You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

71250 PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERALATAN

SUKAN HOKI BAGI

MELAKSANAKAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN SUKAN HOKI

SEKOLAH 2020 - 2025


KERTAS KERJA SUKAN HOKI BAGI MELAKSANAKAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN SUKAN HOKI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Sukan hoki merupakan sukan yang sangat diminati oleh murid-murid sekolah
tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Saban tahun pasti akan
diadakan pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
seterusnya ke peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun, sukan ini memerlukan
sokongan daropada pelbagai pihak dalam usaha memupuk minat dalam menyertai
sukan hoki sekolah. Selain itu, bakat yang dicungkil dapat diperkembangkan dan
seterusnya memajukan industri sukan negara.
Penubuhan Kelab Hoki SK Pasir Panjang ini mampu meningkatkan pencapaian
kokurikulum 1 Murid 1 Sukan dan permainan sekolah serta memperluaskan
pengetahuan murid-murid dalam bidang sukan ini.
Perancangan pembangunan sukan hoki merupakan satu program yang
dicadangkan pihak sekolah sebagai satu persediaan atlit baharu menyertai
pertandingan sekolah sukan hoki secara menyeluruh dan berkesan ke pringkat
negeri. Program ini mempunyai 3 fasa iaitu pencarian bakat, pelapis dalam sukan
hoki di sekolah dalam kalangan murid-murid tahun 2 hingga 6. Sehubungan dengan
itu, pencarian bakat perlu dilaksanakan bagi mencari pelapis sukan hoki untuk
penyertaan ke peringkat negeri setiap tahun.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama adalah untuk memberi peluang kepada ahli kelab hoki sekolah
mengembangkan lagi bakat mereka dengan adanya peralatan-peralatan sukan hoki
yang lengkap dan sesuai. Disebabkan peralatan hoki yang rosak, tidak mencukupi
dan mahal kos pembelian, pihak kelab ingin memohon peralatan tersebut bagi
tujuan latihan dan juga menyertai pertandingan yang akan disertai pada masa akan
datang.

3.0 RASIONAL

Penubuhan kelab ini berlaku atas dasar untuk memperkenalkan sukan hoki
kepada murid-murid pada peringkat awal selain sukan hoki ini dapat membentuk
keperibadian diri yang unggul dan penerapan nilai-nilai murni. Rasional penubuhan
kelab ini:
l. SK Pasir Panjang belum mempunyai kebitaraan hoki di sekolah. Justeru itu,
sukan hoki, adalah salah satu sukan yang baik untuk menaikkan nama sekolah
di mata Majlis Sukan Sekolah Daerah, MSSNS hingga ke peringkat
kebangsaan.
ll. Kelab Hoki SK Pasir Panjang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 dan
memerlukan bantuan peralatan alatan hoki bagi membentuk organisasi yang
lebih terancang dan teratur.
lll. Guru-guru penasihat SK Pasir Panjang telah mengenalpasti murid-murid
mempunyai minat yang tinggi dan berkebolehan dalam sukan hoki ini serta
berkelayakan menjadi pelapis dalam sekolah-sekolah Negeri Sembilan ke
peringkat Negeri.
lV. Penglibatan murid dalam acara sukan hoki pada tahun ini seramai 51 orang
muring yang menunjukkan bilangan yang begitu setiap tahun.
V. Kekurangan peralatan hoki untuk sekolah dan pertandingan boleh menjadi
salah satu punca organisasi ini dimansuhkan dan tidak diberi peluang kepada
murid-murid untuk diasah kebolehan mereka dala acara sukan hoki ini.
Vl. Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) bagi sukan
hoki memberi peluang kepada murid-murid ke peringkat kebangsaan.

4.0 LATAR BELAKANG


Prestasi sekolah dalam pertandingan hoki yang diadakan di Port Dickson pada
tahun 2019 telah menduduki tempat yang ke-10 dari 10 buah pasukan. Prestasi yang
ditunjukkan kurang menyerlah di atas beberapa faktor:

(i) Peserta berasa gugup dan tidak berkeyakinan berhadapan dengan pesaing di
peringkat yang tinggi.
(ii) Kebanyakkan pemain mempunyai bakat tetapi tidak mampu memiliki kayu hoki
sendiri untuk latihan tambahan di rumah kera harga peralatan seperti kayu hoki
terlalu mahal.
(iii) Pihak sekolah tidak dapat membekalkan sekolah dengan alatan hoki yang lengkap
dan berkeadaan baik yang sekaligus menurunkan semangat pemain di padang.
(iv) Latihan juga tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana kekurangan peralatan
hoki yang lengkap.
(v) Kekurangan jurulatih yang ketara kerana kurangnya pendedahan pada guru.

