You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PENYELARASAN SEPAK TAKRAW MSSD KINTA UTARA (ZON D) TAHUN 2019

Tarikh : 10 Januari 2019


Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar B, SMK Jati
Kehadiran :
1. Pn. Julaila Bt. Yahya - Pengetua Cemerlang SMK Jati
2. Pn. Yin Siew Lye - PK Kokurikulum SMK Jati
3. En. Nor Azizan bin Shamuin - PK Kokurikulum SMK Anderson
4. En. Nor Aizuddin Bin Ja’afar - PTPS Sepak Takraw Kinta Utara
5. En. Mohd Fadli Bin Jamaludin - Setiausaha Kokurikulum SMK Jati
6. En. Amir Azros Bin Abdul Aziz - SMK Jati
7. En. Ismail Bin Amit - SMK Tasek Damai
8. Mohamad Tarmizi - SMK Dato’ Hj Mohd Taib
9. Pn. Nadia Bt. Roslan - SMK Aminuddin Baki Chemor
10. Pn. Farina Bt. Ibrahim - SMK Tanjong Rambutan
11. En. Muhd Anwar B. Che Kasim - SABK Mataqab
12. Pn. Anis Shazwani - Madrasah Al-Hikmah
13. En. Mohd Fazrul - SMK Bercham
14. En. Muhd Khabib - Maahad Al-Ummah
15. En Amir bin Abdul Kadir - SMK Anderson
16. En. Hirwan Azlani Khaidzir - SMK Pinji
17. En. Mohd. Hafiz Abd Samad - SMK Lahat
18. En. Mohd. Ikhwan b. Zukri - SMK KG. Pasir Putih
19. En. Shamsul Kamal b. Md Isa - SMK Pusing
20. En. Khairul Anwar Saharudin - Sekolah Izzuddin Shah
21. En. Altahiran Abu - SMK Pengkalan
1.0 Alu-aluan Pengerusi:

1.1 Pn Julaila selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dalam
Kinta Utara yang hadir ke mesyuarat.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat penyelarasan kejohanan sepak takraw MSSD
Kinta Utara mengumpulkan semua sekolah yang terlibat daripada 4 zon yang
kemudiannya akan diikuti dengan mesyuarat serentak penyelarasan di peringkat
zon masing-masing.

2.0 Taklimat Pengerusi Teknik:

2.1 Yuran yang dikenakan kepada setiap penyertaan akan termasuk sumbangan untuk
penganjuran diperingkat daerah dan persiapan kontinjen ke kejohanan MSSPK.
2.2 Yuran penyertaan bagi setiap kategori B15 / B18 tahun adalah mengikut seperti
tahun lepas:
i. 1 regu = RM 100.00
1
ii. 2 regu = RM 150.00
iii. Tambahan regu = RM 50.00 / 1 regu (SMK Gunung Rapat sahaja)
2.3 Gelanggang kejohanan akan menggunakan 2 tempat:
i. Dewan SMK Gunung Rapat Ipoh
ii. Dewan Unit Sukan JPN Perak
2.4 Sumbangan hendaklah dibuat kepada SMK Jati selaku sekolah penganjur
diperingkat daerah.
2.5 Penetapan tarikh untuk setiap zon adalah mengikut takwim kejohanan seperti yang
dilampirkan.
(Tindakan Pengerusi Zon)
2.6 Maklumat format pertandingan adalah mengikut Peraturan-Peraturan AM
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kinta Utara 2019 seperti yang dilampirkan.
(Tindakan Pegawai Pasukan)
2.7 Maklumat tambahan:
i. Cuma 3 regu sahaja daripada setiap zon yang akan layak ke pertandingan
peringkat daerah.
ii. Bagi SMK Gunung Rapat, 2 Regu setiap kategori akan terus bertanding
diperingkat daerah secara automatik.
iii. Sijil pemenang no 1 – 4 peringkat daerah akan disediakan oleh pihak PPD.
iv. Sijil penyertaan setiap pemain diberi kepada semua pemain yang menyertai
kejohanan dan sijil tersebut diuruskan oleh pengerusi zon. Sijil diperolehi dari
PPD dengan bayaran RM 0.50 sekeping.
v. Satu banner kejohanan sahaja yang akan digunakan sehingga ke peringkat
daerah yang akan diuruskan oleh pengerusi kejohanan daerah.
(Makluman)

