You are on page 1of 1

Mohd Faridzuan Bin Malek

Kuarters Guru No.2, SK. Bukit China,


Jalan Puteri Hang Li Poh,
Bukit China, 75100,
Melaka.

Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah,


Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah,
Lebuh Air Keroh, 75450,
Melaka. 9 APRIL 2019

Tuan,

MEMOHON BAIK PULIH KUARTERS GURU

Dengan segala hormatnya, saya merupakan penghuni kuarters guru yang beralamat seperti di atas
ingin memohon baik pulih kuarters.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah menduduki kuarters ini pada 1 Januari 2019 dan
terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM 900 untuk mengupah tukang paip menukar saluran
paip yang baru kerana keseluruhan saluran paip yang lama telah dipenuhi dengan karat dan
menyebabkan air tidak keluar. Saya juga dimaklumkan oleh penghuni kuartres lain bahawa kuarters
yang saya diami ini sudah 8 tahun tidak berpenghuni disebabkan oleh kerosakan yang berlaku.

3. Saya juga mendapati beberapa kerosakan telah berlaku pada bangunan kuarters guru yang
memerlukan pembaikpulihan segera demi keselamatan dan keselesaan penghuni.

4. Senarai kerosakan adalah seperti berikut :


4.1. Jenang tingkap, jenang pintu bilik dan pintu tandas reput disebabkan oleh anai-anai.
4.2. Dinding retak.
4.3. Tandas tersumbat.
4.4. Cermin tingkap pecah.

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat mempercepatkan kerja baik pulih
bagi kerosakan tersebut. Bersama ini disertakan gambar bahagian-bahagian kerosakan tersebut.

6. Sekian untuk makluman pihak tuan.

Terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………
(MOHD FARIDZUAN BIN MALEK)

You might also like