You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2021

TARIKH : 19 FEBRUARI 2021 (JUMAAT)


MASA : 09.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : DI RUMAH MASING-MASING MELALUI GOOGLE MEET

KEHADIRAN:

1. En Mohd Hafiz Bin Musa (Ketua Panitia Bahasa Melayu)


2. Pn Maslina Binti Misiran (Setiausaha Panitia Bahasa Melayu)
3. En Wan Azlan Bin Wan Abdul Jalil (PK Pentadbiran /Guru Bahasa Melayu Tahun 4)
4. En Mohammad Labiq B Razali (PK Hal Ehwal Murid /Guru Bahasa Melayu
Tahun 5)
5. En Abdul Hafidz B Mat Saad (Guru Bahasa Melayu Tahun 1 & 2)
6. En Mohd Asraf Bin Abdullah (Guru Bahasa Melayu Tahun 6)

TIDAK HADIR:

Tiada

AGENDA 1: UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 En Hafis Bin Musa selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu Sesi 2021 ini mengucapkan terima kasih
di atas kehadiran semua dalam mesyuarat kali pertama ini.

1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana sudi
bersama Panitia Bahasa Melayu dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ini .

1.3 Mesyuarat kali ini bertujuan membincangkan tentang penyelarasan dan perancangan aktiviti
panitia Bahasa Melayu bagi Tahun 2021.

1.4 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh guru-guru
Bahasa Melayu yang sudi bersama pada mesyuarat yang terpaksa dijalankan melalui Google
Meet berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih dijalankan di negara kita.

Tindakan: Makluman semua guru.

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.

2.1 Puan Maslina Binti Misiran mewakili Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Sesi 2020
membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan oleh En Wan Azlan Bin wan Abdul
Jalil.
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

2.2 En Abdul Hafidz B Mat Saad menyokong pengesahan minit mesyuarat tersebut.

AGENDA 3: MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 4: DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0 DAN TRANSISI TAHUN 1

3.1 Pengerusi membentangkan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0:

3.1.1 Latar belakang Pelaksanaan Kurikulum 2021.

3.1.2 Cabaran Pelaksanaan Kurikulum tahun 2021 (Sekolah Rendah)

3.1.3 Penjajaran Kurikulum 2.0 (Tahun 2-6) serta objektifnya.

3.1.4 Panduan Pengurusan Sekolah.

3.1.5 Program Transisi Tahun Satu 2021 selama 43 hari.

3.1.6 Fasa Transisi iaitu Fasa Persediaan,Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.

(Rujuk lampiran)

3.2 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru Bahasa Melayu mesti melaksanakan Penjajaran
mengikut contoh yang dilampirkan di dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada muka
surat 10 dan peruntukan minimum jam setahun melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6.

3.3 Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata
pelajaran dalam apa jua keadaan. Penjajaran juga melibatkan Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 5: DASAR KURIKULUM

4.1 KSSR (Semakan 2017) dilaksanakan secara berperingkat bermula pada murid Tahun 1 pada
tahun 2017.Pada tahun 2021 ini,murid Tahun 5 yang terlibat untuk semakan KSSR ini. Aspek
fokus kurikulum iaitu masih mengekalkan kemahiran 4M iaitu Kemahiran
Membaca,Menulis,Mengira dan Menaakul.
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

4.2 Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang mana menekankan kepada dua fokus utama iaitu kualiti
sekolah dan kemenjadian murid.

4.3 Pelaksanaan Pendidikan Sivik sejak Bulan Jun 2019 adalah wajib dilaksanakan secara
menyeluruh di semua peringkat sekolah yang merangkumi prasekolah,sekolah rendah dan
sekolah menengah.Pendidikan Sivik diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris,Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Sejarah.

4.4 Templat Pelaporan PBD digunapakai untuk murid Tahap 1( Tahun 1,2 dan 3).Templat sentiasa
dikemaskini oleh BPK.Versi yang terkini bagi sekolah rendah adalah Versi 3.1 iaitu dipanggil
Versi Terjemahan. Standard Perekodan harian iaitu Rekod Transit lebih mudah jika diselaraskan
mengikut panitia dan untuk Panitia Bahasa Melayu, rekod tersebut memang telah diselaraskan
dan mempunyai 3 kemahiran yang dinilai.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 5: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC)

5.1 Pengerusi menjelaskan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sesi 2021.

5.1.1 Pemulihan : Pn Maslina Binti Misiran

5.1.2 Tahun 1 : En Abdul Hafidz B Mat Saad

5.1.3 Tahun 2 : En Abdul Hafidz B Mat Saad

5.1.4 Tahun 3 : En Mohd Hafiz Bin Musa

5.1.5 Tahun 4 : En Wan Azlan Bin Wan Abdul Jalil

5.1.6 Tahun 5 : En Mohammad Labiq B Razali

5.1.7 Tahun 6 : En Mohd Asraf Bin Abdullah

5.2 Latihan di dalam bilik darjah perlu sentiasa disediakan secara optimum sama ada secara bertulis
atau menggunakan Bahan Digital melalui Projek Based Learning.

5.4 Id DELIMA bagi murid Tahun 1 telah tersedia di dalam sistem dan pengerusi memohon
penyelaras untuk mengeluarkan Id tersebut untuk diberi kepada murid.Murid Tahun 1 juga
sedang menjalankan tempoh Transisi hingga Bulan Mac 2021.