3.0 Mesyuarat penyelarasan peringkat zon D:

3.1 En. Nor Azizan bin Shamuin meneruskan dan mempengerusikan mesyuarat
penyelarasan untuk peringkat Zon D.
3.2 Pengerusi zon membuat pengesahan kehadiran dan bilangan penyertaan regu
daripada setiap sekolah yang terlibat sekali gus menetapkan jumlah yuran yang
patut dikenakan. Keputusan undian adalah seperti berikut:

Jadual Undian Kumpulan – Bawah 18 Tahun


Kumpulan A Kumpulan B
A1 – SMK Pusing B1 – SMK Kg. Pasir Putih A
A2 – SMK Anderson A B2 – Sekolah Izzuddin Shah B
A3 – Sekolah Izzuddin Shah A B3 – SMK Pengkalan B

Kumpulan C Kumpulan D
C1 – SMK Pengkalan A D1 – SMK Pinji B
C2 – SMK Anderson B D2 – SMK Lahat

2
C3 – SMK Pinji A D3 – SMK Kg. Pasir Putih B

Jadual Undian Kumpulan – Bawah 15 Tahun


Kumpulan A Kumpulan B
A1 – SMK Pengkalan B B1 – SMK Pusing B
A2 – SMK Pusing A B2 – SMK Pinji A
A3 – SMK Anderson B B3 – SMK Lahat

Kumpulan C Kumpulan D
C1 – SMK Anderson A D1 – Sekolah Izzuddin Shah B
C2 – SMK Pengkalan A D2 – SMK Kg. Pasir Putih
C3 – Sekolah Izzuddin Shah A D3 – SMK Pinji B

3.3 Pengerusi zon berhak untuk membuat sebarang pindaan tanpa notis sekiranya
masih berlaku pengurangan atau penambahan penyertaan di dalam mesyuarat
pengelolaan di peringkat sekolah penganjur.
3.4 Pengerusi memaklumkan sekali lagi bahawa tarikh kejohanan peringkat Zon D
akan berlangsung pada 31 Januari 2019 bertempat di SMK Gunung Rapat.
(Makluman)

4.0 Hal-hal lain:

Makluman daripada mesyuarat pengelolaan.

4.1 Pembayaran cek yuran penyertaan pasukan regu mestilah diserahkan pada atau
sebelum tarikh 22/1/2019 kepada sekolah penganjur melalui akaun sekolah di atas
nama SMK JATI – CIMB BANK 8004940519
4.2 Pihak penganjur tidak menyediakan makanan dan minuman untuk para pemain dan
pegawai setiap pasukan.
4.3 Masa perlawanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan oleh urus setia
teknikal dan pengadilan mengikut tempoh sesuatu perlawanan.
4.4 Mohon kerjasama daripada setiap pasukan untuk menjaga kebersihan, disiplin dan
tingkah laku semasa dan selepas perlawanan.
4.5 Anggaran perbelanjaan adalah seperti lampiran Anggaran Perbelanjaan Kejohanan
Sepak Takraw MSSD Kinta Utara 2019.
4.6 Minit mesyuarat akan difaks dan diletakkan dalam pigeon hole PPD secepat yang
mungkin.
(Makluman pegawai pasukan)

3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................... ..............................................................
(AMIR BIN ABDUL KADIR) (NOR AZIZAN BIN SHAMUIN)
Setiausaha Kejohanan Sepak Takraw Penolong Kanan Kokurikulum
MSSD KU Zon D 2019 SMK Anderson
Merangkap Naib Pengerusi Kejohanan Sepak Takraw
MSSD KU Zon D 2019

Disahkan oleh,

..........................................................................
(TN. HJ. ZULKIFLE BIN OTHMAN)
Pengetua
SMK Anderson
Merangkap Pengerusi Kejohanan Sepak Takraw
MSSD KU Zon D 2019

You might also like