5.0 OBJEKTIF

a) Mengenalpasti bakat dalam kalangan murid-murid sekolah SK Pasir Panjang.


b) Menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan berdaya saing.
c) Memperkasakan pusat latihan di sekolah dan memperlengkapkan dengan
Kemudahan dan kepakaran untuk menjalani latihan sepanjang tahun.
d) Murid-murid dapat meningkatkan lagi keyakinan dengan menggunakan alatan
yang lengkap dan dalam keadaan baik.
e) Menyertai mana-mana kejohanan hoki yang akan dianjurkan.
f) Membentuk pemain hoki yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
bersemangat kearah kecemerlangan sukan hoki Malaysia.
g) Mendedahkan sukan hoki kepada murid dari aspek kemahiran asas,
pengurusan, teknikal, undang-undang dan peralatan dan yang berkaitan.

6.0 HURAIAN PROGRAM


6.1 Program Pembangunan Bakat
6.1.1 Mengenalpasti bakat dari sekolah rendah dan
menyalurkan ke sekolah menengah melalui satu
kurikulum sekolah.
6.1.2 Mengenalpasti dan membentu satu pasukan sekolah
yang boleh bertanding di peringkat negeri.
6.1.3 Memilih pemain-pemain terbaik untuk mewakil negeri
dan kebangsaan.
6.1.4 Mengesan, mengasah dan mencungkil bakat dari
pertandingan yang dianjurkan.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN


8.1 Pelaksanaan Program Pembangunan Bakat

i. Memastikan peralatan sukan hoki mencukupi untuk dibawa ke


pertandingan daerah dan negeri.
ii. Melantik seorang pengurus dalam kalangan murid dan guru yang
mempunyai daam sukan hoki.
iii. Memperknalkan dan mendedahkan kemahiran secara berperingkat
kepada murid.
iv. Mengesan pelapis pemain hoki yang berkemahiran dalam latihan
yang diadakan sepanjang 1 M 1 S.
v. Mengadakan pertandingan secara terbuka peringkat sekolah
terlebih dahulu bagi menarik minat dan mengesan pemain terbaik.
vi. Membentuk pasukan hoki sekolah untk ke peringkat daerah dan
negeri lebih awal dan memantau prestasi setiap 3 bulan sekali.
vii. Menghantar pelapis sekolah ke latihan luar untuk menaikkan
kemahiran yang sedia ada dengan kepakaran jurulatih yang
mempunyai kepakaran.
viii. Menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

7.2 Pelaksanaan Program Jurulatih muda kepada murid sebagai instruktor

i. Mengadakan klinik hoki siri 1 & siri 2 di peringkat sekolah.


ii. Mengadakan klinik kemahiran dan undang-undang hoki di peringkat
sekolah.
iii. Menghadiri kursus dan taklimat peraturan hoki dalam dan luar
daerah Port Dickson.

7.3 Pelaksanaan Penyertaan Pertandingan

i. Semua sekolah yang mempunyai kelab hoki perlu menyertai


pertandingan di peringkat sekolah dan daerah setiap tahun.

7.4 Pelaksanaan Penjadualan

i. Menyediakan jadual latihan selaras dengan minggy 1 M 1 S dan


aktiviti kokurikulum.
ii. Melakukan ujian praktikal sebulan sekali.
iii. Malaksanakan latihan di luar sekolah selama sebulan sebelum
pertandingan.
iv. Menganjurkan kejohanan terbuka peringkat sekolah pada akhir
tahun.
v. Masa latihan diperuntukkan selama 2 jam.

7.5 Pengurusan Peralatan

i. Memastikan peralatan sedia ada dalam keadaan baik dan boleh


digunakan sepanjang waktu latihan.
ii. Menambah dan menyediakan peralatan hoki mengikut kahentak
syarat pertandingan daerah dan negeri.
iii. Pengawasan dan pengendalian peralatan hoki oleh pihak sekolah.

8.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN

 Kayu hoki
 Bola hoki
 Set padding penjaga gol
 Kon dan markers untuk latihan
 Wisel

9.0 SUMBER KEWANGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Unit Harga Kuantiti Jumlah


seunit(RM) (RM)
1 Penceramah bengkel / klinik 1 300.00 3 900.00
pencarian bakat muda
2 Penceramah bengkel / klinik 1 300.00 3 900.00
asas undang-undang
permainan
3 Bola hoki (kegunaan bahan 1 90.00 4 380.00
bantu mengajar)
4 Kayu hoki (kegunaan bahan 1 200.00 2 400.00
bantu mengajar)
3 Dokumentasi 1 100.00 1 100.00
4 Nota / fototostat/ file 1 10.00 30 300.00
JUMLAH 2980.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar dengan adanya peralatan yang hendak dibeli, ianya dapat
menjayakan program dan dapat membantu murid-murid menggapai kejayaan yang
diingini serta meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan murid didalam sukan hoki
ini. Pihak sekolah memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk sekolah, para
pemain hoki, ibu bapa, agensi luar dan para penaja.
Disediakan oleh,

….…………………..
Jagdev Singh a/l Gurcharan Singh
Guru Penasihat kelab Hoki
SK Pasir Panjang

Di Semak oleh,

….…………………..
Puan Salina
GPK kokurikulum
SK Pasir Panjang
Disahkan oleh,

….……………………
En Mohd Izzudin Bin Mohd Shah
Guru Besar
SK Pasir Panjang

You might also like