57 4 14.29 24 85.71

5 12 0 2 1 1 8 4.25 4 33.33 8 66.67

6 13 1 3 3 6 0 3.08 13 100 0 0

BAHASA CINA PENULISAN (PKBS 2/2018)

Gred % %
BIL
Darjah Jumlah GPMP BIL
GAGAL
Calon A B C D E LULUS LULUS GAGAL
(1) (2) (3) (4) (5)

4 28 2 0 4 2 20 4.36 8 28.57 20 71.43

5 12 0 1 2 0 9 4.42 3 25 9 75

6 13 2 2 3 4 2 3.15 11 84.62 2 15.38

You might also like