You are on page 1of 4

KERTAS KONSEP

PEMBINAAN DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR JOHOR BAHRU

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sri Amar Johor Bahru

Nama Guru Besar

Pn. Jamaliah Bt. Jalaludin

Nama YDP PIBG

En. Harmannullah B. Mohd. Husin@Husin

Alamat Sekolah

Jalan Bawang
Taman Sri Amar,
81100 Johor Bahru
Johor

No. Telefon

07-3322798

No. Fax

07-3347798

1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru (SKSA) merupakan sebuah sekolah harian
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan
termasuk sebidang tanah di antara Blok A dan Blok C yang diberi gelaran tapak perhimpunan.
Tapak perhimpunan ini merupakan tempat untuk semua guru dan murid berkumpul bagi
menjalani aktiviti perhimpunan mingguan dan perhimpunan harian sebelum semua murid
dibenarkan memasuki kelas menjalani aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.
Aktiviti perhimpunan di tapak perhimpunan yang sedia ada ini tidak dapat dilaksanakan
ataupun terpaksa ditunda sekiranya mengalami cuaca hujan. Selain itu sekiranya pihak
sekolah ingin menjalankan sesuatu aktiviti, masa aktiviti yang hendak dijalankan amat terhad
atas faktor cuaca panas bermula sekitar jam 9.00 pagi.
Atas dasar keselesaan semua guru dan murid, maka pihak sekolah berganding bahu bersama
pihak PIBG SK Sri Amar begitu proaktif mengambil inisiatif membina dewan terbuka
berbumbung ini.

2.0 Rasional
SK Sri Amar memerlukan sebuah dewan terbuka berbumbung yang sama taraf seperti sekolah
rendah yang lain. Matlamat yang utama iakah bertujuan untuk menampung keperluan ruang
bagi menjalankan program sekolah seperti perhimpunan mingguan, perhimpunan harian,
bacaan yasin setiap hari khamis, aktiviti sukan dan permainan dan sebagainya yang selama ini
dijalankan di Dewan Terbuka Blok D dan Dewan Tertutup Blok B.

3.0 Matlamat
Menjadi tempat semua murid dan guru untuk berlindung daripada cuaca panas dan hujan
sewaktu perhimpunan.
Untuk menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) murid.
Untuk menjalankan program-program atau majlis rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah
Cemerlang, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan lain-lain.
Untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum seperti sukaneka, kawad kaki, kelab dan persatuan
dan lain-lain.
Sebagai lokasi pertandingan sukan dan permainan di peringkat sekolah, zon Majidi, daerah
Johor Bahru mahupun negeri Johor.

4.0 Objektif
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) akan menjadi lebih lancar dan berkesan.
Memastikan kesihatan murid berada dalam keadaan yang baik dan tidak terjejas.
Melancarkan aktiviti program sekolah seperti yang dirancang mengikut takwim sekolah.

5.0 Tapak Cadangan


Tapak dewan terbuka berbumbung yang dicadangkan ini terletak di atas tapak perhimpunan
yang sedia ada yang mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 150kaki x 75kaki.
Kedudukannya yang strategik serta di apit oleh dua blok bangunan sekolah iaitu Blok A dan
Blok D. Ianya merupakan tempat yang sesuai untuk murid berkumpul kerana tapak ini berada
di tengah-tengah kawasan sekolah.

6.0 Tarikh Pelan


Januari 2015

7.0 Anggaran Kos


RM250,000.00

8.0 Sumber Dana Pembangunan


Jabatan Perdana Menteri
Peruntukan Khas Ahli Parlimen Pasir Gudang
Badan-Badan Korporat
Sumbangan Ibu Bapa

9.0 Sumber Tenaga


Kontraktor yang akan dipilih melalui pemilihan tender.

10.0 Perlaksanaan
Memohon Sumbangan daripada Ibu, Bapa serta penjaga murid.

Pemilihan kontraktor melalui pemilihan tender.


Perlaksanaan pembinaan.

11.0 Panel Penilai


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Amar Johor Bahru
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Amar Johor Bahru.

You might also like