You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

11900 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG Telefon : 04-6425207
Fax : 04-6425207
_________________________________________________________________________
Email :pba3015@jpnpp.com
Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : PBA3015/800-6/1()
Tarikh : 04 APRIL 2019
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau

Kepada:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau

Melalui dan Salinan:


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau. 04 April 2019

Tuan,

Memohon Sumbangan Bagi Melancarkan Program Kejohanan Olahraga dan Sukaneka

Merujuk perkara di atas,

2. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan tunai sebanyak RM 2000 daripada pihak tuan bagi
menampung sebahagian perbelanjaan membeli dan menyewa barang-barangan yang akan
digunakan pada Kejohanan Olahraga dan Sukaneka (KODS) sekolah.

3. Hal ini kerana peruntukan kewangan yang sedia ada hanya cukup untuk menampung
sebahagian perbelanjaan sahaja bagi kejohanan pada kali ini. Bersama-sama dengan surat ini,
saya lampirkan anggaran kos bagi KODS pada tahun ini.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ILMU TERAS KECEMERLANGAN”

Saya yang memegang amanah,

..................................................
( Pn. Aini Najwa bt Othman )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Relau, Pulau Pinang.

You might also like