You are on page 1of 7

SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

LORONG TUN FATIMAH, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA


Sekolah Kluster Kecemerlangan

Kertas Kerja
Program Gotong Royong Peringkat Asrama
SMK Tinggi Perempuan Melaka
2018

Anjuran Bersama:
Persatuan Ibubapa & Guru
SMK Tinggi Perempuan Melaka

Dengan Kerjasama
MBMB, SWCORP, PDRM, AHLI MAJLIS, JKKK
&
RUMAH BUDAK LAKI-LAKI TUN ABDUL AZIZ
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pettandingan 3K.

Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong naik taraf kelas di bawah
sarana PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa
pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu,
aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti asrama sebagai penginapan yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
guru dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan
semua pihak dalam program kebersihan asrama.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga asrama dan terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 27 Januari 2018


Tempat : KAWASAN ASRAMA SMK TINGGI PEREPUAN MELAKA
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Hari : Sabtu

4.0 JAWATANKUASA

4.1 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI PUAN NOOR LAILA BINTI HAMZAH


Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka

YDP PIBG DATUK AMZAH BIN OSMAN

NAIB PENGERUSI PUAN SALMINAH BINTI SURADI


PK Hal Ehwal Murid

PUAN HAJAH ALIMAH BINTI MOHD ZIN


PK PENTADBIRAN

PUAN NORAINI BINTI MD.DAWAM


PK Kokurikulum

PUAN HAJAH SITI SALWA BINTI AHMAD


GPK Tingkatan Enam

NAIB YDP PIBG DATIN ZAKIAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA EN MOHD FARIDZUAN BIN MALEK

BENDAHARI PUAN MAZURAH BINTI SAMSUDIN

4.2 JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras: Cik Chua Poh Huay

I. PENDAFTARAN - Menyediakan borang pendaftaran


o PN, NORIZAN BINTI MAT SAPIA (K)
o AJK BIRO 3K - Mencatat kehadiran

II. SIAR RAYA - Menyediakan siar raya sebelum majlis


o EN MOHD FARIDZUAN BIN MALEK bermula,

- Mengemas kembali siar raya selepas


Majlis.

III. PERSIAPAN TEMPAT - Memastikan meja dan kerusi baik di


o CIK SUZANA BINTI MUDA dewan makan asrama

o EXCO ASRAMA - Menyediakan air mineral dan cawan


untuk VVIP

IV. JAMUAN & JAMUAN MURID - Memastikan makanan disediakan di


o PN NORIZAN BINTI MAT SAPIA Dewan Makan mengikut masa yang
ditetapkan
o EXCO ASRAMA
V. KAWALAN DISIPLIN - Mengawal disiplin pelajar sepanjang
o SEMUA WARDEN perjalanan majlis dan aktiviti

o EXCO ASRAMA

VI. BANNER - Menempah banner


o EN. MOHD FARIDZUAN BIN MALEK - Menggantung banner

VII. SIJIL - Menyediakan sijil untuk peserta terlibat


o EN. HANIS SAFWAN BIN SUTAJI
VIII. DOKUMENTASI - Menyediakan laporan dan dokumentasi
o EN. MOHD FARIDZUAN BIN MALEK perjalanan program.
IX. FOTOGRAFI - Merakamkan peristiwa sempena majlis
o EN. MOHD FARIDZUAN BIN MALEK berlangsung

o EN. HANIS SAFWAN BIN SUTAJI


4.3 JAWATANKUASA PENYELARAS MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BLOK PENYELARAS
KAWASAN ASRAMA Puan Salminah binti Suradi
Puan Alimah binti Mohd Zain
Puan Noraini binti Mad Dawam
GKMP
DORM Cik Chua Poh Huay
4.4 JAWATANKUASA AKTIVITI MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL KAWASAN NAMA AJK TUGAS


- Memastikan semua dorm
PN NORIZAN BINTI MAT SAPIA dalam keadaan kemas bersih
1 DORM
MURID ASRAMA dan selesa.

BILIK TAYANG/ - Menyapu, mengemop dan


BILIK SAKIT/ membersihkan semua
CIK SUZANA BINTI MUDA
PERPUSTAKAAN/ tempat yang dinyatakan dan
2 MURID ASRAMA
STOR SUKAN/ mengeluarkan barang-barang
PEKERJA (SWM)
BILIK AIR/ DOBI/ yang tidak diperlukan
AMPAIAN
- Memastikan kawasan luar
PEKERJA DEWAN MAKAN dan dalam dewan makan
3 DEWAN MAKAN
dalam keadaan bersih.

EN HANIS SAFWAN - Membersih kawasan


EN MOHD FARIDZUAN BIN MALEK sempadan antara asrama
(SWCORP) SMKTPM dengan asrama
PDRM budak laki-laki.
KAWASAN
MBMB - Membersih dan mengorek
SEMPADAN
4 JKKK pasir dan tanah dalam
ASRAMA BUDAK
AHLI MAJLIS longkang supaya saliran
LAKI-LAKI
PEKERJA PEMBERSIHAN ASRAMA & berjalan lancar dan tidak
SEKOLAH bertakung.
RUMAH BUDAK LAKI-LAKI TUN
ABDUL AZIZ

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Pendaftaran di Dewan Makan Asrama

Taklimat ringkas

Jamuan ringan
8.30 pagi Aktiviti Gotong-Royong

12.00 tgh Bersurai

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Harga Kuantiti Jumlah

1. Jamuan RM 3.00 150 RM 450.00

2. Jamuan Murid
- Kuih karipap RM 1.50 292 RM 438.00
- Apam
- Teh O ais
3. Bina RM 80.00 1 RM 80.00

JUMLAH BESAR RM 968.00

7.0 PENUTUP

Program Gotong Royong ini adalah program tahunan Asrama yang telah dilantik sebagai JU
Asrama terbilang Negeri Melaka dan dapat bergerak serta dilaksanakan dengan sokongan kuat
dariapada pentadbir, PIBG dan juga para warden asrama. Tidak dilupakan juga bantuan dari pelbagai
pihak terutama dari murid-murid SMKTPM dan semua yang telibat. Semoga rancangan ini dapat
membantu menceriakan Asrama SMK Tinggi Perempuan Melaka agar mencapai slogan "Asramaku,
rumahku".

Disediakan oleh

……………………………………………….
(MOHD FARIDZUAN BIN MALEK)
Penyelaras Biro Kerohanian,
Asrama SMK Tinggi Perempuan Melaka

Disemak oleh Disahkan oleh

……………………………………… …………………………………..........
(SALMINAH BINTI SURADI) (NOOR LAILA BINTI HAMZAH)
GPK Hal Ehwal Murid Pengetua
SMK Tinggi Perempuan Melaka SMK Tinggi Perempuan Melaka

You might also like