You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CADANGAN BAIK PULIH PROJEK TAMAN HERBA

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG,


5, LORONG BATU LANCHANG,
11600 JELUTONG
PULAU PINANG

1.0 PENDAHULUAN
Tanaman herba mempunyai hubungkait yang rapat dengan masyarakat di Malaysia. Selain
mempunyai nilai perubatan dan penjagaan kesihatan, tanaman herba juga mampu menjadikan
persekitaran lanskap yang menarik dan berinformatif. Projek Taman Herba ini mampu menyemai
kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah sekaligus dapat mewujudkan lanskap bersih,
kemas dan berinformatif di sekolah ini.

Selain itu aktiviti menanam dan melabel nama pokok-pokok di Taman Herba ini juga merupakan
salah satu usaha sokongan terhadap Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi
mata pelajaran Sains. Dengan adanya projek Taman Herba, ia dapat membantu pihak sekolah
memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar. Elemen pendidikan alam sekitar
dapat diterapkan pada kalangan pelajar secara tidak langsung dapat mengintergrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

2.0 TAJUK
Projek Taman Herba

3.0 TARIKH
Bulan September hingga November 2020

4.0 VISI
Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan memberi pendedahan
kepada murid untuk membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah.

1
5.0 MISI
Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan pembelajaran sokongan untuk membantu
mereka mengakses sumber bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan
sahsiah yang cemerlang.

6.0 OBJEKTIF
Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah:
6.1 Mewujudkan suasana sekolah agar kelihatan kemas, ceria dan bersih.
6.2 Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.
6.3 Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
6.4 Membantu murid mengenali serta dapat mengakses dengan mudah nama dan kegunaan
pokok-pokok herba.
6.5 Membudayakan sikap menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam
kalangan guru dan pelajar.

7.0 SUMBER KEWANGAN


Unit Kokurikulum

2
8.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH

PENASIHAT
EN. FAZLEE BIN YAHYA
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang)

TIMBALAN PENASIHAT I
PN AZIZAH BINTI MAINDAD
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

TIMBALAN PENASIHAT II
EN ONG JUN HAO
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

TIMBALAN PENASIHAT III


EN. ARIFF MAZDI BIN MAT
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

SETIAUSAHA
CIK FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR

BENDAHARI
CIK VIJAYA A/P BOOMINATHAN

PENYELIA PROJEK
PN NURIY NURHANE BT JAMIL

KETUA PROJEK TAMAN HERBA


EN MOHD TARMIZY BIN NOORDIN

3
9.0 ANALISIS SWOT PROJEK
9.1 Strengths (Kekuatan)
i. Terdapat tapak yang bersesuaian untuk mewujudkan Taman Herba.
ii. Projek seumpama pernah dibuat, pengalaman lalu dapat digunakan.
iii. Mendapat sokongan padu daripada pentadbiran sekolah.
iv. Mudah mendapatkan bahan-bahan & anak-anak pokok.

9.2 Weaknesses (Kelemahan)


i. Tenaga kerja penyediaan tapak.
ii. Tenaga kerja untuk penyediaan dan pengendalian Taman Herba.
iii. Faktor keselamatan taman terutama semasa cuti persekolahan.

9.3 Opportunities (Peluang)


i. Sokongan dan perancangan Guru Besar dan Pk Hal Ehwal Murid.
ii. Bahan-bahan & anak-anak pokok boleh diperolehi tanpa kos melalui sumbangan
staf-staf warga SK Alma Jaya seperti tukang kebun dan guru-guru.
iii. Menyokong aktiviti pembelajaran Sains, Pendidikan Islam dan kesedaran alam
sekitar.
iv. Membantu projek kecerian dan program 3K sekolah.
v. Membantu Program Sekolah Lestari

9.4 Threats (Ancaman)


i. Penjagaan.
ii. Keselamatan dan pencerobohan pada musim cuti persekolahan.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti jawatankuasa yang bertanggungjawab
dan sasaran projek.
10.2 Penyediaan Kertas Konsep.
10.3 Merancang dan melaksanakan program berdasarkan Rangka Kerja yang disediakan.
10.4 Menilai keberkesanan dan kemajuan projek.
10.5 Penambahbaikan.

4
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN (Sumber Kewangan: Unit Kokorikulum)
BIL PERKARA HARGA KAUNTITI JUMLAH
SEUNIT
1. DULUX GLOSS FINISH RM 138.00 2 RM 276.00
(5 litres)
2. DULUX GLOSS FINISH RM 138.00 1 RM 138.00
(WHITE COLOUR)
(5 litres)
3. BATU MERAH RM 0.60 500 RM 300.00
4. THINNER RM 16.00 1 RM 16.00
JUMLAH RM 730.00

12.0 ANGGARAN KOS PROJEK TAMAN HERBA


Projek ini akan dijalankan tanpa mengeluarkan kos kerana menggunakan bahan-bahan
terpakai untuk menghiasakan Taman Herba serta mendapat sumbangan biji benih dan anak
pokok herba daripada waris dan juga seluruh warga Sekolah Kebangsaan Alma Jaya.
Tambahan pula, ini adalah projek baik pulih dan pihak Jawatankuasa Pelaksana hanya perlu
menambah bilangan pokok herba dan juga menceriakan kawasan Taman Herba semula.

13.0 PENUTUP
Adalah diharap dengan perancangan yang telah disusun segalanya dapat berjalan dengan
lancar. Komitmen daripada semua pihak amat diharapkan, tidak mungkin projek ini dapat
direalisasikan tanpa sokongan dan bantuan daripada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Batu
Lanchang. InsyaAllah, Taman Herba ini akan menjadi satu ikon baru di sekolah ini disamping
dapat mewujudkan satu lanskap yang kemas, bersih dan ceria. Semoga Taman Herba ini juga
akan menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan modal insan yang membudayakan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Disediakan oleh:

…………………………….
Vijaya a/p Boominathan,
Setiausaha Projek Taman Herba,
SK Batu Lanchang.

5
Disemak oleh:

………………………………
Azizah binti Maindad,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Batu Lanchang.

Diluluskan oleh:

………………………………
Fazlee bin Yahya,
Guru Besar,
SK Batu Lanchang.

You might also like