You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEJOHANAN KRIKET TERTUTUP SMK DUMA


PIALA YB DATO' JALALUDDIN

8 & 9 DISEMBER 2020


1. PENDAHULUAN

Sukan kriket merupakan kebitaraan SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, melihat
kepada potensi murid sekolah ini dalam sukan kriket. Pembangunan sukan kriket
memerlukan pelbagai program untuk memastikan kelangsungan sukan ini dalam
memberikan input yang berguna kepada para pelajar SMK DUMA memandangkan
SMK DUMA satu-satunya sekolah di daerah Jelebu yang mempunyai pasukan kriket.
Pasukan kriket DUMA juga telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan
dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini hasil projek pembangunan sukan ini.Bagi
memantapkan lagi program pembangunan sukan kriket ini, usahasama antara agensi
luar diperlukan dan dilihat mampu untuk melonjakkan lagi impak pembangunan sukan
kriket. Oleh itu penganjuran Kejohanan Kriket Tertutup SMK DUMA Piala YB Dato’ Haji
Jalaludin bertepatan dengan matlamat untuk memastikan pasukan kriket DUMA terus
cemerlang dalam kejohanan bertaraf negeri ataupun kebangsaan.

2. MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid, guru dan juga warga sekitar SMK DUMA
tentang sukan kriket disamping memperkasakan pembangunan sukan kriket SMK
DUMA.

3. OBJEKTIF

3.1 Dapat memberi pengalaman kepada pasukan kriket untuk menyertai


kejohanan kejohanan penting pada akan datang.
3.2 Dapat menanam semangat dan jati diri, cintakan sekolah dan ingin
mengharumkan nama sekolah.
3.3 Dapat Memilih pemain kriket yang terbaik bagi mewakili sekolah.
3.4 Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah-sekolah yang
mempunyai sukan kriket dalam Negeri Sembilan
4. SASARAN
4 pasukan kriket daripada sekolah-sekolah dalam Negeri Sembilan termasuk
SMK DUMA.

5. TARIKH & TEMPAT PELAKSANAAN


8 & 9 Disember 2020 di Padang SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj

6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi :Tuan Norazman Bin Mohd Amin


Pengetua SMK DUMA
Timbalan Pengerusi :Pn Samsiah Bt Hassan
GPK Kokurikulum

Penyelaras Kejohanan : En Azam Bin Abd Aziz


Penyelaras Teknikal :Tn Haji Hamdan Bin Sahak

Urusetia :Cik Wong Ai Ying


:En Che Nor Ihsani Bin Che Mamat
:Pn Siti Norashikin Binti Rosli
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

KOS SEUNIT JUMLAH


BIL PERKARA
(RM) (RM)
1 Pengadil, Scorer, Teknikal 100.00 600.00
2 Peralatan 1102.00 1102.00
Hadiah
Piala Pusingan 400.00 400.00
Piala Iringan 100.00 200.00
Medal
3 Johan X 17 6.00 102.00
N. Johan X 17 6.00 102.00
Ketiga X 17 6.00 102.00
Keempat X 17 6.00 102.00
Sijil 3.00 270.00
Makan
Sarapan X 2 X 20 4.00 160.00
Tengahari X 2 X 20 6.00 240.00
4
Air Mineral 10.00 200.00
Ais 5.00 20.00

5 Pelbagai 400.00 400.00


JUMLAH RM 4000.00
8. PENUTUP

Semoga kejohanan ini dapat direalisasikan dan seterusnya membantu dalam


pembangunan sukan kriket di SMK DUMA hingga mampu melahirkan pemain-pemain
bertaraf kebangsaan.

Disediakan oleh:

……………………………..
(AZAM BIN ABD AZIZ)
Penyelaras
Kejohanan Kriket Tertutup
Piala YB Dato' Jalaluddin
SMK Dato’ Undang Musa Al- haj
Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh: Julai 2020

Disemak oleh:

……………………………..
(SAMSIAH BT HASSAN)
GPK Kokurikulum
SMK Dato’ Undang Musa Al- haj
Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh: Julai 2020

Disahkan oleh:

……………………………..
(NORAZMAN BIN MOHD AMIN)
Pengetua
SMK Dato’ Undang Musa Al- haj
Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh: Julai 2020

You might also like