5.5 Kawalan kelas sangat dititik beratkan dan pengerusi memohon agar semua guru mengambil berat
tentang kawalan setiap kelas agar PdPC dapat dilaksanakan dengan sempurna.

5.6 Jadual pencerapan dan penyemakan buku murid telah disediakan dan pencerapan akan dijalankan
oleh Tuan Guru Besar, PK Pentadbiran,PK Hal Ehwal Murid dan Pk Kokurikulum.

5.7 Rancangan Pelajaran Harian sepanjang PdPR perlu disediakan.


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 6: PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA.

6.1 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah penyerapan dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) Bahasa Melayu melalui proses Penyerapan.

6.2 Masa penyerapan Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah minimum 30 minit dalam tempoh
seminggu namun panitia memutuskan untuk melaksanakan pdpc PKJR selama satu jam untuk
jangkamasa 2 minggu iaitu dijalankan pada minggu kedua dan keempat.

6.3 Buku aktiviti murid telah diedarkan dan beberapa orang murid yang baharu berpindah dari
sekolah lain masih belum memperoleh buku tersebut kerana buku mereka terdapat di sekolah
lama.Guru boleh membuat salinan sementara murid masih belum memperoleh buku tersebut.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 7: PENDIDIKAN SIVIK

7.1 Pengerusi menyatakan Pendidikan Sivik masih diserapkan ke dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan memohon guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan Pdpc tersebut sewaktu pdpc
Bahasa Melayu.

7.2 Pendidikan Sivik perlu dijalankan selama satu jam dalam tempoh sebulan dan dijalankan pada
minggu terakhir.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 8: PANITIA MATA PELAJARAN

8.1 Ketua Panitia perlu memastikan mesyuarat panitia harus dijalankan 4 kali setahun.

8.2 Pengerusi menjelaskan untuk Fail Panitia , terdapat 2 fail panitia iaitu:

8.2.1 Fail Tahun Semasa

8.2.2 Fail Sokongan

8.3 Fail Panitia perlu diletakkan di dalam Bilik Penolong Kanan dan sentiasa dikemaskini.

Tindakan: Ketua dan Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

AGENDA 9: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

9.1 Pengerusi menyatakan bahawa Rancangan Pengajaran Harian boleh dibuat bebas sama ada
menggunakan fail ataupun CIDS.
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

9.2 Penghantaran Fail RPH perlu dikumpulkan di pejabat setiap pagi Jumaat setiap minggu.

9.3 Penulisan RPH perlu mengikut format yang betul dan sesuai merujuk kepada DSKP Bahasa
Melayu yang terkini.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 10: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

10.1 Pengerusi menyatakan pelantikan En Mohd Asraf Bin Abdullah sebagai Setiausaha PBD.

10.2 Rekod transit perlu disediakan oleh semua guru Bahasa Melayu dan wajib diisi setiap kali PBD
dijalankan.

10.3 Rekod Tahap Penguasaan Murid juga perlu disediakan dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 11: PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21)

11.1 Pembelajaran Abad Ke 21 boleh dijalankan namun perlu disesuaikan dengan Prosedur Operasi
Standard (SOP) terkini berikutan penularan Covid 19.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 12: PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

12.1 Puan Maslina menyatakan bahawa bilangan murid Pemulihan bagi sesi 2021 setakat Bulan
Februari adalah:

Bil Murid Tahun 2: 4 orang

Bil Murid Tahun 3: 4 orang

Bilangan tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas sesi pembukaan sekolah secara
bersemuka kerana guru boleh menjalankan Ujian Diognastik kepada murid yang lemah untuk
mengesan Tahap Pencapaian mereka.

12.2 Pengerusi mencadangkan aktiviti-aktiviti Panitia yang dirancang bagi Sesi 2021:

12.2.1 Minggu Bahasa Melayu.


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

12.2.2 Laluan/Sudut Bahasa Melayu

12.2.3 Program Celik Peribahasa.

12.2.4 Program Didik Hibur

12.2.4 Program Mantap Tatabahasa

12.2.5 Program Sifar Sentuhan Kasih PERMATA(Pemulihan Khas)

12.3 Puan Maslina selaku guru pemulihan menyatakan bahawa beliau akan membantu Encik Abdul
Hafidz B Mat Saad bagi Bahasa Melayu Tahun 2 dan Encik Mohd Hafis Musa bagi Bahasa
Melayu Tahun 3 untuk membimbing murid-murid yang masih tidak boleh membaca terlebih
dahulu dan seterusnya mengenalpasti murid-murid Tahun 1 pula bermula bulan Jun 2021.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 9: PERTANDINGAN KO AKADEMIK

9.1 Pengerusi berharap guru dapat merujuk Manual Pengurusan dan Takwim 2021 Bahagian
Kokurikulum untuk memperoleh maklumat acara-acara yang akan disertai oleh murid-murid.

9.2 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat bersama-sama melatih dan membuat
persediaan kepada murid yang terbabit.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Melayu

AGENDA 10: HAL-HAL LAIN

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen dan cadangan yang diberikan bagi
memastikan kemenjadian murid dalam penguasaan dan pencapaian Bahasa Melayu.

AGENDA 11: UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.00 tengah hari.


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2021

Disediakan oleh :

………………………………….

(MASLINA BINTI MISIRAN)


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,
SK Jeliang

Disahkan oleh,

………………………………….

(MOHD HAFIZ BIN MUSA)


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Jeliang

You might also like