You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU KENAS

33800 MANONG, PERAK

PERMOHONAN PROJEK MENAIK TARAF

PINTU PAGAR LALUAN UTAMA

1
Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Pagar

Pintu Laluan Masuk Utama

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas ditubuhkan pada tahun 1949. Sekolah ini mempunyai
101 orang murid manakala bilangan guru seramai 16 orang pada tahun 2020. Setelah
71 tahun penubuhan sekolah, pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum telah dicapai oleh warga sekolah sama ada di peringkat daerah dan juga
negeri. Oleh itu, sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
melahirkan generasi yang seimbang dari pelbagai aspek maka pihak sekolah
merancang untuk menambah baik infrastuktur dan kemudahan-kemudahan asas di
sekolah selaras dengan matlamat iaitu melahirkan murid terbilang.

Kelengkapan infrastruktur sekolah banyak menyumbang ke arah kemajuan


sekolah. Infrastruktur yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan pelbagai
aktiviti di samping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan staf sokongan.
Namun demikian penyediaan infrastruktur yang lengkap tersebut memerlukan
peruntukan kewangan yang besar. Dengan peruntukan yang terhad sudah pasti pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan semua infrastruktur
tersebut. Justeru sekolah amat mengharapkan bantuan daripada pihak luar untuk
membantu melengkapkan infrastruktur tersebut. Oleh itu kertas cadangan ini bertujuan
untuk memohon peruntukan bagi menaik taraf laluan utama untuk kemudahan ibu bapa
murid sekolah ini.

2
BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK ULU KENAS


Kod Sekolah : ABA 4019
Daerah : Kuala Kangsar
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru : 16 orang
Bil. Staf sokongan : 3 orang
Bil. Enrolmen Pelajar : 101
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai pagar laluan utama


ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1 Keadaan laluan pintu masuk yang sedia ada tidak sesuai dan sempit
kerana ia terletak di jalan besar. Pelbagai kenderaan berat menggunakan
jalan tersebut.
2.2 Tiada lintasan pejalan kaki atau ‘zebra-crossing’ untuk melintas jalan.
Kenderaan lalu lalang dalam keadaan laju.
2.3 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan sekolah berada di tepi
jalan raya besar yang agak sempit untuk memarkir kenderaan di bahu
jalan untuk menghantar dan mengambil anak.

3
3 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal


pagar yang sedia ada seperti berikut:

3.1 Ubahsuai pagar sekolah menjadi pintu laluan utama yang lebih luas
keluar masuk.

4 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1 Mampu menjamin keselamatan murid.


4.2 Proses pengawalan murid dapat dijalankan dengan lebih kondusif dan
sistematik

5 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional naiktaraf pagar sekolah ini adalah untuk :

5.1 Membuktikan bahawa Kementerian prihatin dan serius terhadap


keselamatan murid.
5.2 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan
dan keselesaan murid.

PENUTUP
Pihak sekolah berharap agar permohonan menaiktaraf pintu pagar di laluan
utama dapat dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana.
faktor keselamatan dan keselesaan murid dan guru juga merupakan antara faktor
utama permohonan ini.

4
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………….. ……………………….

(MASLINA BINTI MISIRAN) (SALINA BINTI AHMAD AHILALDIN)


Setiausaha 3K Guru Besar

You might also like